Monday, January 14, 2008

Pemuda UMNO turut bantu



PUTRAJAYA – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, beliau telah mengarahkan semua ahli Pemuda supaya membantu usaha mengesan Sharlinie Mohd. Nashar, 5, yang dilaporkan hilang

Beliau yang ditemui di Hari Keluarga Pejabat Perdana Menteri di sini, hari ini, berkata, arahan tersebut perlu bagi mengelakkan Sharlinie menerima nasib yang sama seperti kes penculikan dan pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin.

‘‘Ini bukan masanya untuk kita saling tuduh menuduh berikutan kehilangan Sharlinie, sebaliknya kita perlu bekerjasama untuk mencari kanak-kanak itu.

‘‘Apa yang penting adalah memastikan Sharlinie segera ditemui dalam masa terdekat dan dalam keadaan sihat,” katanya yang turut ditemani isteri, Nori Abdullah dan anaknya, Jibreil Ali Jamaluddin yang berusia empat bulan.

Dalam pada itu, Khairy turut menyarankan pihak kerajaan dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya menggerakkan kempen keselamatan kanak-kanak di kalangan ibu bapa bagi mengelakkan kes kehilangan kanak-kanak terus berulang di negara ini.

”Kempen ini penting kerana kita tidak mahu banyak lagi kes kanak-kanak hilang berlaku selepas ini,” katanya.

1 comments:

Firdaus Abd Rahman January 17, 2008 at 6:21 PM  

Apa yang mampu kita bantu?

saya ada sedikit kemampuan untuk berkongsi cadangan dan tips , walaupun tak sebaik yang diperlukan pihak berkuasa tapi mungkin cara ini sedikit membuka ruang kepada kita semua untuk membantu dan mendapatkan apa saja maklumat yang boleh membantu mengesan kehilangan adik Sharlinie.


:> http://abgfir.blogspot.com

http://abgfir.blogspot.com/2008/01/apa-yang-mampu-kita-bantu-kehilangan.html

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP