Wednesday, January 2, 2008

Mengawal kesan kenaikan harga minyak

Rombakan sistem subsidi menerusi konsep pengagihan lebih adil langkah bijak.



KERAJAAN sudah berjanji tidak menaikkan harga minyak pada 2007 dan janji itu sudah tertunai dengan tiada sebarang kenaikan berlaku sepanjang 2007 yang melabuhkan tirainya semalam. Hari ini, kita sudah melangkah ke tahun baru 2008, bermakna jaminan kerajaan itu juga, sekali gus terbatal.

Apakah harga minyak pada tahun ini akan dinaikkan? Bayangan awal sudah diluahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin, apabila menyatakan bahawa negara ini akan bankrap jika kerajaan menurunkan harga minyak yang kini melambung naik di pasaran dunia.

Tetapi kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya berbuat demikian. Kerajaan mungkin merombak sistem pengagihan subsidi bagi memastikan pengagihan lebih adil dan hanya rakyat yang benar-benar layak serta berhak, menikmati keistimewaan itu, bukannya golongan kaya.

Ia bermakna, walaupun harga minyak dinaikkan nanti, kerana desakan tekanan harga minyak pada peringkat antarabangsa yang tiada tanda harganya akan menurun, kerajaan akan berusaha untuk terus memberi subsidi, tetapi untuk golongan yang memerlukan saja, supaya rakyat biasa tidak berasa bebanan yang terlalu berat.

Baru-baru ini Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (Mier) menjangka kerajaan akan menaikkan harga minyak pada kadar tidak terlalu membebankan pengguna iaitu antara 30 sen hingga 40 sen seliter, berbanding desas-desus melebihi 50 sen seliter.

Hujah Mier, jika harga minyak kekal pada tahap sekarang atau meningkat lagi pada masa depan, kerajaan tidak mempunyai banyak pilihan untuk menaikkan harga bahan api itu, bagi mengurangkan beban menerusi subsidi yang perlu ditanggung.

Jelas di sini, jika kerajaan tidak menaikkan harga minyak, jurang bajet defisit menjadi semakin besar memandangkan kerajaan kini menanggung subsidi berjumlah RM35 bilion sehingga Mac 2007.

Malah, Pengarah Eksekutif Mier, Datuk Dr Mohamed Ariff Abdul Kareen turut menegaskan ketika ini harga runcit petrol di Malaysia adalah kedua terendah di dunia dan beliau yakin kerajaan amat bertimbang rasa dalam membuat keputusan menaikkan harga minyak.

Kali terakhir kerajaan menaikkan harga minyak ialah pada 28 Februari 2006 iaitu sebanyak 30 sen seliter bagi harga runcit petrol dan diesel serta 30 sen sekilogram bagi gas petroleum cecair (LPG).

Harga runcit petrol premium RON97 semasa di Semenanjung adalah RM1.92 seliter, petrol RON92 RM1.88 seliter, diesel RM1.581 seliter dan LPG RM1.75 sekilogram.

Harga minyak meningkat ke paras rekod, hampir mencecah harga AS$100 setong.

Persoalannya di sini, apakah kata-kata orang kuat Mier itu adalah petanda akan berlaku kenaikan harga bahan api itu tahun ini.

Tiupan angin yang membawa perkhabaran akan berlaku kenaikan harga minyak juga makin ketara apabila baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara terbuka menegaskan kerajaan sukar mengekalkan subsidi ekoran harga minyak dunia yang terus meningkat.

Bagaimanapun, Mier meredakan kegusaran rakyat apabila berpendapat kerajaan dijangka tidak memindahkan sepenuhnya kesan kenaikan harga minyak kepada rakyat jika memutuskan untuk menaikkan harga bahan api itu bagi mengurangkan beban subsidi yang ditanggungnya, andai harga minyak global kekal pada tahap sekarang atau meningkat lagi pada masa depan.

Di persimpangan ini - sama ada kenaikan harga minyak akan berlaku atau tidak, persoalan ini masih menjadi tanda tanya dan tentunya kerajaan mengambil kira pelbagai faktor seperti politik dengan semakin dekatnya pilihan raya umum dan kedudukan ekonomi negara sebelum keputusan mengenainya dibuat.

Kenaikan harga minyak tentu mempengaruhi kos pengangkutan dan pengeluaran, seterusnya barang lain. Cuma persoalannya sejauh mana kesan negatif berikutan kenaikan harga minyak itu dapat dikawal.

Sekiranya usaha untuk menambahkan pengeluaran minyak tidak dilakukan dengan segera, harga minyak mungkin meningkat ke paras tidak munasabah dan menyebabkan krisis ekonomi lebih serius dalam tempoh beberapa tahun mulai sekarang.

Bahang dan kesan kenaikan harga minyak ini bukan saja dirasai negara membangun, malah negara maju seperti Britain. Jika berlaku krisis bahan api ini, perkhidmatan hospital dan sekolah pasti terjejas serta mengganggu bekalan makanan dan kehidupan masyarakat.

Bayangkan apabila stesen minyak terpaksa ditutup kerana kekurangan bekalan minyak. Akibatnya berlaku kesesakan teruk di stesen minyak kerana orang ramai berebut dan beratur untuk mengisi minyak kenderaan masing-masing.

Hal ini, bukan mustahil kerana beberapa tahun lalu masalah kekurangan diesel di negara kita menyebabkan hal ini berlaku. Kekurangan minyak juga menyebabkan sampah gagal dikutip dan beberapa perkhidmatan berasaskan penggunaan minyak juga mengalami gangguan serius.

Tentunya kita mengharapkan keadaan yang digarap di atas tidak melanda negara ini, lebih-lebih lagi dalam usaha kerajaan untuk mencapai matlamat Rancangan Malaysia kesembilan dengan Misi Nasional yang begitu lengkap dan padat bagi manfaat rakyat di bandar dan desa tanpa mengira agama, bangsa serta kedudukan.

Walau apa juga yang diperkatakan, kebimbangan dan amaran disuarakan beberapa pihak sebelum ini bahawa krisis ekonomi lebih besar akan berlaku berikutan kenaikan harga minyak perlu diberikan perhatian sewajarnya Pertubuhan Negara Pengeluar dan Pengeksport Minyak (Opec).

Harga minyak seharusnya dikawal bagi mengelak mana-mana pihak melakukan spekulasi dan memanipulasi bahan itu sehingga harganya melambung pada tahap tertinggi kerana memang tidak boleh disangkal - minyak adalah sumber utama yang menggerakkan sektor perindustrian, pengangkutan, penjanaan elektrik dan perkhidmatan lain.

Berasaskan kesedaran bahawa minyak penting untuk 'menghidupkan' rakyat dan negara, Barisan Nasional (BN) sentiasa mengambil langkah dan membuat sebarang keputusan dengan mengamalkan pendekatan berpijak di bumi nyata.

Baru-baru ini, dengan penuh yakin pemimpin BN menempelak sikap pembangkang yang hanya gemar menabur janji tetapi tidak pernah menepati janji pada rakyat.

Kelmarin, Najib dengan nada sinis ditujukan kepada pembangkang, mengingatkan rakyat Sabah bahawa pelbagai janji manis ditaburkan pihak pembangkang hanya sekadar memperbodohkan rakyat.

"Mereka datang ke Sabah menabur janji, kononnya jika berkuasa, harga minyak turun. Semua ini tidak masuk akal. Harga minyak naik di seluruh dunia, tetapi kita pertahankan harga minyak di negara ini dan paling rendah berbanding negara lain," katanya ketika mengadakan lawatan ke negeri itu.

Malah, kata Timbalan Perdana Menteri, Malaysia bukan negara Arab yang kaya dengan minyak dan pengeluaran negara hanya kira-kira 700,000 tong setahun.

Memang selama ini pun, keprihatinan kerajaan BN untuk membela nasib dan kebajikan rakyat tidak dinafikan dan berdasarkan tanggungjawab itu juga isu harga minyak turut disentuh pada perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

Misalnya, Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ketika membahaskan usul Ekonomi dan Pendidikan mencadangkan kerajaan merombak sistem subsidi bagi memastikan pengagihan lebih adil dan hanya rakyat yang benar-benar layak serta berhak, menikmati keistimewaan itu, bukannya golongan kaya.

Malah, Khairy menegaskan sistem subsidi yang diamalkan sekarang bukan saja tidak adil kepada golongan miskin, malah satu pembaziran kerana turut dinikmati golongan kaya.

Dan jika diteliti peri pentingnya isu ini untuk menjamin kemenangan lebih selesa BN pada pilihan raya umum akan datang, tentunya janji melaksanakan penstrukturan semula sistem subsidi menerusi konsep pengagihan lebih adil yang mensasarkan rakyat berpendapatan rendah sebagai penerima utama bantuan itu akan diusahakan hingga berjaya.

17 comments:

Anonymous,  January 2, 2008 at 12:53 PM  

mmg la x naik sebelum pilihanraya..nak jaga hati rakyat kononya.....lepas pilihanraya mmg naik melambung la,,,, aku berani ckp la

ycg,  January 2, 2008 at 1:44 PM  

SIL ini pandai cakap saja ke? Mana blueprint untuk menjayakan ideanya?! Dari perhimpunan agung umno hingga hari ini, habuk pun takda! Sekadar cakaap sahaja, bila nak buat, suruh orang lain ke? Cakap aja pandai! Cakap aja, saya pun tahu, beruk!

tak pandai cerdik sikit,  January 2, 2008 at 3:03 PM  

biasalah dasar pemuda pondan.bila janji pembangkang nak turun harga minyak kata janji kosong.turun minyak negara bangkrup.bodoh punya najib dan umno.kalau turun harga minyak barang akan turun.bila turun ramai yg belinya.pas tu kata minyak habis 2011 sebab tak jumpa telaga baru. macam org bodoh bercakap, tak layak jadi tim perdsana menteri.wahai najib kalau allah kata ada telaga baru kat msia cam mana.... minyak habis kerr...aku duit petronas abis dikaut oleh penyangak2 dalam bn tu ajer,,,

ah wong gombak,  January 2, 2008 at 3:22 PM  

Sulah manyak kali Wa tengok ini olang Johor, sekalang ini Chua kasi bikin malang sama olang Johor, nanti Tuhan olang Islam malah sama Melayu Johor, kasi mali satu tsunami looo...kasi itu shaking... negeli Johor manyak dekat sama itu Ring of Fire ooo... itu gempa bumi punya tempat maa....tak lak mau pikir ka...olang Johor sulah terror sangatkah? Wa cakap sama UMNO punya olang... kasi buang itu dacing. Nanti ini seks lambang jadi industeli utama Johor, kasi manyak malu dan kasi u olang dapat tsunami oooo...Ini Chua kena kasi buang cepat sebab dia mau bikin industeli sek lambang oooo. Dia mau jadi tycon sek lambang kalau dia masih jadi menteli. aiiyaaa....tak lak malu punya menteli.

Itu olang sokong pun tau boleh bikin manyak looi....sek lambang boleh buat bisnes, sebab Chua masih boleh keleja seperti biasa maa....ini MCA punya agenda pun ada ka? aiiyaaa....manyak kotok.

Wa takut mau duduk Johor oooo....nanti tsunami datang maaa... Kalau ini macam punya menteli masih boleh keleja macam biasa ... wa ingat olang Johor kena keluar Johor nanti kena tsunami looo...

Apa U ingat tak boleh belaku ka?.....aaaiyaaa...olang Johor...olang Johor...cepat lari oooo cepat keluar Johor....tiap-tiap hari kena ingat maa, tiap kali sebelum Subuh mau kena ingat maa.... itu bencana datang sebelum subuh maaa...masa olang tengah tidur.

Nanti tak lak sempat cali kunci keleta kalau naik keleta pun jalan sudah rosak looo..kalau ada jalan tapi itu jalan tak lak nampak ma sebab itu air sudah naik.....

Wa takut mau pegi Johor macam takut pegi Genting Highland.. takut loboh...sekalang macam macam sulah belaku maaa......

bekas melayu umno,  January 2, 2008 at 3:23 PM  

MMG RAMAI LAGI YG KAKI BETINA... TGK SEJARAH LAH... BINI ORANG PON "DIA" KEBAS.. SAPE YE?? INGAT LAH BALIK SAPE DIE... HHEHEHHEH MMG ISTERI CHUA MAAFKAN... SBB.. DIA NI.. TAK BOLEH KAWEN LEBIH DARI 1... KALU ADE POMPUAN SIMPANAN TAK PE.. ASALKAN SEGALA KEPERLUAN DAN PERMINTAAN ISTERI DI TURUTKAN... ITU MMG DAH ADAT DIA ORANG.. TAPI LA NI DAH RAMAI PEMIMPIN ISLAM YG IKUT... CUME TAK TERDEDAH LAGI JE... MOGA ALLAH LINDUNGI KEAIBAN MEREKA... MAJORITI LA PEMIMPIN UMNO MMG CAM TU.... CUMA TAK DIDEDAHKAN JE LAGI.. SBB TAK DE BUKTI.. DAN TAK DE SAPE BERANI... SBB NYE LAGI.. KALU DEDAH JUGA.... SIAP KAU.... MMG TAK LEH MENANG NYE... KERANE DIA ORANG SEMUA PAKAI TANGKAL TULANG BABI.. TU SEBAB KEBAL DARI SEGALANYA. TAPI DIA ORANG MESTI INGAT.. API NERAKA ALLAH AKAN HILANGKAN KEBAL DIA ORANG.. KALU SAMPAI MATI TAK TAUBAT.. TGK LA NANTI .. BILE RAMAI PEMIMPIN UMNO YANG ISLAM MATI.. JOM PAKAT PI TENGOK KUBUR DIA ORANG .. APE JADI.... SILAP2... BUMI TAK TERIMA BANGKAI DIA ORANG.. KA LA..

gadis berbisa,  January 2, 2008 at 3:24 PM  

KEBERANIAN CHUA...TAPI KENAPA SEBAHAGIAN AHLI UMNO MENYOKONG

Oleh gadisberbisa

"
Melalui kaca-mata penulis yang menonton buletin utama tv3 pada pukul 9.00 malam jelas keberanian Chua menyatakan kebenaran diatas kesilapan yang telah dilakukan.Namun yang menjadi tanda-tanya.Kenapa sebahagian ahli umno yang sanggup mempertahankan pemimpin yang nyata melakukan kesilapan?

Penulis memohon kemaafan kepada para pembaca mahupun seluruh rakyat Malaysia tidak mengira agama,budaya dan bangsa. Kita adalah warga Malaysia dan mana-mana pemimpin yang melakukan perbuatan yang salah perlu kita tegur dan jika nyata beliau melakukan perbuatan yang tidak senonoh adalah lebih baik beliau berundur dan kita sebagai rakyat perlu menerima situasi sebegini secara terbuka.

Adalah satu kesalahan dimana pemimpin yang kita harapkan menjadi ketua dan menjalankan amanah sebagai Menteri melakukan perbuatan yang mengaibkan diri sendiri.Lebih-lebih lagi beliau adalah ketua kepada isteri dan anak-anak.

Memang benar jika kita fikirkan, siperakam gambar kamera tersebut perlu diambil tindakan sewajarnya dan undang-undang adalah terbaik dalam memberi hukuman kepada siperakam tersebut mahupun dalang-dalang disebaliknya.Pihak Polis perlu menjalankan tugas dengan terperinci dan meyakinkan rakyat jelata.Tindakan ini perlu adil dan perlu dipaparkan kepada seluruh rakyat diatas kebenaran yang berlaku.

Dari segi peribadi,Datuk Chua juga insan seperti kita yang mempunyai kelemahan,kesilapan dan nafsu sebagai makhluk di dunia ini.Kesalahan yang dilakukan mungkin adalah kesalahan peribadi dan permohonan maaf telah dilakukan dan dipaparkan dalam kaca tv.Itu adalah tindakan benar dan satu contoh keberanian pemimpin yang mengakui kesilapannya.

Namun apa yang amat mengecewakan kepada sikap segelintir ahli umno yang berani menyokong Chua dengan nada mempertahankan pimpinan beliau selaku ketua rakyat ditempat mereka.Tindakan mereka itu adalah amat salah padah pandangan penulis sendiri.Kenapa tidaknya ?

Memang Datuk Chua banyak berkhidmat untuk rakyat.Namun tindakan beliau dalam adegan tersebut amatlah tidak patut.Dan sebagai pemimpin yang agak terkenal,beliau tidak sepatutnya melakukan perbuatan itu.Apatah lagi beliau dan pimpinan BN mempunyai tanggung-jawab yang berat kepada rakyat,menjadi contoh kepada anak-anak bangsa kita dan
wajib menjaga amanah negara kita yang tercinta ini.

Sikap ahli umno sendiri yang memang sudah tahu kebenaran dan pengakuan Datuk Chua diatas perbuatan beliau adalah satu kesalahan berani menyatakan sokongan sepenuhnya kepada beliau amatlah dikesali.Bolehkah kita masih terus menyokong pemimpin yang nyata melakukan perbuatan salah dan memang diakui kesalahannya.

Kenapa ahli umno ini tidak berani menyatakan kebenaran dan bersuara agar Datuk Chua perlu meletakkan jawatannya sebagai pemimpin yang menjadi contoh kepada rakyat.Walaupun kita berlainan agama,namun semua agama melarang kita melakukan perbuatan hina ini,lebih-lebih lagi sebagai pemimpin rakyat.

Contohilah sikap berani salah satu penganilisis dan pakar politik yang juga dari kaum lain yang berani meluahkan pendapat peribadi beliau dalam kaca tv yang dipaparkan dalam buletin tv3,dimana beliau menyatakan adalah perlu kita sebagai pemimpin yang nyata melakukan kesalahan meletakkan jawatan agar rakyat dapat memilih pemimpin yang lain dengan lebih beramanah dan bertanggung-jawab serta menjadi contoh kepada anak-anak bangsa kita."

ning,  January 2, 2008 at 3:26 PM  

Najib: Merancang ke arah kemungkaran dan kemaksitan

Oleh ning

"Assalamualaikum,

Kenyataan najib bahawa negara kan bangkrap kalau harga minyak diturunkan ternyata satu pembohangan dan tanda tanda perancangan kearah kemungkaran dan kemaksiatan.terdapat tiga golongan manusia dalam kontek merancang:

1-golongan yang tidak merancang dan menerima apa jua rancangan orang lain

2-golongan yang sentiasa merancang kearah kemungkaran dan kemaksiatan.

3-golongan yang merancang untuk kebaikan.


kesemua 3 golongan ini terdapat di negara kita.kalau komposisi golongan pertama adalah yang teramai maka mudahlah apa yang dirancang olih golongan kedua sebaliknya golongan ketiga akan sentiasa terpinggir.atas alasan inilah kita melihat najib membuat kenyataan sedemikian. ternyata kenyataannya mengandungi unsur unsur golongan kedua.

hakikatnya kalau kita bergantung harap kepada sumber minyak sahaja untuk membangun kita akan dapati harga minyak masih bolih diturunkan sekalipun harga minyak dunia naik.ini adalah kerana keuntungan yang didapati dari minyak jauh dari mencukupi untuk membendung kenaikan harga minyak dalam negara dan tidak akan menjejaskan belanja pembangunan. perancang dari golongan ketiga akan sentiasa berusaha untuk merendahkan harga minyak dan akan sentiasa berusaha memastikan pembangunan tidak terjejas.

perkara ini telah dibuktikan semasa PAS memerintah terengganu dimana banyak penjimatan berjaya dibuat sekalipun royalti ditarik balik.menteri besar tidak tinggal dikediaman rasmi menyebabkan beberapa ribu dapat dijimatkan dan penubuhan tabung daruliman dimana wakil rakyat dan exconya memotong gaji untuk memberi dana kepada tabung tersebut.dalam masa yang sama penghapusan cukai pintu tol dan cukai bakul tetap dilaksanakan.inilah cara merancang kearah kebaikan dan kesejahteraan rakyat.

sebaliknya kenaikan harga minyak menampakkan ciri ciri sebaliknya.kalau golongan perancang ketiga sanggup berkorban untuk rakyat tetapi golongan kedua meminta rakyat berkorban untuk mereka.sebab itu bila perancangan golongan ketiga dicanangkan kepada rakyat bahawa "hari ini kita menang esok turun harga minyak" disangkal olih golongan kedua dengan alasan negara akan bangkrap.

hujjahnya kalau subsidi diberikan untuk menurunkan harga minyak maka pembangunan akan terganggu.inilah hakikat kenyataan najib yang ternyata dia mewakili golongan perancang kedua.itupun belum diambil kira pembangungan untuk faedah rakyat.kalau pembangunan yang dirancang bolih menambah peluang kerja menambah pendapatan rakyat maka mungkin kenaikan harga ini tidak membebankan rakyat di mana kerajaan mungkin bolih menyekat kenaikan kenaikan lain yang bersabit dengan minyak .

hal ini bolih dilihat di singapora dan thailand sekalipun minyak nya mahal tetapi barang keperluan lain masih murah.tetapi dimalaysia kenaikan minyak akan menyebabkan banyak barang keperluan lain naik.jadi kemana belanja pembangunan pergi?hakikatnya perancang jenis kedua menggunakan pembangunan untuk membuncitkan perut mereka.itu saja kenyataannya.

akhirnya kemana pergi sumber pendapatan yang lain? hasil sektor perikanan sektor pertanian felda felcra risda dan seterusnya.kenyataan najib menampakkan tidak adanya kualiti dalam perancangan dan hanya bergantung penuh kepada hasil minyak.jelas satu bentuk perancangan untuk kemungkaran dan kemaksiatan.ini ditambah lagi dengan projek dan program yang telah diadakan yang merupakan pembaziran dan penuh dengan maksiat seperti monsoon cup dan acara sambutan tahun baru serta masjid kristal.begitu juga pendedahan mengenai komisyen pembelian kapal selam jet shukoi dan seumpamanya.inilah tipikal perancang untuk kemungkaran dan kemaksiatan.

tinggal lagi berapa ramai yang berada di golongan pertama? kalau golongan pertama merupakan majoriti(silence majoriti) maka perancang golongan kedua(kebetulan kerajaan) bebas sewenangnya meneruskan perancangan dan bebas membuat kenyataan seperti kenyataan najib dan terus meminta rakyat bekorban untuk membuncitkan perut mereka.tetapi seandainya golongan pertama merupakan minoriti maka tunggulah kejatuhan mereka dan insyaallah perancang golongan ketiga(kebetulan pembangkang) akan mengambil alih tapuk pentadbiran dan perancangan negara

ingatlah firman Allah yang bermaksud "orang kafir merancang,Allah juga merancang,sesungguhnya Allah sebaik baik perancang"


"

amk pusat,  January 2, 2008 at 3:30 PM  

kita cabar pemuda umno berdebat isu minyak.kita bersedia berdebat dengan anda.

nikko,  January 2, 2008 at 3:33 PM  

BN cakap pandai...cara pentadbiran lemah korang yg buat negara bankrup..bukan sebab minyak ok...rakyat yg bodoh macam jinggo bleh la korang kelentong.

Anonymous,  January 2, 2008 at 6:02 PM  

Jika kerajaan ingin menaikkan harga minyak maka cukai-cukai spt cukai jalan bagi kenderaan 1.6 cc ke bawah perlu hapus, cukai2, tarif atau sbgnya bg brgn asas perlu hapus, lambakan brng2 yg murah dan kualiti yg baik dr negara2 yg tertentu perlu di bawa masuk. Tingkatkan pengeluaran makanan dan pertanian tempatan, beri akses dan pinjaman yg mudah kpd usahawan pertanian dan produk2 keperluan asas. Akhirnya rombak kerajaan yg ada jika gagal membendung inflasi dan kesempimtan hidup rakyat. Org2 atau ahli politik yg kaya raya perlu isytihar harta

i hate umno,  January 2, 2008 at 10:41 PM  

nak komen pasal video lucah soi lek

kalaulah rakaman video lucah ni melibatkan menteri2 melayu umno...diulang MELAYU UMNO!!!... yg sahih dan pasti diorang takkan mengaku yg gambar video diorang... walaupun JELAS dan NYATA memang muka diorang

mereka akan mengatakan gambar tu super impose atau gambar itu palsu.. maka menteri umno itupun akan terus tanpa rasa malu tidak meletak jawatan... akan terus jd menteri... kalo masuk mahkamah pun gani patail sedia akan mempertahankan meteri2 umno ni... dan polis umno musa hassan sedia mengkambing hitamkan sesiapa shj semata nk mempertahankan menteri umno ni

takkan ada menteri umno yg mengaku seperti soi lek mengaku punya... cumanya diorang masih terselamat dr kamera-kamera yg belum merakam dr onar-onar yg diorang buat

respect pd chua soi lek,  January 3, 2008 at 7:19 AM  

nilah pemimpin yg punya maruah.bukan cam umno jelas rompak harta rakyat,rasuah sini sana.hanya diselamatkan oleh pm n son in law com ajer.nak tahu senang ajer bebaskan bpr dan peguam negara dr jpm.hantar report terus pada parlimen.

lepat,  January 3, 2008 at 8:07 AM  

Jeng..jeng..jeng..
Chua Soi Lek dah letak jawatan kerana dia mengaku terlibat dlm aksi video seks...apa pun aku "salute" kat dia sebab walaupun dia org kafir sebagai pemimpin dia bertanggung jawab diatas perbuatannya...boss kau sikhairy yg ko ampu-ampu tu bila lagi? Aku dengar dia pun ada buat hal mcm Chua..tak takut ke kalau org dedahkan sikit masa lagi ?
Cuba tinjau kat blog anti khairy..itulah ...pesan pada dia lain kali jgn suka panggil org beruk!!! kan dah kena..hooreyyyyy...

Anonymous,  January 6, 2008 at 9:36 PM  

apa nak disusahkan? Naikkanlah harga minyak walau 10000% sekali pun! Yang akan tanggung kenaikan ini bukannya menteri! Rakyat juga! Bila rakyat sendiri dah tak boleh tahan! ISA ker apa ker politik perkauman ke mak nenek ker! semuanya punah! hahaha! oooh jangan lupa pada proton! gerenti terhapus punya!!

apect,  January 12, 2008 at 6:21 PM  

ape la bengong. minyak naik 3, 4 posen pun suke ke? tak membebankan ke? waklu lengkung laaaaaa

Anonymous,  February 12, 2008 at 2:13 PM  

weh tiga or pat posen tu duit gak...ko ingt 3 pat posen tu turun dr langit la..moral stry..BN xde modal nk jaja utk pilihanraya sbb da monopous (50 thn ++)...

biakaunter May 22, 2008 at 5:19 PM  

Bila harga petrol naik, ada cara berkesan nak jimat petrol. Mari sama kita cuba....Cuba layari blog:http://cyberstokist.wordpress.com dan beri pandangan anda….mungkin ada di antara anda telah mencubanya tentu ingin berkongsi pengalaman.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP