Tuesday, October 30, 2007

Khairy MB atau PM

By : jinggo


Blog antikhairy http://www.antikhary.blogspot.com/ pada mulanya dengan yakin melabelkan Khairy sebagai PM dalam usia 40 tahun. Jika benar lebel mereka ini, bererti Khairy berjaya dengan luar biasa kerana dapat mewancanakan perjalanan politik beliau sehingga dapat menjadi PM dalam usia termuda.

1. Benarkah Khairy akan menjadi PM dalam usia 40 tahun ?
2. Jika benar, sejarah akan terukir, kami tabik kepada Khairy.

Tiba-tiba mereka melebelkan pula Khairy sebagai MB NS, pada artikel yang bertajuk Menantu PM Nak Jadi PM Pada Umur 40 (5). Apakah sebenarnya masej yang hendak disampaikan oleh blog antikhairy ini. Yang mana satu yang betul ni? Blog antikhairy ini memang meng’konfiuskan’ otak kita sahaja .

Jelas apa yang dapat kita lihat di dalam blog antikhairy ini merupakan isi-isi perasaan individu Mat Rembau yang tidak puas hati kepada mereka yang bergelar ahli politik. Ini adalah perkara biasa kerana ramai yang berada di luar sana mempunyai perangai sepertinya. Kecil punya hal lah…!

Read more...

29/10: Antithesis kepada Blog anti-Khairy?

Category: General
Posted by: Raja Petra
Petikan dari laman web Malaysia-today

Anti-KhairySelepas adanya laman www.antikhairy.blogspot.com maka arahan anak menantu Pak Lah pada juak-juaknya adalah untuk menubuhkan satu webblog yang menjadi pro menantu Pak Lah. Maka bergegaslah mereka yang lahir dari rusuk menantu Pak Lah itu memulakan laman pro menantu Pak Lah dengan menceritakan kehebatan Menantu Pak Lah. Laungan Hidup Menantu Pak Lah, Hidup Menantu Pak Lah kedengaran dan kefanatikan mereka hanya mahukan sesuatu dari menantu Pak Lah ini. Tidak siapa yang akan membentuk “blog” pro menantu Pak Lah dalam UMNO tanpa ganjaran. Maka tukang ambil gambar bernama jingo memulakan langkah mengambil gambar menantu Pak Lah dan dengan sendirinya memenuhi “blog” dengan “posting” di buat sendiri. Kesian sungguh. Sila lihat http://www.prokhairy.blogspot.com/

Menantu Pak Lah hanya wujud dalam sokongan yang memerlukan habuan. Ini prinsip dalam UMNO. Ini hakikat dalam UMNO. Kalau rebahlah Pak Lah hari ini, taraf Pemuda UMNO Cawangan mampu mengalahkan menantu Pak Lah. Siapa menantu Pak Lah dalam UMNO?

Menantu Pak Lah hanya mampu beretorik dan akhirnya mengira wang dalam bank. Menantu Pak Lah inilah yang menggunakan nama Pak Lah untuk pinjaman puluhan juta. Siapa dia kalau bukan orang yang tidak pernah sebelum ini kenal Malaysia, tidak pernah sebelum ini bersekolah di Malaysia dan orang yang sebelum ini tidak tahu penderitaan orang di Malaysia. Menantu Pak Lah tidak pernah mengenali Malaysia malah hingusan dalam UMNO.

Sokongan terhadapnya adalah sokongan palsu yang hanya mahu imbuhan. Itu sahaja. Maka juak-juak Pro Menantu Pak Lah yang dibayar itu membentuk laman pro menantu Pak Lah sungguhpun entah-entah hanya ada seorang dua sahaja yang mengendali.

Ini adalah satu usaha paling lucu – lepas terbitnya laman blog anti Khairy. Tapi apa nak di kata, UMNO macam itulah. Idea yang paling banyak kalangan mereka adalah bagaimana nak songlap duit. Itu sahaja yang mereka tahu.

Apa pun bagi terlanggar berdepan dengan laman itu – tengoklah menantu Pak Lah berusaha menyokong dirinya sendiri dan ahli UMNO lain akan terpanggil mengikuti beliau dengan harapan, moga-moga berkawan dengan menantu Pak Lah ini akan memperoleh hasil yang lumayan!

Tulisan ini diterima dari salah seorang penyokong Blog Anti Khairy.

Anak Jati Rembau

Read more...

Monday, October 29, 2007

Sukarkan Proses Pemulihan-Khairy

Tindakan melabel 'Mat Rempit' dengan gelaran yang lebih teruk seperti 'Dajal Rempit' boleh memberi kesan tidak baik terhadap usaha membawa golongan terbabit ke pangkal jalan. Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, ini kerana penggunaan istilah sedemikian boleh menyebabkan remaja yang terlibat dalam kegiatan 'Mat Rempit' akan lebih menyisihkan diri daripada masyarakat.

Ujarnya, jika keadaan seperti itu berlaku, sudah tentu pihak yang begitu agresif mendekati golongan berkenaan seperti Putera UMNO sukar membawa mereka keluar daripada gejala yang tidak sihat itu.

"Kami akui sejak setahun Putera UMNO mendekati kumpulan Mat Rempit, tidak semua yang dapat kita pulihkan tetapi masih ada di kalangan mereka yang berjaya kita bebaskan daripada gejala ini.

Sehubungan itu bagi saya, penggunaan istilah seperti ini tidak wajar kerana ia boleh menyulitkan lagi usaha kita untuk menarik mereka ke pangkuan masyarakat kerana mereka akan merasa lebih tersisih," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim bahawa gelaran Mat Rempit adalah terlalu sopan untuk dirujuk kepada penunggang motosikal yang menunggang membabi-buta pada waktu malam.

Rais berkata, gelaran seperti 'Penyangak Rempit' atau 'Dajal Rempit' seharusnya diberikan untuk mencerminkan sikap buruk mereka. Kelmarin, Forum Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan seorang pembaca yang kecewa penggunaan nama 'Mat' digelar pada pelaku jenayah dan antisosial.

Jelas pembaca itu, ia merupakan satu pencemaran nama yang tidak sesuai dengan perilaku buruk serta jelik terutamanya penunggang motosikal yang merempit dan membahayakan pengguna jalan raya.

Khairy berkata, apa yang lebih membimbangkan golongan Mat Rempit akan menjadi kumpulan penentang bukan sahaja kepada masyarakat malah kepada kerajaan jika mereka dilabelkan dengan istilah bersifat cemuhan.

"Kita tidak mahu melihat mereka menjadi kumpulan yang bersifat antimasyarakat dan antikerajaan. Seperti Putera UMNO, kita bersungguh-sungguh mengeluarkan mereka daripada masalah itu.

"Apa yang kita mahukan ialah mereka menjadi anggota masyarakat yang berguna dan boleh menyumbang sesuatu kepada pembangunan negara," ujarnya.

Read more...

The impact of Khairy remarks on Malaysia ruling coalition

Malaysian Prime Minister Abdullah Badawi son in law Khairy Jamaluddin, has said that if the ruling UMNO party becomes weak, other non-Malay parties would use the opportunity to make demands.


His remarks came as he moved to deflect recent criticism of the government from former Prime Minister Dr Mahathir Mohamad.


Khairy remains unapologetic about his remarks, resisting the calls from the Malaysian Chinese Association or MCA for an apology.

Loretta Foo spoke with Liew Chin Tong, an independent political analyst based in Kuala Lumpur, and asked him why Khairy made those comments.

LCT: Khairy has been embroiled in the problems with Mahathir regarding his share-holding with ECM-Libra. So Khairy has to de-stress his shares in the company and it was a sort of a scandal that Khairy got a loan from the company and he was the centre of the scandal or scandal-like rumours and discussions. But for him to divert the attention, for him to come up and say that the Chinese are not doing the right thing diverts the attention and serves him very well. It is a politically calculated move.

What are the implications of Khairy refusal to apologise for his remarks?

LCT: It is now quite interesting because it is his father-in-law who asked him to explain, although the Prime Minister did not ask him to apologise, the Prime Minister has asked him to openly come clean about the comment. So now it is interesting as we see whether Khairy can resist his father-in-law cum Prime Minister instructions. Whether this will boost his status in UMNO or not remains to be seen.

Given the current tensions involving Prime Minister Abdullah Badawi and former Prime Minister Dr Mahathir, how are Khairy remarks likely to play out?

LCT: At the moment, Khairy is doing a very interesting job of diverting attention. I think this has diverted attention at least in the Chinese media and now, in part, in other media as well in the last week from the focus on Mahathir. Mahathir had become a non-issue till he declared that he would contest a seat in his branch to be a delegate. But for about a week or so, Mahathir disappeared from the media attention, in part because of Khairy remarks. So as a strategy to divert attention, I think it served Khairy very well. In the long term for Khairy to survive in a multi-racial, multi-ethnic Malaysia, this situation doesnt serve his public image well among the Chinese and it is quite sad that Khairy who is that young, who can usher in a new paradigm would harp on the old issues and to go the old way.

Will Khairy remarks affect Prime Minister Abdullah Badawi credibility within the Barisan Nasional coalition?

LCT: I dont think so unless trouble escalates and there are stronger demands from MCA and the Prime Minister is being seen as not taking any serious action but at the moment, it seems that MCA will back down instead of Khairy backing down.

Mr Abdullah has attempted to calm the situation by asking for a halt to discussions over sensitive racial issues. How far will this serve to resolve the situation?

LCT: I would like to distinguish between racial issues and religious issues. I think that there are some serious tensions when it comes to religious issues since religious groups have mobilised tens of thousands of people regarding Article 11 and Article 1121a) as well as other issues. But it seems to me that racial issues, especially when it comes to distribution of wealth and the NEP or the New Economic Policy, many Malays seem to be seeing though UMNO stance, that UMNO is for the Malays and I think that remains a very UMNO turf. When it comes to religious issues, somehow there is a sense of solidarity among Muslims, and that poses some serious tensions. But when it comes to the distribution of wealth and when it comes to racial slants, it seems to me that it is only UMNO that is talking about it and many Malays, especially those who support the opposition and those who support former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim, seem to be seeing though this.

That was Liew Chin Tong, an independent political analyst based in Kuala Lumpur, and he was speaking with Loretta Foo.

Read more...

Accept challenge, say Khairy

SEREMBAN: Malays should regard the involvement of non-Muslims in the halal industry as a challenge that will spur them to strive harder and be more successful, World Halal Forum chairman Khairy Jamaluddin said.

Rather than view the non-Malays as interfering in the industry, the Malays must accept their involvement, especially since they meet the conditions and standards set by Malaysia's Islamic Development Department (Jakim), he said.

“It is sad that the involvement of Malays in the halal industry is still small, with more than 80% of the local halal food product suppliers being non-Malays.

“We (Malays) are still not aware of the potential and size of the halal food sector locally and internationally,” he told reporters at the 2007 National Agriculture Convention here.

But he stressed that the Malays should not resort to the stance that only Muslims could make halal products since non-Malays are able to meet Jakim's rules.

“What's important is that as Muslim entrepreneurs, we must look at the marketing opportunities and enter the market wholeheartedly.”

On the authenticity of halal products, Khairy said Jakim and the Halal Development Corporation (HDC) play an important role in ensuring this before certifying these products for the market.

“We cannot compromise in this issue. I hope HDC and Jakim will likewise not compromise when they test the products

Read more...

Jangan Sentuh Sensitiviti Kaum-Khairy

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata selain memberi tumpuan pelbagai perkara berkenaan ekonomi, pendidikan dan agama, ucapan dasar tersebut dijangka turut memberi penekanan kepada pencapaian Pemuda dalam tempoh lima tahun lalu.

Ini katanya kerana dalam tempoh tersebut, Pemuda telah berjaya membina satu institusi yang kukuh dan bersatu padu di bawah kepimpinan beliau.

"Saya rasa elok untuk generasi pemimpin pelapis yang akan datang melihat pencapaian kita dan bagaimana kita boleh mengukuhkan Pemuda dan perjuangan pergerakan ini pada masa akan datang," katanya selepas membentangkan kertas kerja pada Bengkel Konvensyen Pertanian Kebangsaan 2007, di sini, Ahad.

Mengenai perbahasan pada persidangan tersebut, Khairy mengingatkan para perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO minggu depan agar tidak menyentuh isu berkaitan sensitiviti kaum dalam perbahasan kelak.

Menurut beliau semua pihak harus berwaspada dan jangan keterlaluan dalam keghairahan membahaskan agenda parti dan bangsa.

"Kita berharap dapat memberi tumpuan penuh kepada persiapan untuk pilihan raya umum yang akan datang tanpa menyentuh isu berkaitan dengan sensitiviti kaum lain.

"Jangan keterlaluan kerana kita pun kena memahami sensitiviti kaum yang lain di samping kita memperjuangkan agenda Melayu dan sebagainya sehingga mengguris hati orang lain," ujarnya.

Justeru tambah beliau, perwakilan boleh memilih pendekatan terbaik dan penuh hikmah bagi menyampaikan agenda yang diperjuangkan tanpa menyakiti perasaan dan menimbulkan kemarahan pihak lain.

"Kita perlu tahu yang kita berjuang bersama, dalam barisan yang sama, bersama dengan parti-parti yang lain dan kita tidak boleh menggunakan alasan agenda Melayu kerana parti-parti komponen yang lain menganggap UMNO ini adalah parti peneraju BN yang mewakili semua golongan rakyat," katanya.

Read more...

Friday, October 26, 2007

Khairy Mahu BPR Terus Agresif Banteras Rasuah

Penulis : jinggo

Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin menyokong penuh tindakan agresif Badan Pencegah Rasuah(BPR) yang membuat tindakan mendakwa mereka yang melakukan penyelewangan di heret ke mahkamah. Beliau juga berharap BPR akan terus mempergiatkan lagi usaha membenteras rasuah ini.

Sepertimana yang diharapkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Pemuda juga mahukan BPR menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah supaya ia dapat memelihara unsur integrasi dan ketulusan berterusan.

Menurut Khairy, tindakan BPR yang bertindak menahan serta mendakwa mereka yang terlibat dengan kes beberapa hari lalu sudah menjawab sebahagian besar tohmahan pengkritik sebelum ini yang menganggap kerajaan tidak tulus dan berdiam diri terhadap gejala rasuah.

Tambah beliau lagi Pemuda UMNO juga berhasrat untuk menganjurkan program bersama BPR bagi memupuk kesedaran di kalangan ahlinya.

Tindakan agresif BPR dalam membenteras gejala tersebut, sekali gus dapat menangkis tanggapan negatif parti pembangkang yang kononnya kerajaan tidak bersungguh-sungguh dalam menangani masalah tersebut.

Masej yang ditunjukkan oleh BPR ini jelas menunjukan kerajaan pimpinan Pak Lah tidak akan berkomporomi dan membiarkan amalan rasuah menjadi sebahagian daripada budaya kerja masyarakat.

Read more...

Thursday, October 25, 2007

Siri Jelajah Pemuda Bersama Dr Sheikh Muszaphar Keseluruh Negara-Khairy

Penulis : jinggo

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyuarakan hasrat untuk mengadakan siri jelajah keseluruh negara bersama angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor.

Program tersebut bertujuan untuk memberi peluang kepada generasi muda berkongsi pengalaman selain menyuntik minat menerokai angkasa lepas.

Menurut Khairy, usaha tersebut bakal memberi peluang kepada generasi untuk mengikut jejak Dr Sheikh Muszaphar yang menjadi kebangaan negara hari ini.

Beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada Dr Sheikh Muszaphar bahawa beliau memang berminat untuk mengadakan kerjasama dengan Dr Sheikh untuk menjelajah ke seluruh negara dengan tujuan berjumpa golongan muda serta belia yang lain.

Khairy berpendapat matlamat Pemuda hanyalah untuk membolehkan angkasawan pertama negara itu berkongsi pengalaman serta memberi inspirasi kepada golongan terbabit bedasarkan apa yang telah dilaluinya.

Dalam tempoh terdekat pergerakan itu dengan kerjasama Kementerian Teknologi dan Inovasi serta pihak-pihak tertentu akan turun padang untuk sama-sama berkongsi pengalaman dengan angkasawan pertama negara.

Read more...

Tuesday, October 23, 2007

Sekitar Majlis Rumah Terbuka Khairy

















Hampir ratusan pemuda diseluruh Malaysia mengunjungi majlis rumah terbuka Khairy (KJ), ini membuktikan bahawa mereka menyokong kepimpinan yang disandang oleh KJ.





Read more...

Monday, October 22, 2007

Pemuda Gesa Pemimipin Komponen BN Ikut Saluran Parti


Rembau -- Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) diingatkan agar tidak mengambil pendekatan popular sebaliknya berpolitik secara matang dan bertanggungjawab untuk kepentingan semua pihak.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin ketika memberi ingatan itu berkata jika mereka mempunyai pandangan tertentu seperti mahukan lebih banyak kerusi pada pilihan raya, ia perlu dibuat melalui saluran dalaman parti.

"Saya langsung tidak bersetuju dengan parti komponen yang buat tuntutan seperti Parti Progresif Penduduk (PPP). Saya nasihatkan, kalau ada pendapat daripada Pemuda PPP yang ingin lebih banyak kerusi, ia boleh dibawa ke dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN atau mesyuarat Exco Pemuda BN.

"Hal sebegini sepatutnya tidak wajar diutarakan secara terbuka melalui pentas perhimpunan agung parti kerana ia merupakan tindakan mencari populariti dan amat mudah dilakukan", katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pemuda UMNO Bahagian Rembau dan UMNO Cawangan Kampung Gadong di sini, Ahad.

Kelmarin, Ketua Pemuda PPP, T Murugiah, ketika berucap pada Konvensyen Pemuda parti itu di Kuala Lumpur mendakwa BN tidak menjadi sahabat yang baik dan setia kepada PPP yang membuat pengorbanan besar demi perpaduan dan kepentingan negara ketika menyertai BN pada 1972.

Murugiah mendakwa, PPP kini dianaktirikan dan semakin dilupai dan menyifatkan BN tidak jujur kerana enggan menunaikan janji dan memenuhi permintaan parti itu yang membabitkan pembahagian beberapa kerusi pilihan raya yang kini diambil oleh parti komponen lain.

Khairy Timbalan Pengerusi Pemuda BN seterusnya berkata sebagai pemimpin parti, mereka tidak sewajarnya memainkan sentimen tanpa tanggungajwab.

"Perkara seperti ini bukan diutarakan dalam suasana perhimpunan agung yang kita semua tahu suasananya mencari populariti, dia mahu lontar idea-idea yang dapat sambutan dari bawah.".. memang senang dan kita pun boleh buat, ramai orang suka dan akan sambut, tetapi kita sebagai pemimpin perlu matang dan jangan main sentimen tanpa tanggungjawab", ujarnya.

Read more...

Tahniah Khairy Terima Cahaya Mata Pertama

Kuala Lumpur -13 sept- Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin hari ini menerima cahaya mata pertama, seorang bayi lelaki di salah sebuah pusat rawatan swasta di sini pada jam 1.25 tengahari tadi.

Isteri beliau, Nori Abdullah dan bayi seberat 3.30 kg kini berada dalam keadaan sihat.

Seluruh pemimpin dan warga Pemuda UMNO mengucapkan tahniah, semoga dengan kehadiran cahaya mata ini akan menambahkan lagi keceriaan dan kebahagian pasangan tersebut.

Read more...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP