Thursday, July 9, 2009

Ramai pemuda Pas dekati UMNO





KUALA KRAI 6 Julai - Ramai penyokong muda Pas mula mendekati UMNO dan menyatakan kesediaan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, ia berpunca daripada beberapa krisis yang timbul sebelum ini dalam kepimpinan parti itu yang menyerlahkan wajah buruk mereka, tidak seperti yang dilaung-laungkan.


Menurut beliau, mereka yang kecewa dengan perkembangan itu telah sedar bahawa wadah perjuangan sebenar mereka hanya dapat diterjemahkan melalui UMNO.

"Bilangan mereka bukan kecil dan ia perkembangan yang amat serius dan membimbangkan bagi Pas.


"Puncanya ada hubung kait dengan krisis kepimpinan teruk yang berlaku dalam parti itu baru-baru ini dan masih lagi berlaku sekarang," katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan BN di sini hari ini.


Ditanya kemungkinan ia hanya strategi Pas mengelirukan UMNO supaya merasakan berada dalam keadaan selesa hingga mengabaikan kempen, Khairy berkata, ia memerlukan pengesahan.


Bagaimanapun, beliau yakin kumpulan berkenaan jujur dan ikhlas, berdasarkan kepada maklum balas yang diterima melalui beberapa program yang dibuat sebelum ini terutama Program Pemuda Masuk Kampung.


Beliau berkata, pihaknya tidak bercadang membuat majlis penyerahan borang UMNO beramai-ramai secara terbuka yang dilihat tidak banyak membawa manfaat kepada parti berdasarkan kepada beberapa faktor tertentu.


"Selain mendedahkan mereka kepada umum terutama pihak Pas, kebanyakan daripada mereka juga masih sayang kepada parti itu tetapi pada masa sama juga berasa kecewa.


"Lebih baik mereka ini memboikot Pas secara senyap dengan tidak keluar mengundi atau pun masih keluar tetapi memangkah BN," katanya.


Lagi gambar Khairy Jamaluddin di Manek Urai klik disini

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP