Pemuda aktif desak selesai masalah rakyat
SEGAMAT: Pergerakan Pemuda Umno akan lebih aktif memainkan peranan sebagai pendesak bagi menyelesaikan isu berkaitan dengan kepentingan rakyat, selaras dengan konsep 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata langkah itu bukan bermakna Pemuda Umno mahu memainkan peranan pembangkang dalam parti, sebaliknya antara usaha pihaknya membantu rakyat, selain memberi cadangan kepada kerajaan.
Katanya, antara isu yang didesak untuk tindakan kerajaan dan dalam proses pelaksanaan ialah berkaitan isu Tekun, Perhentian Puduraya, Flet Kampung Kerinci dan yang terbaru berkaitan kenaikan tarif elektrik.
"Kita menjadi pendesak untuk menyelesaikan pelbagai perkara. Kita mahu Pemuda Umno menjadi satu institusi yang boleh mendesak kerajaan membuat perubahan dan langkah itu sebenarnya adalah tradisi pergerakan itu yang berse-suaian dengan memperjuangkan kepentingan rakyat," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda Umno bahagian Sekijang, di Balai Air Bah Kampung Paya Pulai.
0 comments:
Post a Comment