Jangan Sentuh Sensitiviti Kaum-Khairy
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata selain memberi tumpuan pelbagai perkara berkenaan ekonomi, pendidikan dan agama, ucapan dasar tersebut dijangka turut memberi penekanan kepada pencapaian Pemuda dalam tempoh lima tahun lalu.
Ini katanya kerana dalam tempoh tersebut, Pemuda telah berjaya membina satu institusi yang kukuh dan bersatu padu di bawah kepimpinan beliau.
"Saya rasa elok untuk generasi pemimpin pelapis yang akan datang melihat pencapaian kita dan bagaimana kita boleh mengukuhkan Pemuda dan perjuangan pergerakan ini pada masa akan datang," katanya selepas membentangkan kertas kerja pada Bengkel Konvensyen Pertanian Kebangsaan 2007, di sini, Ahad.
Mengenai perbahasan pada persidangan tersebut, Khairy mengingatkan para perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO minggu depan agar tidak menyentuh isu berkaitan sensitiviti kaum dalam perbahasan kelak.
Menurut beliau semua pihak harus berwaspada dan jangan keterlaluan dalam keghairahan membahaskan agenda parti dan bangsa.
"Kita berharap dapat memberi tumpuan penuh kepada persiapan untuk pilihan raya umum yang akan datang tanpa menyentuh isu berkaitan dengan sensitiviti kaum lain.
"Jangan keterlaluan kerana kita pun kena memahami sensitiviti kaum yang lain di samping kita memperjuangkan agenda Melayu dan sebagainya sehingga mengguris hati orang lain," ujarnya.
Justeru tambah beliau, perwakilan boleh memilih pendekatan terbaik dan penuh hikmah bagi menyampaikan agenda yang diperjuangkan tanpa menyakiti perasaan dan menimbulkan kemarahan pihak lain.
"Kita perlu tahu yang kita berjuang bersama, dalam barisan yang sama, bersama dengan parti-parti yang lain dan kita tidak boleh menggunakan alasan agenda Melayu kerana parti-parti komponen yang lain menganggap UMNO ini adalah parti peneraju BN yang mewakili semua golongan rakyat," katanya.
29 comments:
aduh.. pathetic lah... hmm mcm mana org yg gelapkan JUTA JUTA wang rakyat, yg termasuk wang anak yatim, fakir miskin etc etc... boleh lena tidur haa?
Bagus buka pekung sendiri... inilah yang di amalkan oleh parti Pas dan PKR keparat
Ini la pemimpin yang berwibawa namanya , tidak takut walau orang menuduh beliau macam-macam.
Tak seperti parti Pas dan PKR yang sering menimbulkan isu perkauman.
Dear Budak-Budak KJ,
Tak payah lah, orang semua dah tahu hati KJ ni tak pernah ikhlas dalam perjuangan rakyat sepertimana beliua ikhlas dengan membuat duit.
Jangan-lah memalukan bangsa dan ugama, u all pun akan mati dan jumpa Tuhan, bak apa nak sekongkol dengan dosa orang lain.
ECM-Avenue, Tune, nak lagi contoh?
Kenapa tak kemukakan buktinya sekali klu setakat main tuduh-tuduh jer budak darjah satu pun boleh buat tuduhan...
Simpan aje la lu punya cerita beb kita orang tak nak layan.
Aku setuju kalau main tuduh-tuduh jer semua orang boleh cakap... kalau tak de fakta yang tepat ini dah fitnah namanya...
Insaflah wahai manusia...
Ada jugak orang yang jalous ngan KJ... aku pun dah malas nak layan ngan orang macam ni...
Orang yang ego memang suka cari kesalahan orang lain... jadi jangan la kita tergolong dengan orang yang seperti ini.
Saya orang nak jadi kaya macammana pun saya tak kisah. Dengan cara halal atau haram ke kerana dalam kubur nanti kena jawab sendiri tetapi hanya satu perkara saja yang saya "tak boleh tahan". JANGANLAH MENJUAL KEHORMATAN NEGARA KEPADA ORANG LAIN. "HUJAN EMAS NEGERI ORANG HUJAN BATU DINEGERI SENDIRI.LEBIH BAIK DI NEGERI SENDIRI" kalau aset dan tanah negara dah dijual kepada orang asing kat mana kita nak duduk, nak cari rezeki. Kalau orang kaya tu bolehlah pergi ke negara asing seperti Australia ke tetapi rakyat bawahan, Takkan nak merempat dinegara sendiri. Ok brother. Terlajak perahu boleh di undur terlajak tamak haloba maruah negara tergadai. Ok KJ. Peace
Itula.. lain kali buka minda sikit... bercampur gaul dengan orang ramai... cari fakta yang tepat... jangan main belasah orang jer...
Tapi aku kesian dengan ko... orang lain dah ke bulan ko masih lagi duduk kampung membajak sawah...
Sapa yang nak jualkan maruah dan negara sendiri... bodoh ke pemimpin Malaysia ni sampai nak jual negara sendiri...
Itu la lain kali jangan la asyik dengar cakap pembangkang jer sebab diorang memang mempunyai niat yang busuk dan kotor...sering memutar belitkan fakta dan sering memprogandakan umah.
Bagi mereka tiada yang baik dilakukan oleh kerajaan, semuanya tak betul... ada-ada saja fitnah yang ditaburkan... jadi janganlah kita tergolong dengan orang-orang yang seperti ini.
Pathethic website! My one and only time here...waste of web space.
Berapa korang sume dapat sebulan?
"Jangan Sentuh Sensitiviti Kaum - Khairy"
--- Ni lawak ape dier nk buat???
Adoi-lahhh
hahahahaha... gampang
mcm ni ada hati nak jadi pm? the day khairy jadi pm, that will be the day i migrate and i won't be back until the country regains its senses!
>> Sapa yang nak jualkan maruah dan negara sendiri... bodoh ke pemimpin Malaysia ni sampai nak jual negara sendiri...
HMMM...BUKAN SETAKAT BODOH, BODOH YANG TERSANGATLAH BANGANGNYA, MUNGKIN DBP KENA CARI PERKATAAN BARU UNTUK 'DESCRIBE'!
Saudara yang saya hormati... gunakan lah bahasa yang elok sikit...
Jangan jadikan pembangkang sebagai ikon saudara...
terima kasih diatas kritikan saudara...
Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa ramai orang iri hati pada khairy.
Jawapannya mereka tidak boleh lakukan apa yang khairy telah lakukan.
Kesian diorang ni.
SOKONGLAH KHAIRY JAMALUDDIN...
Hahahaha lwk la blog ni.
Ada juga blog pengampu khairy kat sini. Syg je space.
Sudah2lah...org dah tau dah pekung korang. Semua org tau yang khairy tu dapat naik pun sbb pak lah jadi pm. Sblm tu aku tak penah dgr pon nama dia ni. Tak sabar aku nak tgok apa jadi kat khairy lps pak lah turun nanti.hahaha
Jujur ckp, khairy...ko tak cukup berkaliber untuk menjadi pemimpin. Thp ko biasa2 je org tgok. Kami perlukan org yang betul2 berkepimpinan tinggi. Tp kira ok juga la sbb ada juga penyokong ko ni ek. Nikmatilah masa indah ni yer. Hehe
Anyway, congratulates utk semua pencapaian ko stkt ni!
Jgn buat lawak bodo la KJ . BN parti berasaskan kaum. Semua dlm BN ada kptingan kaum masing2. Yg buat menyalak org dlm BN. Ni nak pilihanraya nak keluar keris lagi ke? Saya rasa keris tu pendek keluar lembing dgn sumpit pulak.
Nama Khairy bukan perkauman ?
Khairy, Tuanku...
KJ saya rasa elok saudara berundur untuk mengelakkan fitnah kerana kesihatan fizikal dan mental saudara lebih penting. Saudara sudah kaya dan senang. Kan elok saudara pergi melancong dan berhibur dengan duit yang banyak itu dari masuk politik yang kotor dan menjijikkan. Buat apa ada duit banyak tetapi hati tidak senang kan. Saya berkata begitu kerana di Malaysia ni banyak hipokrit. Tengok TDM lepas dia berhenti habis semua orang menyisihkannya. Itu bekas PM tetapi saudara hanya menantu PM. Kalau bapa mertua saudara berhenti atau meninggal dunia saudara fikir orang-orang UMNO akan sokong saudara terutamanya yang veteran. Semuanya sekarang ini pun tak sabar nak menjatuhkan saudara tetapi oleh sebab ada bapa mertua saudara itu ajalah mereka sekarang berdiam. Dari sahabat saudara KJ. Saudara KJ jangan dengar cakap "parangsasau" dia ni bodoh. Mana ada kelas nak tulis dalam blog ni. busuk pun orang.
Kepada semua pengkritik bebas, kami amat berterima kasih diatas segala kritikkan anda, tak kiralah yang baik atau buruk.
Peringatan.
Kami akan memadam semua komen yang mencarut.Harap maklum.
Ooi korang semua tolonglah jangan kutuk KJ lagi. Nikan blog dia. respectlah sikit. Aku ni tengah cuba nak rapat dengan dia nak dapat pojek. Kasi can lah sikit brother KJ. Dah lama sangat susah ni kalau dapat jadi kaya sikit aja syukor. Brother Jinggo tolong support sikitlah.
oii parangsasau
mana ada org pegi bulan... buta2 aje kau kena tipu ngan amerika tu... tangkap gamba dlm studio ckp dah sampai bulan...
lebih mulia keje bajak sawah... dpt makan nasik... nasik yg kau makan tu pun dtg dr sawah
#baca berita dr pembangkang pasal dah naik loya baca berita mengadu domba kt bharian, utusan, rtm tv3... media2 bacul umno
dia org ni yang kutuk kj ni dah bangkrap idea.
kita nak jadi bangsa maju bukan nya dengan kutukan.tapi kritikan yang membina
walau apa pun saya percaya lebih banyak kutukan maka lebih kuat semangat khairy.
maju terus
>>>chikuano said...
>>>Ooi korang semua tolonglah jangan kutuk KJ lagi. Nikan blog dia. respectlah sikit.Aku ni tengah cuba nak rapat dengan dia nak dapat pojek.
ape kejadah ny ni?ko rapat ngn die sbb nk dpt projek is it?
En Khairy,
Saya ada terbaca tentang email berbaur perkauman yg tersebar luas di kalangan kaum bukan Melayu. Saya rasa amat marah dan terhina dengan email yang mampu menggangu gugat keamanan dan sensitiviti masyarakat Malaysia.
Tolong, ambil perhatian terhadap email2 seperti ini dan jgn pandang remeh kerana mata pena lebih berbisa dr mata pedang.
aduhhhhhh... sakit kepala. kenapa senyap aje ruangan ni selepas pilihanraya. ada apa apa yang tak kena ker..... tu laaahhh sebelum nak bantai orang tu, cuba cubalah cerminkan diri dahulu. sekarang apa kesudahannya... kena sendiri tanggung lerrrr.
Post a Comment