Wednesday, June 25, 2008

KHAIRY MENJELASKAN LAPORAN POLIS


Tuduhan bermotifkan politik dan pembohongan yang nyata, sekali lagi dilakukan oleh Raja pencetus kontroversi iaitu Raja Petra Kamaruddin. Kali ini tuduhan beliau melibatkan Perdana Menteri dan Timbalannya dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shariibu.

Raja Petra dalam akuan bersumpahnya mendakwa ada tiga orang hadir pada tempat dan masa berlakunya pembunuhan Altantuya iaitu Rosmah, Pemangku Kolonel, Aziz Buyong yang juga seorang pakar bom C4 dan isterinya yang juga pengawal pengiring Rosmah, dikenali sebagai Norhayati.

Raja Petra dalam akuan bersumpah itu juga mendakwa beliau dimaklumkan oleh sumber yang boleh dipercayai secara pasti bahawa Perdana Menteri sudah menerima satu laporan perisikan tentera mengenai perkara itu dan laporan itu kini dalam simpanan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Khairy yang sebelum ini pernah ditanya berkenaan isu berkenaan berkata beliau akan membuat perbincangan dengan peguam beliau memandangkan ia melibatkan implikasi undang-undang sebelum beliau mengambil sebarang tindakan mengeluarkan sebarang bentuk kenyataan.

Pada jam 10.30 malam tadi (24 Jun 2008), Khairy telah membuat satu laporan polis berkenaan pertuduhan yang diterimanya itu. Khairy telah menjelaskan dengan terperinci bahawasanya tuduhan Raja Petra itu merupakan satu pembohongan semata-mata untuk menjatuhkan kredibiliti Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan dirinya sendiri.

Khairy menyatakan bahawa dia tidak pernah menerima apa-apa bentuk laporan berkenaan kes Altantuya sepertimana yang dilaporkan oleh Raja Petra dalam akuan bersumpah beliau itu. Raja Petra hanya membuat satu akuan palsu yang tiada bukti kesahihan sumber demi memburukkan nama mereka yang dikatakan terlibat terutamanya dirinya dan Pak Lah.

Read more...

Keputusan dibuat ketika negara hadapi dua krisis serentak: Khairy


KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu membuat keputusan ekonomi yang berani dan tidak popular kerana Malaysia tidak pernah menghadapi dua krisis serentak iaitu kenaikan harga minyak dan makanan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) berkata penstrukturan semula subsidi minyak oleh kerajaan adalah keputusan beramanah, bertanggungjawab dan memberi kesan positif dalam jangka masa panjang.

“Sejak 1996 sehingga 2008 harga minyak mentah dunia sudah naik 600 peratus tetapi di Malaysia hanya 145 peratus,” katanya semasa membahaskan usul kenaikan harga minyak dan barangan.

Khairy, yang juga Naib Ketua Pemuda Umno, tidak bersetuju dengan cadangan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang mahu Petronas menggunakan pesawat awam berbanding memiliki jet sendiri untuk menjmatkan perbelanjaannya.

Ini kerana Petronas perlu menggunakan jet syarikatnya untuk pergi ke negara seperti Kazakhstan, Iran dan sebagainya untuk meneroka telaga minyak baru.

“Janganlah beri cadangan yang begitu simplistik dan kebudak-budakan,” kata Khairy.

Beliau berkata perbandingan negara ini sebagai pengeluar minyak dengan Arab Saudi, Venezuela dan negara pengeluar minyak lain adalah tidak adil kerana negara berkenaan mempunyai pengeluaran yang lebih tinggi berbanding Malaysia.

Khairy juga mencadangkan agar keuntungan levi yang diperoleh daripada pengeluar tenaga bebas (IPP) kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus disalurkan bagi menurunkan tarif elektrik kepada pengguna.

Beliau turut membidas cadangan pembangkang kononnya kerajaan yang mahu mereka (pembangkang) tubuhkannya selepas 16 Septemper ini boleh mengurangkan harga minyak, kerana langkah itu akan meningkatkan defisit bajet dan mengakibatkan negara terpaksa meminjam wang.

Katanya apabila negara meminjam wang ia akan menyebabkan “credit rating" negara menurun dan menyebabkan bank konvensional tidak akan memberikan pinjaman.

Pada ketika itu, Datuk Paduka Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) bangun dan dalam keadaan marah membangkitkan peraturan mesyuarat supaya tempat duduknya diubah kerana seringkali tidak diberi perhatian untuk berucap walaupun terlebih dahulu bangun berbanding orang lain. “Ini peraturan mesyuarat. Kalau tidak saya baling buku ni. Dalam peraturan, siapa bangun dulu, dia perlu diberi peluang bercakap.

“Saya walaupun Bebas, saya pernah jadi Ahli Parlimen dua penggal dan boleh dianggap senior. Tak bererti saya (mesti) dianaktirikan walaupun mewakili Bebas,” katanya.

Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata: “Saya dengar YB.”

Lim semasa membahaskan usul itu turut mencadangkan supaya kerajaan menyalur bantuan RM500 sebulan kepada setiap keluarga miskin dengan menggunakan keuntungan Petronas sebagai langkah meringankan beban mereka ekoran kenaikan harga minyak dan barangan ketika ini.

“Petronas telah dapat lebih RM570 bilion keuntungan sejak ia ditubuhkan dan daripada jumlah ini lebih 60 peratus telah disalurkan kepada kerajaan pusat.

"Mengapa kerajaan tidak boleh berikan kepada rakyat Malaysia setiap keluarga RM6,000 setahun atau RM500 sebulan? katanya.

Datuk Mohamed Abdul Aziz (BN-Sri Gading) dalam perbahasannya menyifatkan cadangan Lim sebagai tidak realistik dan boleh mengelirukan rakyat.

“Saya difahamkan pendapatan kita seluruhnya RM168 bilion, daripada jumlah itu pembangunan RM40 bilion, pengurusan RM48 bilion, pendidikan RM35 bilion, kesihatan RM11 bilion. Setelah tolak ini baki RM7 bilion akan diagih-agihkan kepada 29 kementerian.

“Apakah masuk akal kalau kita nak bagi setiap keluarga RM6,000? Marilah kita bersifat realistik sedikit supaya tidak mengelirukan rakyat,” katanya. — Bernama

Read more...

Tuesday, June 24, 2008

Salur terus levi keuntungan TNB kepada pengguna



KUALA LUMPUR 23 Jun - Kerajaan dicadangkan mewujudkan satu mekanisme untuk menyalurkan terus levi keuntungan besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada pengguna bagi mengelakkan mereka terpaksa menanggung beban daripada kenaikan tarif elektrik.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, mekanisme pembayaran itu harus dilaksanakan oleh kerajaan supaya levi keuntungan dapat digunakan untuk mengurangkan kos penjualan tenaga pengeluar tenaga bebas (IPP) kepada TNB.

"Ini bagi membolehkan ia disalurkan kepada pengguna akhir melalui pengurangan kadar tarif elektrik," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau yang menjelaskan ucapannya semasa membahas usul kenaikan harga minyak dan barangan yang berkaitan dengan tarif elektrik pada persidangan Dewan Rakyat hari ini menjelaskan, buat masa ini, mekanisme yang dicadang untuk dilaksanakan adalah semua levi keuntungan IPP sebanyak 30 peratus daripada keuntungan pulangan aset yang melebihi sembilan peratus perlu disalurkan kepada kerajaan.

"Jadi kerajaan boleh terus dengan keputusan untuk menaikkan tarif elektrik dan cadangan saya supaya levi keuntungan itu terus pergi kepada pengguna," katanya.

Khairy juga mencadangkan supaya diadakan sistem terkumpul bagi bidaan tenaga daripada IPP dengan satu operator sistem grid berkecuali akan membeli tenaga daripada IPP berdasarkan harga terendah.

Katanya, melalui sistem ini para IPP akan bersaing dan berusaha untuk mengurangkan kos operasi serta meningkatkan kecekapannya supaya dapat menawarkan harga terendah di samping memenuhi margin keuntungan syarikat.

Hasilnya, kata beliau, pengguna akhir akan mendapat faedah melalui bekalan tenaga yang lebih murah hasil kecekapan dan peningkatan operasi tersebut.

Read more...

KJ - Bersama Membangunkan dan Membela Wanita



Seremban 21 Jun – Tradisi pembelaan dan peranan wanita di Negeri Sembilan memang begitu istimewa berbanding dengan Negara luar kerana di Negeri Sembilan khususnya di Rembau, mengunakan konsep adat perpatih dan berbeza di negeri-negeri lain.

Demikian kata-kata Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin ketika berucap di Program Selingkar Kasih anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Rembau Bersama LPPKN Negeri Sembilan. Majlis perasmian penutup tersebut disempurnakan oleh Yang Mulia Raja Datin Seri Salbiah Bt Tengku Nujumuddin, Isteri kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan.

Turut hadir sama tetamu kehormat Penasihat Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial Kepada YAB Perdana Menteri Merangkap Pengerusi MPWK Kebangsaan, Y.Bhg. Dato Seri Shahrizat bt Abd Jalil.

Ucapan tahniah dan syabas juga turut disampaikan oleh Khairy kepada Dato Seri Shahrizat kerana Dato Seri telah dilantik menjadi Penasihat Hal Ehwal Pembangunan YAB Perdana Menteri. Selain dari itu Dato Seri juga dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Kebangsaan.

Khairy juga berasa kagum dengan kebolehan Dato Sri Shahrizat yang telah berjaya mewujudkan sekretariat khas bagi membantu golongan wanita Islam mencapai keadilan sebagai asas utama pembangunan masyarakat ke arah pembentukan sebuah negara maju sejajar dengan pengumuman yang di buat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berpendapat program tersebut akan dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh golongan wanita Islam terutamanya dengan masalah-masalah hal wanita berhubungan dengan masalah hak wanita di Mahkamah Syariah yang berkaitan dengan hak penjagaan anak, harta sepencarian, perceraian, masalah-masalah yang tidak dapat diselesaikan seperti beberapa kes yang telah lama tertangguh di Mahkamah Syariah dan lain-lain.

Katanya lagi, oleh kerana terdapat lebih kurang 1,000 ibu tunggal yang pro aktif dan tidak pro aktif di Negeri Sembilan ini, beliau akan turut bekerjasama dengan Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Rembau untuk mengadakan beberapa program bagi memastikan golongan yang pro aktif ini dapat diserapkan kedalam arus perdana dan bagi golongan yang tidak pro aktif akan dimasukkan ke dalam Jaringan Keselamatan Sosial.

Sepertimana yang telah diumumkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan, bahawa beliau mempunyai program khusus iaitu Jaringan Keselamatan Sosial yang akan menjaga kebajikan dan keselamatan kepada mereka yang memerlukan bantuan dan sebagainya.

Khairy juga yakin dengan kepimpinan Dato Seri Shahrizat akan meningkatkan keupayaan Wanita Umno untuk lebih menyumbang kepada pembangunan negara melalui penyediaan perkhidmatan sokongan dan program-program membina kapasiti yang cekap dan berkesan.

Sesungguhnya Kerajaan sentiasa komited dan prihatin terhadap kemajuan kaum wanita di Malaysia dengan pelbagai usaha telah dilakukan oleh Kerajaan bagi memelihara dan melindungi hak dan kepentingan kaum wanita, sama ada dengan mengadakan dasar dan perundangan mahupun melalui pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti. Kerajaan juga tidak lupa untuk menghargai dan mengiktiraf sumbangan dan peranan aktif wanita Malaysia dalam membangunkan negara ini.

Read more...

Yang terbaik akan menang - Khairy


KUALA LUMPUR 23 Jun - "Saya pasti yang terbaik akan menang," demikian komen Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengenai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau, Azman Mohd. Sah, 37, yang mahu mencabar beliau pada pemilihan parti Disember ini.

Azman akan mencabar Khairy bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rembau.

Khary berkata, keputusan Azman yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut menunjukkan parti UMNO mengamalkan demokrasi.

"Saya tak takut dicabar...ini politik dan dalam UMNO kita amalkan demokrasi. Kita tengoklah dalam pemilihan nanti siapa menang siapa kalah," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Ahli Parlimen Rembau itu diminta mengulas mengenai keputusan Azman yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Seliau, Rantau, Negeri Sembilan untuk mencabar Khairy yang kini menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rembau.

Azman dalam laporan akhbar semalam berkata, keputusannya itu diambil atas hasrat ingin membawa angin perubahan dan memupuk perpaduan yang telah lama ditunggu oleh ahli-ahli pergerakan Pemuda UMNO bahagian.

Katanya, beliau juga optimis akan menerima sekurang-kurangnya 28 pencalonan bagi melayakkan diri bertanding menentang Khairy.

Mengenai dakwaan Azman bahawa sebahagian besar ahli Pemuda UMNO bahagian itu berpandangan kepimpinan sedia ada dikuasai oleh kelompok tertentu sahaja serta gagal membawa perubahan yang diharapkan, Khairy berkata:"Itu pendapat dia, ada ramai lagi yang tidak sependapat dengan dia."

Read more...

Monday, June 23, 2008

YONG TAK SEDAR KENA PERLI DENGAN KHAIRY

Oleh Sabrani Muin

Bila Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee menyifatkan dakwaan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin beliau akan dilantik Timbalan Perdana Menteri sekiranya menerima tawaran Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai tak masuk akal dan gila, sesungguhnya Teck Lee tak faham beliau diperli.

Semua orang tahu, Anwar bukan gila untuk meletakkan Teck Lee sebagai Timbalan Perdana Menteri kalau beliau berjaya membentuk kerajaan. Banyak lagi orangnya seperti Azmin terutamanya yang pasti orang pertama dinamakan sebagai timbalannya.

Untuk meletakkan Teck Lee sebagai timbalan perdana menteri jauh panggang dari api. Menafikan kenyataan itu sudah cukup menyatakan yang Teck Lee sudah mula perasan untuk memegang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan. Beliau tak kiralah apa kerajaan pun asalkan beliau ada tempat yang baik.

Apa yang dilihat dari pergerakan Teck Lee sejak menyuarakan hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, beliau sebenarnya sedang merancang sesuatu untuk mengelakkan diri dari sesuatu bagi mengalih pandangan kepada perkara lain yang melibatkan
peribadi beliau yang sudah tersalah langkah.

Demi kepentingan peribadi, Teck Lee terpaksa menggunakan partinya untuk berselindung. Kerana itulah ada terdapat percanggahan antara kenyataan beliau dengan sekutunya yang lain.

Lebih lagi apabila BPR pula sedang menyiasat Teck Lee terhadap satu kes rasuah yang melibatkan RM5 juta sudah cukup untuk kita menilai siapa Teck Lee sebenarnya. Itu yang kita tahu dari BPR mendedahkannya. Yang kita tidak tahu entah berapa puluh juta lagi kalau tidak ada siapa ketengahkan.

Atas sebab-sebab itu Teck Lee mengelabah dan sedia apa saja jenis gula-gula yang disuapkan ke mulutnya. Malah dalam helah untuk menarik orang terdesak seperti Teck Lee, tidak menghairankan Anwar atau orang-orangnya boleh menawarkan bukan sekadar timbalan perdana menteri, malah perdana menteri dalam giliran pun mungkin.

Dalam perkara yang belum jadi, apa pun kita boleh bayangkan. Kalau ada orang yang berkata selepas ini Teck Lee layak dijadikan Presiden bertaraf exekutif menggantikan tempat Gabenor Sabah pun boleh atas sifat memerli beliau yang gilakan sangat pangkat besar untuk melindungi dirinya.

Sayang Teck Lee yang dalam keadaan gelabah sekarang ini, tidak tahu yang dirinya sudah menjadi mainan orang ramai. Bukan setakat Khairy perli yang dia akan jadi timbalan perdana menteri kalau Anwar memerintah, malah ada yang kata dia sama dengan tahap Yong Tau Foo di semenanjung.

Kata gurauan perli itu, kalau di semenanjong makanan Cina yang popular kita panggil Yong Tau Foo, di Sabah kita panggil Yong Teck Lee. Begitulah teruknya orang mengejek bekas Ketua Menteri yang berfikiran tersangat cetek itu. Akalnya dilihat lebih pendek dari jambangnya.

Dalam kemelut bergelut antara mahu mengajukan usul tak percaya kepada perdana menteri dan mahu keluar dari BN ini, tindakan Teck Lee bukan sahaja dipandang beliau tidak cerdik dan tidak berpendirian, tetapi cara beliau memberi kenyataan pun telah dipandang tidak sihat dari
kalangan parti pimpinannya sendiri.

Ramai yang yakin bahawa Teck Lee macam rasa terhina apabila timbalannya dalam parti berkedudukan Timbalan Ketua Menteri Sabah. Begitu juga dengan rayuan beberapa anggota SAPP kepada perdana menteri supaya jangan ambil sebarang tindakan terhadap presidennya, rasanya tidak perlu rayu kerana perdana menteri bukan dari kalangan orang tidak berhati perut.

Tapi kalau soal terlibat rasuah dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah,itu adalah di luar bidang kuasa perdana menteri kerana perdana menteri kita sekarang bukan Tun Mahathir Mohamad yang suka-suka boleh campur tangan dalam institusi kehakiman sepertimana yang pernah dilakukan
sebelum ini.

Read more...

Friday, June 20, 2008

KJ - SAPPing the People's Will

I wrote a few days back about Dato' Seri Anwar Ibrahim's ambition to form a "back door" Government before 16 September, 2008. I suppose he's chuffed that SAPP's Datuk Yong Teck Lee seems to have gotten the ball rolling for him. Dato' Seri Anwar is hoping that Datuk Yong's challenge to PM will start the fall of the domino pieces one by one until he crosses the line of Parliamentary majority. That is his game, plain and simple. Knock one down and pressure others to follow suit. Soon enough he will have a critical mass and everyone will want to jump. READ MORE

Read more...

Yong Teck Lee dan Mukhriz SALAH PILIH TUAN BOLEH MAKAN DIRI

Oleh Abang Mahmor

Macam-macam istilah gelaran digunakan terhadap Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee dalam perkembangan terbarunya mengisytiharkan partinya telah hilang kepercayaan terhadap perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam.

Abdullah sendiri menyifatkan bekas Ketua Menteri Sabah itu tamak. Yang lain juga mengelar Teck Lee pengkhianat BN Sabah, bacul, tidak mengenang budi, musuh dalam selimut, jenis tikam belakang dan macam-macam lagi gelaran.

Teck Lee mana peduli itu semua. Mungkin sudah pun bersedia menerima kecaman yang lebih dahsyat dari itu. Yang penting baginya ialah beliau sudah menaruh tekad untuk mencetuskan satu perkara yang dipercayai mendapat sokongan rakan-rakannya terutama dari partinya sendiri.

Lebih lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin telah memberi jaminan dan menjanjikan ‘syurga’ kepada Teck Lee sekiranya usaha membawa usul itu berjaya disambut oleh ahli parlimen lain yang menggugat BN kelak.
Lebih penting dari itu, Teck Lee sudah dapat menyatakan betapa beliau kecewa untuk mendapatkan apa saja yang beliau mahu dari kerajaan pusat kononnya untuk rakyat Sabah sambil membelakangkan ketua BN, Tan Sri Musa Aman.

Hingga di saat akhir, Musa tidak mengetahui bahawa presiden SAPP itu akan membuat kenyataan yang memberi tamparan kepada BN sabah kerana SAPP adalah parti anggota.
Tindakan Teck Lee itu jelas beliau seorang yang benar-benar biadap. Dia masih ingat dirinya cukup berkuasa dan orang lain harus tunduk dengan kehendaknya walaupun dia sendiri tahu bahawa dia bukanlah sebijak mana tetapi mempunyai wang ringgit dan semakin tamak.

Kalau beliau bertanding atas tikit bebas, bukan atas nama BN, mungkin pengundi tidak akan menurunkan undi kepada beliau. Tidak dinafikan bahawa kerana BNlah pengundinya yakin, bukan atas nama individu.
Ditambah pula Datuk Mukriz Tun Mahathir secara spontan mengambil kesempatan sama menyatakan sokongan terhadap usul yang bakal dibentangkan Teck Lee tanpa memikirkan bahawa Anwar di belakang menepuk tangan.

Ternyata Mukhriz belum tamat ‘sekolah politik’nya. Cakapnya selalu terlajak melebihi had yang cuba diselindung sebalik syarat yang menonjolkan beliau belum matang sebagai pemimpin pelatih masa kini. Nampak saja tenang pada wajah, tetapi sebenarnya amat gelojoh.
Kedua-dua ahli parlimen ini, Yong Teck Lee dan Mukhriz merupakan kacang lupakan kulit dan mungkin dari kalangan spesis tidak berkawan atau mungkin juga tidak memerlukan kawan dalam perjuangan mereka. Mereka lebih suka bertindak sendirian yang menunjukkan besar kepala dan memandai-mandai membawa isu masing-masing.

Ataupun tidak keterlaluan kalau disifatkan kedua-dua ahli parlimen ini tersalah pilih tuan sedang tuan yang ada tidak diendahkan. Sepatutnya sebagai pemimpin waras sentiasa sedar bahawa di atas jawatannya ada ketua untuk dirujuk. Mukhriz patut rujuk pada Datuk Seri Hishamuddin dan Yong Teck Lee patut rujuk pada Musa Aman.

Malangnya semua ini tidak berlaku kerana mereka tidak berpandukan etika, budi bicara dan tata susila dalam persefahaman bertubuhan serta berpandukan apa yang termaktub dalam Rukun Negara. Mereka cuma ingat bila dulu pernah jadi ketua menteri, sampai bila pun dia mesti lebih dari ketua menteri.
Begitu juga Mukhriz yang beliau anak kepada bekas perdana menteri, beliau lebih dari perdana menteri. Ini merupakan masalah kepada negara selagi ada sifat-sifat yang membayangi seseorang di luar kepimpinan semasa.

Apakah perlu BN kena mulakan satu ‘kelas malam’ untuk wakil rakyat bagaimana mahu menjalankan aktiviti dari segi merancang, bercakap dan bertindak? Kalau perlu, inilah masanya BN patut fikirkan sesuatu bagi membentuk satu persediaan masa depan yang lebih bermakna kepada generasi baru.

Read more...

Thursday, June 19, 2008

KJ Perihatin Dan Menyokong Golongan Muda Memberi Bakti Kepada Masyarakat


Kehadiran YB Khairy Jamaluddin di Sepetang bersama ahli Parlimen Rembau program Khidmat Masyarakat 2008 (PROKHIM 2008) anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM membuktikan Ahli Parlimen muda ini sememangnya berjiwa rakyat dan perihatin soal kebajikan rakyat di kawasan beliau.

Pembabitan para siswa siswi muda jurusan perubatan di UPM dalam program ini seharusnya diberi sokongan padu oleh semua pihak dan maka dengan itulah YB Khairy menyokong usaha murni mereka dengan menerima program kerjasama ini di Parlimen Rembau.

Program tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (HEP dan Alumni) UPM, Prof Dr Azali Mohamed dan Timbalan Dekan HEP Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Mohd Roslan Sulaiman menyaksikan sokongan yang tidak berbelah bagi dari universiti buat para siswa bagi memberikan khidmat kepada masyarakat.

Program tersebut telah dilancarkan dengan kerjasama En. Zazali Ahmad selaku penyelaras program.

Menurut YB Khairy, program ini sepatutnya diadakan di tempat lain namun disebabkan beberapa masalah teknikal, Rembau adalah alternatif terbaik. Terpilihnya Rembau sebagai destinasi program khidmat masyarakat ini amat dialu-alukan oleh YB Khairy dan penduduk kampung tersebut.

Dalam ucapan beliau, KJ menerangkan serba ringkas berkenaan Parlimen Rembau kepada para sukarelawan. KJ juga memberi galakan dan nasihat agar golongan perintis bidang perubatan tersebut dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari mereka kepada masyarakat umum dengan mengadakan program seperti ini lebih kerap dan meluas.

KJ dalam ucapannya juga memberikan penekanan yang tegas dalam usaha menjaga kesihatan diri dan mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang betul kepada rakyat kampung yang hadir pada petang itu.

Selain berkisarkan kesihatan, KJ turut menerangkan hal berkaitan isu semasa seperti kenaikan harga minyak dunia dan kenapa kerajaan bertindak menaikkan harga minyak tersebut. Menurut KJ, beliau yang baru sahaja selesai menghadiri taklimat unit perancangan ekonomi negara sekali lagi diberikan penjelasan perihal isu semasa agar penjelasan yang tepat dapat diberikan kepada rakyat tanpa sebarang pebgeksploitasian fakta sepertimana yang telah dilakukan oleh pihak pembangkang.

Salah satu perkara adalah berkaitan pemberian subsidi kepada rakyat. Subsidi masih lagi diberikan kepada rakyat sepertimana sediakala cuma bagi mereka yang dikategorikan sebagai golonga berkemampuan sahaja yang tidak diberikan keistimewaan subsidi. Ini adalah bagi memastikan keadilan berlaku dan negara tidak perlu menanggung terlalu banyak pengeluaran subsidi kepada golongan yang berkemampuan. Jika tiada langsung subsidi diberikan, harga minyak mampu mencapai RM3.50 seliter berbanding sekarang RM2.70 seliter.

Jika tiada pemberian subsidi, kerajaan boleh menggunakan duit yang ada itu bagi tujuan pembaikpulih infrastruktur negara dan pembinaan sekolah baru. Namun, kerajaan juga menilai kemampuan rakyatnya dan tidak mahu membebankan rakyat secara terlampau.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh sesetengah pihak yang mengatakan Petronas tidak memberikan untungnya kepada kerajaan juga tidak tepat. Petronas telah memberikan 66 peratus untung mereka kepada kerajaan dalam bentuk cukai dan dividen royalti. Petronas juga perlu membuat pencarian telaga baru bagi menampung keperluan minyak negara dan baki keuntungan sebanyak 34 peratus itulah yang digunakan bagi menampung kesemua kos terbabit.

Tidak wajar jika ada pihak yang membangkitkan bahawa Malaysia merupakan negara pengeluar minyak namun harga petrol paling mahal. Jika hendak dibandingkan dengan Arab Saudi dan negara pengeluar uang lain, minyak simpanan mereka cukup untuk digunakan selama 100 tahun lagi dan jumlah nilai eksport mereka lebih tinggi berbanding import. Sedangkan Malaysia hanya punyai 10 tahun simpanan dan jika pencarian telaga baru tidak dilakukan, minyak akan habis.

KJ juga mengingatkan agar rakyat akan segera membuat aduan kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Pengguna sekiranya mendapati ada pihak yang mengambil peluang yang tidak sepatutnya dengan menaikkan harga barangan keperluan lain semata-mata beralasankan kenaikan harga minyak.

Di akhir ucapan, KJ berharap agar golongan muda dan rakyat setempat tidak mudah terpedaya dengan pengeksploitasian pihak pembangkang terhadap kerajaan hanya semata-mata mahu mengeruhkan keadaan. KJ juga berdoa agar siswa siswi itu dapat belajar dengan cemerlang dan seterusnya dapat berkhidmat untuk masyarakat dan negara.


Sumber www.rembau.net.my

Read more...

Wednesday, June 11, 2008

6 beradik daif dapat pembelaan


SEREMBAN 7 Jun – Nasib malang enam beradik yang terpaksa hidup dalam keadaan serba daif di Kampung baru Paroi, di sini akhirnya mendapat pembelaan.

Keenam-enam mereka yang berketurunan India Cina, berusia antara lima dan 18 tahun terpaksa menumpang di sebuah bilik sepanjang dua meter dengan lebar satu meter setelah ditinggalkan oleh ibu bapa mereka kerana kesempitan hidup.

Anak sulung, Too Chee How, 18, akhirnya terpaksa memikul tanggungjawab menjaga lima adikya yang masih kecil dengan bekerja sebagai buruh kasar di sebuah bengkel kereta berdekatan.

Kisah adik-beradik malang ini pernah mendapat liputan meluas media pada April lepas yang seterusnya membuka mata masyarakat setempat untuk tampil menghulur bantuan.

Ekoran pendedahan itu juga, seorang dermawan yang merahsiakan identitinya menghulurkan bantuan dengan menyediakan tempat tinggal baru iaitu sebuah rumah teres yang lebih selesa terletak di Taman Margosa, Paroi di sini.

Pada masa yang sama, MCA Negeri Sembilan di bawah pimpinan Pengerusi MCA negeri, Datuk Dr. Yeow Chai Thiam mengambil inisiatif menubuhkan satu tabung mengutip dana bagi membantu adik-beradik tersebut atas nama Tabung Bantuan Too Chee How.

Sejak ditubuhkan, sebanyak RM23,555 berjaya dikumpul dan kutipan tersebut disampaikan oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin di kediaman baru keluarga tersebut, kelmarin. Turut hadir ialah Chai Thiam.

Sumbangan wang tunai berjumlah RM1,955 dan baucar bernilai RM500 diberikan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan.

Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menyumbangkan bantuan sebanyak RM400 sebulan sementara Persatuan NS Wah Chai pula memberikan bantuan makanan sebanyak RM200 sebulan.

Ibu kepada adik-adik tersebut, M. Thannabakiyam yang sudah kembali ke pangkuan anak-anaknya setelah berita kedaifan mereka tersiar di akhbar ketika ditemui memberitahu, dia berasa terharu dengan sumbangan yang diberikan.

“Saya sangat terharu kerana ada juga yang sudi membantu kami sekeluarga yang serba daif ini. Saya berjanji untuk menggunakan bantuan tersebut sebaik mungkin bagi membesar dan menyekolahkan anak- anak saya demi masa depan mereka,” katanya.

Chee How juga melahirkan rasa gembira kerana dengan bantuan tersebut sekurang-kurangnya masa depan adik-beradiknya akan terjamin.

“Saya gembira kerana saya dan adik-beradik sudah mempunyai rumah yang selesa. Kami juga dapat hidup seperti kanak-kanak lain,” katanya yang sudah mempunyai pekerjaan tetap di sebuah bengkel.

Read more...

Turun atau mansuhkan tol

SEREMBAN 6 Jun - Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyarankan kerajaan menurunkan kadar tol lebuh raya atau memansuhkannya dalam usaha mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang bermula semalam.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu mempercepatkan proses rundingan dengan syarikat konsesi lebuh raya supaya langkah tersebut dapat dilaksanakan dengan segera.

"Proses rundingan itu diharap dapat diselesaikan secepat mungkin dan kita juga berharap syarikat konsesi lebuh raya yang sudah mendapat semula modal dan menikmati keuntungan dapat bekerjasama membantu mengurangkan beban rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan kewangan bernilai RM23,555 kepada keluarga miskin M. Thannabakiyam, 33, di Taman Margossa, Paroi di sini hari ini.

Penurunan kadar tol itu merupakan salah satu daripada enam langkah yang dicadangkan oleh Khairy dalam usaha mengurangkan beban rakyat berikutan kenaikan mendadak harga petrol dan diesel.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, antara langkah awal yang boleh diambil adalah memperhebatkan pemantauan harga barang dan tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga yang didapati menaikkan harga secara keterlaluan.

"Selain itu perlu ada mekanisme khusus untuk memastikan harga barang keperluan utama stabil dan para peniaga yang menaikkan harga dapat dikesan. Selain itu, kerajaan wajar menerbitkan senarai harga semasa barangan keperluan supaya orang ramai boleh membuat perbandingan harganya di pasaran," katanya.

Menurut beliau, langkah lain adalah mengkaji semula kadar pendapatan isi rumah di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) supaya selaras dengan peningkatan kos sara hidup dan harga barangan sekali gus membolehkan rakyat yang layak mendapat bantuan tidak tercicir daripada menerimanya.

"Contohnya, jika pendapatan minimum di bawah paras kemiskinan sekarang ialah RM500 sebulan, ia wajar dikaji semula dan dinaikkan kerana ia tidak realistik dan tidak relevan lagi dengan keadaan semasa terutama di kawasan bandar. Golongan ini wajar mendapat bantuan kerajaan," katanya

Khairy berkata, kerajaan juga perlu mengkaji semula penanda aras Indeks Harga Pengguna (IHP) yang setakat ini meletakkan paras inflasi negara di bawah lima peratus sedangkan harga barangan mengalami kenaikan lebih tinggi daripada itu

"Sekarang IHP yang diterbitkan oleh kerajaan adalah kurang daripada kadar lima peratus sedangkan harga barang kini sudah naik lebih daripada lima peratus.

"Keadaan ini tidak sama dengan apa yang harus ditanggung dan dirasai rakyat. Selain itu kenaikan gaji bagi sektor swasta juga tidak setimpal dengan kenaikan kos harga barangan. Jadi, penanda aras IHP wajar dikaji semula supaya kenaikan gaji selaras dengan kenaikan kos," katanya.

Khairy turut berharap pihak kerajaan akan mempertingkatkan kualiti pengangkutan awam di negara ini sehingga mencapai tahap kelas pertama bagi memberi pilihan kepada rakyat yang tidak mahu menggunakan kenderaan sendiri.

"Kalau pengangkutan awam tidak mencukupi, rakyat tidak ada pilihan. Mereka terpaksa menggunakan kenderaan sendiri dan menanggung kosnya. Saya berharap kerajaan dapat menambah pengangkutan awam terutama bas di sekitar Lembah Klang dan bandar-bandar utama di negara ini," tambahnya.

Katanya, kerajaan juga perlu mengkaji semula dalam tempoh setahun ini sama ada bayaran rebat tunai yang diberikan kepada pemilik kenderaan persendirian mencukupi dan seterusnya mengambil langkah menaikkannya bagi memastikan ia tidak terus membebankan rakyat.

"Kerajaan perlu mengkaji semula rebat RM625 yang diberikan kepada pemilik kenderaan persendirian di bawah 2000 cc dan RM120 untuk pemilik motosikal di bawah 250 cc. Jika masih membebankan rakyat, saya berharap kerajaan akan meningkatkan lagi rebat itu," tambahnya.

Read more...

Saturday, June 7, 2008

Thoughts on Prices

A lot has been written and said about the decision to reduce subsidies for petrol, diesel and gas, and raise the electricity tariff. The speed of implementing the new changes as well as its quantum has surprised and angered many. This was not a political decision. No Government in the world would make such a decision if politics were the only consideration. I believe the decision was based on economic necessity. It was based on the global price of crude oil, the impending economic disaster of continuing with high subsidies and the depleting reserves of our oil. Read more...

Read more...

(Un)intelligent Intelligence?


A few of the "best and brightest" of Malaysia blogosphere insinuated that some much maligned personalities would be conferred Tan Sri awards today. Rupa-rupanya tak betul. What happened? Seterusnya...

Read more...

Syor 6 pendekatan kurang beban rakyat

SEREMBAN: Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mencadangkan enam pendekatan yang boleh dilaksanakan kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat berikutan kenaikan mendadak harga minyak dan bakal disusuli tarif baru elektrik berkuat kuasa 1 Julai depan.

Beliau berkata, langkah segera yang boleh diambil ialah memperhebatkan pemantauan harga barang dan tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga yang menaikkan harga keterlaluan, selain menerbitkan senarai harga semasa barang keperluan utama bagi membolehkan pengguna membuat perbandingan.

"Tenaga kerja Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu ditambah untuk tugasan memantau harga dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga yang menaikkan harga kerana ini adalah aspek yang paling dirisaukan pengguna berikutan kenaikan harga minyak,” katanya.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada keluarga M Thannabakiyam yang hidup miskin di Taman Markosa, Paroi, dekat sini semalam.

Beliau berkata, pendekatan kedua ialah mempercepatkan proses rundingan dengan syarikat konsesi lebuh raya sama ada mengurangkan kadar tol atau menghapuskan tol di lebuh raya tertentu untuk memberi manfaat kepada rakyat.

"Proses rundingan itu diharap diselesaikan secepat mungkin. Kita juga berharap syarikat konsesi lebuh raya yang sudah dapat semula modal dan dapat untung yang kini hanya menambah keuntungan bekerjasama untuk membantu mengurangkan beban rakyat," katanya.

Langkah lain ialah mengkaji semula had pendapatan yang diletakkan di bawah garis kemiskinan supaya selaras dengan peningkatan kos sara hidup dan harga barangan, sekali gus membolehkan rakyat yang layak mendapat bantuan tidak tercicir daripada menerimanya. "Contohnya, jika pendapatan minimum di bawah paras kemiskinan sekarang ialah RM500, ia wajar dikaji semula dan dinaikkan kerana tidak selari lagi dengan keadaan semasa, terutama di bandar. Kumpulan ini wajar mendapat bantuan kerajaan," katanya.

Selain itu, Khairy berkata, kerajaan perlu mengkaji semula penanda aras Indeks Harga Pengguna (IHP) yang setakat ini meletakkan paras inflasi negara di bawah lima peratus, sedangkan harga barangan mengalami kenaikan lebih tinggi daripada itu.

"Saya juga berharap kerajaan dapat menilai dalam tempoh setahun ini sama ada bayaran tunai RM625 setahun kepada pemilik kereta bawah 2,000cc dan RM150 kepada pemilik motosikal bawah 250cc mencukupi untuk mengurangkan beban kumpulan sasar. Jika tak cukup, ia wajar dinaikkan pada tahun kedua," katanya.

Read more...

Wednesday, June 4, 2008

Khairy hangs on to Rembau after court rejects PKR election petition

SEREMBAN, Wed:

MP for Rembau Khairy Jamaludin hung on to his parliamentary seat after his challenger on the March 8 polls, Badrul Hisham Shaharin, failed to win a High Court petition here to challenge the results.

The Parti Keadilan Rakyat supreme council member had his petition rejected due to a defect in the filing.Judge Datuk Mohtarudin Baki said Badrul Hisham did not fulfill a requirement under Section 32B of the Election Offences Act, 1954 after failing to prove that the second defendant, the Election Commission, had erred in its task that compelled balloting to change and gave Khairy the victory.Badrul Hisham also failed to enclose two copies to the court by providing only the original copy when he submitted the petition on April 25 to seek a declaration that the Rembau parliamentary seat won by Khairy, as candidate for the Barisan Nasional with a majority of 5,726 votes, was invalid.

Khairy was named as the first respondent in the petition.

Read more...

Monday, June 2, 2008

Selamat Pergi, Selamat Kembali


Sejak kebelakangan ini terdapat banyak berita tentang keahlian UMNO. Ada yang memohon menjadi ahli dan ada juga yang tidak mahu lagi menjadi ahli. Dalam semua kes terkini, individu-individu terbabit pernah menjadi pemimpin UMNO sama ada pada peringkat tertinggi mahupun di peringkat akar umbi. Yang pasti, UMNO semakin menjadi rumah persinggahan yang boleh dikeluar masuk sesuka hati. Seterusnya

Read more...

Permohonan Maaf dan Tidur Bola


Saya pohon maaf kepada pelayar-pelayar laman web saya kerana sudah lama tidak menulis blog posting yang baru. Ramai yang menulis untuk menegur saya atas perkara ini. Tanpa mencari alasan, ada beberapa sebab yang menyekat kekerapan saya menulis blog posting. Pertamanya, selama dua minggu yang sudah, saya sibuk mengikuti dan mengambil bahagian dalam perbahasan di Dewan Rakyat. Seterusnya

Read more...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP