Thursday, May 29, 2008

MUKHRIZ GELABAH-MULA MENEKAN KHAIRY

Written by Sutera

Tidak habis-habis isu berkenaan anak mantan Perdana Menteri yang kini meributkan keadaan politik negara ini dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang amat berbau hasutan dan sifat hasad dengki yang terserlah dalam dirinya.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir terbaru, mengeluarkan kenyataan bahawa Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin adalah liabiliti kepada parti kerana turut sama memainkan peranan serta campur tangan dalam soal-soal penting seperti pemilihan calon-calon untuk bertanding pada pilihanraya.

Mukhriz nampaknya semakin terdesak dan mula tidak senang duduk apabila hasratnya untuk bertanding sebagai calon Ketua Pemuda UMNO mungkin tidak kesampaian dan akan ditolak oleh masyarakat negara ini terutamanya Pemuda UMNO sendiri.

Khairy merupakan satu-satunya lawan yang akan menjejaskan kedudukan Mukhriz untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO. Sekiranya Khairy tiada, bermakna peluangnya untuk menang adalah cerah kerana calon lain yang dikatakan bakal bertanding tidak setaraf dengannya.

Maka dengan itu beliau terpaksa memburuk-burukkan nama baik Naib Ketua Pemuda yang ada sekarang memandangkan mengikut tradisinya, Naib Ketua akan menggantikan jejak langkah Ketua yang akan melepaskan jawatan.

Sekiranya itu benar-benar berlaku, ini bermakna usaha beliau yang mendatangkan kekeruhan dan porak-peranda dalam parti UMNO ini adan berkubur begitu sahaja. Dengan itu juga, bapa beliau turut akan tenggelam sama. Perkara inilah yang menjadi mimpi ngeri buat Mukhriz.

Kononnya beliau mahu memulakan perang saraf terhadap Khairy namun, apa yang dilakukannya itu sebenarnya sedang memakan dirinya sendiri. Inilah ibarat mahu menaikkan diri sendiri namun tersalah langkah.

Seharusnya Mukhriz sedar akan kemampuan diri dan mengikut jejak langkah bapanya yang dari awal lagi mengundurkan diri kerana sedar akan kejatuhan yang bakal diterima dan bukannya mengharapkan orang lain mengundurkan diri demi kepentingan diri sendiri.

Read more...

Monday, May 26, 2008

Badrul sertai Umno bersama Ezam?

petikan dari Malaysiakini

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Badrul Hisham Shaharin enggan mengulas ura-ura bahawa beliau akan menyertai Umno bersama bekas ketua Angkatan Muda (AMK) parti itu Mohd Ezam Mohd Nor.

"Saya tidak mahu komen mengenai perkara itu. Tetapi saya akan membuat pengumuman selepas saya berbincang dengan Ezam.

"Saya menerima banyak pertanyaan mengenai perkara ini tetapi ketika ini saya enggan membuat komen," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau diminta mengulas satu coretan di sebuah blog yang mendakwa "satu pertemuan sulit" antaranya dengan Ezam beberapa minggu sebelum bekas setiausaha Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dilaporkan akan menyertai Umno.

Dalam pertemuan tersebut, menurut blog itu lagi, Mohd Ezam meyakinkan bekas calon parlimen Rembau itu agar turut menyertai Umno "bagi mengukuhkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menyekat kemaraan penentang-penentang perdana menteri".

"Dengan ini 'reformasi' dan perang melawan rasuah lebih mudah untuk dilakukan," catatan di blog itu dipetik, yang mendakwa ia menerima maklumat tersebut daripada mesej emel yang dikirimkan kepadanya.

"Ezam juga menjanjikan jawatan besar kepada Badrul jika beliau setuju untuk masuk Umno."

Kedua-duanya aktif dalam AMK sebelum Ezam meninggalkan sayap pemuda itu dan kemudian bersama Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak), yang ditubuhkan Ezam, selepas pemimpin itu meninggalkan PKR.

Badrul terpilih sebagai anggota MPT dalam mesyuarat agung PKR tahun lepas.

Read more...

A lesson for all, says Khairy

PETALING JAYA: The FA of Malaysia's (FAM) deputy president Khairy Jamaluddin said no one should take advantage of the national football association.

“Don't take us for granted,” he said in response to FAM president Sultan Ahmad Shah's call to not sanction the controversial Champions Youth Cup (CYC) scheduled here in August.

“Anyone who wants to organise a football tournament in this country should go through the proper procedures. What is the role of the FAM, then? It is obvious FAM have been left out from the start and this is a lesson for all. A tournament of this nature costs RM17mil and we should ask ourselves whether is it value for money,” said Khairy.

FAM secretary general Datuk Azzuddin Ahmad said they were merely following the FIFA and AFC statutes in hosting a tournament.

“The national association of the host country should sanction the event,” he said.

“In this case we have no problems in hosting the Chelsea match here in July. The promoters ProEvents came and saw us first and we have given them our blessings to stage this high profile match. They did the right thing to follow up with the Foreign Ministry and others to see that the event takes place without any hitches.”

Last year, the FAM were put in an awkward position when the Tourism Ministry signed a deal with ProEvents to bring in English Premier League champions Manchester United.

The FAM agreed to sanction the match but when the date of the tour was announced, it clashed with the Asian Cup, of which Malaysia was a co-host.

The Asian Football Confederation (AFC) had signed a contract with the Youth and Sports Ministry to ensure no other football events would be staged during the Asian Cup in July.

In the end, FAM bowed to AFC's demand and withdrew the sanction for the United match, thus forcing the tour to be cancelled.

Read more...

Friday, May 23, 2008

Khairy: National team have priority over players


An order: Khairy Jamaluddin has asked FAM secretary general Datuk Azzuddin Ahmad (left) to inform state FAs that the national team take precedence over Sukma.

PETALING JAYA: The FA of Malaysia (FAM) have warned state FAs not to disrupt the preparation of the national team for an “A” international friendly match against Indonesia in Jakarta on June 7.

The FAM deputy president, Khairy Jamaluddin, said yesterday that he had informed the general secretary, Datuk Azzuddin Ahmad, that the state FAs should give coach B. Sathianathan their full co-operation in a bid to raise the standard of the national team.

“I have asked Datuk Azzuddin (Ahmad) to inform the state FAs that the national team take precedence over Sukma,” said Khairy, who is also the national team manager.

On Wednesday, Sathianathan said that some of the state FAs had written to the FAM to seek the release of their national Under-23 players to play in Sukma, which will be held in Terengganu from May 31-June 9.

A relieved Sathianathan said yesterday that he could now concentrate on his job without having to worry about the availability of players ahead of the match against Indonesia, which offers Malaysia the first chance in seven months to earn merit points to improve on their FIFA ranking.

Malaysia are now ranked at a lowly 169.

“I thank the FAM management for their support and for understanding my predicament. I do not want any confrontation with the state FAs over national players. It is a small matter but I have a job to do and I want the best when it comes to national interest,” said Sathianathan, whose main assignment for the year is the Asean Football Federation (AFF) Championship in December.

Meanwhile, three senior team players from the 26 who checked in on Tuesday have returned home. Chan Wing Hong and K. Nanthakumar are nursing injuries while Fauzie Nan has to attend to some personal matters.

Sathianathan got down to work with his full team yesterday.

And the eight players who played in the Inter-Continental Cup tournament have rejoined training after a two-day break. They are skipper Mohd Shukor Adan, Norhafiz Zamani Misbah, Mohd Safee Sali, Mohd Zaquan Abdul Razak, Mohd Daudsu Jamaluddin, Azi Shahril Azmi, S. Subramaniam and Amirulhadi Zainal.

Read more...

Wednesday, May 21, 2008

Khairy -- Majlis Kesyukuran DUN Chembong

Read more...

Tuesday, May 20, 2008

Dr Mahathir umum keluar Umno



ALOR SETAR, 19 Mei - Berita terbaru benar-benar mengejutkan apabila mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno dan hanya bersedia kembali ke pangkuan parti itu selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Perletakan jawatannya berkuatkuasa serta merta. Bukan sekadar meletak jawatan sebaliknya beliau menyaran ahli-ahli Umno supaya turut berbuat demikian.

Dr Mahathir memberitahu beliau bertindak keluar Umno kerana tidak yakin dengan kepemimpinan Abdullah. Saya akan hanya kembali semula ke parti tersebut apabila pucuk pimpinan ditukar, katanya

Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap dalam satu forum di Alor Setar pagi tadi. Dr Mahathir juga menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti.

Beliau bertindak keluar parti yang diterajuinya selama 22 tahun, seakan-akan menurut jejak langkah dibuat Perdana Menteri pertama selepas merdeka, Tuanku Abdul Rahman.

Tuanku Abdul Rahman menyertai Semangat 46 selepas Umno diharamkan ekoran kekalutan pada pemilihan merebut jawatan presiden 1987.

Bagaimanapun, Dr Mahathir meminta mereka (pemimpin Umno) supaya jangan menyertai parti-parti yang lain. "Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden parti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," katanya.

Dr Mahathir merupakan perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 sejak 1981.

Sementara itu… Pak Lah Yakin Majoriti Anggota Umno Terus Setia Kepada Kepimpinannya

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau tidak akan tunduk kepada desakan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno serta yakin majoriti anggota Umno akan terus setia kepada kepimpinan parti sekarang.

Perdana Menteri, dalam reaksinya terhadap tindakan Dr Mahathir keluar daripada Umno hari ini, bagaimanapun mengakui tindakan bekas perdana menteri itu mampu meninggalkan sedikit kesan kepada Umno apabila ada segelintir anggota mengikut jejak Dr Mahathir.

"Saya harap ahli akan terus setia kepada parti Umno kerana parti banyak berjasa kepada bangsa, negara dan semua kaum," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif MSC Malaysia Sarawak di di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, Isnin.

Abdullah, yang terkejut dengan pengumuman Dr Mahathir keluar daripada Umno serta-merta parti yang dianggotainya sejak 1946, berharap anggota Umno lain bertenang dengan perkembangan itu.

"Saya terkejut bila dengar keputusan Tun (Mahathir)..., bila saya fikir itu Tun dah fikir habis dan Tun ni bila dia kata dia nak buat sesuatu perkara, dia tak kisah dah,

"Kalau sudah itu keputusannnya anggota-anggota Umno perlulah tenang dan kita perlu sedar anggota Umno perlu menjadi anggota yang taat setia kepada parti dan mahu melihat parti kita menjadi sebuah parti yang kuat dan mampu teruskan perjuangan yang telah diasaskan sejak Umno ditubuhkan dulu.

"Apa nak jadi kepada kita kalau kita tidak ada parti lagi, Umno kini banyak berjasa kepada bangsa, negara dan rakyat Malaysia semua kaum, semuanya bergantung kepada kita," katanya pada sidang akhbar yang penuh sesak itu.

Ketika ditanya mungkinkah parti akan terjejas dan ada anggota yang akan mengikut tindakan Dr Mahathir, Abdullah dengan tenang berkata: "Saya tak berkata ia tidak akan jejaskan langsung, mungkin ada (anggota yang keluar parti).

"Sayangnya kita kepada Umnolah yang menjadi kekuatan kepada kita untuk meneruskan perjuangan," tegas Abdullah.

Abdullah juga yakin anggota Parlimen Barisan Nasional tidak akan keluar dan melompat ke parti pembangkang dan menegaskan bahawa semua anggota perlu bersatu-padu.

"Mungkin ada yang nak keluar parti tetapi saya tidak rasa itu akan berlaku. Anggota Parlimen daripada parti Umno tidak akan keluar parti, anggota akar umbi mungkin ramai (keluar parti) mungkin tidak, yang penting kita perlu berfikir adakah kita mahu meninggalkan Umno.

Kalau kita tidak mahu dengan Umno maka tiada lagi perjuangan Umno dalam diri kita," katanya.

Bagi Abdullah, beliau akan terus dengan Umno dan berharap anggota-anggota parti itu juga terus bersama-sama dengan parti.

"Jika mereka mahu menjadi kuat, tiada logik atau alasan bagi mereka meninggalkan Umno," katanya.

Presiden Umno itu berkata isu Dr Mahathir keluar parti akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno akan datang.

Read more...

Sunday, May 18, 2008

KHAIRY SUDAH! MUKHRIZ BILA LAGI?

Sebelum ini semua orang semestinya tertanya-tanya samada menantu Pak Lah yang paling kontroversi mampu memainkan peranan beliau sebagai seorang ahli parlimen yang "perform" didalam dewan rakyat. Seluruh negara juga tertunggu-tunggu apakah keupayaan dan kecemerlangan beliau sebagai seorang Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dalam mendepani isu-isu bangsa mampu diulangi pada ketika mana beliau menjadi ahli dewan rakyat?

Khairy seperti yang kita tahu sering dikelilingi pelbagai konflik, fitnah, dan kontroversi. Beliau jugasering disasarkan oleh barisan pembangkang sebagai menantu yang mengawal bapa mertuanya. Beliau juga sering digambarkan didalam laman-laman blog sebagai seorang yang mempunyai masalah moral yang serius serta mempunyai perancangan yang cukup terancang untuk merampas kerusi Perdana Menteri Malaysia.

