Sunday, April 27, 2008

Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau







REMBAU- Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau dipenuhi orang ramai yang berkumpul sejak jam 9.00 pagi jumaat yang lalu, bagi mendapatkan matlumat serta mengemukakan segala permasalahan yang dihadapi di kawasan mereka serta memberi cadangan dan padangan dalam membangunkan daerah Rembau amnya.

Berikutan pengumuman Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin bahawa pembukaan kaunter Khidmat Masyarakat adalah bertujuan untuk mendekatkan lagi rakyat dan wakil mereka disamping mendengar segala masalah dan keperluan semasa penduduk.

Kehadiran YB Khairy pada pagi ini juga bertujuan mendengar sendiri segala aduan penduduk di samping mengambil inisiatif mendekatkan diri dengan masyarakat Rembau.

Biarpun sibuk dengan berbagai urusan dan tugas-tugas lain, kesanggupan YB Khairy Jamaluddin pulang ke Rembau setiap Jumaat bagi mendengar sendiri serta memantau kebajikan rakyat dipenuhi semuanya menggambarkan bahawa beliau ini adalah seorang pemimpin yang benar-benar menjiwai kehidupan rakyat khususnya masyarakat kampong.


Pejabat Pusat Khidmat ini beroperasi setiap hari pada waktu pejabat kecuali hujung minggu.Sebarang aduan atau khidmat yang diperlukan, penduduk bolehlah menghubungi petugas atau melalui Pegawai Ahli Parlimen YB Khairy.
Orang ramai yang ingin mengemukan sebarang aduan atau cadangan juga boleh datang terus ke pejabat atau menghubungi Pusat Khidmat Masyrakat Parlimen Rembau di talian: 06-685 7001 atau 06-685 8001.

Read more...

Friday, April 25, 2008

Malaysiakini mohon maaf kepada Khairy

petikan dari : http://www.agendadaily.com/


Laman web berita Malaysiakini memohon maaf kepada Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin kerana menyiarkan berita yang tidak benar berhubung dengan kemenangan Khairy pada pilihan raya umum yang lalu bagi Parlimen Rembau.

Berdasarkan surat penjelasan yang dihantar oleh Khairy kepada Malaysiakini dan tuntutan permohonan maaf di atas laporan yang tidak benar itu, Malaysiakini melalui Nota Editornya memohon maaf kerana menyiarkan dakwaan tersebut dalam berita yang dilaporkan sebelum ini.

“Pada malam pilihan raya, kami dimaklumkan oleh calon PKR Badrul Hisham Shaharin bahawa dia diberitahu oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa akan ada kiraan semula dibuat.

“Berita kami adalah bersandarkan maklumat itu. Bagaimanapun akhirnya kami mendapat maklumat bahawa tidak ada kiraan semula dibuat.

Dengan itu kami memohon maaf kepada Khairy Jamaluddin kerana menyiarkan dakwaan tersebut dalam laporan kami sebelum ini,” demikian bunyi permohonan maaf yang dibuat oleh Malaysiakini.

Berdasarkan laporan Malaysiakini berhubung dengan isu itu, Malaysia kini melaporkan bahawa keputusan pilihan raya bagi Parlimen Rembau menimbulkan kontroversi kerana selepas kiraan pertama Khairy kalah sebanyak 800 undi.

Bagaimanapun Khairy telah meminta kiraan semula dan hasilnya beliau diisytihar sebagai pemenang dengan majoriti 5,726. Berdasarkan laporan itu, Khairy menghantar surat penjelasan dan tuntutan permohonan maaf kepada Malaysiakini.

Menurut Khairy, pada hakikatnya tidak ada kiraan semula yang dibuat bagi parlimen Rembau. Malah katanya, pada malam 8 Mac di pusat penjumlahan undi, beliau hadir di situ dan tidak ada kiraan undi semula dibuat malah calon PKR, Badrul Hisham tidak kelihatan di pusat penjumlahan undi tersebut.

Khairy berkata, dakwaan tersebut bukan sahaja tidak tepat tetapi diulang dalam berita yang disiarkan pada 11 dan 18 April oleh Malaysiakini. “Laporan yang disiarkan adalah tidak bertanggungjawab dan nakal.

“Dengan itu, adalah adil untuk kepentingan umum khususnya para pengundi di Rembau, Malaysiakini hendaklah menarik balik dakwaannya itu dan menyiarkan pembetulan dengan disertakan permohonan maaf,” ujar Khairy.

Read more...

Thursday, April 24, 2008

Khairykah yang dimaksudkan?


MELAKA 23 April - Jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang akan datang sebaiknya diisi oleh mereka yang telah dibentuk dan dibimbing untuk mengisi jawatan itu dan bukannya melalui pertandingan kerana ia dipengaruhi emosi atau desakan.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Idris Haron berkata, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang telah mengetuai sayap kanan parti itu sejak sekian lama telah melatih dan membimbing orang-orang tertentu untuk menggantikan beliau.

Justeru, katanya, orang tersebut yang perlu dipilih bagi menggantikan Hishammuddin yang akan bertanding jawatan Naib Presiden parti pada pemilihan UMNO Disember ini.

''Kalau tanya saya siapa yang layak menggantikan Hishammuddin, orang itu adalah mereka yang telah dibentuk untuk menjadi ketua. Mereka sudah memahami keperluan dan kehendak sebagai ketua untuk menerajui Pemuda," ujarnya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Forum Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia dengan Industri di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada orang yang dimaksudkan untuk menggantikan Hishammuddin itu ialah Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin, Idris berkata: "Itu awak yang cakap, bukan saya cakap..."

Ditanya cadangan Hishammuddin untuk bertanding jawatan Naib Presiden, beliau berkata, pihaknya menyokong penuh cadangan tersebut kerana jawatan seterusnya yang paling sesuai bagi seorang Ketua Pemuda ialah Naib Presiden.

"Perkara ini seperti pernah berlaku di dalam UMNO sebelum ini. Ini kerana Pemuda adalah kilang untuk melahirkan pemimpin berwibawa. Malah, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri datangnya daripada Pemuda UMNO," katanya.

Mengenai kedudukan beliau sendiri, Idris berkata, beliau mengambil sikap "tengok dahulu" dan tidak mahu membuat keputusan terburu-buru.

''Ramai yang kata sedia bertanding, ramai juga kata tidak mahu bertanding. Ada juga yang tengok dulu. Jadi saya mengambil sikap tengok dulu," kata Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu itu.

Read more...

Monday, April 21, 2008

Enam beradik terpaksa tinggal dalam bilik sempit


BERTANGGUNGJAWAB: Teo (kanan) bersama empat daripada lima adik yang dijaganya sejak ditinggalkan ibu bapa.




Enam beradik terpaksa tinggal dalam bilik sempit di belakang sebuah rumah di Kampung Baru Paroi, dekat sini selepas ditinggalkan ibu bapa mereka lebih enam bulan lalu dipercayai akibat kesempitan wang.

Mereka yang berumur lima hingga 18 tahun terpaksa menumpang di sebuah bilik sepanjang dua meter dan semeter lebar yang hanya mampu memuatkan dua katil dan sebuah almari pakaian.

Abang mereka, Too Chee How, 18, berkata dia terpaksa mengambil upah harian sebagai buruh kasar di sebuah bengkel kereta bagi menanggung adik sejak bapa mereka yang berusia 58 tahun dan ibu keturunan India berusia 34 tahun melarikan diri akibat kesempitan wang.

Katanya, mereka sebenarnya mempunyai 16 beradik tetapi hanya enam tinggal bersama ibu bapa, manakala abang sulung berusia 19 tahun dan adik-beradik lain diserahkan kepada orang lain sejak lahir dan tidak diketahui di mana mereka.

"Sejak kecil, kami sudah berpecah dan hanya lima bersama saya. Sebelum ini, kami enam beradik tinggal bersama ibu dan bapa tetapi saya tidak tahu kenapa mereka tinggalkan kami begitu saja," katanya selepas dikunjungi oleh YB Khairy Jamaluddin bersama Timbalan Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Datuk Dr Yeow Chai Thiam, semalam.

Read more...

Nilai Pemimpin Dari Sudut Kerja

Written by Jejaka & Bro Jinggo







Seribu wajah keriangan terpamer di riak wajah penduduk Taman Jasmin apabila mendapat bantuan dan sokongan daripada Ahli Parlimen Rembau YB Khairy Jamaluddin, sekaligus mencapai impian penduduk setempat untuk memiliki sebuah surau sendiri yang mana selama ini penduduk Taman Jasmmin hanya menyewa sebuah rumah untuk dijadikan temnpat beribadah.

Kehadiran ahli parlimen Rembau itu ke taman perumahan tersebut melengkapkan lagi majlis gotong-royong yang tuurt diadakan pada hari itu sempena Majlis Menaik Taraf Surau & Pelancaran KRT Taman Jasmin, DUN Paroi.

Berucap di majlis itu, Khairy berkata, semangat kejiranan dan bersatu-padu yang ditunjukkan oleh penduduk sekitar sangat dihargai.Beliau juga turut menambah, walaupun tiada wakil rakyat dari Barisan Nasional berikutan kekalahan dalam PRU 12 lalu, itu tidak bermakna tanggungjawab dan khidmat kepada rakyat di abaikan.

Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk Taman Jasmin kerana menganggap beliau sebagai wakil mereka biarpun kawasan terbabit dikuasai oleh parti pembangkang.

Dalam ucapan beliau juga turut berjanji akan memastikan surau tersebut siap sepenuhnya dan akan memastikan kehendak penduduk yang telah lama mengimpikan sebuah kemudahan lengkap.Ini berikutan segaal permintaan penduduk tidak dilaksanakan oleh parti pembangkang yang memerintah di kawasan itu.
Menurut beberapa penduduk yang mengeluh dengan reaksi pembangkang yang langsung tiada berminat untuk mewujudkan surau berkenaan biarpun sudah dipohon, membuatkan penduduk berasa hati dan marah terhadap wakil rakyat disitu.

Khairy juga turut menyentuh isu kemerosotan undi sewaktu PRU lalu dimana menurut beliau segala apa yang terjadi adalah pilihan rakyat dan bukan lah berpunca dari apa yang di gembar-gemburkan pembangkang.Beliau juga turut mengkritik pemimpin yang hanya tahu cakap tetapi tidak menjalankan kerja kerana itu jugalah salah satu punca antara kemerosaotan PRU 12 yang lalu.

Dalam pada itu, beliau juga turut difahamkan akan satu ceramah perdana dari parti pembangkang akan diadakan pada sebelah malamnya di kawasan yang sama.

Sungguhpun begitu, Khairy menjelaskan, beliau tidak menghalang kehadiran orang ramai ke program ceramah tersebut cuma beliau berharap rakyat di DUN Paroi ini dapat menilai sendiri sejauh manakan kerja-kerja yang dilakaukan mereka selama ini.

Beliau juga turut membidas bahawa setiap pemimpin wajib menjalankan tugas pemimpin dan bukanlah sekadar berucap didalam ceramah tanpa sebarang kerja sehingga tangungjawab yang harus dipikul diabaikan.
Beliau juga menasihatkan para penduduk setempat agar tidak melihat dan menilai seseorang pemimpin itu dengan sumbangan dan peruntukkan yang diberi kerana sentimen inilah yang boleh merosakkan personaliti pemimpin itu sendiri.

Read more...

Thursday, April 17, 2008


Hishammuddin Tun Hussein mempamerkan jersi yang tertera namanya sambil diperhatikan Khairy Jamaluddin (kanan) di Kuala Lumpur, semalam.

Read more...

Monday, April 14, 2008

Anwar cuba racun Kj dengan simpati

Written by : Otaisiber

Perancangan pihak tertentu untuk memusnahkan kerjaya Khairy Jamaluddin dan menangguk di air yang keruh semakin menjadi-jadi dan seperti melepaskan anjing tersepit. Anwar kini bermain dengan kata-katanya membayangkan beliau adalah menusia yang masih punya hati dan perasaan.


Sekali lagi Anwar berlakon mencari simpati sama seperti beberapa siri lakonan beliau sebelum ini untuk meraih simpati tetapi berniat jahat. Antara lakonan beliau sebelum ini ialah lakonan 'Acid Arsenic', sakit pinggang dan kemungkinan disuntik HIV.

Setelah menyaman Khairy sebanyak RM 10 juta hari ini. Anwar berlakon lagi dengan memberikan simpati kepada Khairy Jamaluddin (KJ ) yang dikatakan dikambing hitamkan oleh orang UMNO dan dipersalahkan dalam kekalahan UMNO ketika PRU12 yang lalu.

Anwar sungguh bijak mencuri kesempatan dan tahu akan akibat kata-kata simpati beliau sebenarnya adalah racun untulk membunuh Khairy yang dalam usaha Khairy yang mahu bertanding dalam pemilihan pemuda UMNO yang akan datang.


Niat serampang dua mata Anwar yang lecik ini boleh meracun pemikiran ahli UMNO untuk membuat kesimpulan bahawa Khairy adalah kroni Anwar.


Saikologi timbal balik Anwar ini adalah merupakan steategi terbaru mereka untuk mengucar kacirkan UMNO yang sedang mengelami kemelut dalaman.

Strategi pembangkang untuk menghancurkan kepimpinan UMNO dan keluarga Pak Lah di mana ianya di mulakan oleh Karpal Singh yang mensihati Tun agar terus bersara dan jangan campuri pentadbiran Pak Lah dan akibatnya Tun terperangkap dan terus membuat andaian bahawa Pak Lah punyai konspirasi dengan DAP untuk menjahanamkan UMNO. Sila baca tulisan ini, Mungkinkah Tun berpakat dengan Karpal Singh untuk jatuhkan Pak Lah?.


Sokongan berniat Anwar ini juga bersabit dengan pakatan bersama orang dalam UMNO yang mahu menyabitkan KJ dengan Anwar kerana mereka tahu bahawa kebanyakkan ahli UMNO tidak boleh mendengar nama Anwar dan mereka juga tahu perbuatan Anwar menyokong KJ boleh mambakar perasaan penyokong Tun kerana mereka adalah merupakan penyokong yang paling sensitif yang tidak langsung boleh mendengar nama Anwar bin Ibrahim.


Kita selaku ahli UMNO jangan mudah terpedaya dan terus membuat keputusan yang mendadak dan menghukum seseorang hanya dengan membaca-baca tulisan yand nagatif terhadap pemimpin-pemimpin kita kerana inilah masa yang paling baik untuk mereka melakukan strategi untuk menghancurkan parti kita dan pemimpin kita.

Read more...

Friday, April 11, 2008

Suara Azman Mat Sah Tidak Mewakil keseluruhan Rakyat Di Rembau.

Oleh : Along Kg Sogo Hilir (Parlimen Rembau)

Bukan mudah mahu jadi popular dan bukan mudah juga untuk mencari jalan kekayaan dengan cara yang baik. KJ adalah Public Figure yang laku dalam industri berita di tanah air.

Tambah lagi jika ada sengketa dengan KJ dan berlaga arus dengan KJ dan dalam keadaan sekarang, sesaiapa sahaja yang berlaga angin dengan KJ akan cepat lah popular kerana berani meneggak kebenaran , kononnya.

Al kisah si mamat yang bernama Azman Mat Sah salah seorang Exco Pemuda di Rembau yang bercita -cita tinggi dalam kehidupan , menentang KJ kerana tidak berpuas hati dengan KJ.

Ini adalah tentangan peribadi Azman kerana baru-baru ini apabila dia membuat mesyuarat tergempar bagi membentangkan usul undi tidak percaya kepada KJ , korum yang dijemput tidak mencukupi untuk membentangkan usul berkenaan , jelas kami merasakan bahawa usul ini adalah usul peribadi beliau dan tidak langsung mendapat sokongan dari Pemuda di Rembau.

Eloklah Azman jangan gunakan nama Pemuda Rembau sebagai Platform untuk suara peribadi..
Khabar dari Rembau pula menyatakan Azman ini sememangnya mempunyai rekord yang kurang enak untuk di ceritakan melalui halaman ini kerana ianya akan mengaibkan pihak-pihak tertentu.

Azman ini sememangnya jenis orang yang sentiasa tidak puas hati.

Azman yang kami ketahui adalah seorang Pemuda yang mahu segala kehendaknya sentiasa dipenuhi dan di turuti. Jika beliau memohon sepuluh projek dan 9 projek diluluskan dan hanya 1 projek gagal dimiliki Azman , Azman akan bertindak agresif menghentam pemimpin UMNO kerana tidak dapat prijek yang satu itu. Sedangkan yang sembilan lagi tidak akan diambil kira oleh Azman.

Sebenarnya suara Azman tidak mewakili suara rakyat di Rembau dan rata-rata rakyat di Rembau berpuas hati dengan wakil Parlimen mereka.

Azman tidak perlu mencanang gongnya seolah-oleh semua rakyat di Rembau bersetuju dengan saranan nya. Azman juga jangan jolok sarang tabuan hanya kerana hal-hal peribadi Azman dan memalukan rakyat di Rembau. Kami memeberi Azman amaran agar jangan memulakan pembakaran hati-hati rakyat Rembau khususnya Pemuda Rembau, kerana yang menyokong Azman hanyalah dua atau tiga kerat sahaja.bagi kami , kami tetap menyokonmg KJ dan jika Azman tidak puas hati , silalah buka gelanggang dan tunjukkkan anak jantan pada pemilihan UMNO yang akan datang.

Jangan hanya berkokok di dada akhbar dengan niat jahat untuk mengaibkan KJ. Kita jumpa di gelanggang.

Read more...

EC menafikan tuduhan Badrul Hisham Shaharin

Seremban: Calon Parti Keadilan Rakyat untuk pilihanraya umum ke 12 yang lepas, Badrul Hisham Shaharin telah mengecam Suruhanjaya pilihanraya dengan kenyataan bahawa beliau tidak menerima borang pengesahan untuk setiap peti undi sebelum pengumuman keputusan rasmi bagi kerusi Parlimen Rembau pada hari pengundian.

Pengerusi pilihanraya negeri Abd Latif Baba pula menindas tuduhan tersebut dengan kenyataan bahawa adalah tidak munasabah pegawainya tidak memberikan borang 14 kepada ejen Badrul sedangkan pihak beliau sentiasa memastikan salinan borang itu mencukupi di tempat pembuangan undi.

“Dia (Badrul) kata ejennya tidak diberikan borang tersebut, itu sama sekali tidak munasabah. Setiap pusat telah diberikan enam borang dan diedarkan kepada semua parti lawan,” tambah Abd Latif lagi ketika dihubungi.

Abd Latif turut menyatakan borang lebih turut diberi kepada ketua pusat pembuangan undi.

Badrul Hisham yang berlawan untuk merebut kerusi Parlimen denga Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, dikatakan sebab ejennya tidak diberikan borang tersebut adalah kerana Pegawai Suruhajaya telah kehabisan borang tersebut.

Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard, berkata beliau juga bercadang akan memfailkan petisyen terhadap EC.

Khairy memenangi kerusi Parlimen dengan undi sebanyak 26,525 menentang Badrul yang menerima sebanyak 20,779 undi.

Badrul Hisham turu menegaskan bahawa beliau telah memenangi kerusi itu dengan lebihan undi sebanyak 141 dan merupakan undi majoriti, Abd Latif pula berkata beliau tidak menghalang jika pihak Badrul mahu memfailkan petisyen untuk mencabar keputusan piliharaya parlimen Rembau.

Bagaimanpun, Abd Latif turut menyatakan perkara tersebut adalah mustahil kerana jumlah undi dimasukkan hanya dengan kehadiran semua ejen parti.

Abd Latif berkata, pihak Suruhanjaya juga tidak lagi menjalankan pengiraan semula undi di pusat-pusat kiraan.

Jika diimbau kembali Piliharaya 2004 di Permatang Pauh apabila Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail diumumkan sebagai pemenang selepas dua kali pengiraan undi dijalankan beliau berkata:

“Jumlah undi di setiap pusat undi di kira dan dimasukkan ke dalam borang 14. “Jumlah ini kemudiannya dihantar ke Pusat perhitungan di mana untuk menjumlahkan keselurahan undi dan keputusan diumumkan.

Abd Latif juga menegaskan bahawa tiada lagi pengiraan semula undi dijalankan dan keputusan undi akan dimasukkan ke dalam sampul surat dan dimeterai.

“Jika PKR tidak berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan, mereka boleh memfailkan petisyen. Mengikut prosedur yand ditetapkan dan mereka mempunyai peluang untuk menyatakan kes mereka,” tambah beliau lagi.

Adb Latif berkata, parti tersebut boleh menghantar petisyen mereka selepas keputusan diwartakan. Proses ini kebiasaannya menggambil masa selama sebulan.

Read more...

Thursday, April 10, 2008

Pemuda Perak cadang KJ

Selepas Negeri Sembilan, hari ini giliran Pemuda UMNO Perak pula mencadangkan Naib Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin menggantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengisi jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Padzi Paharudin berkata, Khairy menunjukkan ciri-ciri kepimpinan amat berkaliber dalam tempoh beliau memegang jawatan naib ketua dan menjadi pembantu serta timbalan yang setia kepada Hishammuddin.

Beliau berkata, mengikut hierarki, Khairy ialah calon paling sesuai dan tepat mengisi jawatan itu kerana beliau memahami dengan mendalam tentang arah tuju perjuangan Pemuda UMNO yang diperjuangkan Hishammuddin selama ini.

''Khairy berada pada posisi di mana beliau dapat meneruskan dan juga mengembangkan lagi intipati perjuangan Pemuda ke tahap lebih tinggi berdasarkan pengalaman beliau yang ditimba bersama-sama Hishammuddin.

''Perjuangan beliau bersama Pemuda UMNO selama ini menjadikan beliau seorang individu yang lebih matang, berkebolehan dan berkemampuan untuk memimpin pergerakan ini dalam kancah politik yang bergelora pada masa ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zainol berkata, amat merugikan jika bakat Khairy yang dipupuk dan digilap selama ini tidak digunakan sepenuhnya oleh Pemuda UMNO.

Menurutnya, pada beberapa pilihan raya kecil, Khairy juga telah membuktikan kebolehan dan kepimpinannya mengetuai jentera pilihan raya Pemuda Barisan Nasional (BN), malah dilihat bijak menangani segala kritikan dan tekanan terhadap dirinya.

Khairy, kata beliau, berjaya membuktikan keupayaannya dalam pilihan raya lalu apabila memenangi kerusi Parlimen Rembau selepas dipilih oleh rakyat yang mempercayai kemampuannya sebagai pemimpin.

"Selain itu, beliau mempunyai hubungan baik dan erat dengan kepimpinan Pemuda UMNO bahagian-bahagian. Beliau telah membuktikan yang beliau mampu untuk terus menjalin hubungan yang lebih erat dan mesra hingga ke peringkat akar umbi parti.

"Khairy juga mempunyai kelayakan akademik tinggi dan sesuai sebagai pemimpin yang berilmu pada masa ini lantas kelayakannya menepati kehendak masyarakat umum," ujarnya.

Berbekalkan ilmu yang dimiliki, kata Zainol, Khairy mampu menangani dengan efektif, cabaran arus dunia moden yang wujud ketika ini.

Bukan itu sahaja, katanya, sebagai Naib Ketua Pemuda, Khairy membuktikan keberkesanan apabila dengan berani dan lantang mempertahankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan ketuanan Melayu yang bertepatan dengan prinsip perjuangan Pemuda UMNO selama ini.

Read more...

Wednesday, April 9, 2008

Babi-pas dayus

By: jinggo

Projek ternakkan babi bernilai 100 juta yang telah diluluskan pada 30 Januari lalu oleh Kerajaan Campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS tetap diteruskan walaupun mendapat pelbagai bantahan dari rakyat Selangor dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Jika kerajaan campuran hendak sangat membina ladang ternakan babi takkanlah secara besar-besaran. Adakah ladang ternakan babi yang sedia ada masih tidak mencukupi atau pun Kerajaan campuran mahu menjadi pembekal babi terbesar diseluruh Negara sedangkan Cina, Hong Kong, Taiwan dan Singapura yang majoriti penduduknya berketurunan Cina telah lama menghentikan ternakan babi kerana ia membawa pencemaran teruk kepada sungai-sungai dan sumber air minuman.

Di manakah pendirian Parti PAS yang sebelum ini begitu lantang menolak projek ternakan babi dan menuduh Barisan Nasional (BN) menyokong projek tersebut semasa berkempen pilihan raya yang lalu. Hari ini lain pula ceritanya PAS diibaratkan seperti 'talam dua muka', mereka menyokong dan mempertahankan projek tersebut seratus peratus.

Di antara risalah yang diedarkan PAS sewaktu kempen pilihanraya yang lalu, PAS menyatakan : Teknologi terbesar dari Jerman, yang terbesar di Asia. Bersih, bau tak ada, katanya. Tapi 'babee' tetap najis! Buat apa ternak kat sini. Tempat lain tak ada? Yang tak ada orang duduk. Sementara ada peluang sekarang, gunakanlah. Jangan diperbodohkan lagi oleh mereka yang pentingkan perut sendiri!

Sekarang kita tahu siapa yang pentingkan perut sendiri…! Siapa yang menipu rakyat! Dan siapa yang tidak bersih!.

Rakyat sudah mula sedar sekarang memilih parti pembangkang adalah satu kesilapan besar dan diakui oleh masyarakat setempat yang banyak merasakan pemimpin Islam dalam parti PAS sudah hilang taringnya dan tunduk pada bangsa asing.

Apa sudah jadi kepada pemimpin Islam PAS dengan begitu mudah mereka menyokong projek ternakan haiwan yang diharamkan oleh agama kita.Di manakah laungan 'ALLAHU AKBAR','HASBI!!!' yang sering menjadi senjata peperangan PAS dimedan pertempuran politiknya ketika menentang UMNO.Kenapa tidak digunakan untuk menegakkan hak kaum melayu di Sepang.

Campakkan sahaja kopiah itu jika tidak mampu mempertahankan kaum Melayu dan menegakkan kebenaran dalam Islam. Sesungguhnya bersekongkol dengan orang kafir adalah satu dosa yang besar, sudah lupakan pemimpin PAS dengan perkataan tersebut.

Dimanakah perjuangan mereka selama ini yang kononnya memperjuangkan Islam dan mahu menjadikan Negara ini sebagai Negara islam. Apakah mereka sudah lupa projek ternabakan babi yang mereka sokong ini menjual maruah parti PAS yang dikenali sebagai sebuah parti Islam.

Oh… terlupa pula PAS kini sudah moden dan PAS bukan parti yang semata-mata memperjuangkan Islam, PAS sudah berubah arah dan rasa-rasanya tiada gunanya lagi PAS mengunakan nama Parti Islam Semalaysia, sebaiknya PAS harus mengunakan nama Parti Laknat Islam Semalaysia kerana pemimpin-pemimpinnya dayus.

Read more...

Khairy paling layak ganti Hisham – Jamlus

Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan Datuk Jamlus Aziz berkata, calon yang paling layak untuk mengisi jawatan Ketua Pemuda UMNO yang akan dikosongkan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ialah Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, ini sudah semestinya kerana mengikut proses hieraki parti, Khairy adalah orang nombor dua selepas Hishammuddin dan apabila Hishammuddin mengumumkan keputusan tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti Disember depan maka calon paling layak mengisi kekosongan itu ialah Khairy.

“Kita akan rugi jika kita tidak memilih Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO kerana kita telah gilap beliau untuk memimpin Pemuda UMNO selama ini. Selain taat setianya kepada parti, Khairy diakui mempunyai kebolehan dan berkemampuan.

“Ini terbukti kerana beliau banyak membantu Hishammuddin dan aktif dalam Pemuda UMNO serta pengorbanannya, terutama pada tiga pilihan raya kecil tahun lepas di mana Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan yang begitu menyerlah sekali,” katanya di sini, hari ini.

Khairy yang juga anggota Parlimen Rembau adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rembau.

Jamlus berkata, walaupun terpaksa menerima banyak kritikan daripada pelbagai pihak namun Khairy diakui mempunyai pengalaman luas sebagai pemimpin. “Saya akan meminta Khairy supaya menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu. Saya juga akan meminta Pemuda UMNO negeri lain supaya memberikan sokongan kepada Khairy,” katanya.

Jumaat lepas, Khairy berkata beliau menyerahkan kepada anggota akar umbi untuk menentukan sama ada beliau bertanding jawatan ketua pergerakan itu.

Setakat ini dua orang yang telahpun mengesahkan secara terbuka kesediaan bertanding merebut kerusi itu ialah Exco Pemuda UMNO Datuk Mukhriz Mahathir dan anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Read more...

Khairy tidak campuri MT UMNO, Kabinet

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini sekali lagi menafikan campur tangan menantunya, Khairy Jamaluddin dalam pentadbiran parti dan kerajaan.

Perdana Menteri turut menyangkal dakwaan bahawa anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan Jemaah Menteri merupakan barisan pak turut atau Yes man.

''Kononnya zaman saya ini tidak ada kebebasan, semuanya orang takut. Tetapi depa kata saya ni lembik... tapi orang takut kat si lembik ni.

''Seolah-olah semua yang ada dalam MT ini dan dalam Kabinet, bodoh belaka... Khairy seorang yang pandai, yang menentukan segala-galanya.

''Ini semua tuduhan yang tidak ada batasan, terus hentam begitu sahaja,'' tegasnya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat kepada lebih 1,000 ahli daripada kumpulan penerangan parti itu di PWTC di sini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin UMNO serta pembangkang sebelum ini sering menuduh Khairy yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO campur tangan dalam keputusan-keputusan kerajaan termasuk menentukan senarai calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada pilihan raya umum lalu.

Read more...

Monday, April 7, 2008

Tun M ingin tiru Keluarga Bush

Tun M ingin tiru Keluarga Bush
http://www.suaralantangjejaka.blogspot.com/

“Kononnya zaman saya tidak ada kebebasan, semua orang takut. Tetapi depa kata (kepemimpinan) saya lembik tapi (ada) orang takut kat si lembik - seolah-olah dalam kabinet, (menteri) bodoh belaka, (menantu saya) Khairy (Jamaluddin) seorang yang pandai yang menentukan segala-galanya.

"Tuduhan-tuduhan yang tidak ada batas… hentam begitu sahaja. Apakah pada masa dulu (era Dr Mahathir) tidak ada sekatan-sekatan tertentu…

"Bila Dr Mahahtir mengambil alih jawatan daripada Tun Hussein (Onn), saya tahu reporter semua dipanggil jangan memberi liputan berita kepada Tun Hussein, jangan tunjuk gambar Tun Hussein.

"Operasi Lalang siapa yang bertanggungjawab saya tahu, bukan saya tak tahu," katanya.


Itulah luahan dan pendedahan sebenar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika Majlis Penerangan UMNO di PWTC, semalam.Jelas sudah dimana kita dapat melihat ketakutan sebenar dating dari Tun dan anaknya, Mukhriz kerana hasad dengki dan iri hati dua beranak ini makin disedari kegoyahan politik mereka.

Hakikat sebenar yang jelas dilihat adalah impian Mukhriz yang terlalu bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri sehinggakan bapanya sendiri berani berkata jika Negara di pimpin oleh menantu maka hancurlah Negara.

Maka apakah perbezaannya jika Negara baakal dipimpin oleh anaknya sendiri akan selamat dan maju Malaysia ini? Apakah Tun berfikir beliau adalah Tuhan yang boleh mengetahui masa depan Negara akan terjamin jika di perintah oleh anaknya? Kukuhnya disini, siapakah yang dahagakan kuasa pemerintahan?

Gambaran Tun yang mengatakan Perdana Menteri telah dikuasai oleh menantu sendiri menandakan pemikiran Tun sudah nyanyuk.Jika tidak kerana menggilai kuasa, masakan Tun beria-ia mahukan anaknya sendiri menjadi Perdana Menteri? Keraan impian Tun mahukan Malaysia di perintah oleh generasi beliau sahaja.

Janganlah kita lupa, Tun menyimpan hasrat yang begitu tinggi untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang dikuasai oleh anak-beranak beliau seperti mana Presiden Bush dan Goerge Bush.

Read more...

Saturday, April 5, 2008

Khairy wants feedback from members before deciding

REMBAU: Umno Youth deputy chief Khairy Jamaluddin has refused to say if he would go for the wing's top post in the December party polls.

Khairy, who is also Rembau MP, said there was no reason for him to make a decision now as the polls were still months away.

"Also, I need to get the views from the branches and divisions first. Only then will I make my decision known," he said when met at his service centre near here.

Khairy said the party was his priority and he would not be hasty in joining the fray to contest the top post.

"Umno is an institution and I must hear the views of the grassroots first," he said.

Asked on Datuk Seri Hishammuddin Hussein's decision not to seek re-election as Umno Youth chief, Khairy said this had to be respected although it was a great loss to the Youth wing.

Hishammuddin, who is also Education Minister, said on Thursday that he would not be defending the post and that it was time to make way for someone else.

"Umno Youth made tremendous progress with Datuk Seri Hishammuddin at the helm for 10 years.

"I will personally continue to support him if he decides to contest for any post in the party election," he said.

On the decision by Jerlun MP Datuk Mukhriz Mahathir and former Selangor Mentri Besar Datuk Seri Mohd Khir Toyo to offer themselves for the top post in the youth wing, Khairy said anyone was free to contest.

"What is important is that we must follow the democratic process which has been long practised in the party. We must elect the best leaders to effectively lead Umno," he said.

Asked if a contest for the top position in the youth movement would split the party, Khairy expressed confidence that its members were mature and no one would take the opportunity to try and create disunity.

Read more...

Friday, April 4, 2008

Jawatan Ketua Pemuda- KJ Layak

by : MHMizi

Jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO kini terbuka apabila Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein hari ini menamatkan teka-teki dengan mengumumkan tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak dua penggal lalu pada pemilihan parti Disember ini.

Beberapa pemimpin telah berhasrat untuk bertanding bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut sekiranya ia dikosongkan oleh Hishammudin. Antara nama yang disebut-sebut untuk bertanding bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut ialah bekas Menteri Besar Selangor yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Khir Toyo dan Ahli Parlimen Jerlun yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukriz Mahathir.

Walaupun bukan jawatan tradisi yang perlu ditandingi Naib Ketua, Khairy Jamaluddin secara tidak langsung dilihat sebagai salah seorang calon yang layak mengambil alih pucuk pimpinan Pemuda UMNO selepas Hishammudin.

Sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda, Khairy telah banyak berjasa dalam pergerakan yang mempunyai 600,000 keahlian itu di samping pengalaman beliau yang mengetahui selok-belok pergerakan Pemuda.

Biarpun ura-ura memperkatakan bahawa besar kemungkinan Khairy hanya mempertahankan kerusi Naib Ketua, namun adalah tidak mustahil beliau akan melangkah dan di terima oleh keahlian bagi mengisi kekosongan yang diamanahkan oleh Hishamuddin.

Bahkan sehingga kini beliau masih tidak mengumumkan pendirian beliau samada beliau akan terus dinobatkan sebagai penghuni jawatan Ketua Pemuda atau sebaliknya tidaklah dapat ditentukan lagi.Namun, jika mengikut tradisi, maka layaklah beliau sahaja yang memegang tanggungjawab pergerakan Pemuda.

Read more...

Wednesday, April 2, 2008

Mukhriz perlu dipecat dari jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia

petikan dari http://www.kpmu.net
by : pendeta

Sekarang ini Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir begitu lantang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Paling terbaru semalam dalam satu forum di Petaling Jaya di mana beliau secara terbuka menghentam Pak Lah.

Yang saya hairan bagaimana Ketua Pemuda, Datuk Hishamudin Tun Hussein boleh senyap sahaja? Sepatutnya beliau menyelar Mukhriz kerana memalukan Presiden UMNO di khalayak ramai. Pemuda UMNO perlu bertindak tegas dengan memecat Mukhriz dari jawatan Exco Pemuda.

Kalau rasa tak sebulu dengan Presiden UMNO, lebih baik letak jawatan sebagai Exco Pemuda. Katakan Exco Pemuda bermesyuarat dan mengambil ketetapan berdiri teguh di belakang Pak Lah, apa pula dengan pendirian Mukhriz? Jika tak setuju, lebih baik letak jawatan sebagai Exco Pemuda.

Ini adalah kali ketiga Mukhriz memalukan Pak Lah. kali pertama pada dua tahun lepas, ketika beliau memberi komen kepada ucapan Pak Lah selepas merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2006. Beliau kata ucapan Pak Lah tidak ada yang luar biasa.

Ketika itu semua Exco Pemuda membantah Mukhriz. Kali kedua selepas pilihan raya baru-baru ini, beliau dikatakan menulis surat kepada Pak Lah untuk meminta Pak Lah berundur dari jawatan Perdana Menteri. Pemuda tidak ambil tindakan kepada Mukhriz kerana kononnya surat itu surat periba]di dan entah siapa yang membocorkan isi surat itu kepada media.

Paling terbaru, semalam Mukhriz menghentam Pak Lah lagi. Saya berharap kali ini Exco Pemuda biarlah tegas sikit ambil tindakan kepada Mukhriz. Buat apa Pemuda kalau Hisham tak ambil tindakan kepada Mukhriz. Mukhriz telah menyatakan persetujuan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia jika Hishamudin tidak mempertahankan jawatan itu. Mungkin Hishamudin bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Kerusi yang bakal direbut oleh Khairy Jamaluddin nampaknya akan ditentang habis-habisan oleh Mukhriz.

Apakah kali ini Hisham akan memberikan Mukhriz kekebalan lagi dan menganggap apa yang Mukhriz lakukan adalah hak peribadi. Kita sama-sama saksikan apakah tindakan yang akan di ambil oleh Hisham setelah terang dan nyata seorang ahli UMNO/Ahli Parlimen/Exco Pemuda UMNO menghentam kepimpinan tertinggi UMNO. Bukti telah di gengaman.

Alasan apa lagi yang akan Hisham berikan untuk mempertahankan Mukhriz kali ini. Apakah Hisham akan berkata bahawa foorum itu adalah anjuran badan NGO yang mana beliau tidak ada hak untuk mengambil tindakan terhadap ahli nya. Apakah tindakan Hisham Apakah Hisham juga merestui akan insiden kasar yang berlaku terhadap salah seorang Ketua Pemuda dari Sekinchan.

Read more...

Mukhriz tunggu Hisham -- * Jika Ketua Pemuda UMNO kosong * KJ dijangka tidak bertanding

Oleh HERMAN HAMID dan Rozilan Salleh

KUALA LUMPUR 1 April – Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo kini hanya menunggu langkah Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebelum mengambil pendirian untuk menawarkan diri merebut jawatan nombor satu dalam pergerakan itu.

Kedua-dua pemimpin itu jelas membayangkan pendirian untuk tidak ‘melanggar’ Hishammuddin sekiranya Menteri Pelajaran itu kekal mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak tahun 2000.

Dalam masa yang sama, Mohamad Khir menjangka Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin tidak akan bertanding jawatan ketua pergerakan itu.

Menurut Mukhriz, beliau perlu menunggu keputusan ketuanya itu sebelum membuat sebarang pendirian untuk bertanding jawatan berkenaan.

‘‘Sudah tentu saya kena tunggu bos saya, Datuk Hisham membuat keputusan ke mana dia akan pergi (bertanding) sebelum saya buat keputusan,’’ katanya pada sidang akhbar selepas menjadi panel pada forum UMNO Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 di Petaling Jaya hari ini.

Ditanya jika Hishammuddin bersedia bertanding jawatan Naib Presiden, adakah beliau akan memutuskan bertanding Ketua Pemuda, Mukhriz berkata: ‘‘Ia kena tunggu dan lihat dahulu.’’
Selain Mukhriz, turut menjadi panel forum itu ialah Mohamad Khir dan Ketua Penerangan UMNO Johor, Dr. Mohd.

Puad Zarkashi sementara bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad pula menyampaikan ucaptama pada majlis anjuran sebuah laman web yang dihadiri hampir 2,000 orang.

Pemuda UMNO kini dipimpin oleh Hishammuddin yang menang tanpa bertanding sejak 2000, setelah memangku jawatan itu pada 1998.

Dalam pertemuan dengan Utusan Malaysia di Shah Alam, Mohamad Khir menyatakan kesediaannya berdepan dengan mana-mana calon lain jika Hishammuddin memutuskan untuk bertanding jawatan lain.

‘‘Untuk memutuskan hasrat bertanding jawatan itu, saya kena membuat kajian secara mendalam terlebih dahulu, lihat sokongan dan tidak boleh membuat keputusan secara semberono.

‘‘Begitu juga ke mana Datuk Hisham (Hishammuddin) bertanding, kalau dia kekal saya tidak akan ke situ (Ketua Pemuda),” katanya.

Terdahulu dalam forum sebelah pagi yang dihadiri bersama Mukhriz itu, Mohamad Khir berkata, beliau bersedia untuk tidak bertanding sekiranya majoriti pimpinan Pemuda berkehendakkan Mukhriz.

‘‘Dalam hal ini saya akan sentiasa berbincang dengan Mukhriz. Lepas itu kita tengok macam mana. Kalau tak bersatu masalah juga, mesti elakkan persengketaan sesama kita.

‘‘Pada saya yang penting kita kena kaji (pemilihan ini). Saya kena buat penilaian, Mukhriz kena buat penilaian. Selain itu kena tengok juga siapa yang hendak bertanding.

‘‘Saya rasa mungkin Khairy Jamaluddin tak bertanding, mungkin seorang menteri Kabinet... Jadi yang nak lawan mesti boleh dapat pencalonan dan undi,’’ jelasnya.

Read more...

Tuesday, April 1, 2008

Mukhriz atau Khairy Perdana Menteri Muda Malaysia

oleh: Tig

Ke mana arah dan hala tuju Mukhriz Mahathir dalam mencaturkan permainan politik beliau sehingga berani meletakkan tarafnya sama tinggi dengan Perdana Menteri Malaysia.

Apakah beliau telah merasakan bahawa beliau begitu bijak dalam sepak terajang politik sehingga sanggup bermain api, mungkin beliau terlalu yakin dan menggunakan ayahanda beliau sebagai kuda tunggangan ,maklumlah anak bapak.

Mukhriz merasakan bahawa beliau terselamat kerana duduk di bawah payung pengaruh Tun Mahathir dan Tun digunakan sebagai lesen untuk beliau terus mara kerana agak terlewat menceburkan diri dalam arena politik.

Jika mahu diukur pengalaman dan juga jasa dalam UMNO, tidak banyak yang boleh kita bicarakan mengenai Mukhriz , melainkan "Peace Malaysia" yang hanya kadang-kadang saja membuat program ketika ada bencana.

Hari ini Mukhriz telah menaja bas-bas bagi menggangkut ahli UMNO-UMNO bahagian untuk menghadiri forum yang dianjurkan oleh sebuah laman web.

Antara bas yang di taja beliau beliau adalah UMNO bahagian Merbuk yang telah tiba petang ini di Kuala Lumpur.Ini terpaksa dilakukan kerana mahu menunjukkan sokongan ahli UMNO kepada beliau.

Selain itu hari ini , Laman web yang menganjurkan program dialog ini juga telah membuat bancian dan sehingga berita ini ditulis jam 9.00 malam Mukhriz telah mendapat sebanyak 27.89% (1370) meangatasi Ku Li 27.59% (1355) sebagai calon Presiden UMNO.

Apakah laman ini saja mengembar gemburkan bahawa Mukhriz akan bertanding kerusi Presiden UMNO dan melepaskan kerusi Ketua Pemuda UMNO kepada Datuk Seri Khir Toyo.Ini adalah sandiwara dan permainan politik Mukhriz.

Jika ini adalah satu gembaran yang mahu mengelirukan ahli UMNO agar tidak terlalu fokus kepada Ku Li yang telah membuat kesilapan mengumumkan terlalu cepat hasrat beliau mahu bertanding ataupun sememangnya hasrat sebenar Mukhriz yang mahu menjadi Perdana Menteri dalam usia empat puluhan.

Bukan lah Khairy seperti yang di gembar - gemburkan . Jika benarlah ini cita-cita Muhkriz, atau beliau adalah Presiden dalam acuan yang dibuat untuk menyelamatkan apa yang patut diselamatkan.

Mungkin bukan Mukhriz yang mahu dirinya di calon tetapi hanya andaian dan himpunan pendapat pembaca, sama juga seperti Khiary , segala yang digembar-gemburkan bukannya datang dari mulut beliau sendiri , namun oleh sebab tindakan Khairy mendiamkan gebar-gembur ini yang mahu memburukkan beliau , mesyarakat telah mengaggap bahawa keyataan itu datang dari nya.

Berbeza dengan Mukhriz , kita boleh melihat keyataan hasrat beliau yang terukir di laman yang beliau taja. kita tidak pula pernah mendengar mahupun melihat keyataan yang pernah disiarkan mahupun terkeluar dari mulut Khairy yang menyatakan bahawa beliau mahu menjadi Perdana Menteri dalam usia empat puluhan.

Sekali lagi saya mengatakan bahawa Khairy telah membuat banyak kesilapan dengan membenarkan dirinya dilihat kelihatan buruk oleh mereka-mereka yang tidak senang dengan kebangkitan anak muda ini,Khairy seharus bangun dan mempertahankan diri nya dan menyangkal segala tohmahan yang dibuat keatas dirinya mulai darinya mulai sekarang.

Kita lihat sahaja , sejauh manakah mereka mahu memecah belahkan UMNO , jika Anwar menaja perhimpunan haram , bersih dan Hindraf untuk memburukkan UMNO dan BN , apakah beza himpunan yang dianjurkan ini, sama juga bagi memburukkan kepimpinan UMNO, kerana yang cuba diburukkan ialah Presiden UMNO , suka tidak suka akibatnya akan dirasakan oleh ahli UMNO , bukannya Mantan Presiden UMNO. fikirkanlah.....

Read more...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP