Friday, April 11, 2008

Suara Azman Mat Sah Tidak Mewakil keseluruhan Rakyat Di Rembau.

Oleh : Along Kg Sogo Hilir (Parlimen Rembau)

Bukan mudah mahu jadi popular dan bukan mudah juga untuk mencari jalan kekayaan dengan cara yang baik. KJ adalah Public Figure yang laku dalam industri berita di tanah air.

Tambah lagi jika ada sengketa dengan KJ dan berlaga arus dengan KJ dan dalam keadaan sekarang, sesaiapa sahaja yang berlaga angin dengan KJ akan cepat lah popular kerana berani meneggak kebenaran , kononnya.

Al kisah si mamat yang bernama Azman Mat Sah salah seorang Exco Pemuda di Rembau yang bercita -cita tinggi dalam kehidupan , menentang KJ kerana tidak berpuas hati dengan KJ.

Ini adalah tentangan peribadi Azman kerana baru-baru ini apabila dia membuat mesyuarat tergempar bagi membentangkan usul undi tidak percaya kepada KJ , korum yang dijemput tidak mencukupi untuk membentangkan usul berkenaan , jelas kami merasakan bahawa usul ini adalah usul peribadi beliau dan tidak langsung mendapat sokongan dari Pemuda di Rembau.

Eloklah Azman jangan gunakan nama Pemuda Rembau sebagai Platform untuk suara peribadi..
Khabar dari Rembau pula menyatakan Azman ini sememangnya mempunyai rekord yang kurang enak untuk di ceritakan melalui halaman ini kerana ianya akan mengaibkan pihak-pihak tertentu.

Azman ini sememangnya jenis orang yang sentiasa tidak puas hati.

Azman yang kami ketahui adalah seorang Pemuda yang mahu segala kehendaknya sentiasa dipenuhi dan di turuti. Jika beliau memohon sepuluh projek dan 9 projek diluluskan dan hanya 1 projek gagal dimiliki Azman , Azman akan bertindak agresif menghentam pemimpin UMNO kerana tidak dapat prijek yang satu itu. Sedangkan yang sembilan lagi tidak akan diambil kira oleh Azman.

Sebenarnya suara Azman tidak mewakili suara rakyat di Rembau dan rata-rata rakyat di Rembau berpuas hati dengan wakil Parlimen mereka.

Azman tidak perlu mencanang gongnya seolah-oleh semua rakyat di Rembau bersetuju dengan saranan nya. Azman juga jangan jolok sarang tabuan hanya kerana hal-hal peribadi Azman dan memalukan rakyat di Rembau. Kami memeberi Azman amaran agar jangan memulakan pembakaran hati-hati rakyat Rembau khususnya Pemuda Rembau, kerana yang menyokong Azman hanyalah dua atau tiga kerat sahaja.bagi kami , kami tetap menyokonmg KJ dan jika Azman tidak puas hati , silalah buka gelanggang dan tunjukkkan anak jantan pada pemilihan UMNO yang akan datang.

Jangan hanya berkokok di dada akhbar dengan niat jahat untuk mengaibkan KJ. Kita jumpa di gelanggang.

72 comments:

Anonymous,  April 11, 2008 at 4:33 PM  

sapo Azman ni, pencacai mana Bad ker. Woooiii buek malu jo AZman , syok sendiri. Orang lain langsung x terpengaruh dengan hasutan kau la.

Anonymous,  April 11, 2008 at 4:35 PM  

Kawan2 semua cam muka Azman ni. kita jumpa pandai2 la.

Anonymous,  April 11, 2008 at 4:43 PM  

Azman aku ada projek berjuta-juta untuk kau. Kalau kau nak aku boleh bagi.Bolehlah kau hidup mewah, dan tak perlu lagilah kau meraih simpati orang ramai dan memburuk-burukkan khairy lagi.
Kau pegi kat Sepang sekarang jumpa dgn Khalid, aku dah cakap dengan dia supaya bagi kau tender angkat najis babi. kita buka tender ni sebab tak nak sunggai-sungai kat malaysia terjejas teruk.
Tapi kau jangan buang kat dalam laut pulak. Kau buat la apa yang patut, kalau boleh guna balik kau recycle balik.
kalau tak pun kauuuu, kauuu, kauuu pikeeeer la sendiri.

Anonymous,  April 11, 2008 at 4:44 PM  

Bodoh punya azman, nak tunjuk hero kat rembau pulak.

Anonymous,  April 11, 2008 at 4:52 PM  

Azman ini sememangnya jenis orang yang sentiasa tidak puas hati.

Azman yang kami ketahui adalah seorang Pemuda yang mahu segala kehendaknya sentiasa dipenuhi dan di turuti. Jika beliau memohon sepuluh projek dan 9 projek diluluskan dan hanya 1 projek gagal dimiliki Azman , Azman akan bertindak agresif menghentam pemimpin UMNO kerana tidak dapat prijek yang satu itu. Sedangkan yang sembilan lagi tidak akan diambil kira oleh Azman.

Anonymous,  April 11, 2008 at 5:02 PM  

Pecat je mamat barua ni. Dengan ahli Parlimen pun di nak langgar. Keputusan yang Azman buat ni bermakna dia telah menolak kepercayaannya pada MB NS tok Mat. Dimana kesetiaanyanya sebagai seorang Ahli Exco jika berkelakuan rakus seperti ini.

apanama April 11, 2008 at 6:02 PM  

Apakata kita nyahkan saja si Azman dari rembau. Betul2 memalukan orang rembau. Go KJ go.....

Anonymous,  April 11, 2008 at 6:03 PM  

alaa... 2x5 je, KJ pn ape kurangny..
mcm2 hal, asek buat hal.. tu la KJ nameny... arini geng2 khir toyo dh turun p kedah, nampakny ade harapan la khir jadi KP... KJ baik tumpu je kt kaw. parlimen tu lagi bagos....

Anonymous,  April 11, 2008 at 6:58 PM  

salute to Azman Mat!!!

KJ pikir dia pandai dan dapat sokongan semua?? pirahhh KJ...

btw ni ada berita terkini, umur paklah dalam UMNO pun dah makin pendek...semalam UMNO kedah hentam najib,minta dia take over dari Dolah...hari ni..baru kejap tadi paklah kena taji dengan Umno Johor...minta secara terang Dolah blah...

dolah dengan tak malunya meminta tempoh sampai 2010..dan TIDAK DILAYAN oleh UMNO johor...syabas UMNO JOhor!

so KJ...sekarang bukan saja 'big bumb' macam Mukhriz atau Toyo je ko kena lawan...dengan budak baru macam Azman pun belum tentu lepas...

tu la...harap lagi pak mertua...ambik ko!!


heuheu...gembira hatiku hari ni...Paklah...bila nak clear Seri Perdana..heuheu...

ohh...lupa...pada menyembah KJ...jemputlah ke forum Terbaru - "KRISIS KEPIMPINAN PASCA PRU 12, DIMANA SILAP-di Kajang Esok!!!Tun M akan hadir...dianjurkan oleh UMNO HULU LANGAT...

Dari HangLipat..

Anonymous,  April 11, 2008 at 7:07 PM  

Nampak nyer hayat KJ dalam UMNO dah nak berakhir..pendek kata KJ lps ni mkn pencen MP sepenggal jer la..termasuk ler pembodek KJ.

Anonymous,  April 11, 2008 at 9:12 PM  

Siapa dia Azman Mat Sah ? lawyer ke? doktor ke? magistrate ke? Ini pun jinggo nak bawak ke-tengah. Dah desperate betul lah kau ni. Jinggo, engkau nak pertahankan KJ sampaikan begini rupa? Asshole!

Anonymous,  April 11, 2008 at 10:02 PM  

dua dua sama jer KJ ker Azman ker.. takde guna langsung ... buat rugi duit bagi elaun kat diorang nih ... pegi jahanam lagi bagus .. penyokong dia pun pegi jahanam

Anonymous,  April 11, 2008 at 11:38 PM  

lahanat ko jingo, wei nama aku da glamer la bro, tak yah nak besar2 kn kat blog ko ni pulak!mmg smua org tahu kj tu dajal!perosak melayu!!
-amsah-

Anonymous,  April 11, 2008 at 11:42 PM  

Pecat je keanggotaan parti UMNO si Azman Mat Sah tu...berani lawan KJ...
Hang tak tau ke rembau ni KJ yang punya....
Berani hang nak kenakan menantu kesayangan Pak Lah...Waakakaka

Anonymous,  April 12, 2008 at 12:05 AM  

Pelan PM letak jawatan disusun
Apr 11, 08 9:38pm
kemaskini 10:26pm Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan berbincang dengan timbalannya mengenai pelan peralihan kuasa, kata naib presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini.

Dalam perjumpaan tertutup dengan Umno Johor, kata Muhyiddin, Abdullah menyatakan beliau akan berbincang secara terperinci mengenai pelan penggantian kepemimpinan dengan Datuk Seri Najib Razak.

"Tempoh peralihan dan sebagainya tidak disebut secara terperinci... hal-hal berkaitan dengan bila masa dan sebagainya beliau akan bincang dengan Datuk Seri Najib," kata Muhyiddin, lapor Bernama, selepas menghadiri perjumpaan itu di sebuah hotel di Johor Bahru.

Ketua Puteri Umno negeri Nor Aslina Zainal Abidin pula berkata, dalam pertemuan itu, badan perhubungan bertanya kepada Abdullah sama ada beliau mempunyai pelan peralihan kuasa.

"Kita tidak minta Pak Lah berundur tetapi ada bunyi-bunyi (seumpama itu) bahawa contohnya pada zaman (Perdana Menteri pertama allahyarham) Tunku Abdul Rahman di mana proses peralihan kuasa berjalan dengan lancar kepada (allahyarham) Tun Abdul Razak Hussein, begitu juga di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad proses peralihan kuasa berjalan lancar kepada Pak Lah," Nor Aslina dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, selain mengaku beliau sendiri menjadi satu daripada punca-punca kemerosotan BN dalam pilihanraya umum, Abdullah juga mendedahkan beliau menerima desakan negeri-negeri agar berundur.

"Ada (terima desakan), bukan semua (negeri) kata begitu. Saya juga dapat laporan...

"Takpelah mereka nak cakap... tentang undur apa semua... saya pun bukan orang yang nak kekal selama-lamanya dalam kepimpinan," kata perdana menteri lagi selepas pertemuan dengan Umno Johor.

Menurut satu laporan Bernama, Abdullah mengulas laporan bahawa pemimpin-pemimpin bahagian Umno di Kedah dan Pulau Pinang dalam pertemuan dengan jawatankuasa pengurusan, yang diketuai Najib, semalam.

Umno Johor hari ini, seperti diduga, secara lembut mendesak Abdullah berundur apabila menyarankan beliau menyediakan "pelan peralihan" kuasa kepada penggantinya.

BN mengalami kemerosotan luar biasa apabila gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, manakala lima negeri - termasuk Kelantan - jatuh ke tangan pembangkang.

Di Wilayah Persekutuan, BN hanya meraih satu daripada 11 kerusi parlimen.

Selepas pilihanraya umum 8 Mac, kepemimpinan dan imej Abdullah terus tercalar apabila calon-calon menteri besar lantikannya di Perlis dan Terengganu ditolak mentah-mentah oleh Sultan masing-masing.

Awal bulan ini, mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Abdullah memerintah di lima negeri sahaja, termasuk Sabah dan Sarawak, selepas "sembilan negeri" menolak kepemimpinannya.

Sembilan negeri itu: lima yang ditadbir pembangkang, Wilayah Persekutuan, Perlis, Terengganu dan Johor.

Anonymous,  April 12, 2008 at 12:37 AM  

Pak Lah tak payahlah nak susah2 melambatkan tarikh berundur atas alasan mahu memperbaiki,menyatukan UMNO. Selama ini pun rakyat tidak menyokong dia.

Apa lagi yang pak lah tunggu? tak reti bahasa ke? mahukah pak lah di-lempar telur busuk baru dia reti?

BERUNDUR LAH PAK LAH CUKUP SUDAH RAKYAT MELIHAT KETIDAK UPAYAAN
MU! TIDAK ADA GUNA NYA pak lah menunjukkan muka
seposen nya. Please go away and enjoy your holiday in Perth. That's what you're good at...having holidays.

Anonymous,  April 12, 2008 at 12:52 AM  

Sikap setia kawan dan kejujuran hubungan Perdana Menteri dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak adalah satu faktor kekuatan yang dimiliki oleh kedua-dua pemimpin tertinggi UMNO ini yang sukar digugat. Selagi hubungan ini masih kental selagi itulah kekentalan kepimpinan ini sukar digugat.

Najib telah memainkan peranan yang besar dalam menghadapi kemelut yang dihadapi oleh UMNO ketika ini. Kerjasama dan kejujuran najib perlu dihargai dan ini adalah satu contoh kepimpinan yang begitu baik di mana selaku timbalan, najib sentiasa berada di belakang bossnya dan memberikan sokongan yang padu tanpa berbelah bagi.

Wajarlah Pak Lah mengumumkan bahawa penganti beliau bila tiba masanya nanti adalah Najib. Wajar juga bagi pemimpin UMNO dan juga ahli UMNO dan rakyat Malaysia melihat Najib sebagai Perdana Menteri apabila tiba masanya nanti.

Kita perlu menolak sesiapa sahaja yang mahu menafikan hak Najib sebagai Perdana Menteri dan sesiapa sahaja yang mahu mencari jalan yang mudah untuk menggantikan Najib selaku Perdana Menteri.

Hubungan Pak Lah dengan timbalannya ini membuktikan Pak Lah sememangnya telah membuat satu pilihan yang tepat ketika mengumumkan Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pak Lah tidak membuat kesilapan dalam memilih timbalannya dan hubungan Pak Lah dilihat tidak bermasalah untuk bekerjasama dengan timbalannya.

Sehingga ini Pak Lah hanya mempunyai satu timbalan yang dipilih dengan tepat. Kemungkinan Pak Lah telah belajar dari mantan Boss lamanya agar tidak selalu membuat kesilapan memilih pemimpin bagi menerajui UMNO kerana kelau selalu sangat buat silap kemunginan rakyat akan menyangkakan sesuatu yang tidak baik. Siapa sebenarnya yang salah bila yang dipilih selalu salah.

Kesilapan Tun memilih Musa Hitam kemudiannya menggantikan Tun Ghafar kepada Anwar yang menjadi kesilapan besar kepada di Tun memilih Pak Lah juga satu kesilapan, mungkin telah memberikan iktibar kepada Pak Lah agar tidak melakukan kesilapan yang sama.

Di petik dari : http://www.tepakbersulam.com

Anonymous,  April 12, 2008 at 1:27 AM  

Abdullah Akui Beliau Antara Penyebab BN Kehilangan Undi
Written by /POSTED BY: Administrator
Saturday, 12 April 2008
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengakui beliau merupakan di antara faktor yang telah menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan undi pada pilihan raya umum ke-12 bulan lepas.


Abdullah yang juga Presiden Umno berkata, disebabkan perkara tersebut beliau merasakan bertanggungjawab untuk berbuat sebaik-baiknya bagi memulihkan BN dan Umno.

"Saya merasakan saya adalah penyebab kepada `pembuangan undi' (undi tidak diberikan) kepada Barisan Nasional. Dan saya merasakan bertanggungjawab untuk membuat sebaiknya-baiknya untuk memulihkan BN dan Umno," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan lebih dua jam dengan Badan Perhubungan Umno Johor yang diketuai oleh Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Naib Presiden Umno, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.
pro-umno

Anonymous,  April 12, 2008 at 2:23 AM  

Johor sokong PM - Pendirian tidak berbelah bahagi pada pemilihan Disember ini – Ghani

Oleh SAHBULAH DARWI dan KAMIL MASLIH

MESRA... Abdullah Ahmad Badawi mengadakan pertemuan dengan Badan Perhubungan UMNO Johor yang diketuai Abdul Ghani Othman (kiri) di Johor Bahru, semalam. Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Naib Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin (dua, kanan) dan Menteri Pengajian Tinggi, Khaled Nordin.– Bernama

JOHOR BAHRU 11 April – Badan Perhubungan UMNO Johor menyatakan pendirian tegas untuk terus memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi memulih dan memperkukuhkan parti itu.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, UMNO Johor turut mengambil pendirian memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Presiden UMNO itu pada pemilihan parti Disember ini.

“UMNO Johor juga menyatakan pendirian menyokong Abdullah memimpin parti seterusnya serta bagi tempoh pemilihan parti pada perhimpunan hujung tahun ini,” katanya.

Abdul Ghani berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan lebih dua jam antara Abdullah dengan Badan Perhubungan UMNO Johor di Hotel Putri Pacific di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Naib Presiden UMNO; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak hadir kerana Menteri Pelajaran itu kini berada di Paris atas urusan rasmi kerajaan.

Abdul Ghani berkata, sokongan kepada Abdullah dibincang dan diputuskan pada Mesyuarat UMNO Johor yang bersidang di Johor Bahru pada 5 April lalu.

“Ini termasuk sokongan terhadap usaha beliau mencari langkah-langkah seterusnya untuk memenangi semula sokongan rakyat untuk sama-sama menghadapi pilihan raya seterusnya dalam negara ini,” katanya.

Abdul Ghani berkata, badan perhubungan itu amat mengalu-alukan kehadiran Perdana Menteri pada pertemuan tersebut bagi membolehkan sokongan itu disampaikan secara terus.

Menurutnya, pada pertemuan itu, Badan Perhubungan UMNO Johor turut membincangkan langkah- langkah yang boleh diambil bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Sementara itu, Mohamed Khaled yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor berkata, sokongan itu penting bagi memastikan kestabilan dan memperkuatkan parti waktu ini dan masa depan.

Tegasnya, pelbagai pandangan dan cadangan daripada ketua-ketua UMNO bahagian telah disampaikan pada pertemuan tersebut.

“Pertemuan itu banyak melihat kepada keadaan pada masa hadapan parti dan orang Melayu dengan cara memulihkan sokongan terhadap UMNO,” jelasnya.

Anonymous,  April 12, 2008 at 4:54 AM  

Aku sokong Khairy..... tapi bukan yg menantu pak lah, ketua kg aku pun nama dia khairy, tapi Mohd Khairy Samad....

Si KJ ni buat pe, glamour sbb benda2 negative je...

Sian pak lah dpt menantu cam ni ....

Anonymous,  April 12, 2008 at 6:04 AM  

Hari ni UMNO jadi bangau oh bangau salah kan masing2 last2 semuanya atas pak lah yang lemah. Kebencian rakyat dah lama dipupuk ditambahi zaman paklah yang lemah, korang semua yg bertanggug jawab baik dari adun, mp, menteri, ketua2 UMNO perangai tak senonoh, Jatuh menjatuh, lobi melobi, politik wang, gila kuasa, sombong angkuh itu semua jadi tontonan macam mana rakyat nak dengar. Ditambahi pula KJ yang angkuh entah dari mana datangnya tiba2 jadi Naib Ketua lepas tu berkokok macam dah lama jadi ahli UMNO. Sedarlah UMNO perlukan kempimpinan Melayu bukan pemimpin UMNO utk UMNO. Yang jelasnya korang perlu berkubur dan mati dalam hati dan minda rkyat marhaen. Duduklah korang dalam kelompok elit korang aje.

Anonymous,  April 12, 2008 at 12:41 PM  

Baguslah Pak Lah berundurlah demi kebaikan negara...
Kalau berundur bawalah sekali menantu kesayangan Pak Lah tu.. sebab ramai ahli UMNO dah meluat tengok perangai beroknya tu...

Selamat Jalan Pak Lah...semoga berbahagia dengan keluarga dan cucu dirumah.....
by,
Penyokong Kuat Pak Lah

Anonymous,  April 12, 2008 at 12:58 PM  

azman? sapo dio nih? azman adnan ko? ko azmanchitits? hehe... apa yg aku difahamkan mamat nih Xpuas hati dgn kj sbb Xdpt projek yg diingininya. wahai encik azman yg bahlol & tolol, apo kau ingat kau sorang ajo yg nk membolot semua projek2 di rembau? punya lah tamak haloba, kalau dah dapat projek tu cuba lah bwk2 bersyukur. ini tak dah dpt 1 projek nk 2-3 projek lg, dah bg betih nk Xnk peha dah, terus nk perut. punya lah gelojoh punya lanun. cuba lah bg kt kwn2lain di rembau. jgn ingat kau sorang ajo yg ado perut, org lain pon ada anak bini nk bg makan. bila Xdpt projek mula lah buek perangai anjing, dah bg tulang, nk pulak gigit tgn tuan yg memberi tulang tu. mulo lah buek cito yg bukan2 psl KJ kt org lain. kalau Xpuas hati kenapa Xjumpa dengan KJ sndr? kenapa nk memburukkan org yg dah bg anak bini kau mkn? apa punya org la kau ni, lanun pon lg senonoh la perangainya dr kau. apo pun yg azman dah buat & nk buat dgn KJ di rembau aku lgsung Xrisau, apo yg mamat nih boleh buat kt KJ? apo hebat bona ko lanun yg bernama azman nih? buang maso lah lyn org bangang camni. apo pun KJ totap dihati kami! sekian trima kasey!

Anonymous,  April 12, 2008 at 1:18 PM  

hahahaha....

tu la dia kisah orang UMNO...
bila sunah nak ikut nabi...
tapi perangai semua mengikut babi..


kita tengok sendiri la sekarang...
dapat projek gaduh..
tak dapat projek gaduh..
nak dapat pangkat gaduh..
sapa tak dapat pangkat gaduh..

dah jadi resam orang UMNO..
hidup mesti tamak..
hidup mesti dengki..
kaki botol dapat jadi menteri..
jaga bidang kehakiman pulak tu..

jinggo ni pun sama..
kalau payment tak dapat dia tukar
angin laa.. dia bukak la pulak
blog celaka kairi...
UMNO la katakan....

Anonymous,  April 12, 2008 at 1:19 PM  

correct... correct... correct..

Unknown April 12, 2008 at 1:28 PM  

sedih dan hiba dengan perkembangan
terbaru ini...

telah saya katakan dahulu
Kairi ni lemah orangnya
hanya menumpang tuah bini je
kalau dah desperate sangat, dia mintak tolong mak dia pulak... tak pasal-pasal kak Fidah kena serang dengan mak kairi ni.. pasal kes bagi 16 helai surat pada Pak Lah Ngantok...

Kali ni pulak dengan si Azman ni..
ini pun dia tak boleh nak handle..
kena pakai jinggo jugak..

kalau jinggo pun tak boleh nak tolong , mesti dia suruh mak dia masuk campur pulak...

habis la kau Azman... kak Fidah pun tobat dengan mak dia...

macam ni ke orang(kairi) yang nak jadi Ketua Pemuda Umno...
kesian umno....

Anonymous,  April 12, 2008 at 1:30 PM  

correct......
correct......
correct......

Anonymous,  April 12, 2008 at 2:42 PM  

Muka tampal betul pak lah ni...apa yang dia nak duduk lama2,nak repair benda apa lagi? tak cukup lagi nak perjahanamkan negara? Parti UMNO sudah huru hara di-kerjakan pak lah dan KJ.

Jinggo pun satu...apasal bodoh nak mampus,siapalah sangat si Azman Mat Sah ni? Cubalah pertahankan boss kau KJ tu dan pak lah.Buatlah rayuan di-laman web kau yang pathetic ni bagi sokongan dengan KJ dan pak lah ke...mereka ni sekarang amat memerlukan kepakaran engkau untuk menaikkan kredibiliti dan image mereka. Ni tidak si AZMAN yang tidak akan jadikan kudis bagi UMNO yang engkau memperbesarkan. Memang KJ harus tukar saja pakar putar bilit dia. Jinggo, buat kerja yang dapat menyakinkan ahli UMNO yang kini sudah jauh dari pemimpin atasan. Ni engkau masukkan artikel sampah kau.Bodoh nak mampus betul lah budak jinggo ni!

Anonymous,  April 12, 2008 at 3:18 PM  

PM: Saya juga punca BN merosot

Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengakui secara terbuka hari ini bahawa beliau antara punca kemerosotan undi BN pada pilihanraya umum 8 Mac.

Abdullah berkata, disebabkan perkara tersebut beliau berasa bertanggungjawab berbuat sebaik-baiknya bagi memulihkan BN dan Umno.

"Saya merasakan saya adalah penyebab kepada 'pembuangan undi' (undi tidak diberikan) kepada Barisan Nasional.

"Dan saya merasakan bertanggungjawab untuk membuat sebaiknya-baiknya untuk memulihkan BN dan Umno," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan badan perhubungan Umno negeri petang ini.

Pertemuan lebih dua jam itu menjadi perhatian utama selepas Umno negeri dilaporkan akan "mendesak secara lembut" pengunduran Abdullah sebagai memikul tanggungjawab kekalahan teruk BN dan Umno dalam pilihanraya umum ke-12.

Umno Johor hari ini mencadangkan Abdullah menyediakan "pelan tindakan peralihan" penggantinya tanpa memberikan tarikh beliau harus berundur - konsensus yang dicapai negeri itu pada mesyuarat 5 April lalu.

Pertemuan itu diketuai oleh menteri besar, yang juga ketua badan itu, Datuk Abdul Ghani Othman.

Turut hadir, menteri perdagangan antarabangsa dan industri Tan Sri Muhyiddin Yassin (juba naib presiden Umno), menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar, menteri pengajian tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.

Ketua Pemuda Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak hadir kerana ada urusan rasmi di luar negara.

Menurut agensi Bernama lagi, perdana menteri menyedari banyak perubahan dijanjikannya kepada rakyat masih belum ditunaikan sehingga kini.

Perubahan itu, antaranya, reformasi sistem kehakiman, pembanterasan rasuah, mengawal jenayah dan merapatkan hubungan antara kaum.

Anonymous,  April 12, 2008 at 3:46 PM  

Khairy gets support from an unlikely source
Posted by kasee
Saturday, 12 April 2008
Anwar says PM's son-in-law being made a scapegoat for Umno's poor poll showing

(The Malaysian Insider) KUALA LUMPUR, April 12 — Khairy Jamaludin has received support from an unlikely source — Datuk Seri Anwar Ibrahim.

The beleaguered son-in-law of the Prime Minister has attracted blame for Umno’s poor performance in the recent general election and has reached a level of toxicity in party circles that he was not considered for a position in the government and looks set to play a peripheral role in the party polls in December.

But the man who he has attacked savagely in the past came to his defence in an interview with The Star.

Anwar said: “I don’t share this very personal venom and viciousness that is thrown towards him by many others.

“I follow Umno politics quite closely but I don’t share this personal venom against him. It’s not a popular thing to say these days. It may be perceived as my defending him, but I am not defending him. But I don’t share the view that people are attributing the entire blame for the disastrous defeat on him. I think people either over-generalise or apportion blame.

“I think he is a very convenient scapegoat although he deserves it to an extent — but not to be blamed for the entire defeat. There are many faults and many problems. You can see the many issues that are raised. It’s not just him. It’s the entire system.’’

Anwar’s words of support could be a kiss of death for a politician who has been trying to live down the perception that he is close to the former deputy prime minister — a perception that was created after he paid a late-night visit to Anwar’s home in 2004, sat down with him for a chat and then handed over a passport to enable him to travel overseas for medical treatment.

Khairy was told off for making that visit, saying that it would create the perception among Umno players that he was preparing the stage for Anwar’s return to the party.

His friends told him that though the visit was innocent, it would be viewed by supporters of Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin and Datuk Hishammuddin Hussein suspiciously.

To compensate, Khairy started attacking Anwar publicly. When parallels between him and Anwar started gaining currency, he attacked the latter at every opportunity, making it a point to say that Umno was better off without the former deputy prime minister.

During a ceramah in Lembah Pantai before the election, he attacked Anwar viciously and is now being sued RM10 million for defamation.

Anwar remember that late-night visit to his old home in Damansara well.

“He sounded reasonably intelligent to me and he was very polite in that meeting.’’ But Anwar said that he thought that some of Khairy’s later statements appeared to be rather arrogant. In contrast, Anwar said that he was always firm and tough, but never arrogant.

His assuring comments will spark a new round of speculation that Khairy may have a political future with the Pakatan Rakyat now that his value in Umno seems to have plummeted.

Anonymous,  April 12, 2008 at 4:48 PM  

Hishamuddin pun ad peranan BN kalah negeri kot...dia yang bawa KJ masuk pemuda..dia jugak yang hunus keris...

Anonymous,  April 12, 2008 at 10:34 PM  

Aritekel 1030-01 - Menentang Khairy Jamaluddin adalah kesalahan besar dan boleh dihukum penjara 5 tahun, disebat dan denda tidak kurang dari RM 1 juta ringgit.

Anonymous,  April 12, 2008 at 11:01 PM  

kita sedang counting hari-hari terakhir 3 beranak di putrajaya...

kepada dato najib...kami sentiasa yakin anda 100x lebih baik dari Dolah..

pada Dolah..
tidolah puas-puas lepas bersara ni..anda pun tau..rakyat khasnya orang umno macam aku dah takmau dirimu...

Pada KJ
pergi mampus!

Anonymous,  April 13, 2008 at 10:22 PM  

aku sokong lobai tayot..bodo ini azman..bodo sorg2 plak tu.kami sokong kepimpinan paklah!!

Anonymous,  April 13, 2008 at 10:23 PM  

azman ko nak projek???
aku ada...RM200juta wooo,
ternak babi..untung gila tu!!

Anonymous,  April 13, 2008 at 11:02 PM  

Azman Mat Sah tidak mustahak bagi perkembangan politik Malaysia. Yang rakyat mahu tahu adalah BILA Pak Lah nak BERAMBUS dari jawatan PM dan Presiden UMNO.

Biarkan KJ dengan kekuatan dan kepandaian OXfart nya mempertahankan kedudukan nya di-REMBAU.
Kita semua nak tenguk berapa pandai KJ apabila tidak ada faktor "BAPA MERTUA."

Berapa sangatlah "bahaya" si-Azman Mat Sah ni? sampai semua orang pun tidak mengenali nya. Jinggo aku dah kata berkali2,tugas engkau adalah memperelokkan image pak lah dan KJ.Ini isu Azman yang tidak akan jadi kudis pun engkau nak putar alam?? Engkau ni bodoh nak mampus ke apa?

Anonymous,  April 14, 2008 at 11:31 AM  

Baru KJ si kambing hitam tahu sekarang. Serangan datang dari setiap arah.

Panggillah Pak Mentua beri pertolongan. Ingatlah, kalau 44 orang menyumpah, sudah pasti ia adalah doa.

Hidup Azman

kakitidur April 14, 2008 at 1:45 PM  

Saya kenal dengan En Azman ni. Bukan seperti apa yang saudara Jinggo tuliskan, Saudara Azman ini bersih dan dikagumi oleh anak-anak muda di Rembau. Dia adalah seorang yang warak, tulus, iklas dalam segala pekerjaan dan perbuatan. Kami penduduk-penduduk di Rembau terutama-anak-anak muda mengutuk perbuatan menghina anak jati rembau ini dan mencabar Saudara Jinggo dan Khairy Jamaluddin untuk datang ke Rembau dan berdepan dengan kami secara anak jantan. Kami tak perlukan kuncu-kuncu orang asing dan orang asing itu sendiri. Cakap saja asal dari Rembau cakap Nogori pun tak tahu. Podahh !!!

Anonymous,  April 14, 2008 at 2:23 PM  

Azman Mat Sah tidak Mewakil Rakyat Rembau, tetapi dia mewakili Rakyat MALAYSIA.

Anonymous,  April 14, 2008 at 3:16 PM  

Ko ornag semua dah kena politik anwar ibrahim ... mampus lah semua ... gaduh sama sendiri, anwt tepuk tanga...

Anonymous,  April 14, 2008 at 7:14 PM  

Dalam politik siapa yang banyak penyokong dialah yang menang....

KJ ramai penyokong...
KJ akan menang dalam pengundian merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO..

Dlam blog ni... hanya 2 3 orang je yang meluat dengan KJ....mereka nilah yang menulis komen berulang ulang.....

Anuar sendiri memuji KJ...
seorang pemuda yang pintar dan tegas.... itu tak boleh dipertikai kan lagi ...memang KJ seorang pemimpin yang pintar , dan boleh maju dengan cemerlang.....dan bakal menjadi PM malaysia...yang ke-8.....

KJ teruskan perjuangna mu...

BY..
Pendita

Anonymous,  April 14, 2008 at 10:44 PM  

KJ nak jadi PM Ke 8? Akan terjadi dalam mimpi pembodek2 nya sahajalah.Tenguk perwatakan nya sahaja dah mencerminkan seorang yang rakus,biadap dan bongkak.Tanyalah orang tua2 sekira nya manusia sebegini menjadi PM,apakah akan terjadi kepada negara?? TERGADAI beb!

Bijak dan pintar bukan kriteria yang semesti nya melayakkan diri sebagai PM, sebagai contoh bapak mertua dia yang bahalol bin tolol pun dijadikan PM.Apa yang rakyat perlukan bukan sahaja PM yang pintar tetapi berakhlak mulia berteraskan Islam.

PM yang bukan hanya pandai menjadi imam di-tengahari,meraba pinggang perempuan di-malam hari.Orang yang betul2 di-lihat beriman dan berkelakuan pun tidak ada kontroversi.Tidak mengkayakan anak pinak,rakan taulan etc....

Anonymous,  April 15, 2008 at 12:01 PM  

KJ akan jadi PM Ke 8? Akan terjadi perubahan pada negara Malaysia... pembangunan semakin pesat... harga barang semakin turun ...rakyat hidup selesa... pencemaran kurang ...hidup rakyat berbilang kaum semakin harmonis ... kes jenayah semakin menurun ke 000.001%
semua pembangkang pakat pakat nak berkerja sama dengan KJ... nama KJ semakin harum... dan tercatat dalam sejarah KJ pemimpin yang terulung dan terbaik yang pernah mentadbir Malaysia ..... ini akan jadi kenyataan lihat sahajalah perwatakan KJ kita dapat mencerminkan beliau seorang yang berkarisma sebagai pemimpin,tegas dalam kelembutan....ramai peramal dan orang tua2 beri tahu sekira nya manusia sebegini menjadi PM,negara kita akan mengatasi semua negara di dunia dalam soal pembangunan dan akan cemerlang ,gemilsng dsn terbilsng.. Sokonglah KJ beb....

BY
orang orang

Anonymous,  April 15, 2008 at 1:36 PM  

Bapa mertua kena serang pun dia senyap sepi tak ada sedikit soundbytes.At least suara sikit lah beb. Pasal si-Azman yang orang tak kenal pun jadi igauan diri nya.
Ini macam nak jadi PM? pergi simpan konek kasi Nori sorang aja ramas.

Masa Condoleeza Rice datang ke Malaysia berani(buat wayang).Sedangkan pak mertua melayan karenah pelacur tua dari USA tu. Kenapa tak bisik sama pak mertua supaya tidak menerima kedatangan Rice kerana pada saat itu Hizbollah tengah berperang sama Israel?kan itu lebih mudah.Ini tidak nak tunjuk, yang dia patriotik konon pooodaah!

Tak salah kalau KJ dan pembodek2 nya mahu bermimpi ataupun berangan2,namun dalam realiti politik hari ini pak lah sendiri belum tentu selamat dari persembelihan oleh ahli UMNO,inikan pula siapa nama dia? nak jadi PM...REMBAU pun belum mula berjasa lagi beb,banyak tidur banyaklah mimpi ya tak?

Anonymous,  April 15, 2008 at 1:37 PM  

hahaha...azman nie lah yang mengkucar kacir kan umno

azman pernah buat kenyataan bahawa BN menang tipis pada pilihanraya ke 12 bukan kerana kuatnya pembangkang tetapi kerana ahli umno merajuk dengan khairy..

persoalan nya


adakah ahli umno yang merajuk or azman sendiri yang merajuk macam budak2..

hahaha

Anonymous,  April 15, 2008 at 1:58 PM  

Azman memang betul.KJ adalah penyebab utama N9 menang tipis.Apa yang tak betul nya? Oh kalau N9 menang besar pembodek2 KJ akan mengatakan yang FAKTOR KJ lah membuat BN menang besar, macam PRU 11 bagaimana pak mertua dia mendapat 90%, siaplah pembodek2 kata FAKTOR PAK LAH.Engkau orang punya spin dah serupa macam surat khabar NST tau tak jinggo?

Sekarang isu sabotaj pulak.Ambil lah tanggung jawab penuh,apa salah nya? Ni tidak semua pihak nak disalahkan nya.Haprak punya PM!

Anonymous,  April 15, 2008 at 8:11 PM  

Anonymous yang bengap...,

Lihatlah perjalanan hidup KJ

Mula menjadi ahli biasa UMNO..

Naik jadi n.Ketua pemuda....

Dengan hendsomnya.... naik jadi ketua pemuda UMNO lah pulak


5 tahun kemudian selepas Najib....KJ akan ditabalkan sebagai........
Perdana Menteri Malaysia yang ke-7..... selama 25 tahun KJ memerentah Malaysia.... dalam masa pemerintahanya Malaysia menjadi sebuah negara termaju didunia.... semua parti pembangkang bersatu menyanjung kepimpinan Perdana Menateri Dato Sri Khairy J..... hidup KJ .... hidup KJ....

Pengutuk pengutuk KJ tinggal terlopong sambil ternganga mulut....
lalu mereka pakat ramai ramai nak bodek KJ pulak....

KJ orang yang baik... ditak marahkan mereka.
Kerana sifat baik hati KJ pengutuk pengutuk KJ tu diberi projek buat hospital sakit jiwa ...projek tu dibuat khas untuk pengutuk pengutuk KJ sebab masa tu mereka semua dah jadi gila.., macam macam gila ... ada yang kena gila babi... adayang kena gigit anjing gila , adayang gila meroyan...ada yang gila talak sebab bini dah cabut lari ....

Aman makmur lah Negara Malaysia...

by,
orang orang

Anonymous,  April 15, 2008 at 9:57 PM  

asalamualaikum..
terkejut juga tak kala tgk azmin ni..
tak kenal pun.tiba2 muncul saat2 umno tengah goyah.kalau nak memperbetulkan umno saya berpendapat bukan ini caranya.adalah lebih baik saudara azman tunjuk kan kematangan dalam berpolitik.waktu pilihanraya di parlimen Rembau baru2 ini..saya tidak pernah mendengar apatah lagi mengetahui gerangan bernama azman ini.
saranan saya pada saudara azman,jika mahu menjadi wira dalam umno khususnya di rembau..rajin2 lah memperkenalkan diri kek cawangan2 kampung seluruh parlimen rembau.
ini cara politik lama untuk memperkenalkan diri..atau lebih tepat lagi saya boleh katakan saudara azman cuba menagguk di air yg keruh.
ini bukan masanya.masanya skrg ini adalah masa untuk kita bersatu padu,bekerja demi perpaduan org dan kemajuan org melayu, masanya kita memulihkan kedudukan serta kelangsungan umno serta bn agar kekal releven utk masyarakat di Malaysia.
saya bukan org politik azman..
tiada apa2 kepentingan.saya juga salah seorang pengundi di Rembau.

Anonymous,  April 16, 2008 at 1:16 AM  

Sdr. Azman mewakili suara Rembau. Yang melalak kat sini mewakili suara sendiri.

Apa dakyah penipuan yang nak diangkat sangat KJ ni? Berkhidmat sebagai Ahli Parlimen pun belum lagi, dah nak cerita pasal jasa.

Baru sekarang nama Rembau lekat kat mulut si KJ tu. Selama ni kalau tak Putrajaya...ECM-LIBRA. Kalau tak ECM-LIBRA...Putra Perdana. Kalau tak Putra Perdana...Tkt 4. Kalau tak tkt 4...Maya Karin. Mana ada kecoh2 hal Rembau ni.

Apa Rembau pada KJ? Cuma nama tempat supaya dia boleh duk kat Parlimen. Mula2 cadang nak masuk kabinet. Dah anak beranak kena hentammm...duk diam kat Parlimen je le tinggal.

Tu le...orang bagi nasihat suruh stay baca berita DATELINE kat ntv7 tak mau. Kalau tak dah jadi manager sekarang ni.

Anonymous,  April 16, 2008 at 6:50 AM  

azman adnan aku kenal la...permain bola sepak

Anonymous,  April 16, 2008 at 7:55 AM  

Teruskan bersuara di-REMBAU dan katakan perkara yang benar berkenaan perihal KJ. Besar mana kawasan REMBAU tu?.KJ menang pun bukan dengan majoriti besar.Lebih 20 ribu orang menolak KJ.

Apa yang di-takuti KJ adalah orang2 macam Azman yang berani berkata yang benar.Bukan macam orang2 yang menyokong KJ yang hanya tahu menyokong nya kerana ada habuan yang bakal menunggu.Teruskan usha mu yang pasti dapat membongkar sikit demi sedikit tentang keburukkan KJ.

Anonymous,  April 16, 2008 at 10:50 AM  

Anonymous yang bengap...,

Lihatlah perjalanan hidup KJ

Mula menjadi ahli biasa UMNO..

Naik jadi n.Ketua pemuda....

Dengan hendsomnya.... naik jadi ketua pemuda UMNO lah pulak


5 tahun kemudian selepas Najib....KJ akan ditabalkan sebagai........
Perdana Menteri Malaysia yang ke-7..... selama 25 tahun KJ memerentah Malaysia.... dalam masa pemerintahanya Malaysia menjadi sebuah negara termaju didunia.... semua parti pembangkang bersatu menyanjung kepimpinan Perdana Menateri Dato Sri Khairy J..... hidup KJ .... hidup KJ....

Pengutuk pengutuk KJ tinggal terlopong sambil ternganga mulut....
lalu mereka pakat ramai ramai nak bodek KJ pulak....

KJ orang yang baik... ditak marahkan mereka.
Kerana sifat baik hati KJ pengutuk pengutuk KJ tu diberi projek buat hospital sakit jiwa ...projek tu dibuat khas untuk pengutuk pengutuk KJ sebab masa tu mereka semua dah jadi gila.., macam macam gila ... ada yang kena gila babi... adayang kena gigit anjing gila , adayang gila meroyan...ada yang gila talak sebab bini dah cabut lari ....

Aman makmur lah Negara Malaysia...

by,
orang orang

Anonymous,  April 16, 2008 at 11:15 AM  

Membodek tanpa MALU!!

Warga Desa yang berfikiran terbuka April 16, 2008 at 8:26 PM  

KALAU DAH UMNO TU, MMG PK DUIT JE LA. AZMAN VS KJ. 2X5 = 5X2

Anonymous,  April 17, 2008 at 7:02 AM  

Anonymous yang bengap...,

Lihatlah perjalanan hidup KJ

Mula menjadi ahli biasa UMNO..

Naik jadi n.Ketua pemuda....

Dengan hendsomnya.... naik jadi ketua pemuda UMNO lah pulak


5 tahun kemudian selepas Najib....KJ akan ditabalkan sebagai........
Perdana Menteri Malaysia yang ke-7..... selama 25 tahun KJ memerentah Malaysia.... dalam masa pemerintahanya Malaysia menjadi sebuah negara termaju didunia.... semua parti pembangkang bersatu menyanjung kepimpinan Perdana Menateri Dato Sri Khairy J..... hidup KJ .... hidup KJ....

Pengutuk pengutuk KJ tinggal terlopong sambil ternganga mulut....
lalu mereka pakat ramai ramai nak bodek KJ pulak....

KJ orang yang baik... ditak marahkan mereka.
Kerana sifat baik hati KJ pengutuk pengutuk KJ tu diberi projek buat hospital sakit jiwa ...projek tu dibuat khas untuk pengutuk pengutuk KJ sebab masa tu mereka semua dah jadi gila.., macam macam gila ... ada yang kena gila babi... adayang kena gigit anjing gila , adayang gila meroyan...ada yang gila talak sebab bini dah cabut lari ....

Aman makmur lah Negara Malaysia...

by,
orang orang

Anonymous,  April 17, 2008 at 9:37 AM  

Budaya UMNO yang suka memuja pemimpin...TERserlah sekali. eeeee geli....

Anonymous,  April 17, 2008 at 9:45 AM  

Kalau jumpa KJ cium tangan KJ....bawak sekali mak abah kau suruh cium tangan KJ ok???

Anonymous,  April 17, 2008 at 11:54 AM  

Aku bukan kaki bodek...
Sampai nak cium cium tangan...KJ


Aku hanya mengatakan yang benar...
dan aku tak minta apa apa balasan dari KJ.., cukuplah kalau orang orang melayu dapat bersatu dalam satu parti... setakat ni hanya UMNO dan PAS sahaja dianggotai sepenuhnya oleh kaum melayu dan bumiputera sabah...

Aku sokong Anwar tapi aku tak sokong PKR... sebab aku tau satu hari nanti setelah anwar bersarah PKR akan dipimpin oleh bukan melayu...

Kalau dapat parti UMNO ,PAS dan orang melayu PKR bersatu alangkah baiknya...

Orang orang yang mencantas dan menghina pemimpin melayu tu adalah barua pada parti bukan melayu...
dan semua barua barua ini akan ku tentang sampai ketitisan darah terakhir...

Kalau dibiarkan orang orang seperti awak ni...melayu hanya tinggal nama sahaja...
kerana aku tak tau pun perjuangan hang ke arah mana....


Kalau KJ nak bertanding jawatan ketua pemuda biarkan sahaja...
jika betul dia tak dapat sokongan bukan orang tak suka dia tapi dah itulah keputusannya ...

by

orang orang

Anonymous,  April 17, 2008 at 12:22 PM  

Aku tak tu kemana arah mana perjuangan hang ...?????

Siapa aku?

Aku adalah seorang pendidik...
aku mendidik anak bangsa supaya bersopan santun semasa berkata...

Aku ingin lihat bangsa ku tak dihina dan menghina sesama sendiri...

Mungkin hang tak lihat perjuangan pemimpin melayu...
mungkin terdapat sedikit cacat celanya tentang mereka tapi tanpa mereka melayu akan ditindas ... percayalah...

Aku bukan memperjuangkan KJ... Pak Lah atau pun Najib... aku cuma tak suka bangsaku biadap dan menghina pemimpin mereka..

Hang tau ke...?
Bila keputusan peperiksaan diumumkan... anak anak siapakah
yang mendapat keputusan cemerlang...???? fikirkanlah...

Memang benar pemimpin pemimpin kita banyak cacat celanya tapi ... menghina mereka bukanlah cara yang betul... kalau nak tukar atau gantikan mereka dengan pemimpin lain gunakan cara baik dan tidak memalukan ....

Kenapa aku sokong KJ?

Tanpa KJ UMNO akan menang besar dalam PRU12... jika ini berlaku tentu semua pemimpin kita tak kan sedar.. siapa mereka bila orang melayu tak nak sokong mereka..
peranan KJ amat besar dalam menyedarkan pemimpin kita...

Hang hina KJ..., tanpa berfikir mengunakan otak yang waras...
muungkin KJ akan dihina oleh semua orang tapi tanpa KJ...tanpa Pak Lah
pemimpin melayu akan terus dibuai kemewahan dan mengabaikan kita bangsa melayu....

KJ bukan penyelamat bangsa Melayu..
tapi setiap kejadian ada hikmanya... sedarlah...sedarlah...
berjuanglah untuk bangsa melayu .....

by

orang orang

Anonymous,  April 17, 2008 at 3:38 PM  

Menghidupkan kata2 "sokongan membawa rebah."

Anonymous,  April 17, 2008 at 3:47 PM  

by orang orang

"Hang tau ke...?
Bila keputusan peperiksaan diumumkan... anak anak siapakah
yang mendapat keputusan cemerlang...???? fikirkanlah..."

Tidak menjadi hairan pada aku...jikalau pendidik2 yang ada, minda nya seperti mu!

Anonymous,  April 17, 2008 at 3:48 PM  

bagus azman, blakang ko ramai lagi yang support teruskan..

Anonymous,  April 17, 2008 at 8:54 PM  

Wah senangnya andaian ko pasal KJ jadi PM...negara maju la apa la... ko igt keje PM ni mcm jual sayur ke aper?
aku pun nak jd menenatu org besar2 gak la, dapat ramai penjilat tahap gaban mcm ko

Anonymous,  April 17, 2008 at 9:00 PM  

kpd kwn2:- jgnlah bambu jinggo teruk sgt, dia cuma cari makan je la, sian kat dia. Lantaklah jinggo , kena bambu pun xpela la , yg penting ujung bulan KJ bagi fulus wat beli susu anak2.

Anonymous,  April 19, 2008 at 8:01 PM  

gi tempat lain lah azman..tak payah duduk rembau..menyusahkan rakyat rembau je

Rosmerah April 19, 2008 at 11:08 PM  

Wahai orang orang UMNO sadarlah diri masing masing,duduk depan cermin dan tanya diri kamu semua adakah betul apa yang aku buat ini.Kalau betul mengapakah keadaan jadi bagini.Selagi fitnah,adu domba,membodek dan pak anguk menguasai minda sdra semua selagi itulah kapal UMNO ini bergoncang dipukul ribut.Sadarlah kapal kita ini hampir karam,buatlah sesuatu yang dapat menyelamatkan umat melayu ni dari lemas.Carilah titik persamaan antara kita yang boleh membetulkan keadan.Menegur pemimpin itu bukan bermakna benci tetapi sayang.Menegak kan kebenaran perlukan pengorbanan,berkata biarlah berbukti kerana hasilnya nanti akan diberi anak isteri makan,jadilah penulis yang berhemah bukan menjadi gemah lambat laun akan disapu dengan penyapu jua.Sama ada azman yang benar atau khiry yang betul kita semua tak pasti.Apa yang pasti fikirkanlah bagaimana pendapat yang berbeza beza ini boleh di satukan menjadi satu gelombang kebangkitan semula UMNO parti tercinta ini.Kepada pembodek pembodek antarabangsa ini rasa saya andalah yang banyak mendapat projek,mana mungkin orang yang tidak sama angin nya dapat 9 projek.Bercakap gunakanlah otak jangan sesekali gunakan kepala lutut kerana dalam kepala lutut tak ada otak yang ada cuma kepala lutut aje bro.Orang yang berani mengeluarkan pendapat seperti sdr.AZMAN adalah seorang pejuang yang tak gentar di gugat oleh sesiapa pun BERANI KERANA BENAR,CAKAPLAH KALAU IANYA BENAR KERANA YANG BENAR AKHIRNYA AKAN MENANG. wassalam

kekasih UMNO
rosmerah rembau

Anonymous,  April 21, 2008 at 8:23 PM  

azman?
who is he.
does he really give a good try.
does he?
KJ,good deeds is priceless.
long live KJ!

Anonymous,  April 21, 2008 at 8:38 PM  

bukan niat bersatu begini.
bertindak mengikut nilai emosi adalah ciri-ciri pemimpin yang amatlah teruk.
azman,sila rapatkan barisan.
jangan biarkan perasaan dendam menguasai anda.

Anonymous,  April 21, 2008 at 8:48 PM  

azman yang terdesak.
sehingga menggunkan alasan peribadi!
sangat mengecewakan.
kepada pemuda di sana.
sila bersatu menyokong kepimpinan yang sedia ada.
terima kasih.

Anonymous,  April 21, 2008 at 8:54 PM  

azman??
never heard.
hurm.
try to control you emotional.
use EQ and IQ all the way together.
PEMUDA there,good work for not support azman.

Anonymous,  April 21, 2008 at 8:59 PM  

Azman sucks!
KJ!
KJ!
KJ!

Anonymous,  April 23, 2008 at 1:59 AM  

azman ramai yg tak kenal... sebab dia bukan popular mcm kj namun dia lah orang paling berani menentang menantu pak lah. 9 projek azman dapat..? buta ke apa. mamat ni aku kenal hidup pun susah. tapi sanggup lawan kj. pembodek kj je yg kaya raya.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP