Wednesday, July 9, 2008

Kalau dah memang sifatnya cemburu….. KHAIRY MINTA ANWAR BERSUMPAH PUN SALAH

Kenyataan Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Ramlan Roes berhubung Naib Ketua Pemuda UMNO yang juga Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang dikatakan terdesak sedang sibuk menonjol diri menjelang pemilihan UMNO akan datang ini yang tersiar dalam laman web Malaysiakini semalam menampakkan ada unsur cemburu atau iri hati.

Itulah sifat semulajadi orang kita yang tidak pernah rasa senang melihat seseorang tokoh popular dalam apa juga bidang. Lebih-lebih lagi dalam politik. Tetapi bagi saya, memang layaklah Ramlan mengeluarkan kenyataan seperti itu kepada Malaysiakini kerana beliau berada di pentas pembangkang.

Apakah orang lain yang mencadang dan mencabar supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah juga sedang mencari publisiti murahan dan bermotifkan politik semata-mata? Dalam usaha meminta Anwar bersumpah bukan Khariy seorang. Ramai lagi. Tetapi oleh kerana malangnya Khairy telah ditakdirkan menjadi menantu perdana menteri, maka tumpuan pembangkang yang seangkatan dengannya dari AMK tentulah kepada Khairy.

Dalam isu liwat antara Anwar dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan, memang dari awal lagi Anwar akan mengelak dengan pelbagai cara walaupun Saiful sendiri telah mencabarnya perkara yang sama. Jika Anwar bersetuju pun, tidak bererti beliau tidak bersalah. Ia hanya nampak bersih di permukaan isu sahaja. Kandungan dalamannya tetap bergantung pada keputusan hasil siasatan polis dan mahkamah nanti.

Yang Ramlan sifatkan Khairy menonjol diri menjelang pemilihan di penghujung tahun ini apa salahnya atas sifatnya sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO menyuarakan sesuatu yang setaraf dengannya. Dia layak. Kalau Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menyuarakan perkara yang sama, mungkin Ramlan tidak berkata begitu walaupun Hishamuddin juga sedang bersiap untuk bertanding Naib Presiden UMNO nanti.

Yang dicemburui sangat oleh Ramlan terhadap Khairy ialah bukan kerana isu sumpah, tetapi lebih kepada Khairy mendapat tempat dalam akhbar aliran perdana yang mana Ramlan tidak layak sampai ke situ. Lainlah Ramlan seorang wakil rakyat sekurang-kurangnya. Ini, ketua tidak, timbalan tidak, naib pun tidak. Hanya ahli EXCO yang hanya setakuk sahaja lebih tinggi dari ahli biasa.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP