Wednesday, April 9, 2008

Khairy tidak campuri MT UMNO, Kabinet

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini sekali lagi menafikan campur tangan menantunya, Khairy Jamaluddin dalam pentadbiran parti dan kerajaan.

Perdana Menteri turut menyangkal dakwaan bahawa anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan Jemaah Menteri merupakan barisan pak turut atau Yes man.

''Kononnya zaman saya ini tidak ada kebebasan, semuanya orang takut. Tetapi depa kata saya ni lembik... tapi orang takut kat si lembik ni.

''Seolah-olah semua yang ada dalam MT ini dan dalam Kabinet, bodoh belaka... Khairy seorang yang pandai, yang menentukan segala-galanya.

''Ini semua tuduhan yang tidak ada batasan, terus hentam begitu sahaja,'' tegasnya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat kepada lebih 1,000 ahli daripada kumpulan penerangan parti itu di PWTC di sini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin UMNO serta pembangkang sebelum ini sering menuduh Khairy yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO campur tangan dalam keputusan-keputusan kerajaan termasuk menentukan senarai calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada pilihan raya umum lalu.

20 comments:

Unknown April 9, 2008 at 5:48 PM  

KJ.
sokongan padu.
xkira apa tindkn yg diambil.
smoga slmt berjuang.

Anonymous,  April 9, 2008 at 5:53 PM  

bagus.
smoga org yg dok mengata tahu.
bhw KJ tidak perlukn sebrg naungan.
tetapi berjuang diatas prinsip serta kepimpinan yg jati.
selamat KJ.

Anonymous,  April 9, 2008 at 6:10 PM  

Strong leadership and vision.
This is what i can say to YB khairy.
Good Luck YB.

Unknown April 9, 2008 at 9:45 PM  

INGAT LAH ORANG MELAYU

Janganlah dibanggakan sangat
budak kairi nie....


kairi tu tumpang tuah bini je...
kalau tak kawin dengan budak nori tu.... tak kemana dia... mungkin kerja kat pasaraya maidin kot....

mana si kairi tu pergi sekarang..
kalau betul dia ada tanggungjawab... buat lah kenyataan mintak maaf ke .. apa kee... nie senyap je...

orang tengah krisis dia buat apa... senyap je... hilang pergi mana....

jawapan nya.... si kairi tu pergi menyorok kat celah kangkang bini laa.....

dia takut beb... tempat nyorok tu selamat sikit...dan (ehemmm ehemmm lah...)

Anonymous,  April 9, 2008 at 10:27 PM  

mat kilau yang ko dengki sangat apasal? ini lah melayu yang beradatkan budaya kerengga

Anonymous,  April 10, 2008 at 1:48 AM  

Tak kan pak lah nak mengaku bahawa KJ memainkan peranan dalam pentadbiran negara. Kalau pencuri nak senang2 mengaku yang dia mencuri, PENJARA satu Malaysia pun tak cukup nak menampung si-pencuri!!

Hentikan penafian wahai pak lah satu Malaysia dah tahu bagaimana si KJ memainkan peranan dia.Sedangkan orang kampung pun sudah bangun dari tidur hanya pak lah saja yang tidur memanjang.

Anonymous,  April 10, 2008 at 9:00 AM  

Kau orang percaya cakap Pak Lah ahli politik dan pemimpin yang terkenal dengan lidah bercabang.

Pembohongan adalah nyawa politik Pak Lah. Hari ni cakap lain besok cakap lain. Itu adalah sifat-sifat MUNAFIK.

Hari ni cakap kerajaan tak de duit. Besok umum projek billion.

Hari ni jadi IMAM, besok peluk perempuan.

Hari ni cakap faham kesusahan rakyat, besok pergi cuti kat Perth, habiskan duit rakyat.

So Pak Lah cakap Khairy tak campuri MT UMNO, lepas pilihanraya cakap KJ ada cakap, tapi atas kapasiti sebagai Naib Pemuda. Mana satru betul ni.

Kalau betul Khairy tak campuri hal UMNO & Kabinet, aku cabar KJ letak jawatan sebagai Naib Pemuda.

Cuti selama 2 tahun, UMNO election tahun 2010 bertanding balik.

Itu baru kita tahu, si KJ ni betul-betul ikhlas berjuang untuk melayu tak?

Kalau setakat cakap Pak Lah, Imam Besar Ada-Hari, aku masih akan pangkah pembangkang

Anonymous,  April 10, 2008 at 9:25 AM  

Orang ini yang menjadi ketua menjerumus kepada pengharaman UMNO..orang ini juga yang menjadikan UMNO lemah dan kalah 5+1 negeri..orang ini juga yang menyebabkan pemimpin bangsa lain berani mempertikaikan keistimewaan orang Melayu..orang ini juga yang mengajar orang muda biadab kepada orang yang lebih tua..orang ini juga yang cuba menjenamakan semula 'Islam'..orang ini juga.........

Anonymous,  April 10, 2008 at 9:26 AM  

Antara contoh penipuan Pak Lah.

Pak Lah juga pernah keluar kenyataan membatalkan projek landasan keretapi berkembar dari Ipoh ke Padang Besar dengan alasan peruntukan tidak mencukupi dan projek itu membazir.

Tetapi selepas melancarkan NCER beliau telah umumkan Projek Landasan Berkembar itu akan dilaksanakan sebab ia adalah sebahagian dari projek dalam NCER. Rakyat telah menilai kenyataan Pak Lah yang berdolak dalik ini.

Anonymous,  April 10, 2008 at 9:28 AM  

Pak Lah tidak melantik penasihat rasmi seperti Penasihat Ekonomi, Penasihat Kewangan, Penasihat Sains yang biasa berkhidmat kepada Perdana Menteri sebelumnya.

Oleh demikian Pak Lah hanya ada penasihat yang tidak rasmi yang terdiri dari menantunya Khairy, Kalimullah, Anuar Zaini dan beberapa orang lagi. Diantara mereka ini telah di beri bilik khas di tingkat 4 kompleks JPM. .

Anonymous,  April 10, 2008 at 9:29 AM  

Antara pembohongan Pak Lah

Tuduhan bahawa ahli UMNO telah melakukan sabotaj pula mengejutkan semua orang termasuk Ketua Penerangan Mat Taib. Mat Taib kata kes-kes sabotaj akan dinilai satu persatu dan tidak ada masa yang tetap untuk melakukan siasatan. Maksudnya Mat Taib pun mati akal bila mendengar tuduhan Pak Lah.

Anonymous,  April 10, 2008 at 9:45 AM  

Jangka hayat politik pak lah semakin singkat.Biasalah penyokong2 akan merasakan terkedu dan sedih tetapi jangan risau jinggo and the gang akan dapat boss baru tidak lama lagi.JINGGO ni kan pakar jilat menjilat,bodek membodek,kerjaya baru nya tidak akan menjadi asing buat diri nya.Good luck jinggo!

Di-harapkan jinggo akan sediakan laman web baru seperti pro_Mukhriz ke atau pro_Khir Toyo.Thanks alot jinggo for the entertainment.

Anonymous,  April 10, 2008 at 10:10 AM  

Ucapan Abdullah sewaktu membentang Usul Penghargaan Dan Terima Kasih kepada YAB Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia pada jam 11.00 pagi, 3hb November 2003.

Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya bangun membawa usul khas di bawah Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 27(3), dalam persidangan Dewan kali ini yang berbunyi:

Bahawa Dewan ini, menerima hakikat bahawa Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu, yang menjadi Perdana Menteri Malaysia Keempat sejak 16 Julai 1981 dan telah berkhidmat dengan penuh dedikasi, tegas, cekap, berkesan, cemerlang dan bijaksana, telah pun mengosongkan persada kepimpinan negara;

Menghargai serta menyanjung tinggi perjuangan, pengorbanan, budi, jasa dan bakti bekas Perdana Menteri iaitu Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu yang amat murni, abadi serta tidak ternilai besarnya, menerusi pelbagai dasar, strategi dan program yang pragmatik, demi perpaduan dan ketahanan nasional, keselamatan dan kesejahteraan bangsa serta kemakmuran dan kegemilangan negara;

Anonymous,  April 10, 2008 at 2:16 PM  

kepada mereka yang membenci khairy...sila buktikan yang khairy mencampuri MT UMNO dan kabinet??klu setakat dengar ckp2 orang baik tak payah..khairy pon ada bnyk keje lagi nak di lakukan..mada ada masa untuk mencampuri urusan MT UMNO dan Kabinet...

Anonymous,  April 10, 2008 at 2:19 PM  

siapak kah yang mencampuri urusan kabinet???

mahathir dan anwar yang mencampuri urusan kabinet..betol tak??

mereka yang dok sebok2 nak buat kacau dlm umno ngan kabinet...

Anonymous,  April 10, 2008 at 2:31 PM  

Aku akan sokong KJ jadi PM sekira nya beliau bersumpah tidak melakukan apa2 perkara yang ramai pihak MENUDUH beliau. Macam mana adil kan? senang aja,buat live kat tv,nangis sikit dah tu bersumpahlah kalau memang diri-nya betul2 di-fitnah.Berani ke KJ??

Anonymous,  April 10, 2008 at 2:35 PM  

Kalau nak bukti Khairy masuk campur dalam MT UMNO...tanyalah pemimpin UMNO...sebab ramai yang terkilan tak dicalonkan semula untuk memberi ruang kepada kroni kroni KJ bertanding dalam PRU12 yang lalu...bukan tu je .....banyak lagi malaslah nak tulis...

Anonymous,  April 11, 2008 at 12:32 AM  

Parti UMNO dah memerintah 50 tahun, umor kami yang bergerak aktif dulu dah dianggap veteran sekarang. Ini bagi mereka yang dah tidak berjawatan. Keadaan hidup kami dan orang melayu lain sama sahaja sejak 38 tahun yang lalu. Ucapan dan janji orang berkuasa sekarang yang berbeza hanya cara penyampaian, olahan bahasa dan tambahan sedikit sebanyak bahasa baru sepatah dua. Inti cerita nya semua keempat cabang sama sahaja.

Cerita yang muda main keris mainan, yang wanita tuntutan, tuntut tambah kerusi, dan macam2 tambahan tapi semua buat yang memimpin sahaja. yang budak-budak betina nya baru belajar bercakap janji nak tawan negeri dan macam2 lagi, yang badan induk nya memutar cerita nak buat supaya orang melayu boleh jadi usahawan yang kaya.

Labun nak bagi orang melayu kaya, senang dan berbagi lagi ini dari 38tahun dulu macam itu lah ceritanya. Kalau janji-janji itu semua ikhlas dan dibuat rasanya jumlah melayu papa kedana dah tentu tidak ada. Ini tidak ikut banci negeri yang ramai rakyat termiskin masih negeri melayu teramai. Rasanya dah ramai kawan-kawan yang dulu berjuang dengan UMNO dah meluat dengar cerita orang berkuasa nak buat untuk orang melayu ini.

Baik cerita terus terang dalam mesyuarat itu, kami yang berjawatan ini nak kekal dengan jawatan yang ada dan nak menang dalam pilihan raya akan datang ini supaya dapat terus bantu kamu semua dapat habuan sama. Kamu tukang kandar semua kena tolong supaya kita kekal berkuasa, kalau tidak kita semua susah. Susah tu susah nak tolong kamu yang jadi tukang kandar lah. Dan bagi tahu kawan2 kamu di kampong tu semua macam tu lah, kena tolong bagi kami semua kekal berkuasa.

Itu lah cerita UMNO (Baru) dan sejak dari UMNO (lama) dulu, bermula tahun 1969 yang lalu bila agak tersepit ugut orang melayu konon nanti cina dapat kuasa. Pemimpin ini dok buat orang melayu macam orang melayu kelas dewasa lepas merdeka dulu, masih dok ingat sampai hari ini orang melayu bodoh. Yang bodoh-bodoh tu banyak dah pindah ke alam barzah, yang jadi pemimpin masa itu pun lama dan pindah ke alam berzah ( Alam Kubur). Giliran kita pun dah tak lama, tunggu masa dan giliran sahaja. Jadi berhentilah buat cerita nak tolong melayu ni, buat sahaja kalau rasa nak buat tak payah cerita melalut, orang melayu yang cerdik dah ramai berkumpul 10hb. lepas tuntut supaya pemimpin berhenti menipu. Ini tanda ramai oang melayu, cina dan india yang pakai baju kuning tu sudah sedar yang dia orang selama ini kena tipu.

Hai kawan-kawan yang dari dulu sampai sekarang jadi tukang kandar, cukuplah tu, bawa-bawa lah cari bekalan untuk alam barzah pula. Ramai dah kawan berlabun dikedai kopi dah tak ada, giliran kita dah dekat lah itu. Buka lah mata luas-luas, dan telinga dengar betul-betul parti pun dah di penghujung dah, tak kan sampai ke chucu-chicit dia orang kawan semua nak jadi tukang kandar, cukup lah setakat datuk dan bapa dia kawan semua bantu jadi kadam. Masa dah berlalu.... ..Kalau betul nak bangunkan bangsa tu teruskan jangan dok nak ...tapi terus buat...jadi taklah janji janji...sampai lah kehari ini tak tunai ga...melayu tetap tak kaya ..yang kaya pemimpin UMNO je...

by
orang lama

Admin April 13, 2008 at 11:40 PM  

Pak Lah tidak menafikan penglibatan Khairy di dalam urusan kerajaan.

Jika kita ikuti penjelasan Pak Lah, beliau sebenarnya hanya berkata "Tuduhan adalah diluar batasan".

Kalau mahukan rakyat percaya sepenuhnya dan sebagai seorang khalifah negara ini, Pak Lah patut berkata, "Demi Allah, Khairy tidak pernah langsung terlibat di dalam keputusan saya, UMNO dan kerajaan, demi Allah."

Tapi Pak Lah tak kata begitu dan kerana itu rakyat telah bertambah percaya yang Khairy memang sebenarnya terlibat.

Anonymous,  April 9, 2009 at 4:27 PM  

KJ penyagak melayu...padan muke tak dapat jawatan dalam kabinet baru...aku dgr cite..lepas aje menang ketua pemuda...die angkat porche sebijik la...saleman yg jual tu sendiri ckp...mane datangnye duit die banyak2 ni?tak heran la klu die blh rasuah kat org...skg die da kehilangan tali untuk bergantung...wlupon die ketua pemuda...tapi takde jawatan dalam kabinet patot die berasa malu..sedangkan lawan die DATUK mukriz jadi timbalan menteri...sedar la diri sikit...die tu DATUK..ko tu sape?

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP