Wednesday, September 17, 2008

Khairy mohon dicalonkan


Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL

REMBAU 17 Sept. - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin hari ini memohon ahli-ahli Pemuda UMNO mencalonkan beliau bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dalam pemilihan parti itu Disember ini.

Khairy berkata, beliau sudah bersedia menerima pencalonan dengan agenda untuk memperkukuhkan Pemuda UMNO serta semangat setiakawan dengan Pemuda Barisan Nasional (BN).


"Setelah saya turun ke bawah, berbincang daripada hati ke hati dengan Pemuda di peringkat akar umbi, maka pada hari ini saya memohon pada Pemuda di peringkat Bahagian UMNO mencalonkan saya sebagai Ketua Pemuda UMNO.


"Saya juga memilih hari ini 17 September kerana ia adalah Nuzul Quran, hari di mana al-Quran diturunkan ke bumi," katanya yang kini menyandang jawatan Naib Ketua Pemuda.


Khairy mengumumkan hasratnya bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO itu pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Parlimen Rembau di sini yang turut dihadiri dua anggota Exco pergerakan tersebut iaitu Datuk Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.


Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Ir. Jamlus Aziz; Ketua Pemuda Perlis, Datuk Rozabil Abd. Rahman; Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria; Penolong Setiausaha Pemuda, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Penolong Bendahari Pemuda, Datuk Abd. Hamid Mohd. Nazahar turut hadir.


Khairy menjelaskan, keputusan beliau untuk bertanding jawatan itu dibuat selepas penyandangnya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan untuk mengosongkan kerusi berkenaan yang telah disandang sejak 10 tahun lalu.


Menurut Khairy, beliau telah bermuhasabah dan akhirnya menemui satu rumusan bahawa perlu ada kesinambungan dalam perjuangan Pemuda UMNO.


Mengenai teras setiakawan yang dimaksudkan, Khairy berkata, ia merujuk kepada peranan Pemuda UMNO sebagai tonggak kepada kejayaan masa hadapan negara.


"Pertama, kita perlu merapatkan jurang dan perkasakan Pemuda di peringkat cawangan dan bahagian kerana perjuangan setiakawan tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.


"Kedua, Pemuda UMNO harus menunjukkan contoh yang baik dan jangan hanya menjadi pasukan berkecuali apabila berhadapan dengan Pemuda daripada komponen parti Barisan Nasional (BN).


"Ketiga, Pemuda UMNO harus bersama generasi muda yang ada di luar UMNO dan hendaklah menjadi badan yang 'inclusive' bukannya 'eksklusif','' katanya.


Menurut beliau, Pergerakan Pemuda UMNO perlu bergaul dengan generasi muda dalam perkhidmatan awam, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kesatuan buruh supaya hubungan erat dapat dikecapi bersama.


Beliau seterusnya menjelaskan hasrat untuk bertanding itu bukan hanya atas kapasiti seorang pemimpin Melayu tetapi juga dengan amanah besar sebagai pemimpin muda kepada rakyat Malaysia.


Katanya, jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bukan sahaja untuk orang Melayu tetapi merupakan Ketua Pemuda bagi BN.

1 comments:

mn September 20, 2008 at 1:14 AM  

Salam Broder,

Demi KJ, saya sanggup dimaki, dicaci dan dihina oleh pembaca2 yang melayari Blog saya 'Suara sukj'.

Sukj = Support KJ

Menolong, membantu, berbakti kepada KJ setakad saya mampu.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP