Thursday, May 1, 2008

Soalan lisan tidak lebih 40 patah perkataan







KUALA LUMPUR 30 April - Setiap soalan untuk pertanyaan lisan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen mestilah tidak melebihi 40 patah perkataan.

Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, mulai sidang datang peraturan itu mesti dipatuhi atau soalan mereka tidak akan dikemukakan dalam Aturan Urusan Mesyuarat.

Pandikar Amin membuat keputusan itu setelah didesak oleh Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) yang mahu satu keputusan diambil terhadap soalan yang dikemukakan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) kerana didakwa mengandungi lebih 50 patah perkataan.
"Ini melanggar Peraturan Mesyuarat 23(1r) yang menyatakan soalan tidak boleh lebih 40 perkataan. Kalau lebih tidak boleh dikemuka.

''Adakah kerana dia (Bung Moktar) Timbalan Pengerusi BNBBC (Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional), maka peraturan ini tidak terpakai?" soal Chieng Jen yang bangun apabila Pandikar Amin meminta Bung Moktar mengemukakan soalannya.

Pandikar Amin kemudiannya menjelaskan, memandangkan soalan itu telah dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat untuk sidang hari ini bermakna ia boleh dijawab kerana telah ditimbang oleh pejabat Yang Dipertua.

Menurutnya, soalan itu dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat kerana ia perlu dijawab memandangkan ia melibatkan kepentingan rakyat.

Bung Mokhtar antara lain bertanya mengenai pendekatan serta langkah kerajaan dalam memastikan pembangunan menyeluruh di kawasan bandar dan luar bandar serta tentang pelaksanaan beberapa projek di Kinabatangan.

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) kemudian bangun membangkitkan Peraturan Mesyuarat yang sama dan menyatakan soalan yang dikemukakan Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga melebihi 40 perkataan.

Tindakan beliau itu menyebabkan keadaan dewan menjadi kecoh apabila ahli Parlimen BN dan pembangkang saling bertegang leher sehingga terpaksa ditenangkan oleh Pandikar Amin.
Pandikar Amin kemudiannya meminta Bung Moktar mengemukakan soalannya, menyebabkan Chieng Jen sekali lagi bangun meminta Yang Dipertua membuat keputusan.

Pandikar Amin yang mahu persidangan diteruskan lalu berkata: "Ok, Bandar Kuching. Saya suka ingatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kalau nanti mengemukakan soalan, kira daripada titik, koma, angka, koma bernoktah, (tanda) pengikat kata, kira (semua). Ini keputusan saya. Tapi untuk kali ini yang dah termasuk dalam peraturan kita teruskan dulu."

18 comments:

Anonymous,  May 2, 2008 at 12:41 PM  

Ooi Sedara anonymous,

Jangan cakap macam itu! Kan dia bini orang, boyfried orang lain, pujaan webmaster dan mascot kelab kita.

Ahli BSKL

"Ahli BSKL Berterima Kasih Kepada Jinggo Kerana Membenarkan Komen Komen Yang Mengampu dan Mencarut di Laman Ini."

Anonymous,  May 2, 2008 at 12:58 PM  

Mr. Jinggo,
Kami nak tanya, adakah pihak tuan 'stim' gila tengok gambar KJ?

Dan, lagi mustahak, adakah rasa keghairahaan tuan/(?puan) dibalas oleh KJ? Kami amat berharap sedemikan, melihat kewibaawaan mu meletak gambar KJ dimerata tempat.
KolamHati

dermawan budiman May 2, 2008 at 5:31 PM  

layari URL http://suterasemai.blogspot.com

Anonymous,  May 2, 2008 at 8:28 PM  

Blog diatas kena mengena dengan usaha usaha untuk memupuk semnagat sokong KJ,taksub KJ dan mengampu KJ yang harus dijadikan teladan dan panduan.
MCC

Anonymous,  May 2, 2008 at 9:18 PM  

Dari kita tengok KJ main batu bata, cat dinding, melawat orang dalam kesusahan, bergaya dan berfesyen di Parliament, saudara Jinggo, sebagai wakil rasmi (Menteri Penergan Kabinet KJ), boleh memberi pendekatan berkenaan pelbagai isu yang amat penting

1) Apakah pandangan resmi YB KJ (PIEM II) berkenaaan desakan dan asakan supaya Pak Lah (PIEM I) patut diberhentikan kerja

2) Adakah YB KJ (PIEM II) akan membiarkan MM Jnr kesini kesana mempertikaikan kepimpinan PIEM I & II tanpa at least, a public show of support.

Terima Kasih
Badan Pengampu Bersatu (BPB)

Anonymous,  May 3, 2008 at 4:17 PM  

duit rakyat beb....sama-samalah geng2 KJ senyap2 ambil duit rakyat... kalau senyap2 kat padang masyar nanti xde sesape yang tau...kan? Ya Allah Ya Tuhan ku...kau sentaplah kuasa pemimpin yg tidak ikhlas, tidak amanah, pentingkan diri serta keluarga! Ya Allah, binasakanlah pemimpin yang curang kepada amanahMu! AMIN! AMIN YA RABBUL ALAMIN!

Anonymous,  May 3, 2008 at 7:28 PM  

pesanan kepada ahli parlimen semua terutamanya pembangkang

rancangan realiti tv lagi bagus dari siaran langsung parlimen..tiada kata kata kesat...

kenapa hendak bertikam lidah tentang perkara yang tidak penting..

sepatutnya parlimen tempat menyelesaikan masalah rakyat..

Anonymous,  May 3, 2008 at 7:34 PM  

Dosa Pertama Dilangit

Ada seorang orang lama yang boleh diumpamakan seperti santan yang sudah cukup masak bercerita padaku:
Dosa pertama dilangit berlaku apabila Iblis telah mempertikaikan keputusan Allah SWT menyuruh iblis tunduk kepada Adam. Allah lalu berkata kepada Iblis itu: "Bukankah engkau juga makhluk ciptaanKu, yang juga harus tunduk dan menjalankan perintahKu? Tetapi kenapa engkau tidak sujud dan tidak memberi hormat terhadap Adam sebagaimana Aku perintahkan?"
Iblis menjawab: "Engkau ciptakan aku dari api dan Adam dari tanah. Api lebih mulia dari tanah. Itu bererti yang aku lebih mulia dari Adam. Maka tidak sepatutnyalah aku sujud dan hormat terhadap Adam itu."
Mendengar bantahan Iblis itu, Tuhan menjadi marah, lalu berkata kepada Iblis: "Tempat ini (Syurga) bukan tempat orang yang menyanggah terhadap Aku. Sekarang juga, engkau harus keluar dari sini."
Sesudah keluar dan terusir dari Syurga, Iblis kembali menyanggah dan berkata kepada Allah: "Ya, Tuhan! Engkau usir aku dari Syurga ini karena Adam. Aku bersumpah, bahawa aku dengan semuaanak keturunanku akan memusuhi Adam dan semua anak dan keturunannya buat selama lamanya. Mereka akan aku sesatkan. Mereka akan aku celakakan. Aku akan ajak dan anjurkan kepada mereka untuk berbuat keburukan dan kerosakan di dalam dunia ini nanti, agar kehidupan mereka selamanya susah dan kacau bilau belaka."
Mendengar ancaman Iblis itu, Allah lalu berkata: "Untuk menghindarkan tipu daya mu itu, kepada manusia akan Aku beri suatu senjata yang ampuh, ialah akal. Akal itu akan Aku bimbing dengan petunjuk petunjuk (agama), Manusia yang tetap mempergunakan akal dan menurut petunjuk petunjukKu tidak akan dapat engkau sesatkan dan perdayakan. Dengan akal itu, mereka akan dapat membezakan yang baik dan yang buruk. Dengan tuntunan petunjukKu, akal mereka akan mempunyai daya berfikir yang benar. Sesiapa yang tak menggunakan akal dan tidak menurut petunjukKu, tentu dapat engkau goda dan sesatkan. Ini akan dipertanggung jawabkan di hadapanKu nanti dihari kemudian (Akhirat).
Keseluruhan cerita ini menerangkan kepada kita perasaan Hasad, iri hati telah menyebabkan wujudnya persaingan yang tiada kesudahan walaupun diberi nama persaingan yang sihat sekalipun, membeda-bedakan darjat, banding-membanding kemudian maraklah api kemarahan yang mengakibatkan permusuhan yang berpanjangan.

Anonymous,  May 4, 2008 at 2:31 AM  

bro jinggo amacam.. best ke..habak la sikit. kawan nak dengar gak

Anonymous,  May 4, 2008 at 2:34 AM  

Aku ada awek tension gila, dia cakap Khairy hansem. Aku tanya bbudak lain, diorang siap gaduh2 ngan awek lain sbb suka kat Khairy. Pukimak punya Khairy! Dahlah jahat, tapi hansem ni yang aku tension!!!

-Jejaka marah

penyokong PAS May 4, 2008 at 9:34 AM  

Jom layari blog rakyat dibawah :

http://mohdtaufek.blogspot.com/

http://aminuddinharun.blogspot.com/

http://waghih.blogspot.com/

Jom kita bertukar-tukar idea, buka minda untuk ubah kerajaan...

Anonymous,  May 4, 2008 at 9:32 PM  

kepada anjing-anjing kurap yang tersalah masuk kedalam blog prokhairy ni diminta supaya jangan mencabar kewibawaan penyokong-penyokong khairy.

Sedarlah anjing-anjing kurap semua mencaci dan memburukkan khairy tidak akan melemahkan perjuangan khairy... malahan ia akan menguatkan lagi perjuangannya...

Anjin-anjing kurap yang berkeliaran didalam blog ini diharap berambus dari sini kerana kami tak mahu penyakit kurap itu menjadi virus dan merebak disini.

geng rombau...

Anonymous,  May 4, 2008 at 9:35 PM  

hidup khairy!!! hidup khary!!!

Anonymous,  May 5, 2008 at 7:49 AM  

Bagus khairy, lawan pembangkang ikut prosdedur semasa kat parlimen seperti isu 40 patah perkataan tu. Gunakan pengetahuan yang ada mempertahankan hak umno dan barisan Nasional supaya bangsa melayu terus maju. Syabas......

Anonymous,  May 5, 2008 at 8:58 PM  

Hitam-hitam sigula jawa
Sungguh pun hitam manis tertawa
Kalau tuan tidak percaya
Sayalah bakal ketua pemuda...

Anonymous,  May 5, 2008 at 11:58 PM  

sarjan hassan try cucuk Dr azizah kat parlimen...please la..menyampah tgok muka ko kat parlimen.

Anonymous,  May 6, 2008 at 2:18 AM  

takat isu 40 patah perkataan pun jadik hal... sedarlah oit pro kj... tak hebat pun takat bela isu tu...
nie isu barang naik sana sini sapa peduli... ada kj n pak metua dia peduli.???? TAK...

malah kita disuruhnya berjimat walhal anak dia one of the richest man in malaysia... ubah gaya hidup atau ubah pemimpin kerajaan yg tak berkebolehan... terpulang..

Anonymous,  May 6, 2008 at 12:07 PM  

Anonymous said...
Aku ada awek tension gila, dia cakap Khairy hansem. Aku tanya bbudak lain, diorang siap gaduh2 ngan awek lain sbb suka kat Khairy. Pukimak punya Khairy! Dahlah jahat, tapi hansem ni yang aku tension!!!

-Jejaka marah


________________________________


hahaha...kelakar lah ko jejaka hensem..aku pon tak paham,ko marah KJ ke puji KJ..

anyway..aku pon nyampah dengan KJ sebab die hensem...hahaha

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP