Friday, August 22, 2008

Duri dalam daging perkara biasa dalam UMNO

KPMU.NET

Oleh : Ikma Hisham


Dalam keghairahan kita berkempen untuk menentang Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh dan BN telah mengerakkan seluruh jentera menumpukan kepada kemenangan BN disana, ada pula ulat-ulat taik dalam UMNO yang mengambil kesempatan untuk menjatuhkan dan mengaibkan kepimpinan UMNO yang akan bertanding pada pemilihan UMNO yang akan datang. Perkara buruk yang mereka lakukan bukannya untuk membantu UMNO malahan memberikan peluru kepada pembangkang untuk menghentam kepimpinan UMNO.

Bila kita kata mereka lah perosak UMNO mereka akan menajdi marah dan mebodohkan orang yang menegur mereka. Pihak yang dimaksudkan ini akan menjadi marah jika kita katakan bahawa merekalah sebenarnya perosak UMNO. Mereka juga akan jadi marah jika kita katakan sifat mereka sama seperti pembangkang walaupun merekaa sering melaungkan bahawa mereka mahu menyelamatkan UMNO.

Inilah masalah yang berlaku dalam UMNO yang perlu direformasikan. Bukan kepimpinan UMNO kerana UMNO sudahpun membuat reformasi dalaman setelah kekalahan dalam pilihanraya yang lalu dimana Pak Lah telah membuat plan peralihan dan telah dipersetujui oleh semua kepimpinan UMNO dan masalah dalaman ini hampir selesai. Pihak tertentu ini tidak berpuas hati kerana mahukan barisan mereka membarisi kepimpinan UMNO. Dendam peribadi masih bergelora dan kesempatan pilihanraya kecil Permatang Pauh dijadikan salah satu senjata untuk memburukkan kepimpinan UMNO yang ada. Kumpulan ini bolehlah kita anggap sebagai serpihan kerana tidak ramai lagi yang menyokong kumpulan ini.

Kumpulan ini juga tertekan kerana tidak juga mahukan Anwar Ibrahim memenangi pilihanraya ini kerana mereka juga mengetahui jika Anwar menang, mereka akan menanggung musibah kerana Anwar juga menaruh dendam kepada kumpulan ini, namun mereka juga tidak mahu BN menang kerana jika BN menang ianya akan melonjakkan nama kepimpinan Pak Lah dan Najib yang akan mengakibatkan mereka akan terus layu kerana ahli BN akan kembali bersatu bernaung dibawah kepimpinan Pak Lah dan Najib. Dalam diam-diam, ( setiap tindakan mereka dikesan oleh ahli UMNO ) mereka menikam kepimpinan UMNO.

Nawaitu mereka telah diketahui dan diperhatikan sahaja oleh ahli-ahli UMNO lain. Taktik kotor mereka dikesan apabila dengan niat jahat menyiarkan gambar zaman kanak-kanak seorang pemimpin UMNO yang melakonkan watak yang diarahkan oleh guru semasa konsert sekolah yang mana ramai diantara kita juga pernah melakukannya ketika disekolah dahulu. Taktik kotor calon yang mahu merebut salah satu jawatan tertinggi dalam UMNO ini dikesan, niat jahat pemimpin yang mahu merebut salah satu kerusi tertinggi ini juga dikesan. Penyebar gambar ini juga dikesan berserta niat buruk penyebar gambar ini. Ahli UMNO bukan bodoh, akibatnya yang difitnah mendapat simpati yang menyebar kian dibenci kerana tidak "gentelman" untuk turun ke galanggang. Anak jantan tidak turun ke gelanggan dengan cara yang jijik dan kotor.

Mereka sebenarnya bermasalah, jika dahulu mereka meletakan semua masalah dan alasan kepada Perdana Menteri, sepatutnya masalah ini telah selesai apabila Perdana Menteri telah mengumumkan peralihan kuasa. Mereka masih tidak berpuas hati dengan penyelesaian ini kerana mereka mempunyai masalah lagi, kali ini masalah mereka adalah untuk merebut kuasa dan membariskan ornag mereka dalam kempimpina UMNO. Mereka tidak mahu bertanding secara pertandingan tetapi mereka mahu menang dengan mudah secara paksaan agar ahli UMNO menerima barisan mereka sedangkan tradisi yang diamalkan oleh UMNO selama ini adalah pertandingan.

Tatik mereka ini sama dengan tatik pembangkang.

Pembangkang juga tertekan kerana merasakan mereka akan kalah siang-siang lagi mereka telah cuba menutup kelemahan mereka dengan menuduh berbagai pihak mahu menggagalkan dan memastikan Anwar Ibrahim kalah dalam piliharaya kecil ini. Mereka juga cuba untuk melagakan ahli UMNO antara penyokong Pak Lah dan penyokong Najib. Cara pembangkang ini samalah dengan cara pihak yang disebut diatas. Pembangkang telah memasang poster yang menghentam Pak Lah dan Anwar, poster ini dibuat seolah-olah dilakukan oleh penyokong Najib. Orang UMNO bukanlah bodoh untuk terus menelan apa sahaja fitnah yang dilemparkan. Mereka boleh memikirkan yang mana baik dan yang mana buruk, yang mana salah dan yang mana betul. Orang UMNO akan mengenal pasti siapakah dalang sebenar yang bertanggungjawab melakjukan perkara ini.

Ini adalah kelemahan UMNO yang kita akui akan kelamahan mereka, ini tidak bererti kelemahan ini tidak dapat diselesaikan. Insyaalah akan dapat diperbetulkan dalam sedikit masa lagi kerana bukan sekali menghadapi perkara dan masalah sebegini. UMNO akan menjadi pulih kembali setelah semua masalah ini dapat diselesaikan dengan baik. Sejarah telah membuktikan bahawa UMNO pernah melakukan lonjakan setelah mengalami krisis yang besar. InsyaAllah……

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP