"Santai bersama KJ"
Kuala Lumpur 26 Jan – Sessi ‘Santai bersama KJ’ berjalan dengan lancar juga dapat menarik minat hadirin pada petang tersebut. Terima kasih kepada YB KJ yang sentiasa bersama rakyat dan mengutamakan pandangan, suara pemuda dan pemudi.
Dipertemuan dan hubungan erat tersebut, para hadirin berpeluang bertukar pendapat bersama KJ berkaitan dengan isu semasa dalam negara. Pendekatan, strategi dan teknik serta secara berfikir yang positif merupakan satu perubahan dalam merealisasikan konsep 1 Malaysia.
Kami Crew KJFC akan memastikan pertemuan dan hubungan erat ini akan dapat berjalan terus, bagi mengeratkan lagi hubungan diantara ahli KJFC.
KJFC beraspirasi menjadi mata dan telinga YB Khairy dan menjadi pergerakan menyokong dan membantu kepimpinan YB Khairy melalui cadangan, perbincangan dan pelbagai lagi wadah serta kaedah yang kreatif. Barulah pemimpin menjadi suara rakyat, parti politik menjadi nadi negara yang sebenar.
Sumber : http://www.kjfanclub.com/