Tuesday, November 6, 2007
“Mengangkasa Tamadun Bangsa” Satu Lontaran Cabaran Kepada Bangsa Melayu
Kuala Lumpur -- Pemuda UMNO menyifatkan ucapan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perasmian serentak Pemuda, Wanita dan Puteri di Dewan Merdeka di sini, malam tadi yang bertemakan “Mengangkasa Tamadun Bangsa” sebagai satu lontaran cabaran kepada bangsa Melayu.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata apa yang lebih penting ketika ini ialah menterjemahkan cabaran serta harapan tersebut kepada satu tindakan yang bersungguh-sungguh.
Jelas beliau tindakan tersebut perlu disahut khususnya bagi meneruskan perjuangan agenda Melayu dalam suasana dunia global ketika ini.
"Bagi saya penekanan kepada itu merupakan satu perjuangan dan bagi saya kita dalam Pemuda bersama-sama dengan harapan dan cita-cita Timbalan Presiden Parti, Datuk Seri Najib.
"Yang paling penting sekarang bagaimana Pemuda dapat menterjemahkan harapan itu kepada satu bentuk tindakan yang bersungguh-sungguh supaya kita diberikan seluas-luasnya dalam agenda Melayu", katanya kepada laman webPemuda di sini, Isnin malam.
Selain itu kata beliau lagi ucapan tersebut juga berhubungkait dengan pilihan raya terutama persediaan ketiga-tiga sayap dalam memenangi hati rakyat dan seterusnya memastikan kemenangan parti
"Kita dalam Pemuda sejak dari dulu lagi berada dalam kaedah pilihan raya dan selepas ini untuk memastikan barisan yang kita mantapkan sebelum ini dimantapkan lagi", ujarnya.
Sementara itu, Naibnya, Khairy Jamaluddin menganggap apa yang dimaksudkan mengangkasakan bangsa adalah tidak ada sebarang cabaran yang terlalu besar yang tidak boleh diatasi sebagai satu bangsa.
Jelas beliau ucapan Datuk Seri Najib sebagai satu mesej motivasi yang cukup penting untuk memberi keyakinan kepada bangsa Melayu.
Katanya, "Samaada kita boleh melakukan lonjakan...apa yang dimaksudkan mengangkasakan bangsa bahawa tidak ada sebarang cabaran yang terlalu besar untuk kita mengatasi sebagai satu bangsa.
"Ini adalah satu mesej motivasi yang cukup penting dan dalam hal ini saya nampak perhimpunan kali ini apabila bermula dengan ucapan TPM, bukan merendahkan bangsa kita tetapi sebenarnya untuk memberi keyakinan kepada bangsa kita bahawa tidak ada sebarang cabaran yang tidak boleh diatasi oleh bangsa Melayu itu sendiri".
Beliau turut bersependapat dengan Datuk Seri Hishammuddin berkaitan pilihan raya iaitu tidak ada alternatif lain di kancah politik tanah air melainkan Barisan Nasional.
"Datuk Seri Najib telah memperjelaskan sejelas-jelasnya bahawa parti-parti pembangkang tidak mengutamakan satu perjuangan, satu wawasan dan juga perjuangan yang relevan dengan rakyat yang berbilang kaum", katanya.
Monday, November 5, 2007
PWTC Menjadi Tumpuan Rakyat Malaysia
Di pusat pendaftaran perwakilan Pemuda, kini mula dibanjiri oleh ahli UMNO yang akan memulakan persidangan pada malam ini, bermula dengan persidangan sayap Pemuda UMNO Malaysia.
Menjelang Majlis Perasmian Serentak Pemuda, Wanita & Puteri malam ini di Dewan Merdeka, PWTC mula dihadiri para perwakilan UMNO yang mula berdaftar .
Mengikut jadual petang ini akan berlangsung taklimat presiden diikuti Majlis Perasmian serentak sayap-sayap UMNO.
Esok Pemuda, Wanita dan Puteri akan memulakan persidangan masing-masing, manakala Persidangan Agung UMNO 2007 bermula pada 7 November ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)










