Friday, January 11, 2008

'Usah lepas tangan didik anak'


AMBIL BERAT: Dr Rohaizan Rodzi dari klinik Kesihatan Kepala Batas memeriksa Nur Athirah, 4, yang dipangku bapanya Mohd Hashim Abd Samad, 36, sambil diperhatikan, dari kiri, Leela, Roslan dan Khairy selepas perasmian Program Keluarga Bahagia Masyarakat Ceria, di Kepala Batas.

KEPALA BATAS: Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak 'menswastakan' tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak kepada pihak ketiga kerana ia boleh menyebabkan anak rasa terabai dan mudah terdedah kepada pelbagai gejala sosial.

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berkata ada ibu bapa zaman moden menyerahkan sepenuhnya tugas mendidik dan membimbing anak mereka kepada orang lain seperti guru sekolah dan guru tuisyen.

"Ibu bapa tidak boleh bersikap lepas tangan dan menyerahkan bulat-bulat soal pendidikan anak kepada sekolah atau institusi lain.

"Ibu bapa juga harus bertanyakan diri mereka sendiri mengenai peranan masing-masing dalam perkembangan pendidikan anak serta membantu memberi sumbangan kepada sekolah.

"Ibu bapa kena tanya diri sendiri, apa pula sumbangan mereka terhadap pendidikan anak?

"Di sekolah Cina (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina), ibu bapa mengambil berat soal pendidikan anak mereka dan sanggup memberi sumbangan kepada sekolah hingga mampu membina bangunan dan dewan yang besar," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program 'Keluarga Bahagia Masyarakat Ceria' anjuran Yayasan Budi Penyayang Malaysia (Penyayang) di Pinang Tunggal dekat sini, semalam.

Khairy mewakili isterinya, Nori Abdullah yang juga Pengerusi Penyayang. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Penyayang, Datuk Leela Mohd Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin.

Selain meminta ibu bapa yang berpendapatan tinggi memberi sumbangan termasuk kewangan kepada sekolah, beliau turut menyokong saranan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menggalakkan keluarga yang berada membayar yuran tambahan persekolahan anak masing-masing.

"Bukan semua ibu bapa yang merungut mengenai yuran tambahan. Ramai juga yang berkemampuan, tetapi mereka seolah-olah bersikap lepas tangan.

"Dalam soal ini, kita perlu perubahan pemikiran," katanya yang menganggap kebanyakan ibu bapa moden gemar menyerahkan tanggungjawab mendidik anak kepada pihak sekolah.

Katanya, sikap ibu bapa terhadap pendidikan penting kerana ia mempengaruhi corak institusi kekeluargaan dan boleh menimbulkan masalah jika mereka bersikap lepas tangan, termasuk masalah penagihan dadah, mat rempit dan bohsia.

"Kerajaan sudah menyediakan pelbagai infrastruktur pendidikan manakala yuran sudah dimansuhkan. (Kini) tiba masanya untuk ibu bapa memainkan peranan mereka," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Khairy memuji program berkenaan yang disifatkannya sebagai landasan terbaik dalam membentuk keperibadian generasi baru melalui kemantapan kekeluargaan.

3 comments:

booo,  January 11, 2008 at 6:22 PM  

Sudahlah bicara perihal keluarga andai didikan agama dan kerohanian terbuang jauh. Look ur self khairy. Did u can change ur family?? Diri sendiri pun pening!! Sistem pendidikan pun gagal!! hang khairy Islam Hadhari tu pun hang belum tentu paham!!! Rukun 6 Islam hadhari paham tak?? aaa yoooo ini takleh pakai...

hakim mahkamah,  January 12, 2008 at 9:14 PM  

jinggo sudah mengaku kalah.

Anonymous,  January 13, 2008 at 1:04 AM  

dengan segala kenaikan harga barang, mana mungkin isteri tidak bekerja? khairy jangan pandai buka mulut sahaja! kau ingat kami semua berpendapatan lebih dari rm10 ribu sebulan macam kamu tu?

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP