Khairy, Jentera Pemuda BN Bantu Mangsa Kemalangan Di Manik Urai
Oleh Adnil Mohd
Manik Urai -- Kesibukan berkempen tidak menghalang jentera Pemuda Barisan Nasional (BN), yang diketuai Khairy Jamaluddin membantu seorang mangsa kemalangan motosikal di sini, Isnin malam.
Kejadian yang berlaku di simpang masuk Manik Urai Baru itu membabitkan sebuah motosikal dengan sebuah kereta Iswara.
Khairy yang kebetulan melalui jalan tersebut bukan sahaja membantu mangsa terbabit malah bertindak meminta bantuan polis peronda untuk membawa mangsa ke Hospital Kuala Krai.
Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala ditenangkan Khairy hampir 20 minit sementara menunggu kenderaan polis.
Malah Khairy bersama jentera Pemuda BN dan beberapa penyokong Pas turut membantu mangsa untuk dibawa ke Hospital Kuala Krai.
Sumber Pemuda.com.my
1 comments:
Salam Bro,
Sikap pemimpin begitu lah kita mahukan, sama bertanggungjawab didalam senang atau musibah. Tak kira pengundi atau bukan.
Tahniah YB KJ. Teruskan usaha. UMNO akan mampu merubah Kelantan dan penyokongnya.
Post a Comment