Tuesday, August 19, 2008

Eksklusif - P.44 Parlimen Permatang Pauh

By: Bro Jinggo





Baru masuk hari pertama berkempen, pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh dicemari kejadian tidak diingini apabila dua jurugambar termasuk seorang jurugambar agensi berita asing dipukul ketika menjalankan tugas.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, jurugambar The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Mohd Sairien Nafis, 26, cedera di pinggang manakala kameranya bernilai kira-kira RM15,000 dirampas penyokong pembangkang, berdekatan pusat penamaan calon di Dewan Institut Perguruan Tunku Bainun di sini.



PERLAKUAN BIADAP: Penyokong PKR mengejar kenderaan petugas Barisan Nasional (gambar 1). Jurugambar NSTP, Mohd Sairien Nafis yang berada di tempat kejadian kemudian menaiki kenderaan itu bagi merakamkan tindakan penyokong PKR (gambar 2) sebelum dia ditolak dari pacuan empat roda terbabit lalu dipukul (gambar 3) dan kameranya bernilai lebih RM15,000 dirampas selepas proses penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh, semalam. Mohd Sairien kemudian diselamatkan polis (gambar 4).

Penyokong PKR sudah mula tunjuk kekasaran

Puteri Umno dakwa kena raba, ludah

Sekumpulan ahli Pergerakan Puteri Umno mendakwa diraba di punggung dan diludah oleh beberapa penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan berhampiran pusat penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh di Institut Perguruan Tuanku Bainun (IPTN).

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi di depan pintu masuk IPTN itu hampir mencetuskan pergaduhan dan kemarahan penyokong Barisan Nasional (BN) yang memaksa polis bertindak mengawal keadaan yang tegang itu.

Amat mengecewa dengan kejadian memalukan itu, perkara itu tidak sepatutnya berlaku terutama membabitkan wanita dan penyokong berbangsa Melayu.

Ahli Puteri yang diraba dan diludah. Penyokong PKR nampaknya sudah mula menunjukkan kekasaran dan belang mereka padahal ini baru saja hari penamaan calon. Selepas ini tidak tahu apa yang akan mereka lakukan pula.

Penyokong PKR dan Pas seharusnya bertenang kerana kita rakyat Malaysia yang penuh dengan adat ketimuran. Biarlah pilihan raya ini berjalan dengan baik dan harap ia tidak berlaku lagi.

Permatang Pauh - PKR Ganas




Pemuda BN Mahu Jenteranya Kekal Displin Berdepan Kempen Ganas Pembangkang

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memuji sikap yang ditunjukkan jentera Pemuda BN yang rata-rata telah menonjolkan disiplin serta etika kempen yang begitu tinggi walaupun diserang dengan pelbagai perbuatan ganas dan biadap oleh penyokong pembangkang pada hari penamaan calon di Permatang Pauh Sabtu lalu.

Menurut beliau tohmahan dan tuduhan pembangkang yang selama ini memberi gambaran serta persepsi salah terhadap Pemuda UMNO dan BN yang dianggap mereka sebagai ganas serta tidak berdisiplin kini terpadam, sebaliknya terpalit kepada pembangkang sendiri akibat tindak tanduk jentera dan penyokong mereka.

"Insiden-insiden ganas yang tidak demokratik dan melanggar undang-undang oleh jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Permatang Pauh telah membuktikan segala-galanya.

"Saya dan saudara Khairy Jamaludin dengan berat hati semalam terpaksa menahan diri daripada turun padang ketika proses penamaan calon untuk bersama-sama jentera serta penyokong BN, sebagai langkah menghindari tercetusnya sebarang insiden tidak diingini selain mengelakkan jentera BN daripada dituduh terlibat sama melakukan tindakan ganas.

"Sekarang, saya berharap orang ramai, khususnya pengundi dapat menilai siapa yang sebenarnya tidak boleh dikawal, tidak berdisiplin, biadap, membaling botol, ganas, mengganggu jentera pilihan raya sehingga sanggup menyerang wartawan dan mencederakan jurufoto akhbar tempatan", katanya dalam satu keyataan kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Soal beliau apakah nilai-nilai ganas seumpama itu yang mahu ditonjolkan kepada generasi muda akan datang di negara ini, khususnya di kawasan Parlimen Permatang Pauh?

Justeru tegasnya, beliau telah mengarahkan setiap jentera dan penyokong Pemuda BN agar terus mengutamakan disiplin, tata susila, etika dan nilai-nilai murni selama berkempen di Permatang Pauh, walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

"Saya percaya, pihak pembangkang akan terus menekan, memprovokasi dan menguji kesabaran kita.

"Namun, saya yakin Pemuda BN akan tetap terus berdisiplin dan tetap meneruskan kempen dalam keadaan aman, harmoni dan beretika", katanya.






Diharap agar para pertugas pilihanraya dari jentera Badan Perhubungan Umno Negeri dan Umno Bahagian dari seluruh Negara dapat turun padang ke Permatang Pauh.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP