Isu Teoh Beng Hock : Khairy, cadangkan tubuh Suruhanjaya Diraja
Tragedi kematian Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah, berhampiran ibu pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor merupakan satu insiden yang mengejut dan memilukan seluruh rakyat Malaysia. Di sini saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga dan tunang mendiang Teoh.
Disebabkan konteks di mana kejadian ini berlaku, saya mencadangkan agar Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat insiden ini secara menyeluruh dan objektif bagi mencari kebenaran tentang apa yang sebenarnya berlaku kepada mendiang Teoh. Objektiviti ini juga penting bagi mengelak daripada syak wasangka terhadap SPRM, sekaligus mempertahankan reputasi institusi tersebut.
Tanpa mengira apa pun pegangan politik beliau, kejadian yang menimpa mendiang Teoh wajar dilihat sebagai kehilangan nyawa seorang manusia, dan bukan isu politik. Maka saya menyeru agar semua pihak berfikiran rasional dan tidak cuba menambah kepada spekulasi mengenai isu ini, apatah lagi menunding jari menuduh mana-mana pihak terbabit dalam kematian mendiang Teoh.
4 comments:
KJ tak sepatutnya senada dan sokong geng PR dan Gerakan Koh Tsu Kon yang mahu Suruhanjaya Diraja ni ..yakin la dengan kewibawaan polis utk jalankan siasatan ..berlambak kes bunuh sampai ,polis la yang jalankan kerja dan siasat.
Sebagai seorang ketua Pemuda UMNO sendiri pun tak percaya dekat pihak berkuasa kita, apa mesej yang cuba KJ nak sampaikan ini ?
Sepatutnya masa-masa ini, KJ kena tampil ke depan dan pertahankan kerajaan dari tohmahan dan fitnah jahat pembangkang,
Suara pemuda bukannya suara syok sendiri, apa yg pemuda buat berlapik... pemuda kena rampas status dan kehendak rakyat drpd PKR. Kita pupuskan mereka...kita kukuhkan lg kedudukan kita, tak semistinya MT dan PM terima... ini hanyalah mainan pemuda.. gurindam baru bro.... kita main isu tengelamkan PR....
Pejuang Bangsa..Anda perlu ingat yang rakyat memilih pemimpin untuk menyatakan suara rakyat,etc..Pemimpin dipilih bukan untuk bergaduh dan berperang sesama mereka tp utk tujuan 'check and balance'.
Apa yang YB KJ sarankan adalah sesuai dengan situasi sekarang..Adakah Pejuang Bangsa secara peribadi benar2 yakin kepada kewibawaan polis?
Pejuang Bangsa sepatutnya berfikir dengan tenang dan matang, bukan mengikut emosi.
Luaskan pandangan, keluar dari kepompong kepimpinan lama yang sering menjadi Yes Man. Syabas YBKJ! Suruhanjaya tidak bermakna kita tidak percayakan kewibawaan polis tetapi ada kala dan waktunya, pandangan sebebas mungkin perlu untuk menambah kepercayaan. Tidak perlu gusar jika tidak ada apa yang disembunyikan.
Post a Comment