Tahniah Khairy Terima Cahaya Mata Pertama
Kuala Lumpur -13 sept- Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin hari ini menerima cahaya mata pertama, seorang bayi lelaki di salah sebuah pusat rawatan swasta di sini pada jam 1.25 tengahari tadi.
Isteri beliau, Nori Abdullah dan bayi seberat 3.30 kg kini berada dalam keadaan sihat.
Seluruh pemimpin dan warga Pemuda UMNO mengucapkan tahniah, semoga dengan kehadiran cahaya mata ini akan menambahkan lagi keceriaan dan kebahagian pasangan tersebut.
8 comments:
bahaya orang ini
Hahaha kenapa ko takut ke... nampak sanggat ko ni seorang yang bacul...
Usah memberi nilaian sendiri pada nikmat pemberian ALLAH... waspadalah supaya anda tidak dilahnati oleh allah.
Kepada Saudara bro_jinggo,
Salam Aidil Fitri buat anda.
Tolong sampaikan ucapan Tahniah kerana KJ kerana mendapat cahayamata pertama di
bulan Ramadhan lepas.
Sampaikan kepadanya bahawa saya amat menyokong beliau dan ingin mengucapkan maju
jaya dalam politik Malaysia.
Tahniah Saudara kerana mendapat anak yang pertama!
Saya mendoakan saudara serta keluarga dirahmati oleh ALLAH sepanjang masa dan mendapat hidayah dariNya. Saya juga menasihati agar Saudara dan keluarga cuba menepati syariat Islam memandangkan Saudara berjaya memiliki hati cucu seorang Ulamak tersohor, Hj Abdul Fahim. Jangan biarkan maksiat jariah diwarisi turun temurun oleh saudara kerana suasana di akhirat amat payah dan sukar sekali. justeru adalah menjadi kewajipan suami sebagai ketua keluarga membimbing isteri dan anak saudara akan patuh kepada syariat Allah. Saya juga berpesan kepada diri saya dan saudara agar senantiasa berusaha menjadi lebih baik dari sebelumnya kerana amat beruntung orang yang hari ini lebih baik dari semalam, amat rugi apabila hari ini sama seperti semalan dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam.
KJ jangan percaya kepada spoon, pakmail, fadzil.fcm ni. Dia orang ni semua mana ada kelas nak cakap dengan orang kaya macam you. Nak bodeklah tu nak dapat tender. Lagi elok KJ jauhkan diri dari kuman-kuman ni. Nak harapkan habuan saja nak kerja malas. Taik hidung masam masin. Ehh cute nya Jibrail..
Saya mengucapkan tahniah kepada Tuan Khairy dan Isteri serta seluruh keluarga kerana telah mendapat cahaya mata pertama seorang anak lelaki yang comel . saya mengharapkan agar tuan terus bertuah selamanya.....
Ihklas daripada Mohd Abtahi Hj Bayani
Pemuda UMNO Kg Air Hujung Dua, Semporna ,Sabah
tahniah KJ..
Post a Comment