Namun, individu kelulusan oxford ini akhirnya membuktikan bahawa beliau mampu menggertak dan menyerang tokoh-tokoh terkenal pembangkang dengan pelbagai persoalan dan isu. Pada hari isnin yang lalu sewaktu membahaskan titah paduka DYMM Yang Dipertuan Agung, Khairy telah banyak menimbulkan kemarahan, teriak tempik pembangkang. Anak muda ini juga mempertikaikan keutuhan sebuah pakatan yang disifatkan oleh beliau sebagai "PR Exercise" semata-mata.

Ada masa beliau juga mencabar kerelaan parti PAS yang diketahui ramai mendokong agendaislamisasi, yang akhirnya terpaksa tunduk kepada ego dan keras kepada DAP. Banyak perkara yang seharusnya dijadikan peluru ataupun "bullet" diterjemahkan oleh anak muda ini didalam perbahasan tersebut. Hakikatnya adalah cukup sukar untuk seseorang yang pertama kali berbahas didalam institusi terpenting negara mencerna dan membentangkan hujjah yang cukup bernas, padu dan mampu menggoncang manusia seperti Karpal Singh, Lim Kit Siang, Mahfuz Omar dan banyak lagi.

Kita masih lagi tertunggu-tunggu beberapa individu lain yang mempunyai hubungan darah dengan tokoh terbilang negara. Persoalannya adakah Mukhriz, Nurul Izzah, dan Gobind Singh Deo mampu memberi persembahan memberasangkan didalam sesi parlimen kali ini? Adakah mereka juga mampu membuktikan bahawa kehebatan ayahanda mereka sewaktu beraksi didalam Dewan Rakyat mampu diwarisi? Hakikatnya anak muda yang sering ditohmah, difitnah ini telah memberi gambaran awal bahawa beliau tidak harus dipandang eneteng ataupun sebagai "punching bag" didalam perbahasan Dewan Rakyat. Namun, apa yang perlu kita lihat adalah anak muda ini sudah bersedia dan beliau mampu menjadi salah seorang pembahas yang tersohor dikalangan ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional.

Read more...

Saturday, May 17, 2008

BERITA TERKINI - Kaji Semula Siaran Langsung Sidang Parlimen, Kata Khairy

SEREMBAN, 16 Mei (Bernama) -- Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin menyarankan agar kerajaan mengkaji semula siaran langsung persidangan Dewan Rakyat untuk sama ada diteruskan atau tidak dalam jangka masa panjang.


Beliau berkata ini kerana tidak semua penonton dapat mengikutinya secara berterusan memandangkan siarannya berlangsung pada waktu bekerja.

"Saya mendapat maklumat balas, siaran secara langsung persidangan Parlimen mulai menurun memandangkan tidak semua orang ramai yang menyaksikan perbahasan di kaca televisyen setiap hari kerana waktu persidangan berlangsung pada waktu bekerja," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata menyifatkan mutu perbahasan mengenai isu-isu yang dibentangkan sepanjang dua minggu lepas sebagai positif walaupun ada kalanya berlaku pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pakatan pembangkang.

"Saya berpendapat isu-isu yang yang diketengahkan oleh pihak kerajaan mahupun pembangkang mencapai penanda aras positif. Walaupun ada pelbagai kekecohan yang berlaku sepanjang persidangan namun itu adalah perkara biasa kerana sebelum ini pun berlaku perkara berkenaan," katanya.

Sumber---- BERNAMA

Read more...

Friday, May 16, 2008

Parliament round-up: Khairy steals limelight

May 16, 08 12:34pm

The Parliament session started and ended the week on a high with debutant member of parliament Khairy Jamaluddin (Umno-Rembau) playing a significant role.

On Monday, Khairy, fresh from being rebuked by opposition MPs last week, came out fighting in his maiden speech in the House by firing bullets at the Pakatan Rakyat parliamentarians.

Sparing none in the other camp, the prime minister's son-in-law let fly a litany of offending remarks against the Pakatan Rakyat coalition.

And then during the week, he was seen raising noise here and there but it was at the end of the week that he rose to prominence again.

Yesterday his supplementary question on the New Economic Policy (NEP) stirred up a row when the opposition accused him of planting the question to Minister in the Prime Minister's Department Amirsham A Aziz.

Amirsham, a Maybank CEO turned politician, was seen reading out a prepared answer to Khairy's supplementary question, much to the chagrin of the opposition MPs

Khairy denied planting the question, adding that Amirsham was "an intelligent man who anticipated my question".

And he went on to say: "It's not important whether (it's planted), but what's important is the substance. It's clear the opposition is trying to create trouble again because they are afraid of the answers."

For that, he earns Malaysiakini's MP of the Week award.

What's next in Parliament?

The new Parliament kicked off on April 28 with the election of the House speakers and the swearing-in of all 222 MPs. The next day the Agong officially opened the first parliament session with his speech.

This was followed by MPs taking turns to debate the Agong's speech, which ended this week. The ministers are now lining up to give their winding-up speeches. This is expected to continue next week.The Parliament, which sits from Monday to Thursday, will end its first session on May 27. After a one-month break, it will resume on June 23. This second session will last for only two weeks. The third session, which is the longest for this year, will be from Aug 18 to Dec 11.

Read more...

YB KJ menulis......

Rasuah Politik Pasca PRU-12?

Sila layari http://www.rembau.net

Saya terkejut apabila semalam semasa perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, sahabat saya, Dato' Abdul Rahman Dahlan (BN - Kota Belud) menyatakan bahawa beliau telah ditawarkan duit dan jawatan Kabinet daripada pihak Pakatan Rakyat ("PR") untuk melompat parti. Memetik ucapannya, "Saya ingin bertanya TYDP, apakah usaha yang dibuat oleh sesetengah pemimpin pembangkang untuk memberi habuan kepada ahli-ahli parlimen untuk melompat itu bukan rasuah namanya? Saya sendiri menerima panggilan untuk menawarkan sejumlah wang yang cukup besar untuk melompat. Apakah itu bukan rasuah namanya? Selepas itu mereka menawarkan jawatan kabinet pula kepada saya. Bukankah itu rasuah namanya? Siapa makan lada dialah terasa pedasnya."

Sudah lama saya kenal Dato' Rahman khususnya dalam perjuangan Pemuda UMNO Malaysia dimana beliau menjawat Setiausaha Kebangsaan. Berdasarkan pengalaman perjuangan ini, saya pasti beliau tidak pernah bermain politik dengan pembohongan atau membuat tuduhan yang tidak berasas. Dato' Rahman adalah seorang 'gentleman' dalam politik. Jadi, apabila beliau membuat tuduhan yang amat serius seperti itu, saya bergegas pergi berjumpa beliau untuk mengesahkan kesahihan kenyataannya. Beliau memberitahu saya bahawa memang beliau menerima beberapa panggilan daripada orang kuat PR yang menawarkan berjuta-juta Ringgit. Selepas saya dapat pengesahan daripada Dato' Rahman, saya juga cuba 'korek' cerita dari Ahli Parlimen lain khususnya dari Sabah tentang perkara yang sama. Rupa-rupanya ramai juga yang mendakwa ditawarkan dengan 'gula-gula' PR ini. Kadarnya pula berbeza mengikut 'seniority' wakil rakyat BN yang dipancing. Tapi yang penting, semua menyarankan kepada saya bahawa perjuangan mereka ini tidak boleh dijual beli dan mereka akan terus setia dengan perjuangan BN.

Apakah ini demokrasi yang diperjuangkan oleh PR? Mereka tidak putus-putus mengingatkan rakyat tentang perjuangan mereka yang kononnya menegakkan lunas-lunas demokrasi. Tapi pada masa yang sama, jika tuduhan-tuduhan ini semua benar, demokrasi tersebut dinilai dengan wang Ringgit. Bagi mereka, mandat rakyat tidak penting. Proses pilihanraya umum diketepikan. Semangat demokrasi lebur di tangan mereka. Dato' Seri Anwar Ibrahim telah menafikan cerita jual-beli wakil rakyat. Beliau kata, kemasukan wakil-wakil rakyat BN kelak adalah atas keputusan sukarela kerana tidak lagi menyokong perjuangan BN. Adakah selepas hanya dua bulan sejak pilihanraya umum, lebih dari 30 wakil rakyat BN tiba-tiba hilang kepercayaan kepada parti mereka? Sudah tentunya ini tidak logik. Yang lebih mudah dipercaya ialah tuduhan bahawa disebalik isu lompat parti ini ada penawaran 'kasih sayang' yang lumayan. Adakah rakyat Malaysia setuju dengan rasuah politik sebegini untuk merampas kuasa melalui pintu belakang? Saya harap tidak. KJ

Read more...

BULETIN KHAS - PARLIMEN

Bentang penyata untung Petronas

KUALA LUMPUR 12 Mei - Kerajaan diminta membentangkan secara lengkap penyata dan keuntungan Petronas di Dewan Rakyat bagi membolehkan rakyat memahami kedudukan kewangan syarikat petroleum nasional itu.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) berkata, taklimat itu penting bagi membuktikan kerajaan dan Petronas telus dan tidak menyembunyikan apa-apa daripada rakyat.

Menurutnya, beliau tidak faham dengan cadangan pembangkang untuk menggunakan sebahagian daripada keuntungan Petronas untuk menurunkan harga minyak.

Tambahnya, mengikut penyata kewangan Petronas pada tahun 2007, kerajaan mendapat RM48.3 bilion dalam bentuk cukai, dividen dan royalti daripadanya.

''Jumlah ini merupakan 66.2 peratus daripada keuntungan kasar Petronas. Wang ini masuk terus sebagai bajet pembangunan kerajaan yang membiayai pelbagai projek pembangunan.

''Baki keuntungan tersebut antaranya digunakan untuk operasi cari gali di negara asing bagi mendapatkan rizab baru. Adakah salah bagi Petronas untuk menjaga masa depan negara dengan memastikan apabila rizab tempatan sudah habis, apabila telah kering telaga minyak negara, kita sekurang-kurangnya boleh berkongsi sedikit manfaat rizab asing yang digali Petronas.

''Saya rasa demi ketelusan, untuk membuktikan kerajaan dan Petronas tidak menyembunyikan apa-apa daripada rakyat, satu taklimat khas perlu diadakan di Parlimen di mana penyata kewangan lengkap dibentangkan agar kedudukan kewangan serta saluran keuntungan Petronas dapat difahami dengan jelas oleh semua wakil rakyat,'' katanya.

Read more...

BULETIN KHAS - PARLIMEN

Rombak sistem subsidi


KUALA LUMPUR 12 Mei - Sistem subsidi negara perlu dikaji dan dirombak semula kerana ia tidak sampai kepada sasaran.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) berkata, sebagai contoh, subsidi untuk petrol diberi kepada semua tanpa mengira kemampuan dan sesiapa sahaja mengisi bahan bakar itu di negara ini dengan apa jua kenderaan mendapat kadar subsidi yang sama.

Khairy berkata, sistem itu tidak selaras dengan keadilan ekonomi yang mana bantuan sepatutnya diberi kepada rakyat yang kurang berkemampuan.

''Adalah amat tidak adil jika rakyat yang membawa kereta mahal dan berkuasa tinggi mendapat kadar subsidi yang sama dengan mereka yang membawa kenderaan yang lebih sederhana.

''Malah sebenarnya pemilik kereta besar mendapat subsidi yang lebih kerana keperluan petrol mereka pastinya jauh lebih tinggi daripada mereka yang memiliki kenderaan berkuasa rendah dan sederhana, yakni sasaran sebenar sistem subsidi,'' katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan diraja.

Menurut Khairy, perkara itu perlu diperbetulkan segera dan caranya ialah dengan memperkenalkan sistem kuota bagi setiap pemilik kenderaan menikmati petrol bersubsidi sepenuhnya setiap bulan.

Tambahnya, pengguna yang melebihi kuota tersebut akan membayar harga lebih tinggi mengikut kadar progresif yang ditetapkan.

''Pemilik kereta dan motosikal berkuasa rendah juga boleh diberi kuota yang lebih berdasarkan falsafah bantuan secara progresif yang tidak mampu dibantu lebih daripada yang mampu.

''Perubahan ini boleh membawa penjimatan besar kepada kerajaan yang boleh diguna untuk pembangunan di kawasan luar bandar terutamanya di Sarawak dan Sabah,'' ujarnya.

Read more...

Wednesday, May 14, 2008

Majlis Anugerah Kecemerlangan (SPM dan STPM), Ceramah dan Pameran Kerjaya 2008 (Parlimen Rembau)

Petikan dari http://www.rembau.net






Rembau, 9 Mei - Pendidikan merupakan tanda aras kemajuan sesebuah bangsa dan negara. Dalam dunia globlisasi yang semakin pantas ini, modal insan merupakan aset dan ramuan terpenting untuk memastikan negara terus berjaya. Petikan ucapan Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin ketika menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan (SPM dan STPM), Ceramah dan Pameran Kerjaya 2008 ( Parlimen Rembau ) yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau.

YB Khairy Jamaluddin menegaskan modal insan seharusnya bermula dirumah dimana ibu bapa adalah guru yang paling utama untuk membina karektor pelajar yang dahagakan kejayaan. Manakala sekolah pula adalah pusat di mana pengisian ilmu itu dilakukan seterusnya.

Didalam ucapannya lagi YB Khairy turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Beliau juga berjanji akan menyalurkan batuan kepada seluruh PIBG secara "automatik", dimana pihak PIBG akan mendapat bantuan tersebut tanpa memohon kepada YB.

Sehubung dengan itu, YB Khairy juga berharap agar hubungan yang erat di antara pemimpin, ibu bapa dan pihak sekolah dapat dijadikan satu landasan untuk merealisasikan pembentukan modal insan yang berkualiti sejajar dengan halatuju dan wawasan negara.

Read more...

Tuesday, May 13, 2008

Khairy: Projek khinzir raksasa @ PKR

Written by Otai cyber

May 12, 08 2:35pm

Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau, mencipta singkatan nama yang menarik di Dewan Rakyat hari ini dalam isu penternakan babi dengan menamakannya "Projek Khinzir Raksasa" atau PKR.

Beliau berucap sewaktu membahaskan isu bahan makanan yang mencukupi seperti padi, daging lembu, sayur dan daging kambing.

Beberapa ahli parlimen PKR tidak berpuas hati dan bangun untuk menjawab tetapi tidak diberikan laluan oleh Khairy.

Sindiran tajamnya itu bagaimanapun dijawab ahli palimen PAS, Mahfuz Omar, dengan PBN atau "Projek Babi Negara".

Khairy kemudian bertanya siapa yang mengeluarkan kenyataan sedemikian tetapi gagal mengenal pastinya.

Sindiran beliau di awal ucapan di sesi pagi tadi dipercayai merujuk kontroversi projek penternakan moden babi di Selangor yang kini dipimpin oleh menteri besar PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Isu ini meledak pertengahan bulan lalu selepas kerajaan negeri meneruskan projek yang dicadangkan sejak pentadbiran BN bagi mengatasi masalah pencemaran di Kuala Langat.

Projek itu dilaporkan menelan belanja RM100 juta.

Read more...

Monday, May 12, 2008

Bard is Loser

Read more...

Khairy: Mansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan

Timbalan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa supaya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dimansuhkan.

Sehubungan itu, katanya, terdapat keperluan untuk menubuhkan sebuah badan kawal selia bebas seperti majlis akhbar bagi menggubal sebuah mekansime untuk memansuhkan akta tersebut.

Berucap pada forum Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) bertajuk "Kebebasan Akhbar: Pilihan Raya Umum 2008" sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia di Kuala Lumpur hari ini, Khairy berkata, media arus perdana perlu melakukan pembaharuan.

Jika gagal berbuat demikian, katanya, maka adalah sukar untuk menghadapi saingan dari segi nilai berita mengikut keadaan semasa, demikian menurut laporan Bernama.Ahli parlimen Rembau itu berkata wujud tahap keterbukaan sejak empat tahun kebelakangan ini tetapi ia tidak disusuli dengan pembaharuan perundangan danbirokrasi.

"Saya berpendapat jika kerajaan bersedia untuk memberi ruang tersebut tanpa pembaharuan undang-undang maka kita mungkin menyelesaikan menerusi sebuah badan kawal selia bebas, menawarkan latihan yang lebih baik dan melupuskan halanganbirokrasi," katanya.

Khairy berkata beliau berharap pengamal media dapat menerajui dalam penubuhan sebuah badan kawal selia bebas dan ia mungkin dalam bentuk suruhanjaya aduan akhbar."Pada ketika pembaharuan merupakan istilah masa kini, apa yang saya ingin sekali cadangkan supaya media bergerak ke arah kawal selia secara bebas," katanya sambil mengakui ia merupakan cadangan peribadinya dan bukan parti atau kerajaan.

Mansuh syarat pembaharuan"Tanpa pembaharuan, media arus perdana mungkin tidak dapat banteras krisis kebolehpercayaan yang kita saksikan hari ini. Tanpa pembaharuan seperti ini, kebenaran menjadi kabur manakala sentimen dan sindiran menjadi penguasaan," katanya.

Badan kawal selia bebas boleh dimulakan dengan menggalakkan menteri dalam negeri memansuhkan syarat pembaharuan lesen tahunan seperti diumumkan sebelum ini, katanya.

Kemudian, katanya, media - kedua-dua media arus perdana dan dalam talian - harus memperkukuhkan keupayaan mengadakan inisiatif bagi memastikan amalan terbaik dalam menjana laporan menerusi latihan keras sebelum melangkah ke fasa terbaru dan mengadakan eksperimen.

Khairy berkata banyak usaha perlu diselami dalam bentuk standard kewartawan dan etika yang harus diharapkan selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu."Kita tidak perlu khuatir dengan bentuk baru dunia kewartawanan tetapi harus membantu memperkukuhkannya supaya rakyat Malaysia akan mendapat manfaat dari bahan berita yang boleh dipercayai dari media arus perdana dan bentuk media lain.

"Saya mungkin nampak seperti melampaui batasan parti. Mungkin jugak tetapi saya mempunyai pandangan peribadi untuk mempercayai kepada pembaharuan-pembaharuan ini," katanya.Forum anjuran NUJ itu dikendalikan oleh Ketua Jabatan Kajian Media, Universiti Malaya, Prof Dr Azizah Hamzah.

Ahli penal forum tersebut terdiri daripada Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua, Timbalan Editor Laporan Khas dan Penyiasatan akhbar The Sun, R. Nadeswaran, Editor Agenda Daily Hanafiah Man dan penulis blog Ahiruddin Atan.

Read more...

Wednesday, May 7, 2008

BADRUL HISHAM SHAHARIN



Bak kata pepatah melayu ‘ tak kenal maka tak cinta’. Tapi aku rasa nak bagi sambungan sikit ‘ dah kenal tak tau lagi nak cinta ke tak ‘.Untuk membuktikan kata-kata ini mari sama-sama kita cuba untuk mengenali seorang anak muda yang semakin hari semakin berjaya membuatkan ramai orang mengenalinya. Cinta??? Kita tunggu dulu sama ada nak cinta atau tak.

Badrul Hisham Shaharin. Mungkin ada yang kenal dan mungkin ada yang tak pernah dengar langsung. Tetapi kelantangan suaranya memberi ceramah, kecekapan jari jemarinya mengetuk keyboard meng’update’ chegubard.blogspotnya menjadikan dirinya bagaikan idola di kalangan mereka-mereka yang hanya mereka-mereka sahaja yang tahu siapa mereka. Menjadikan Che Guavara sebagai idola perjuangan politiknya, Badrul Hisham Shaharin ( Bard ) semakin hari semakin merasakan dirinya hero rakyat walaupun sehingga kini masih gagal untuk membaharui kad pengenalannya kepada mykard. Dia punya alasan tersendiri untuk itu.

Alasan yang mungkin akan berjaya untuk menghasut sekalian yang lain menurut kepada tindakannya. Sebagai MPT Keadilan, Bard dilihat begitu hampir dengan sifunya Dato Seri Anwar Ibrahim ( DSAI ) malah boleh dilihat sebagai bayang-bayang DSAI. Klimaks kepada kelantangan suara bekas guru Sekolah Kebangsaan Mambau ini jelas dapat dilihat melalui sesi ceramah kempen PRU ke-12 yang lalu. Setiap kata-kata yang dihamburkan adalah penuh dengan kebencian dan memaparkan betapa kecewanya beliau kepada pucuk pimpinan negara Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Semuanya salah pada matanya. Hanya dia seorang sahaja yang betul dan mampu untuk membetulkan. Kata-katanya diolah sempurna sehingga mampu memberahikan hadirin. Pelbagai tuduhan palsu tanpa bukti sewenangnya dilemparkan kepada Saudara Khairy Jamaluddin, calon BN yang ditentangnya pada PRU ke – 12 yang lalu. Tempoh berkempen dipergunakan sepenuhnya oleh Bard untuk terus menabur fitnah-fitnah tidak berasas kepada BN bagi meraih sokongan rakyat Rembau. Beliau sangat bijak dalam mengatur kata-kata. Sangat handal dalam merekacipta persepsi. Juga begitu berbakat dalam memfaktakan penipuan. Ini dibuktikan dengan 20, 000 undi yang telah diperolehinya. Bermakna 20 ribulah yang telah ditipu.

Memetik antara kata-kata beliau, ’saya berkata berdasarkan fakta dan bukti, saya tak pernah menipu’.... tetapi tidak pernah walau sekalipun beliau memaparkan apa yang beliau katakan sebagai bukti dan juga tak pernah pun menyatakan dari manakah sumber fakta yang dikatakan sebagai fakta itu. Antara tuduhan perit yang dilemparkan di perkarangan masjid jamek rembau semasa berlaku sedikit kekecohan antara penyokong ialah kenderaan yang digunakan oleh jentera pilihanraya calon BN di Rembau adalah milik bisnesman berbangsa Cina. Sekiranya BN menang PRU nanti berbidang-bidang tanah penduduk kampung akan menjadi milik Cina itu. Dan sekarang BN sudah menang di Rembau.

Terbuktikah tuduhan Bard yang dikatakan sebagai fakta dan punyai bukti itu. Berapa ramai orang kampung yang dah tergadai tanahnya??? Explain sikit Bard. Selain dari itu bermacam-macam lagi tuduhan yang lebih berat pernah dilemparkan oleh Bard kepada Pak Lah dan YB Khairy. Antaranya ialah wujud penglibatan Malaysia dengan rangkaian pengganas. Aku masih menyimpan rakaman suaranya. Cukup serius tuduhan ini. Mungkin kalau ada yang nak mengheret Bard ke muka pengadilan atas fitnah ini aku sedia untuk menyerahkan pita rakaman aku kepada pihak berkuasa.

Apa yang aku nyatakan di sini adalah hanya secebis dari apa yang boleh aku simpulkan sebagai siri penipuan terancang terlampau oleh anak muda ini. Yang lebih menyedihkan ada antara petugas pilihanraya bilik gerakan Bard terdiri daripada budak-budak bawah umur yang sangat-sangat bawah umur. Mereka ini walaupun kecil tetapi apa yang keluar dari mulut masing-masing menggambarkan betapa jatuhnya nilai hormat terhadap pemimpin negara. Mereka juga begitu menyanjung Bard yang menurut mereka pemimpin sebenar.

Kecewa sungguh rasanya bila ada diantara adik-adik ini meludah ketika ternampak poster Pak Lah. Apa yang sudah meracuni fikiran mereka bukanlah menjadi persoalannya tetapi siapakah yang menjadi tekongnya. Siapa lagi kalau bukan Bard. Keputusan PRU-12..... sekali lagi Bard menipu.. Bukan untuk menang tetapi adalah untuk mewujudkan keraguan yang tidak berasas atas tujuan memalukan pemenang.

Bermacam-macam dakwaan dikeluarkan. Rasanya semua sudah tahu perkara ini. Pengiraan semula sememangnya tidak wujud di dalam Dewan Majlis Daerah Rembau pada malam itu. Tiada peti undi misteri yang dibawa masuk dan kekalahan milik Bard adalah TOTAL. Segala dakwaan oleh Bard menunjukkan seakan-akan beliau hadir di dalam dewan di ketika itu walhal beliau pada masa kiraan undi dibuat berada di Bilik Gerakan PKR di atas kedai runcit belakang dewan. Sama ada beliau yang menipu atau orang lain yang menipu beliau untuk beliau menipu orang lain semuanya terletak kepada pertimbangan akal kurniaan Allah yang sepatutnya digunakan sepenuhnya oleh Bard sebelum mengeluarkan kata-kata..

Sehingga ke hari cerpen atau novel ini ditulis Bard masih bebas bermaharajalela. Tidak mengapa. Kerana kebebasan sudah sememangnya milik seluruh rakyat Malaysia. Tiada siapapun pernah menyekat untuk kita bersuara walaupun kadangkala ada yang cuba mengaburi fakta ini. Kepada Bard, diharap supaya pergunakanlah kebebasan ini sebaiknya.

Hargailah ia kerana sesuatu yang berharga itu akan menjadi sangat-sangat berharga bila ia sudah tidak lagi menjadi milik kita. Sekian sahaja untuk kali ini. Berjumpa lagi untuk lain kali dalam siri tak kenal maka tak cinta. Memetik kata-kata Raja Lawak.... lu ada mata lu tengok la sendiri... lu ada mulut jaga la sendiri... lu ada otak....LU PIKIR LA SENDIRI...... ( sori nabil pinjam tagline lu )

Read more...

Tuesday, May 6, 2008

Khairy Jamaluddin - ‘Let’s skip a generation’

These days you can’t talk about local football without talking about Khairy Jamaluddin.The FA of Malaysia vice-president and national team manager is a hot topic by himself.

So the charismatic MP of Rembau, widely known as just ‘KJ’, is always a compelling interview prospect for the Press. Mailsport’s Haresh Deol found that out last Saturday, during the interval of the KL Plus – Kuala Muda Premier League match at the Cheras Stadium.

In a terse yet forcible interview, Khairy talks about the M-League, the bookies and critics.

Mailsport (MS): The MSL was formed in 2004 with the objective of raising the game’s standard. How effective has it been so far?

Khairy Jamaluddin (KJ): The league has not shown much improvement. We need to revise it. Perhaps there are simply too many matches with the leagues, the Malaysia Cup and FA Cup. It has been a little disappointing.

MS: The Super League is rather disorganised as we still don’t know how many teams will be relegated even when the season has ended.

KJ: We’ll know when the exco meeting is held on May 17. I admit it’s rather disorganised and we’ve got to look into it. The number of teams in the Super League also needs to be addressed. A lot of other things need to be reviewed too.

MS:Would it be better to allow MSL instead of FAM to organise the league?

KJ: Even if that happens, will it guarantee a raise in standard? We simply need to break everything down and start afresh. If you asked me, perhaps we could skip a generation and concentrate on the youths. What’s the use of spending so much money at the top level when the base is not strengthened?

When you get lousy players at the bottom, whatmore to expect when they reach top-flight football? I’m happy we’re working well with the Ministry of Education (through the agegroup competitions) but it’s still not enough. We need more matches to cater for a larger pool of youngsters. It has not been encouraging so far and more needs to be done for our younger generation of players.

MS: So wouldn’t the RM17 million pumped into the Champions Youth Cup be better spent on schools?

KJ: If you ask me, not as FAM vice president but as an individual, I would agree. Such money should go towards youth development. No question about that. (Khairy told the media earlier that the FAM are considering not sanetioning the CYC and disagree with AFC’s role in the tournament as FAM are the sport’s governing body in the country. Also, FAM doubt the tournament is value for money.)

MS: We were rocked by another match-fixing scandal. Do you think it’s time for betting to be legalised in the country?

KJ: That’s for the government to decide but I don’t think it will solve the problem. There will still be illegal syndicates offering higher cuts than the legalised ones, so we’ll be back to square one.

MS: You started off with MyTeam. Today, you’re the Vice-President of FAM.Is the SportsMinistry your next destination?

KJ: No la! Nothing of that sort. I’m just looking at football for now.

MS: You seem to have many critics, from coffee shop patrons to the blogsphere.
Any comments?

KJ: You’re talking about football or in general? (smiles) Either way, it’s what I do that matters. It’s all about results at the end of the day.

Read more...

Moderator anti-khairy melatah gara-gara tersalah jolok teknikasi web sendiri..

Spam! Spam! Spam! “BAPAK ISA MAHATHIR BUKAN KHAIRY. BLOG ANTIKHAIRY DIBIAYAI MUKHRIZ, NAMPAK SANGGAT”.

Spammer yang kononnya tajaan Khairy cuba membuat onar hinggakan pemilik blog anti-Khairy gelabah tak tentu pasal? Khabarnya pula spammer itu daripada kalangan mat-mat rempit yang kurang ilmu di dada dan mungkin langsung tidak habis belajar mengeja hinggakan ejaan dalam spam pun ada silapnya.

Ini merupakan satu penghinaan buat golongan mat-mat rempit yang tak seharusnya dihakimi serendah itu.

Spam yang dihantar pada komen dalam artikel yang bertajuk ‘Angkuhnya Khairy Pertahankan ISA’ pada 3 Mei 2008 itu bukan sahaja menyebabkan kecelaruan dalam system blog anti-Khairy, malah pemiliknya juga menggelabah tidak tentu pasal sehingga ada pula aplikasi ‘chipsmore-sekejap ada sekejap takde’ di dalammya.

Di dalam artikel tersebut moderator anti-khairy telah memuatkan foto Mukhriz bersama Dr Lolo. Penulisnya Hisham Lokman telah membuat perbanding yang keterlaluan sehingga pembaca terhidu siapa yang membayar blog antikhairy ini.

Oleh kerana terlalu terdesak, moderator anti-khairy telah memadam foto mukhriz tersebut. Nampak sangat moderator di dalam kegelisahan kerana pekungnya telah terbongkar gara-gara tersilap sendiri.

Hari ini dalam keadaan kelam-kabut, moderator mula berasa sangsi dan terfikir-fikir sekiranya dibuang gambar Mukhriz bermakna memang benarlah blog ini dibiayai oleh Mukhriz. Maka dengan itu, gambar tersebut dimasukkan kembali dan artikel tersebut juga tidak sempurna keadaannya hasil dari situasi cubaan menutup bangkai gajah yang tak mampu disorokkan.

Penulis blog antikhairy membuat tuduhan bahawa Khairy telah mengupah beberapa orang “cyber trooper” untuk menghantar beratus-ratus spammer dan back-up cybertroopers bagi melindungi dirinya dan menghentam blog anti-Khairy tersebut. Dan yang lebih menyedihkan, golongan yang dikatakan spammer tersebut adalah Mat-Mat rempit yang kurang ilmu.
Sudah kehabisan modal dan gara-gara mahu menutup aib kesilapan sendiri, tuduhan melulu dan fitnah pula yang ditabur.

Seharusnya pemilik blog anti-Khairy ini sedar bahawa golongan Mat-Mat rempit inilah yang bakal merubahkan Negara menjadikannya samada kearah kebaikan atau sebaliknya. Dan Khairy yang sedar akan kepentingan mereka ini telah mengambil inisiatif untuk sama-sama membentuk mereka agar menjadi generasi muda yang berguna.

Dan yang lebih penting, kadang-kadang golongan yang tidak berpelajaran tinggi lebih mulia dan bijak daripada golongan yang tinggi inteleknya tapi bodoh sombong dan hanya tau menyalahkan orang lain semata-mata.

Read more...

Monday, May 5, 2008

KHAIRY DAN MUKHRIZ : SIAPA YG PALING LAYAK



Pemuda UMNO pada masa ini telah diberi peluang untuk memilih halatujunya. Kerana apa saya berpandangan sedemikian adalah disebabkansetelah 9 tahun lamanya baru hari ini ada pertandingan diperingkat hierarki Pemuda. Setelah Dato' Hisham a.k.a "Kerismudin" mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan beliau selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Keputusan ini dibuat diatas alasan mahu memberi laluan kepada muka baru setelah lebih 10 tahun kembali membina asas Pergerakan Pemuda.

Hakikatnya, tidak ada apa yang telah dilaksanakan oleh "Kerismudin" selain daripada tempik, lolong, dan program-program yang tidak ada "substance" dan yang terbaru ini memalukan umat melayu kerana memohon maaf kerana mencium keris. Anak bangsawan ini banyak dosanya kepada Pemuda UMNO dan sememangnya dia perlu beri laluan kepada kepimpinan Pemuda UMNO yang mampu kembali merawat Pemuda UMNO yang telah "dipondankan"sekian lama.

Persoalannya siapa yang harus diberi mandat oleh Pemuda. Beberapa calon telah menggambarkan hasrat untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO. Diantaranya tidak lain dan tidak bukan adalah Mukhriz, Khir Toyo, dan Dato' Zahidi Padang Besar. Incumbent naib Ketua Pemuda, Khairy masih tidak menyatakan apa-apa hasrat tetapi saya percaya ada sokongan diperingkat akar umbi yang masih mahukan beliau kembali berpencak seperti dahulu didalam gelanggang Pemuda. Tetapi apa yang jelas, hanya 2 orang calon yang mempunyai rangkaian kekuatan didalam Pergerakan Pemuda iaitu Mukhriz dan Khairy.

Pertama sekali kedua-dua mereka pada ketika ini masih menyandang jawatan didalam hierarki Pemuda UMNO, dan keduanya mereka masing-masing mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Perdana Menteri yang telah bersara dan Perdana Menteri yang sedia ada. Khir Toyo adalah calon bidan terjun yang mempunyai luka dan tidak mempunyai rangkaian yang kuat didalam Pergerakan Pemuda. Dan siapa yang tidak kenal dengan Dato' Zahidi Padang Besar, raja bunga silat terhebat dalam sejarah tetapi hanya setakat bunga tanpa sebarang langkah serangan. Dato' Zahidi PadangBesar 3 tahun yang lampau pernah ura-ura mengumumkan akan mencabar jawatan Ketua Pemuda, tetapi hasrat tersebut terus diam tanpa khabar berita.Diantara Mukhriz dan Khairy, siapa yang paling layak? Ini persoalan yang akan terus memburu setiap sanubari Pergerakan Pemuda.

Harus diingat bahawa perwakilan akan membuat pilihan yang paling penting pada Disember ini yang juga akan menentukan masa depan parti bagi menghadapi pilihanraya umum yang ke-13. Pilihanraya umum yang lalu jelas menunjukkan kepada kita kemerosotan sokongan generasi muda semakin ketara. Ianya juga jelas membuktikan bahawa penerjunan kutub utara, festival zapin, dan seluruh pendekatan Pergerakan Pemuda pada sebelum ini gagal memberi impak dan menarik sokongan generasi muda. Pergerakan pemuda harus membuat perubahan dan mampu mencipta "tsunami' yang boleh menterbalikkan selera generasi muda Malaysia yang rata-ratanya tidak lagi sentimental terhadap perjuangan UMNO.

Untuk itu kita perlu melihat kebolehan dan keberanian sebagai factor utama. Mukhriz dikenali sebagai individu yang berani mengkritik dan mendesak Presiden dan kepimpinan UMNO. Manakala Khairy terkenal dengan Agenda Nasional Barunya, Krisis bersama parti komponen, mencabar Anwar ibrahim dan jeneral pada setiap pilihan raya kecil. Persoalannya, siapa yang paling layak. Jelas menunjukkan bahawa Khairy mempunyai reputasi yang lebih menyerlah bagi memimpin Pergerakan Pemuda dalammendepani cabaran getir pilihanraya umum ke-13. Adakah dengan hanya keberanian mengkritik Presiden dan pimpinan melayakkan Mukhriz untuk bertanding Ketua Pemuda? Saya kira Pemuda sememangnya bijaksana untuk membuat penilaian.

Hakikatnya kita memerlukan kepimpinan yang berani, lantang, dan mempunyai pengalaman luas mendepani krisis. Bagi saya disepanjang tempoh kepimpinan Pergerakan Pemuda, Khairy lebih berperanan sebagai panglima yang sentiasa konsisten, berani dan sanggup berdepan dengan apa jua cabaran. Dan Khairy juga tidak pernah bertindak bodoh dan dungu memohon maaf diatas kesalahan memartabat dan menjulang symbol budaya bangsanya sendiri.

Read more...

Thursday, May 1, 2008

Soalan lisan tidak lebih 40 patah perkataan







KUALA LUMPUR 30 April - Setiap soalan untuk pertanyaan lisan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen mestilah tidak melebihi 40 patah perkataan.

Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, mulai sidang datang peraturan itu mesti dipatuhi atau soalan mereka tidak akan dikemukakan dalam Aturan Urusan Mesyuarat.

Pandikar Amin membuat keputusan itu setelah didesak oleh Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) yang mahu satu keputusan diambil terhadap soalan yang dikemukakan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) kerana didakwa mengandungi lebih 50 patah perkataan.
"Ini melanggar Peraturan Mesyuarat 23(1r) yang menyatakan soalan tidak boleh lebih 40 perkataan. Kalau lebih tidak boleh dikemuka.

''Adakah kerana dia (Bung Moktar) Timbalan Pengerusi BNBBC (Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional), maka peraturan ini tidak terpakai?" soal Chieng Jen yang bangun apabila Pandikar Amin meminta Bung Moktar mengemukakan soalannya.

Pandikar Amin kemudiannya menjelaskan, memandangkan soalan itu telah dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat untuk sidang hari ini bermakna ia boleh dijawab kerana telah ditimbang oleh pejabat Yang Dipertua.

Menurutnya, soalan itu dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat kerana ia perlu dijawab memandangkan ia melibatkan kepentingan rakyat.

Bung Mokhtar antara lain bertanya mengenai pendekatan serta langkah kerajaan dalam memastikan pembangunan menyeluruh di kawasan bandar dan luar bandar serta tentang pelaksanaan beberapa projek di Kinabatangan.

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) kemudian bangun membangkitkan Peraturan Mesyuarat yang sama dan menyatakan soalan yang dikemukakan Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga melebihi 40 perkataan.

Tindakan beliau itu menyebabkan keadaan dewan menjadi kecoh apabila ahli Parlimen BN dan pembangkang saling bertegang leher sehingga terpaksa ditenangkan oleh Pandikar Amin.
Pandikar Amin kemudiannya meminta Bung Moktar mengemukakan soalannya, menyebabkan Chieng Jen sekali lagi bangun meminta Yang Dipertua membuat keputusan.

Pandikar Amin yang mahu persidangan diteruskan lalu berkata: "Ok, Bandar Kuching. Saya suka ingatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kalau nanti mengemukakan soalan, kira daripada titik, koma, angka, koma bernoktah, (tanda) pengikat kata, kira (semua). Ini keputusan saya. Tapi untuk kali ini yang dah termasuk dalam peraturan kita teruskan dulu."

Read more...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP