Sunday, July 19, 2009

Pemuda Umno Leibh Suka ISA Dipinda Daripada Dimansuhkan

KULIM, 18 Julai (Bernama) -- Pergerakan Pemuda Umno Malaysia lebih suka Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dipinda dan bukan dimansuhkan, kata Ketuanya Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata pemansuhan akta itu hanyalah satu pilihan tetapi membuat pindaan supaya tiada ruang bagi pihak-pihak tertentu menyalahgunakan kuasa untuk tujuan politik adalah lebih baik.

"Apa saja akta bagi menggantikan ISA hendaklah bertujuan menjaga keselamatan negara dan menghapuskannya pada masa ini tidak wajar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu di sini, Sabtu.

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi semalam mencadangkan supaya kerajaan menghapuskan atau meminda ISA.

Khairy memberi contoh dalam konteks membendung anti-keganasan, ISA masih relevan kerana ada negara yang melaksanakan undang-undang anti keganasan menggunapakai akta yang tiada beza dengan ISA.

Contoh lain ialah mengurangkan tempoh tahanan dari 60 hari kepada 45 atau 30 hari sahaja dan selepas ditahan selama dua tahun, kajian semula yang lebih telus lagi hendaklah dibuat," tambahnya.

Mengenai Pemuda Umno, Khairy mahu anggota pergerakan itu supaya lebih fokus ke arah pilihan raya dengan mengukuhkan perpaduan sesama mereka.

Katanya angin perubahan di kalangan rakyat semakin berpihak kepada Barisan Nasional (BN) terutama golongan muda saperti yang ditunjukan mereka pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai Selasa lepas.

Beliau bagi pihak Pemuda Umno Malaysia mengucapkan takziah dan simpati kepada rakyat Indonesia serta mangsa-mangsa warganegara yang terkorban dan tercedera dalam tragedi pengeboman di dua hotel di Jakarta, Ritz Carlton dan JW Marriot dua hari lepas.

Katanya rakyat Malaysia perlu berwaspada kerana kemungkinan suspek yang melakukan keganasan itu adalah anggota Jemaah Islamiah yang mempunyai keanggotaan di seluruh rantau Asia Tenggara bagi mempastikan ancaman itu tidak merebak ke negara ini.

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP