Saturday, May 17, 2008

BERITA TERKINI - Kaji Semula Siaran Langsung Sidang Parlimen, Kata Khairy

SEREMBAN, 16 Mei (Bernama) -- Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin menyarankan agar kerajaan mengkaji semula siaran langsung persidangan Dewan Rakyat untuk sama ada diteruskan atau tidak dalam jangka masa panjang.


Beliau berkata ini kerana tidak semua penonton dapat mengikutinya secara berterusan memandangkan siarannya berlangsung pada waktu bekerja.

"Saya mendapat maklumat balas, siaran secara langsung persidangan Parlimen mulai menurun memandangkan tidak semua orang ramai yang menyaksikan perbahasan di kaca televisyen setiap hari kerana waktu persidangan berlangsung pada waktu bekerja," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata menyifatkan mutu perbahasan mengenai isu-isu yang dibentangkan sepanjang dua minggu lepas sebagai positif walaupun ada kalanya berlaku pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pakatan pembangkang.

"Saya berpendapat isu-isu yang yang diketengahkan oleh pihak kerajaan mahupun pembangkang mencapai penanda aras positif. Walaupun ada pelbagai kekecohan yang berlaku sepanjang persidangan namun itu adalah perkara biasa kerana sebelum ini pun berlaku perkara berkenaan," katanya.

Sumber---- BERNAMA

6 comments:

Anonymous,  May 17, 2008 at 5:49 PM  

Huuuhuuu saya pengkomen pertama hari ini
Hidup KJ! Teruskan siaran langsung - tayangkanlah di Sungai Buloh, Kajang dan Kamunting. Biar penghuni disana lebih mengenali bakal jiran mereka.

WE LAP KJ

Anonymous,  May 18, 2008 at 1:20 PM  

Eh apa pasal pulak nak hentikan...ah ni mesti kes soalan bocor yang berlaku di-parlimen??

KJ kj...kata handal sangat tetapi baru sikit lobang pecah dah kelam kabut...relax lah KJ teruskan buat bising kat parlimen...kan KJ ni "bijak".

Anonymous,  May 19, 2008 at 1:26 PM  

hahahhaha...cam takut je.....khinzir jalanan dah mula takut kat beruk2 jalanan.....

Anonymous,  May 20, 2008 at 1:43 PM  

Kami warganegara Padedoland amat mengenali jasa baik YB KJ kerana telah menyebabkan pengasas UMNO Baru terkeluar dari parti.

Anonymous,  May 22, 2008 at 3:55 PM  

Padedoland ? tu apa ke benda huh? hehehe! lawak apa pula nie!

Anonymous,  June 23, 2008 at 11:48 PM  

alaa....kelas2 agama yg waktu tak best tu.. u tak nak ulas pape plak ye encik khairi... kalau sebab rating turun, sebab rakyat tak berkesempatan tengok... why not u pemerintah keluarkan arahan rakyat diminta berkumpul lihat sesama siaran langsung sidang tuh... possible what...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP