Wednesday, August 20, 2008

Gandingan Strategi Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda mantap



Dalam pertemuan dengan semua Ketua Pemuda bahagian di Pulau Pinang dan juga kepmimpinan Pemuda sehari sebelum penamaan calon baru-baru ini, Hishamuddin dalam ucapannya berkata beliau telah berbincang banyak perkara dengan Timbalannya Khairy Jamaluddin untuk memantapkan jentera pilihanraya Permatang Pauh dan mereka telah merangka banyak strategi bagi memastikan Pemuda UMNO dapat mengempur Permatang Pauh bagi membantu calon BN memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Perbincangan antara kedua pemimpin Pemuda ini, Hushamuddin dan Khairy mengambil jangka waktu yang panjang untuk memastikan jentera pilihanraya Pemuda tidak melakukan sebarang kesalahan yang tidak sepatutnya berlaku. Mereka juga berbincang untuk mencari jalan yang paling berkesan kali ini untuk memastikan kempen Pemuda begitu efektif dan akan menaikan nama baik Pemuda UMNO.

Hishamuddin dan Khairy juga dilihat mengepalai sendiri jentera Pemuda UMNO ketika hari penamaan calon dan berjaya mengawal perasaan pemuda yang dari provokasi, malahan sehari sebelum penamaan calon pemuda diingatkan agar mengelakan dari melayan provokasi pembangakng dan mereka hanya menyanyikan lagu Malaysia berjaya. Sikap mereka amat dipuji kerana berjaya mengindari sebarang kejadian yang tidak diingini.


Pilihanraya keci kali ini, jentera Pemuda banyak memberikan sumbangan membantu jentera-jentera pilihanraya lain dan gearakan mereka agak kemas dan lancar. Kedua pemimpin Pemuda ini telah datang lebih awal untuk menyusun gerak kerja Pemuda dan banyak perancangan yang telah mereka bincangkan kini telah dapat dilaksanakan dengan jaya dan pujian seharusnya diberikan kepada kedua pemimpin Pemuda ini yang telah berjaya merancang gerak kerja Pemuda.

Tiga hari yang lepas Pemuda UMNO telah turun membantu mangsa banjir di kampung disekitar Permatang Rawa dan kawasan disekitar yang dinaiki banjir. Walaupun mereka sedang sibuk berkempen tetapi mereka terus memberikan perhatian dan membantu mangsa banjir dan memberikan bantuan. Jika kita lihat dari segi pemasangan banner dan poster, Pemuda telah manjalankan tugas yang baik kerana kita berjaya mengatasi mereka dalam pemasangan banner dan poster, Pemuda telah merempuh ke kubu kuat mereka dan memasang banner sehingga mereka terpaksa melakukan kerja jahat dengan mencantas dan membuang banner dan poster yang telah dipasang oleh Pemuda UMNO.

Sumber http://www.kpmu.net/

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP