Friday, October 26, 2007

Khairy Mahu BPR Terus Agresif Banteras Rasuah

Penulis : jinggo

Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin menyokong penuh tindakan agresif Badan Pencegah Rasuah(BPR) yang membuat tindakan mendakwa mereka yang melakukan penyelewangan di heret ke mahkamah. Beliau juga berharap BPR akan terus mempergiatkan lagi usaha membenteras rasuah ini.

Sepertimana yang diharapkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Pemuda juga mahukan BPR menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah supaya ia dapat memelihara unsur integrasi dan ketulusan berterusan.

Menurut Khairy, tindakan BPR yang bertindak menahan serta mendakwa mereka yang terlibat dengan kes beberapa hari lalu sudah menjawab sebahagian besar tohmahan pengkritik sebelum ini yang menganggap kerajaan tidak tulus dan berdiam diri terhadap gejala rasuah.

Tambah beliau lagi Pemuda UMNO juga berhasrat untuk menganjurkan program bersama BPR bagi memupuk kesedaran di kalangan ahlinya.

Tindakan agresif BPR dalam membenteras gejala tersebut, sekali gus dapat menangkis tanggapan negatif parti pembangkang yang kononnya kerajaan tidak bersungguh-sungguh dalam menangani masalah tersebut.

Masej yang ditunjukkan oleh BPR ini jelas menunjukan kerajaan pimpinan Pak Lah tidak akan berkomporomi dan membiarkan amalan rasuah menjadi sebahagian daripada budaya kerja masyarakat.

36 comments:

Anonymous,  October 26, 2007 at 12:57 PM  

Hapuskan budaya rasuah... tangkap saja orang yang makan rasuah ini ...

Anonymous,  October 26, 2007 at 1:34 PM  

Ini membuktikan kerajaan tidak mengamalkan budaya rasuah..

Tindakkan yang diambil oleh BPR memang wajar.Tak kira apa pun jawatan yang bersalah akan tetap dihadapkan ke makamah.

Anonymous,  October 26, 2007 at 2:15 PM  

Betul ke macam tu????

Kalau betul seperti apa yang dilapurkan nampaknya satu perkembangan baik kepada negara kita..

Nampak gayanya kabinet kerajaan akan banyak berlaku rombakanla...Jika apa yang dikata dikotakan (tak payahlah nak diterangkan dengan terperinchi kerana sape makan lada diakan rasa pedasnya)...

Tapi, yang dibimbangkan semua itu hanyalah pelengkap bahasa, pembodek pilihanraya sahaja...

Anonymous,  October 26, 2007 at 2:23 PM  

Cyberguns jangan buruk sangka kerana itu salah satu dari perangai syaitan.

Berilah peluang untuk beliau buktikan dahulu...

Untuk peringantan cyberguns...

Dari kalam Allah setiap niat yang baik itu walaupun belum melakukannya sudah dicatat, tetapi niat yang buruk tidak akan dicatat sehinggalah perbuatan itu dilakukan.

Anonymous,  October 26, 2007 at 4:53 PM  

MEMANG BEGITULAH TUGAS SEBENAR BPR.
TANPA MENGIRA SIAPA, PESALAH RASUAH MESTI DI HUKUM.
SYABAS BPR....KINI TERUSKAN USAHA BONGKAR SEGALA KEGIATAN MEREKA YG BERLINDUNG DI SEBALIK KESALAHAN ORANG LAIN...

Anonymous,  October 28, 2007 at 6:49 PM  

tapi aku la ni cam takut plak nak buat report kat BPR pasal salahlaku, lebih2 lagi org yg jawatannya besar... tak pasal2 kang aku plak yg kene tuduh sebab gagal mengemukakan bukti ... bukan bukti tu BPR yg perlu cari ker?

Anonymous,  October 29, 2007 at 12:49 AM  

kesian giler penyokong KJ ni..buat blog, pastu org2 dia je yg komen.

KJ boleh pegi jahanam!

jinggus, ke jinggo ke..berapa ratus si budak hitam tu bayar kau tulis blog bodoh ni?

Anonymous,  October 29, 2007 at 10:09 AM  

Apa masaalah brader diatas... Kalau benar!! kanapa takut... nampak sanggat lu ni seorang bacul dan pengkritik yang bahlul... Buktikan la bahawa anda seorang yang telus dan benar... tak usah la nak main politik Anwar keparat tu kat sini... buang masa jer.

Gua rasa kepala otak lu pun dah mereng macam Anwar... Dah nama blog ni pro Khary memang la orang-orang pro Khairy yang banyak masuk untuk memberi komen dalam blog ni...

Tapi sekurang-kurangnya blog ni mempunyai konsep berani dan terbuka muntuk pengkritik luar termasuklah pengkritik bacul diatas untuk meluahkan perasaan mereka didalam blog ini.

Tulis la apa yang anda mahu, kami sedia untuk memperbaiki kesalahan kami dan itu yang kami mahukan...

Berani kerana benar... tak usah lah jadi seorang yang bacul seperti pengkritik diatas...

Anonymous,  October 29, 2007 at 10:13 AM  

Ambil tindakan kpd sesiapa saja, jangan pilih bulu......rakyat MAlaysia yakin bahawa BPR akan bertindak secara telus.......

jangan jadi macam pembangkang yang main hentam keromo......tak tau cara BPR bertugas tapi berlagak macam dia sendiri berada di dalam BPR!

jangan lupa untuk ambil tindakan pada Anwar yang mempermain-mainkan BPR!

Anonymous,  October 29, 2007 at 11:18 AM  

kelakarlah komen2 kat sini....

angkat bakul sendiri ke???

ko upah budak tingkatan brp buat komen kat sini...

entah2 org yg sama je bagi komen hahahahaha suck!!!!

Anonymous,  October 29, 2007 at 11:21 AM  

zaman duit beli org....

sape2 yg tergolong dlm kategori itu memang takde maruah langsung.

nampaknya ramai dlm blog nie yg mcm tu hahahaha

Anonymous,  October 29, 2007 at 12:34 PM  

Ya Allah!
Memang terbukti kebodohan maknusia tiada batasnya.

Anonymous,  October 29, 2007 at 12:51 PM  

BPR terus agresif tangkap ikan2 bilis... mereka yang hanya pau duit cuma dua tiga puluh ringgit, dua tiga ratus atau dua tiga ribu...

yang pau duit juta2.... bila BPR siasat... semua kes tak cukup bukti... kalau tak pun... bila bawak mahkamah... pendakwaan terlalu lemah...

akhirnya jerung-jerung ni... semua lepas...

cuba single out satu kes yang melibatkan penyalah guna kuasa yang melibatkan wang juta2 yang pernah kena serkap dek BPR atau pun yang berjaya didakwa oleh BPR...?

kalau ada award utk anugerah lakonan terbaik... pihak BPR layak mendapat satu...

atalamat al wasim October 29, 2007 at 12:59 PM  

Assalamualaikum,

Saya sebenarnya takde pro pro apa benda sangat... tapi kalau boleh nak mintak projek laa sikit. Macam macam pembangunan yang pak lah bawak ke terengganu ni. Kalau boleh nak laa dapat sikit merasa duit yang masuk, dari 2-3 ratus juta... dapat buat animation dalam 3 ratus ribu cukup laa boleh laa sustain company selama setahun dua, harap nak buat bilboard, bunting, button badge dengan t shirt je tak cukup makan. Nak jugak merasa bawak BMW M3 sambil lepak lepak dengan bro bro jutawan gelak ketawa dikedai kopi. Company saya kecik je, kat tengganu pulak tu... ingat kot banyak laa projek, tapi semua dapat kat orang kl. Dengar dengar orang ni semua kenalan saudara khairy, kalau boleh saya pun nak jadi kenalan laa jugak (ni dah hantar komen kat blog pro-khairy ni... kira kenalan laa).

Apa apa pun.. datang tengganu lepak laa opis saya, depan taman syahbandar ni je haa mengadap kuala tempat orang main monsoon cup, boleh tengok free (tatau laa kena bayar tiket ke tak), tak kena hujan. Sambil sambil boleh sembang bisnes. Kalau ada lobang, kecik pun takpe... sound sound aaa, tolong member member carik makan.

Salam.

p/s khairy, ada frenster ke.. myspace ke.. facebook ke tak? boleh add. kita bro bro aa..

Anonymous,  October 29, 2007 at 1:57 PM  

atalamat al wasim, boleh belanja wa sponser wa keropok leko satu tan ka... wa mau bikin bussines.

Anonymous,  October 29, 2007 at 2:07 PM  

Hallo bro... bodoh tak bodoh pun blog ni mempunyai hit yang tinggi...

Tak sampai seminggu blog ini dibena telah menarik ribuan pelayar-pelayar di laman maya ini...

Tahniah pada blog ini kerana telah berjaya menarik ramai pelayar...

Anonymous,  October 29, 2007 at 2:38 PM  

cermin diri sendiri, sama ada diri tu bersih ke betul2 dari rasuah. simpan duit dalam bank dpt interest (riba) tak pulak kau bising?? so nobody perfect. tak payah nak cakap orang tengok diri sendiri dulu la. anyway keep it up khairy at least we can make a different...

Anonymous,  October 29, 2007 at 2:39 PM  

yang penting dimana ada kemahuan disitu ada jalan, so yg penting khairy ada usaha untuk banteras rasuah. kita perlu ada angan2 dari angan2 tu la datang nye cita2. tak salah rasanya khairy ingin bawa satu pembahruan dlm hal sebegini

Anonymous,  October 29, 2007 at 2:41 PM  

tak salah kalau khairy nak banteras rasuah, ada bukti ke si khairy ni makan rasuah. eleh x payah cakap org la ENSEMNYEAKU, ambil contoh diri sendiri la kalau ko dpt sepuluh bidang tanah sape yg ko nak bagi?
mesti first priority mak abah kak long bang ngaH acik ateh ko dulu ko nak bagi kan? tul tak, X PAYA NAK NAFIKAN LAH. nobodoy is perfect la... ALLAH S.W.T je yg PERFECT

atalamat al wasim October 29, 2007 at 2:43 PM  

Dear ahlong,

Kejadahnya, aku bukannya kaya raya... kereta pun charade aura buruk tahun 1989, kaler pun dah faded. Aku nak mintak projek laa dulu... baru jadi kaya, nak suruh sponsor kawin dengan awek tukang buat keropok pun takpe.

Kau mintak laa sponsor ngan saudara khairy ni. Dia menantu pak lah kau tau. Cable besar. Tapi kau berbangsa cina, kau patut mintak sponsor dari pemimpin MCA laa kot. Takpun patrick lim. Pandai pandai la.

Yang kau pegi up aku buat apa? ni laman web PRO-KHAIRY lah, up lah khairy.. apa daa. Nanti laa aku buat laman web pro-atalamat al wasim.

Tapi kalau nak datang tengganu suruh aku belanja lepak makan kepok lekor tepi muara kat zie's corner... boleh je.

By the way... MyTeam2 boleh tahan jugak.. saya rasa visi dan misi saudara khairy dalam bidang bola sepak boleh memartabatkan malaysia dalam sukan ini ke mata dunia. At least rantau nusantara. MyTeam nampak lebih up to date dari indonesia (kalah tu besides the point). Cuma seseorang yang belajar di luar negara sahaja yang mampu membawa balik idea idea bola sepak yang termaju seperti yang dibuat oleh saudara khairy... tak gitu?

salam.

p/s (dah up up ni.. boleh la consider projek sikit sikit kot?)

Anonymous,  October 29, 2007 at 2:57 PM  

Boley.... Boley... Boley... Boley.... Boley... Boley...
Boley.... Boley... Boley...
Boley bla...

Anonymous,  October 29, 2007 at 2:58 PM  

Apa korang ingat sini tempat mintak sedekah ka....

Anonymous,  October 29, 2007 at 3:01 PM  

Hidup KJ.....

Anonymous,  October 29, 2007 at 4:46 PM  

melalut lah banyak2.. kat akhirat nanti kita semua akan 'ditelanjangkan'...

Sesungguhnya seksa Allah amatlah pedih...

Anonymous,  October 29, 2007 at 4:54 PM  

INILAH BLOG YG PALING BEST PERNAH AKU BACA...SELAMAT DUIT AKU...TAK PAYAH BELI JOKEBOOK KAT KINOKUNIYA...PECAH PERUT AKU BACA BLOG NI....KAH KAH KAH!

Anonymous,  October 29, 2007 at 4:56 PM  

>> cermin diri sendiri, sama ada diri tu bersih ke betul2 dari rasuah. simpan duit dalam bank dpt interest (riba) tak pulak kau bising?? so nobody perfect. tak payah nak cakap orang tengok diri sendiri dulu la. anyway keep it up khairy at least we can make a different...

HEY ORANG UMNO BANGANG...ORG BIASA RIBA BANK BERAPA SEN SANGAT LAH...KALAU KAU DAH MAKAN SUAP SAMPAI JUTA2 RINGGIT TU AKU RASA NGKORG KAT NERAKA LAGI PANJANG LAH KOT??!!

Anonymous,  October 29, 2007 at 5:31 PM  

Saya amat menyokong saranan tuan khairy agar pihak BPR terus menyiasat kes rasuah hingga ke akar umbi sejajar dengan seruan Pak Lah untuk membanteras rasuah kepada semua pihak yang terlibat . Saranan Tuan adalah satu tindakan wajar demi untuk memastikan kes-kes rasuah dapat ditengani dengan adil dan saksama . Selaku salah seorang pro-khairy saya menyokong gesagan tuan kepada pihak BPR.

Anonymous,  October 30, 2007 at 4:42 AM  

Assalamualaikum Khairi! Saya adalah penyokong setia anda danm sedia berjuang bersama-sama anda. Apa kata kita dakwa aje Kak Fidah Aziz tu, lagipun kertas pertuduhannya pun dah siap. Apa kata kita buka semula kes Perwaja Steel atau suruh BPR siasat Pendakwa Raya kes tersebut.. ada masyhuk kot.
Kita siasat semula TUn Mahathir berkenaan keterangan bekas Ketua Pengarah BPR Dato' Yahaya Shafie campurtangan TUN dalam kes siasatan BPR(Semasa NEUTRAL)serbuan ke Pejabat Tan Sri Ali Abol Hassan =(jumpa RM 100,000.00) kalau tak rasuah pun mesti bela toyol kot! Apa kata kita benarkan BPR siasat si Samy isu MAIKA kasi dia duduk dalam diam2. lagipun apa kata kita siasat TPM sekarang.. kes ALTantuya sebab bila dia sangkut, kau akan naik pangkat ke TPM.. kena cepat ni.. Ayuh buang pemimipin yang dibawah telunjuk isterinya kerana dia bacul dan kita sokong kita lagi jatuh tahap 2 kali dayus..

chikuano October 30, 2007 at 4:52 PM  

Saudara-saudara tolonglah jangan memarahi KJ kerana dia kaya. Kalau saudara mempunyai bapa mertua seorang Perdana Menteri saudara juga akan akan mencari peluang apa yang terdaya untuk mencari kekayaan bukanlah saya menuduhnya mencari kekayaan dengan cara yang tak elok tetapi perniagaan yang betul seperti bermain saham dan menerajui perniagaan macam kat ECM-Libra Avenue tu. Bukan salah dia tetapi oleh kerana peluang ada didepan mata tentu lah sebagai manusia sukar dilepaskan. Kuching kalau ikan dah didepan mata tak kan nak lepas saja. Itu lagi bodoh.Oleh itu baiklah jangan kita menghina dan mengadu domba tetapi kita nasihatlah saudara KJ supaya berundur dari dunia politik agar dia terlepas dari fitnah-fitnah yang dilemparkan keatasnya. Atau setidak-tidaknya sedekahkan sikit harta tu kat anak yatim.

Anonymous,  October 30, 2007 at 10:01 PM  
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous,  October 31, 2007 at 2:02 AM  

Berani nak dakwa pm ni,,, sedangkan bpr dan jabatan peguam di bawah jabatan perdana menteri.Nak dakwa kena minta kebenaran dari pm.. Apa cita kera jadian opps sorry khairy

Bro Jinggo October 31, 2007 at 11:29 AM  

Kepada semua pengkritik bebas, kami amat berterima kasih diatas segala kritikkan anda, tak kiralah yang baik atau buruk.

Peringatan.

Kami akan memadam semua komen yang mencarut.Harap maklum.

chikuano October 31, 2007 at 2:13 PM  

Brother Jinggo, Chiki sini cam mana boleh tolong tak. Dapat tender bersih bangunan pun OK. yang lain tu go to toilet lah

Anonymous,  November 8, 2007 at 10:53 PM  

rasuah ni bukan je kes2 besar je.kes2 kecik pun belambak.tapi yang paling penting penguatkuasaan pun harus lah lebih agresih.

kita kena sama2 memerangi rasuah dan juga harus jauhkan diri dari rasuah.

apa2 pun syabas khairy..tapi BPR perlu di lihat lebih tegas lagi dalam isu rasuah

Anonymous,  December 3, 2007 at 12:23 PM  

Mulakan siasatan dengan pemilik blog ini atau istilah terbarunya ADK, Anjing Dua Kaki.....

Razlan January 29, 2008 at 1:57 PM  

Salam jinggo saya gingoo (lans)
razlans.blogspot.com

Rasuah-rasuah...

Saya lebih selesa jika kita boleh membersihkan mata kita dari keadaan rasuah. Rasuah yang tidak kelihatan , mungkin sukar untuk bertindak, tetapi bukan mustahil untuk menghapuskan.

Gerai-gerai mamak yang berluluasa di sekitar Negara yang membuka kerusi meja di hadapan restoran mereka, sudah tentunya ianya melibatkan rasuah, jika tidak manakan mereka semua boleh membuka meja tanpa takut.

Peniaga-peniaga besi buruk di tepi-tepi jalan, sudah tentunya ada penguatkuasa yang menjadi payung mereka..

Pusat-pusat perjudian mesin yang berluluasa setiap kali kembalinya tahun baru cina, sudah tentunya ada pihak bandaran yang menjadi payung mereka, mangsa anak bangsa kita..

Sekiranya kita boleh memastikan perkara ini tidak berlaku di hadapan mata rakyat, sudah tentunya kerajaan akan lebih bersih dimata rakyat.

Penguatkuasaan perlu dijalankan secara konsisten , bukan secara bermusim .. sudah dijolok baru bertindak ...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP