Saturday, June 7, 2008

Syor 6 pendekatan kurang beban rakyat

SEREMBAN: Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mencadangkan enam pendekatan yang boleh dilaksanakan kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat berikutan kenaikan mendadak harga minyak dan bakal disusuli tarif baru elektrik berkuat kuasa 1 Julai depan.

Beliau berkata, langkah segera yang boleh diambil ialah memperhebatkan pemantauan harga barang dan tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga yang menaikkan harga keterlaluan, selain menerbitkan senarai harga semasa barang keperluan utama bagi membolehkan pengguna membuat perbandingan.

"Tenaga kerja Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu ditambah untuk tugasan memantau harga dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga yang menaikkan harga kerana ini adalah aspek yang paling dirisaukan pengguna berikutan kenaikan harga minyak,” katanya.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada keluarga M Thannabakiyam yang hidup miskin di Taman Markosa, Paroi, dekat sini semalam.

Beliau berkata, pendekatan kedua ialah mempercepatkan proses rundingan dengan syarikat konsesi lebuh raya sama ada mengurangkan kadar tol atau menghapuskan tol di lebuh raya tertentu untuk memberi manfaat kepada rakyat.

"Proses rundingan itu diharap diselesaikan secepat mungkin. Kita juga berharap syarikat konsesi lebuh raya yang sudah dapat semula modal dan dapat untung yang kini hanya menambah keuntungan bekerjasama untuk membantu mengurangkan beban rakyat," katanya.

Langkah lain ialah mengkaji semula had pendapatan yang diletakkan di bawah garis kemiskinan supaya selaras dengan peningkatan kos sara hidup dan harga barangan, sekali gus membolehkan rakyat yang layak mendapat bantuan tidak tercicir daripada menerimanya. "Contohnya, jika pendapatan minimum di bawah paras kemiskinan sekarang ialah RM500, ia wajar dikaji semula dan dinaikkan kerana tidak selari lagi dengan keadaan semasa, terutama di bandar. Kumpulan ini wajar mendapat bantuan kerajaan," katanya.

Selain itu, Khairy berkata, kerajaan perlu mengkaji semula penanda aras Indeks Harga Pengguna (IHP) yang setakat ini meletakkan paras inflasi negara di bawah lima peratus, sedangkan harga barangan mengalami kenaikan lebih tinggi daripada itu.

"Saya juga berharap kerajaan dapat menilai dalam tempoh setahun ini sama ada bayaran tunai RM625 setahun kepada pemilik kereta bawah 2,000cc dan RM150 kepada pemilik motosikal bawah 250cc mencukupi untuk mengurangkan beban kumpulan sasar. Jika tak cukup, ia wajar dinaikkan pada tahun kedua," katanya.

28 comments:

Anonymous,  June 7, 2008 at 5:48 PM  

hahahaha..kalu dah lapaq burit sgt bro..lu kena jd perogol lah ..baru dpt burit..hahahhah..

Anonymous,  June 7, 2008 at 6:28 PM  

satu lg cadangan yb terlupa nak tulis.suruh PM letak jawatan dalam tempoh terdekat.nak tunggu izrail datang,takut2 m'sia dah kene jual kpd jiran..time 2 pak lah dah happy kt heaven berkat duit berbakul2 utk bayar kos perjalanan

kakitidur June 8, 2008 at 12:15 AM  

Bangsat, kau senanglah cakap nak tolong kurangkan masalah rakyat konon. kau tahu apa masalah rakyat sekarang ni, kau tulah Khairy Jamaludin. Kau budak muda yang tak ada maruah dan harga diri. Kau jadi kaya dengan menipu dan menganaya orang. Kau dan bapak mertua kau memang tak guna. Kau pergi sana sini naik helikopter guna duit macam air lepas tu berani nak kasi nasihat kat rakyat. Bapak mertua kau pun sama pergi jalan luar negara banyak kali, beli rumah kat Australia beli kapal mewah kapalterbang mewah nasihatkan rakyat supaya makan lebih banyak ubi kayu dan keledek. Cilaka korang joli habis habis harta Malaysia nak nasihatkan orang pulak. Phuiiii.

Anonymous,  June 8, 2008 at 2:06 AM  

senang korang cakap...korang golongan atasan..pendapatan korang brape pulakkan..pentingkan diri sendiri..adik bradik aku ramai skolah lagi la..kemak..sesia je ko blaja pepandai smpi oxford tp ekonomi ko mcm sampah

Anonymous,  June 8, 2008 at 10:03 AM  

Aku cadangkan bagi tahap permulaan semua ahli UMNO terutama pemimpin atasan yang TELAH kaya raya MEMAKAN duit RAKYAT....PULANGKAN kepada RAKYAT....kalau ini di-lakukan aku pasti ini dapat mengurangkan tekanan bebanan rakyat.

TETAPI mana ada manusia yang dah curi nak kasi balik ya tak???

Anonymous,  June 8, 2008 at 1:52 PM  

abg KJ..awat dah takleh nak post komen kat blog ni..takkan bandwidth network pun nak save jugak kot...hahhahaha

Anonymous,  June 8, 2008 at 7:17 PM  

abg khairy hensem la... ni nak sokong BN ni

Anonymous,  June 8, 2008 at 7:22 PM  

Langkah semua pada rakyat, korang kalah salahkan rakyat, korang menang kata korang kuat. Langkah2 :
1. Apsal cukai import barangan tak turun kereta, motosikal, barangan makanan dll.
2. Tol apsal tak turun contoh thailand, barang murah, tol tiada, kereta murah walaupun petrol kurang, Malaysia apa hal.
3. Naik minyak berapa kerat orang miskin naik kereta atau motor. Kalau nak subsidi apsal bantuan terpilih dan memilih masa korang perintah 50 tahun.
4. Berapa banyak projek berjuta dapat kat orang tertentu. Duit tu yang sepatutnya subsidi dan bantuan.
5. Korang hukum rakyat semasa kalah, tunggulah korang jadi bangsat masa korang kalah nanti

Anonymous,  June 8, 2008 at 8:35 PM  

Woi Bro Kj mcm mana tak bebankan rakyat sebab kau & bapak mentua kau tak tahu jaga diut negara!

Mcm mana ECM libra blh bergabung dgn Avenue Capital? Apa hal MOF pilih ECM Libra? Apa faedah kpd rakyat bila Avenue bergabung dgn ECM?
Mcm mana Paklah sebagai Menteri Kewangan bila kena tanya pasal Avenue & ECM Libra bapak mentua kau kata I dont know & Im not involved?

Kau boleh la hidup bila barang naik sebab kau boleh pinjam duit kawan kau berjuta2 macam masa kau beli saham ECM Libra dulu.
Rakyat yg susah ni mcm mana? Ada tak kawan kau boleh bagi pinjam duit kat rakyat susah ni?

Kau tak payahlah syorkan apa2 utk kurangkan beban rakyat sebab bapak mentua kau la yg dah beban kan rakyat. Tun M dulu tak de bebankan rakyat mcm bapak mentua kau. Betul tak YB KJ?

Anonymous,  June 8, 2008 at 11:44 PM  

YB KJ kenapa Blog Pusat Khimat Masyarakat Parlimen Rembau dah tak boleh tinggalkan komen atauaduan? Kesian kat rakyat rembau, kenapa jadi mcm ni? Kat mana rakyat Rembau nak mengadu? Lebih baik tutup je la blog tu kalau tak berkhimat utk rakyat.
Banyak soalan saya mengenai ECM Libra, pasal YB KJ jumpa Anwar lepas Anwar keluar jail, bila YB KJ jadi ahli Umno yg saya poskan dlm blog Pusat Khidmat Masyarat parlimen Rembau tak de jawapan & sekarang ni dah tak blh tinggal komen. En Shah yg kendalikan blog tu pernah jawab tu bukan blog YB KJ tapi blog peribadi dia, betul ke YB atau pun En Shah tu dah pandai menipu?

Anonymous,  June 8, 2008 at 11:48 PM  

Betul kata rakyat parlimen rembau di atas, kalau blog tu bukan utk khimat masyarat parlimen rembau lebih baik tutup je.

Kpd En Shah & Ijan, hati mau bersih!

kakitidur June 9, 2008 at 9:34 AM  

Hello kawan tolonglah beritahu Pak Lah supaya suruh dia letak jawatan. Malu aku dengan Melayu seekor ni. Lemah lembik tak guna. Tiap-tiap hari kena bantai, kena kutuk. Bukan dengan orang Melayu aje, orang bukan Melayu pun sekarang lantang mengutuk. Habis ketuanan Melatu pun dipersoalkan. Zaman TDM dulu Melayu megah Melayu kuat. Sekarang ni zaman Pak Lah hancur. Terasa terhina sangat aku bila mendengar orang Cina dan India kutuk orang Melayu sebab Pak Lah. Korang semua tak sayangkan bangsa kita ke? Korang semua suka ke tengok orang Melayu di hina? Aku tak kisah kalau KJ dan Pak Lah hendak kaut harta sampai keluar dari burit diaorang tetapi yang aku kisah masa depan orang Melayu dan yang nyata sekarang ni kalau dua-dua orang betul ni masih ada dalam UMNO, masa depan orang Melayu sangat gelap. Pikirkan lah dengan kepala otak korang bukan dengan buntut.

kakitidur June 9, 2008 at 2:27 PM  

Pak Lah Perdana Menteri Malaysia paling bangang

kakitidur June 9, 2008 at 2:27 PM  

Pak Lah Perdana Menteri Malaysia paling bangang

kakitidur June 9, 2008 at 2:27 PM  

Pak Lah Perdana Menteri Malaysia paling bangang

kakitidur June 9, 2008 at 2:27 PM  

Pak Lah Perdana Menteri Malaysia paling bangang

Anonymous,  June 9, 2008 at 7:12 PM  

Org macam KJ ni lah yg dikatakan golongan PEMUDA UMNO yg lemah...mengapa? sebab berbalik kepada asas kekeluargaan la...mana boleh menantu sound pak mertua (dalam kes ni KJ menantu,Dolah ialah mertua) kalau dia sound apa lak kata pak metua ye tak...so TERpaksa lah KJ ni pun jadi YES MEN dan puji melangit pak mertua dia yg PANDAI ini..

KJ kata 'cuba ubah cara hidup' untuk hadapi krisis harga.
Ok,UBAH CARA HIDUP..dia hanya pandang org sekeliling dia shj yg mana semua geng geng kaya dan sapu duit rakyat...UBAH CARA HIDUP bagi geng KJ ialah kalau setahun 2 kali bercuti di London,cuba kurangkan 1 kali...inilah UBAH CARA HIDUP bagi geng KJ!

Lupakah KJ kenyataan bodoh itu kalau diberi kepada golongan miskin dan pertengahan macam aku,(yg makan pun memang dah kurang dan mengikat perut)ialah kenyataan yg tak berfikir?kalau orang miskin,dah susah,lepas tu disuruh lagi UBAH CARA HIDUP,apa agaknya nak makan?jangan lah tuduh orang miskin ini malas...mereka sudah susah dan disusahkan lagi ole kerajaan yg TIDAK CEKAP kendalian Dolah,pak metua KJ!

Tapi bagi penyokon Dolah (sebab bagi penyokong DOLAH,penentang kerajaan ni hanya 'segelintir') kami berharap teruskan menyokong DOLAH,kerana dengan sokongan anda itu,harga akan terus naik dan naik!

Anonymous,  June 9, 2008 at 11:24 PM  

HE..HE..PONDAN TUA PUNYA BLOG,
TAKUT...PADAM SAYA PUNYA KOMEN.

MAKSUD NYA KAMU BACA LAH TU....
YES..BAGUS..TAK TAHAN.

AMBIL LAH TELADAN WAHAI TUKANG
JILAT JUBUR PORK LAH..HE..HE..

HE..HE..SERONOK NYA GENG PORK LAH
TERASA...

khairyberuk June 10, 2008 at 12:41 AM  

Ini cadangan/komen yang telah dipadam dari blog Prokhairy muncul kembali;

MAKAN NASI SEHARI SEKALI

SELANGSELI MAKAN UBI

REBUS RUMPUT JADIKAN SAYUR (orang Laos boleh kenapa kita tak boleh)

SURUH ANAK KUTIP MAKANAN DARI TONG SAMPAH (Macam kat philipina)

HENTIKAN MENYUSU ANAK, BERI MINUM AIR SEJUK

KALAU ANAK NANGIS, BAGITAHU DIA INI MASAALAH DUNIA

NANGIS LAGI, SEPAK, TERAJANG ATAU BUAT APA YANG PATUT SAMPAI DIAM

BERJALAN KAKI HANTAR ANAK KESEKOLAH, BAS MAHAL. KALAU DIA MERUNGUT, PUKUL

BELI PAKAIAN “BUNDLE” BILA PERLU SANGAT

KURUNG ANAK BINI KAT RUMAH WALAUPUN CUTI

PADAM LAMPU,KIPAS,TV DAN SEMUA ALATAN LETRIK

LINTAS DEPAN KEDAI, SUPERMARKET, IKAT MATA ANAK2 TAKUT TERNAMPAK
SESUATU DAN MINTA DIBELI

PEGAWAI KERAJAAN, BUAT KERJA SAMBILAN ATAU OT CLAIM LEBIH ATAU
ADA PELUANG MAKAN LAH RASUAH

KALAU JATUH SAKIT, JAMPI AIR SEJUK, MINUM, GERENTI SEMBUH

KAHWIN TAPI TAKLEH BUAT ANAK, SUSAH NANTI

BINI BISING TAK CUKUP NAFKAH ATAU SUSAH TAK ADA BELANJA, CERAI

ANAK MEMINTA MINTA, HALAU KELUAR RUMAH. BIAR DIA BERDIRI ATAS KAKI
SENDIRI. MENGEMIS, HISAP DADAH, JADI MAT REMPIT, MEROMPAK, ROGOL

ANAK ANAK BESAR YG MANA PATUT, BERHENTIKAN SEKOLAH

YANG LAIN2 LAGI FIKIR SENDIRI….NAK MENCURI, MEROMPAK…….

Yang penting kita kena faham dan berkorban demi untuk
DYMM Raja Dolah dan DYMM Raja KJ serta keluarga dan para sahabat

BERSABAR LAH ORANG MELAYU, SEKEJAP SAJA BOLEH LUPA

kakitidur June 10, 2008 at 4:05 PM  

Khairy Jamaluddin tak guna

Anonymous,  June 10, 2008 at 4:14 PM  

Terima kasih "khairyberuk"

Tuan punya blog ni tukang jilat
jubur KJ terasa he..heeee....
k a s i h a n .

Anonymous,  June 10, 2008 at 4:21 PM  

HARI HARI PORK LAH BAGI MASALAH
KEPADA RAKYAT.

SATU BENDA PUN TAK ADA YG BERFAEDAH
KEPADA RAKYAT.

5 TAHUN DAH......

Anonymous,  June 10, 2008 at 6:48 PM  

bertemu kembali..

Kita sebagai penentang paklah ni HANYA SEGELINTIR...itulah yg puak pro KJ beruk cakap...tapi kalau aku nak bercaya kenyataan HANYA SEGELINTIR ni payah sikit....bila bukak www.prokhairy ni,dah macam antikhairy pulak...

ye lah..bagi penjilat KJ,kerajaan masih kuat,dan penentangan pada mertua adalah 'minimal'

heheh..minimal kepala bapak korang..macam aku sendiri...aku tak salahkan UMNO...yg salah ialah DOLAH dan menantu...yg kedua ialah menteri-menteri penjilat yg tidak cekap pilihan mertua.mereka lah yg menggasak duit rakyat...

Jika dulu kita ada krisis ekonomi yg teruk pada 97/98,PM masa itu menubuhkan MTEN dan dengan izin Allah dan kebijaksanaan kepimpinan masa itu,kita berjaya dan bukan setakat berjaya,malah dapat menandingi kuasa ekonomi lain ketika itu...

sekarang?bila dunia hadapi krisis ekonomi,mana jawatankuasa spt MTEN ini?adakah kerajaan terlalu naive dan mangkuk dan hanya menghulur tengkuk dan nasib sahaja sambil rakyat terus menderita!

dolah..masamu makin suntuk!

Anonymous,  June 10, 2008 at 7:31 PM  

weii..jap2...aku nak gelak sket..hahahahahahhahaha...antikhairy dah blog ni..hahahahahhaha

MELAYU NUSANTARA June 19, 2008 at 2:26 PM  

Khairy Pukimak...


Tunggu, Pak Lah turun aja dari PM ,


Kamu akan kami BOGEL kan habisan.


by hook atau crook

by terang atau ghaib


tunggu aja giliran kamu pukimak.


ALKN

NAJIHA NAHBEE June 20, 2008 at 2:26 AM  

Pengumuman penggabungan Avenue Capital Resources Bhd. (ACRB) dan ECM Libra Bhd. (ECM Libra) bagi membentuk Avenue International Capital Bhd. (AICB) sungguh mengelirukan. Saya menulis mengenai isu penggabungan dengan niat supaya kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan memberi penjelasan yang jelas kepada orang ramai. Apa yang ditulis di dalam tulisan ini mungkin tidak tepat sepenuhnya dalam urusan perniagaan namun inilah yang menjadi tanda tanya orang ramai. Justeru jika pandangan saya tidak tepat mohon dibetulkan.

Saya tidak ada masalah untuk anak, menantu, sahabat handai, adik beradik kepada sama ada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Menteri Besar mahu pun sesiapa sahaja untuk berniaga, mendapat kontrak kerajaan dan sebagainya. Namun urusniaga hendaklah dilakukan dengan tertib, jujur dan tidak merugikan harta dan khazanah negara.



Umum mengetahui bahawa ECM Libra merupakan sebuah syarikat senaraian awam yang baru menonjolkan diri beberapa tahun kebelakangan ini. Ramai yang mengaitkan peningkatan ini dengan penonjolan Datuk Kalimullah Hassan, yang merupakan Pengerusi ECM Libra dan juga orang yang “rapat” dengan YAB Perdana Menteri.


Manakala Avenue Capital merupakan milik Kementerian Kewangan Yang Diperbadankan (MOF Inc.) di mana YAB Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan merupakan pihak yang bertanggungjawab.


Terdapat beberapa kekeliruan dan tanda tanya dalam urusniaga yang sedang berlangsung ini.


Insider Trading?

Pertamanya, sungguh mengeliru dan mencurigakan kerana penggabungan tersebut diumumkan hanya beberapa minggu selepas menantu YAB Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Khairy Jamaluddin, membeli 3% saham ECM Libra.


Apakah ini bukan merupakan satu insider trading atau skandal. Ini kerana Menteri Kewangan merupakan pihak yang paling berkuasa dalam MOF Inc.


“Insider trading understood to mean situations where a person, A, buys or sells securities when he is in possession of confidential information which affects the value to be placed on those securities. Furthermore, A obtains the said confidential information through or because of some connection he has with the company whose securities are to be dealt in. 'A' may be a director, an employee or a consultant to the company. It may also be that someone else, 'X', who is in the position to obtain confidential information, provides 'A', directly or indirectly with the information.


“This type of share dealings results from the improper use of confidential information which are price sensitive, and generally such traders will obtain unfair profits. "Unfair" in a sense that the price-sensitive information is not generally available to the investing public and thus giving such traders unfair advantage over others.”


(Liabilities of Company Officials in Insider Trading (Rafiah Salim), Company Law & Securities Regulations in Malaysia, Current Developments, Published by International Law Book Services, 1989 Reprinted 2004.) [Terima Kasih kepada ahli KMU yang memberi rujukan ini]


Justeru, orang ramai tertanya-tanya apakah hubungan rapat Datuk Kalimullah (yang juga merupakan penasihat editorial dan Timbalan Pengerusi The New Straits Times Press Berhad) dengan YAB Perdana Menteri dan menantunya memberi kelebihan maklumat tertentu?


Orang ramai juga tertanya-tanya, apakah terdapat maklumat-maklumat yang diperolehi secara tidak sah sehingga mewujudkan satu cadangan (proposal) untuk menggabungan anak syarikat MOF Inc ini dengan ECM Libra?


Dalam konteks ini juga, masyarakat akan tertanya-tanya apakah terdapat maklumat atau kertas kerja yang telah dipintas (hijacked). Apatah lagi cakap-cakap dalam industri beberapa ketika dahulu membayangkan Avenue Capital akan mengadakan proses rasionalisasi dan Management Buy Out (MBO).

Penilaian Yang Meragukan


Keduanya, keputusan menentukan nilai ECM dan Avenue berdasarkan harga terakhir pada 2.30 petang, 17 Januari 2006 bukan sahaja mendedahkan kedua-dua saham kepada spekulasi malah bertentangan dengan kelaziman urusniaga penggabungan koporat. Selalunya, penggabungan akan mengambil kira harga saham dalam jangkamasa antara 3-6 bulan bagi melihat nilai sebenar.


Menilai Avenue Capital dengan harga 66 sen sesaham merupakan satu penilaian di bawah nilai (undervalue) kerana dalam laporan tahunan ACRB 2005 meletakkan harga saham per aset pada kadar 85 sen sesaham.


Manakala saham ACM pula dinilai pada harga RM 1.06 sesaham pada 17 Januari 2006 merupakan satu lonjakan yang besar berbanding harga sahamnya sekitar 65-80 sen sesaham sebelumnya.

Keadaan ini berlaku apabila penentuan penilaian nilai syarikat berdasarkan harga saham yang ditutup pada tarikh dan masa tertentu yang ditetapkan lebih hadapan. Ia memberi tanggapan umum (walaupun tidak semestinya benar) bahawa saham kedua-dua syarikat telah terdedah kepada manipulasi pasaran.


Menurut Utusan Malaysia (19 Januari 2006), penilaian penggabungan ditentukan selepas mengambil kira modal pasaran ECM Libra bernilai RM459 juta (berasaskan harga saham ECM pada 17 januari 2006, RM1.06 seunit) dan aset ketara bersih (NTA) semua anak-anak syarikatnya yang terlibat berjumlah RM210 juta manakala NTA bagi ACRB pula dianggarkan bernilai kira-kira RM398 juta.


Apakah modal pasaran ECM ini tulen atau merupakan harga spekulasi dan manipulasi?

Pada 27 Disember 2005, harga saham ECM hanyalah 68 sen seunit. Meningkat sehingga melebihi RM1.06 seunit beberapa hari sebelum tarikh keramat pada 17 Januari 2006. Hari ini harga ECM Libra kembali berlegar sekitar 70-80 sen seunit.
Indeks BSKL Bagi ECM Libra

Sumber: The Star Online



Ketika ECM Libra dinilai secara berasaskan NTA setiap anak syarikatnya, penilaian NTA terhadap ACRB hanya mengambil kira syarikat induk semata-mata tanpa mengambil kira kepentingan ACRB dalam beberapa syarikat utama lain seperti Pos Malaysia Berhad.


Berdasarkan nilaian aset ECM yang lebih tinggi berbanding ACRB, maka Avenue perlu membayar RM 298 juta kepada ECM. Dalam penggabungan ini, pemegang saham ECM LIbra akan mendapat 53.2% saham dalam syarikat yang bergabung - AICB.



Ini sungguh mengelirukan. Sebuah syarikat kecil yang ingin bergabung dengan sebuah syarikat besar mendapat bayaran dan juga saham yang lebih besar. Lebih mengelirukan bila kenyataan di dalam akhbar menyebut pembayaran tersebut melalui pemberian saham sebanyak 442 juta dengan harga RM1 sesaham.


Ini tambah mengelirukan. Daripada RM298 sudah menjadi RM442 juta. Sebagai rakyat biasa peristiwa ini amat aneh dan luar biasa sekali. Orang ramai masih keliru dengan kenyataan-kenyataan akhbar mengenai isu ini.


Mengikut persetujuan penggabungan tersebut, ECM Libra akan memiliki 53.2 % saham dalam AICB. Ini bermakna baki 49% lagi akan dibahagikan kepada pelbagai pemegang saham di dalam Avenue Capital sekarang ini.


Amat sukar untuk orang awam memahami bagaimana sebuah anak syarikat kerajaan yang memiliki Aset Ketara Bersih (NTA) sekitar RM 398 juta dan modal RM 300 juta (Utusan Malaysia 17 Januari 2006) ditelan oleh ECM Libra yang hanya mempunyai NTA sekitar 210 juta dan modal berjumlah RM 200 juta.


Malahan ini belum mengambil kira jumlah pelaburan yang diuruskan ACRB sekitar RM 2.8 bilion. ACRB juga mempunyai kepentingan sebanyak 15.33% (78,545,166 unit) di dalam Pos Malaysia & Services Holdings Berhad. Harga semasa saham Pos Malaysia ialah dalam lingkungan RM 4.00 sesaham pada Februari 2006.


Sungguhpun penggabungan ini bagi membolehkan gabungan modal untuk mendapat lesen bank pelaburan (investman bank) yang memerlukan modal RM 500 juta, namun ia tidak bermakna penggabungan harus dibuat secara mengelirukan dan menimbulkan tanda tanya.


Dalam apa keadaan pun ECM Libra merupakan syarikat yang jauh lebih kecil dari ACRB sama ada modal, aset, potfolio yang diuruskan mahu pun reputasi syarikat.


Malahan ACRB masih mampu mendapat lesen bank pelaburan memandangkan tiga pemegang saham utamanya iaitu MOF Inc/Bank Simpanan Nasional, Pos Malaysia dan Pantai Holdings mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.

Sebagai rakyat Malaysia dan sebagai penyokong UMNO saya mohon isu ini diterangkan secara jelas kepada umum atau sekurang-kurangnya kepada anggota Parlimen. Memberi jawapan seperti "I'm Not Involved in anyway" atau "I don't know" tidak mampu menolak prasangka umum.

M.Sulaiman (utohkacil) June 23, 2008 at 9:13 PM  

Sdr KJ, Jangan ngalah dan putus asa, setiap cacian dan hinaan itu adalah perangsang untuk kejayaan.

Besabar lah dan doakan hamba Allah yg mengutuk anda supaya lembut hati mereka, ampunkan lah segala dosa2 mereka, Amin!.

'Long live KJ & Co.'

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP