Tuesday, July 8, 2008

KOnspirasi gagal- Khairy

POKOK SENA 4 Julai - Konspirasi untuk menjatuhkan pemimpin UMNO gagal ekoran tindakan penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam menarik balik pengakuan bersumpah mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin berkata, tindakan tersebut jelas dirancang oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan dalam agenda politik mereka.

''Pihak tertentu itu adalah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang yang sebenarnya berusaha mengalih perhatian umum daripada tuduhan liwat yang dihadapi oleh Anwar.

''Saya berharap rakyat tidak terpengaruh dengan setiap akuan bersumpah yang tidak langsung mempunyai nilai-nilai kebenaran," tegasnya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, Balasubramaniam yang turut dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes bunuh Altantuya, mengedarkan kepada media salinan akuan bersumpah itu dan memberikan beberapa butiran yang didakwanya menunjukkan hubungan awal antara Altantuya dan Najib.

Penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh Abdul Razak Baginda itu berbuat demikian pada sidang akhbar bersama Anwar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Bagaimanapun pagi tadi, Balasubramaniam menarik balik akuan tersebut atas alasan beliau didesak oleh pihak tertentu untuk berbuat demikian.

Khairy menambah, akuan bersumpah telah menjadi agenda politik pembangkang semata-mata untuk mendapat perhatian rakyat walaupun ternyata ia hanya satu fitnah.

''Ini termasuk akuan bersumpah yang dilakukan oleh Raja Petra Kamaruddin di dalam laman blognya.

''Senario tersebut menunjukkan seolah-olah kebenaran tidak lagi bermakna dan hanya digambarkan melalui persepsi," katanya.

Ahli Parlimen Rembau itu juga menegaskan hanya siasatan polis dan tindakan mahkamah sahaja dapat menentukan sesuatu kebenaran dengan adil dan saksama.

Dalam pada itu Khairy berkata, beliau akan mengumumkan sama ada bertanding atau tidak jawatan Ketua Pemuda UMNO pada Ogos ini selepas selesai mengadakan pertemuan dengan semua pemimpin di setiap bahagian seluruh negara.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP