Friday, October 31, 2008

Isu debat calon Ketua Pemuda UMNO -Khairy jumpa Hishammuddin

Isu debat calon Ketua Pemuda UMNO -Khairy jumpa Hishammuddin

PETALING JAYA 30 Okt. – Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, beliau akan berjumpadengan ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam masa terdekat berhubung cadangannya diadakan debat terbuka bagi calon-calon yang bertanding jawatan ketua pergerakan itu.

Khairy berkata, beliau akan berjumpa dengan Hishammuddin untuk menjelaskan mengenai cadangan yang dikemukakan beliau di samping meminta restu daripadanya.

“Saya hormat (Datuk Seri) Hishammuddin Tun Hussein sebagai Ketua Pemuda dan sedar semua ini merupakan prosedurnya. Debat terbuka itu merupakan cadangan peribadi saya.

“Saya akan jumpa beliau dalam masa terdekat untuk jelaskan mengenai cadangan itu dan minta restu. Terserah kepada beliau untuk teruskan (cadangan debat) atau tidak,” katanya ketika ditemui pada forum ‘Dialog Barat-Islam: Kedudukan Kita dan Hala Tuju Kita’ di International Institute of Advance Islamic Studies (IAIS) Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Hishammuddin mahu anggota pergerakan itu merujuk kepadanya terlebih dahulu berhubung isu debat antara calon ketua sayap kanan parti berkenaan kerana beliau masih menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO hingga Mac depan.

Beliau berkata, apa saja yang mahu dilaksanakan dan berkaitan Pemuda UMNO perlu merujuk kepadanya sebagai ketua supaya ia boleh dibincangkan dan diperhalusi bagi mengelak berlakunya perkara yang menjejaskan imej parti.

Seorang lagi calon bagi jawatan itu, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menyahut cabaran Khairy untuk berdebat bagi menjelaskan pendirian dan pelan masing-masing.

Bagaimanapun, Datuk Mukhriz Mahathir yang turut dicalonkan merebut jawatan nombor satu dalam sayap itu tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana berpendirian bahawa soal pemilihan parti merupakan hal ehwal dalaman UMNO. -Utusan

Read more...

Tuesday, October 28, 2008

Debat bukan mahu bercakaran - Khairy

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan debatterbuka bagi calon yang mahu merebut jawatan tersebut bukan bermaksud untuk bercakaran tetapi bagi menjelaskan prinsip perjuangan masing-masing.

Beliau yang berterima kasih kepada seorang lagi calon bagi jawatan itu, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo kerana menyahut cadangannya itu berjanji debat tersebut akan dijalankan dengan tanggungjawab dan tertib.

“Debat akan dijalankan secara gentleman, saya cuma minta diberitahu tempat, masa dan tarikh, saya akan datang,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka MIC sempena sambutan Hari Deepavali di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kesediaan Mohamad Khir untuk berdebat bagi menjelaskan prinsip perjuangan masing-masing sebagaimana dicadangkan Khairy kelmarin.

Khairy berkata, pelawaan tersebut bukan bertujuan untuk menyerang peribadi mana-mana pihak atau bercakaran sesama sendiri.

Beliau juga menegaskan, perpaduan parti tidak akan runtuh jika debat dijalankan secara terbuka malah ia boleh merapatkan rakyat dengan bakal pemimpin UMNO.

Katanya, ini kerana visi, idea, kebolehan dan wawasan calon boleh dinilai melalui debat itu serta memberikan peluang kepada rakyat untuk membuat penilaian yang sewajarnya.

Malah, katanya, perdebatan itu adalah sejajar dengan perjuangan politiknya iaitu UMNO tidak boleh bersifat eksklusif dan terpisah daripada rakyat.

Mengenai keengganan seorang lagi calon Ketua Pemuda yang juga Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhirz Tun Mahathir untuk berdebat secara terbuka, Khairy berkata, beliau tidak boleh memaksa mana-mana calon yang tidak berminat.

“Tidak payah saya mengulas untuk yang tidak berminat dengan cadangan saya,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya bahawa jumlah pencalonan yang banyak tidak bermakna seseorang calon itu pasti menang pada pemilihan Mac depan, Khairy berkata, tempoh selepas mesyuarat adalah penentu kepada kemenangan.

“Pencalonan tidak menggambarkan undi akhirnya tetapi pada masa yang sama kita harus ingat bahawa setiap calon perlu mendekati perwakilan dan berjumpa dengan mereka, jangan ambil mudah apa sahaja yang berlaku,” katanya.

Menurutnya, beliau akan berusaha menemui perwakilan untuk menerangkan manifesto dan wawasan perjuangannya selepas mesyuarat peringkat pemuda bahagian berakhir.

Beliau yakin memiliki peluang yang baik untuk memenangi jawatan tersebut walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyerahkan kuasa kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mac depan.

“Oklah, peluang okay, bolehlah, kita tengok apa yang berlaku kerana tempoh berkempen adalah panjang lagi saya menunggu untuk berkempen,” katanya.

Read more...

Sunday, October 26, 2008

Khairy layak tanding Ketua Pemuda

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang berjaya melepasi kuota untuk bertanding jawatan ketua pergerakan itu hari ini mencadangkan diadakan debat antara semua calon yang bertanding jawatan tersebut.

Beliau mencabar calon-calon sama ada yang sudah layak atau mungkin akan layak menggunakan peluang debat itu bagi menjelaskan wawasan, pendirian dan pelan masing-masing jika memenangi jawatan itu kelak.

“Debat ini dapat memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan pengundi muda termasuk pengundi baru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Khairy melepasi kuota kelayakan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO apabila Pemuda Bahagian Tangga Batu, Melaka mencalonkan beliau untuk jawatan itu hari ini.

Bahagian-bahagian Pemuda lain yang turut mencalonkan beliau ialah Tawau, Gua Musang, Sabak Bernam dan Sembrong.

Pencalonan Sembrong agak istimewa kerana bahagian itu diketuai oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Selain Khairy yang merupakan Ahli Parlimen Rembau, turut melepasi kuota pencalonan ialah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir yang setakat petang ini sudah mendapat 65 pencalonan.

Seorang lagi calon, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo telah menerima 32 pencalonan tetapi masih memerlukan tujuh lagi pencalonan untuk melepasi kuota 39 pencalonan yang diperlukan untuk bertanding jawatan itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin juga berhasrat bertanding jawatan Ketua Pemuda tetapi beliau menarik diri apabila hanya menerima satu pencalonan setakat ini.

Mengulas mengenai kemampuannya melepasi kuota kelayakan bertanding yang ditetapkan, Khairy mengucapkan syukur dan terima kasih kepada semua Bahagian Pemuda yang mencalonkan dirinya

“Saya bersyukur pada Ilahi dan pada masa sama berterima kasih kepada Pemuda UMNO atas penerimaan dan pengiktirafan yang diberikan kepada saya sebagai calon jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO,” katanya.

Read more...

Thursday, October 23, 2008

'Pencalonan saya atas sokongan tulen'

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin percaya pencalonan yang diberikan kepadanya dibuat atas sokongan ikhlas yang tulen dan setiakawan, bukannya dipaksa atau dibeli mahupun mengikut sentimen tertentu.

Naib Ketua Pemuda UMNO itu berharap akan melepasi kuota yang ditetapkan pada persidangan perwakilan bahagian pada minggu ini untuk melayakkan beliau bertanding jawatan Ketua Pemuda menentang seorang lagi calon yang telah melepasi kuota, Datuk Mukhriz Mahathir.

''Selepas itu, calon-calon yang layak akan mula bergerak ke arah meyakinkan perwakilan untuk membawa satu definisi perjuangan kepada akar umbi.

''Bukannya mahu menyatakan saya yakin tetapi kita realistik bahawa setiap calon yang layak bertanding nanti semuanya ada peluang untuk meyakinkan perwakilan.

"Perkara selebihnya kita serah kepada perwakilan. Kita boleh buat segala kerja kempen tetapi yang menentukan pada akhirnya adalah perwakilan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Parlimen di sini hari ini.

Mengulas cadangan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim agar semua jawatan tertinggi parti dipertandingkan secara 'tender' dan wang yang digunakan untuk mendapatkan jawatan itu boleh digunakan oleh parti, katanya, ia satu pandangan yang sinis.

Khairy berkata, beliau berasakan bahawa cadangan itu dibuat secara sinis memandangkan budaya sesetengah ahli UMNO yang masih menuntut habuan untuk memberi sokongan kepada calon-calon yang bertanding.

Katanya, beliau berharap calon yang akan dipilih pada Perhimpunan Agung UMNO Mac depan bukan berdasarkan kepada mereka adalah pembida tertinggi atau pemberi habuan paling banyak tetapi berdasarkan merit dan kekuatan mereka sendiri.

''Ini adalah kriteria paling penting dan saya rasa, ia adalah satu-satunya kriteria iaitu merit dan kredibiliti pemimpin itu sendiri dan bukannya duit, habuan dan apa jua pertolongan yang mereka janjikan kepada perwakilan.

''Bagi saya sendiri, prinsip saya begitu mudah. Saya pernah bercakap mengenai perkara ini dan saya mengulangi apa yang saya kata iaitu saya menolak amalan rasuah politik dan saya lebih bersedia untuk kalah secara bermaruah dalam pemilihan UMNO ini daripada menang dengan cara yang tidak betul," katanya.

Khairy bagaimanapun enggan memberi komen apabila ditanya sama ada beliau pernah didatangi oleh perwakilan untuk meminta habuan atau pertolongan.

Beliau memberitahu, ada mendengar cerita daripada akar umbi dan laporan berita berkaitan rasuah politik dan tuntutan habuan.

Katanya, apa yang penting dalam tempoh empat bulan menjelang Perhimpunan Agung UMNO pada Mac depan ialah memastikan perwakilan berpegang teguh dan mematuhi etika parti.

''Soal rasuah politik adalah perkara dua hala, bukan sehala. Ia mesti ada pemberi dan penerima; penerima itu salah dan pemberi juga salah. Jadi kedua-dua pihak sama ada calon atau perwakilan itu yang mesti berpegang kepada etika parti. Tidak guna ada etika parti jika ahli dan pemimpin tidak patuh kepadanya," ujar beliau.

Ditanya sama ada rasuah politik berlaku tanpa disedari, Khairy berkata, daripada laporan dan aduan yang diterimanya, perbuatan itu bukan sahaja berlaku ''pada masa orang tidur atau tidak sedar'' tetapi ada juga yang berlaku secara terang-terangan, sebelum dan semasa persidangan bahagian berlangsung.

''Saya rasa sedih kerana keputusan politik kita boleh dibeli," katanya.

Mengakui kewujudan rasuah politik, Khairy bagaimanapun menyatakan bahawa keadaannya masih belum mencapai tahap sangat kronik namun ia perlu dibendung khususnya semasa tempoh berkempen iaitu sebelum nama baik UMNO tercemar dan menjadi punca kehilangan keyakinan rakyat kepada parti itu.

Katanya, Perhimpunan Agung UMNO sentiasa menjadi tumpuan rakyat dan bukan sahaja oleh perwakilan yang menghadiri perhimpunan tersebut.

''Kalau kita tidak bendung, dalam tempoh kempen menjelang perhimpunan agung ini, ia boleh menjadi kronik. Apabila ia menjadi kronik, seluruh negara akan tumpu perhatian mereka kepada UMNO.

''Kalau kita tidak dapat membendung dan menghapuskan gejala rasuah politik ini, maka keyakinan rakyat kepada UMNO akan terhakis," katanya.

Read more...

Monday, October 20, 2008

Hanya lagi dua pencalonan untuk Khairy melepasi kouta

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin semakin menghampiri melepasi, kouta yang diperlukan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO selepas 15 bahagian Pemuda habis bersidang hari ini.

Beliau ketika ini mendapat 37 pencalonan, masih kurang dua lagi pencalonan untuk melayakkannya bertanding jawatan itu.

Khairy hari ini menerima tambahan tujuh pencalonan iaitu dari bahagian Libaran, Sandakan dan Pensiangan di Sabah, Jelutung dan Tanjong (Pulau Pinang), Jerantut (Pahang) serta Klang (Selangor).

Datuk Mukhriz Tun Mahathir menerima sokongan daripada 61 bahagian Pemuda di seluruh negara sehingga kini.

Beliau menerima enam pencalonan hari ini iaitu dari Jasin (Melaka), Pulai, Muar dan Parit Sulong (Johor), Indera Mahkota (Pahang) dan Batu Kawan (Pulau Pinang).

Seorang lagi calon, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menambah tiga pencalonan iaitu dari Pemuda Bahagian Batu (Wilayah Persekutuan), Serdang (Selangor) dan Beluran (Sabah).

Setakat ini, beliau telah pun menerima 28 pencalonan manakala kouta yang perlu dilepasi para calon untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda ialah 39.

Secara keseluruhan 126 bahagian Pemuda di seluruh negara sudah menamatkan mesyuarat masing-masing dan masih tinggal lagi 65 bahagian yang belum berbuat demikian

Read more...

Thursday, October 16, 2008

'Saya calon underdog'

Oleh ARSHAD KHAN

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Calon Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (gambar) menganggap dirinya kini hanya seorang calon underdog atau calon bukan pilihan untuk merebut jawatan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, berdasarkan perkembangan pencalonan semasa, semua pihak pastinya tahu siapa yang menjadi calon pilihan masa kini.

Khairy bagaimanapun, yakin beliau akan tetap melepasi kuota 39 pencalonan yang diperlukan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO.

"Insya-Allah saya yakin lepasi (kuota yang diperlukan)," katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau berkata, perkembangan mesyuarat Pemuda peringkat bahagian pada minggu ini akan menjadi penentu sama ada dirinya memperoleh pencalonan yang cukup atau tidak.

Khairy setakat ini sudah mendapat 20 pencalonan daripada pelbagai Pemuda bahagian di seluruh negara untuk jawatan itu.

Pencalonan tertinggi jawatan Ketua Pemuda UMNO kini berpihak kepada Datuk Mukhriz Tun Mahathir manakala calon lain, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menerima 12 pencalonan. Seorang lagi calon, Datuk Zahidi Zainul Abidin hanya menerima satu pencalonan.

Ditanya peluangnya untuk memenangi jawatan Ketua Pemuda, Khairy berkata, ia sukar untuk diramal kerana perjalanan ke arah itu masih jauh.

Menurut Khairy, beliau tidak berputus asa walaupun pencalonan daripada Pemuda bahagian tidak memihak kepada dirinya.

"Apabila keadaan jadi macam ini, maka kita kena menyakinkan balik akar umbi, kena kerja lebih kuat lagi untuk mendapatkan sokongan daripada rakan-rakan lain," ujarnya.

Read more...

Monday, October 13, 2008

Khairy: More discussion needed on single BN entity


KUALA LUMPUR: More discussions are needed before any decision is made on whether Barisan Nasional component parties should be merged into a single entity.

Commenting on the proposal by outgoing Gerakan Youth chief Datuk Mah Siew Keong on the matter, deputy Umno Youth chief Khairy Jamaluddin said there had been many suggestions on how to strengthen the coalition and they needed to be carefully considered.

"There are many suggestions. One of them is to open up the parties to all races. Another suggestion is to unite as a single party and to allow direct membership to the BN.

"The intention is very good, so we need to sit down at the same table and discuss it so that come February, at the BN convention, we can put forward a more concrete proposal," he said.

Khairy said what was important was that the suggestions were made in the interest of strengthening the BN and the relations between the component parties.
He said the mechanism as to how to achieve this needed to be discussed further.

"We've said before that if the need is to project a more multi-ethnic identity, we can start with our component parties such as Gerakan and PPP (People's Progressive Party), and if they can lead by example, then it will definitely lend some weight to efforts to strengthen the coalition."

Khairy said that Umno was open enough to discuss all the suggestions and would not sideline any proposal.

"Perhaps Umno may feel that the idea of a single party is premature, that we may still need Umno, MCA and MIC. Maybe we should look at strengthening the centre, which is BN, and look at how to move as a party not only during elections but at all other times."

Khairy said that it was important for all involved to have an open mind when discussing the future of BN, in order to portray to the rakyat that they were serious about embracing the changes that had happened in the last six months.

On Gerakan Wanita chief Datuk Tan Lian Hoe's comment that the party was looked down in the BN, Khairy said it was not an accurate assessment.

"Respect is really the underlying principle in the BN. The feeling that a party is looked down in the coalition is something that we have to deal with, but to me, it's an unfair assessment.

"Nonetheless, that is the perception and it's something we must address," he said.

Meanwhile, PPP Youth chief Senator T. Murugiah said it was not time yet for the BN to become a single entity.

"We need to have a lot of talk and negotiations. We've been doing this for the last 50 years, so the formula cannot be changed all of a sudden."

Khairy, however, said it was a good idea to open up racial-based parties like Umno and MCA to other races.

"In Sarawak, the Christian Kadazans are members of Umno, so the proposal is nothing out of the ordinary.

"This will be a good start, especially when we regard ourselves as Malaysians. But again, it needs to be accepted by all."

Read more...

Khairy Promises To Close Ranks Among BN If He Wins

KUALA LUMPUR: Umno Youth deputy chief Khairy Jamaluddin, who has offered himself for the wing's top post, has promised to close ranks among the youth wings of all the Barisan Nasional (BN) component parties if he wins in the party polls next March.

"Whoever takes over a Umno Youth chief also take over as BN Youth chief. The first thing for the future Umno Youth chief to do is to see how we can close ranks within the BN and make sure that we cooperata as a structure that can move together," he told reporters after the opening of the Gerakan Youth and Wanita delegates conference here Friday (10 Oct).

Asked on the proposal by Gerakan president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon in his opening address that all BN component parties merge and become a single entity, Khairy said the intention behind the suggestion was to strengthen the BN.

He said Umno was open to discuss any ideas for the sake of the party and the idea should not be dismissed.

"The main thing is we must be open-minded because we are talking about the future, new political landscape and I think if we don't have an open mind then we are not showing the rakyat, voters, that we are serious in embracing the changes that had happened over the last six months," he said.

Khairy said all the BN component parties could discuss the suggestion and the mechanism during the BN Convention to be held in February next year.

Khairy said Gerakan and the People's Progresive Party (PPP) could become models for a multiracial party identity. Meanwhile, PPP Youth chief senator T. Murugiah, who is Deputy Minister in the Prime Minister's Department, said a single multiracial party could happen but it would take a long time. (Bernama)

Read more...

Friday, October 10, 2008

Kimanis: Penyokong Khairy tidak puas hati

Para penyokong naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tidak puas hati dengan keputusan mesyuarat Pemuda bahagian Kimanis, Sabah semalam di mana ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir menang pencalonan untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia.

Seorang penyokong Khairy memberitahu Malaysiakini, antara 45 hingga 50 penyokong dihalang untuk masuk semula ke Dewan Orang Ramai Membakut, dekat Papar, tempat mesyuarat itu dijalankan.

Kumpulan tersebut berhenti rihat untuk solat Maghrib. Tetapi mereka kemudiannya tidak dibenarkan masuk semula ke dewan tersebut.

Pengundian kemudiannya diadakan secara mengangkat tangan dan keputusannya Mukhriz mendapat 51 undi dan Khairy pula memperolehi 31 undi.

Read more...

Khairy is coming! really



Pemuda Machang dan Pengkalan Chepa calonkan Khairy Jamaluddin

Pergerakan Pemuda UMNO Machang dan Pengkalan Chepa mencalonkan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO.


Dr M berkempen untuk Mukhriz

Ulasan kenyataan oleh Dr.M dalam blognya bertarikh 7.10.08

Petikan kenyataan oleh Dr.M adalah seperti berikut:

4. Although my son will be contesting I have no doubt Khairi will win hands down.

5. I don’t know whether people have heard about the thief who cried “thief!”. Well the thief got away because people who are not very intelligent went chasing in the opposite direction. The highly educated thief then walked away with his booty.

6. I say good luck to Khairi. You are brilliant and worthy of being a brilliant graduate of that great institution, Oxford University of Great Britain.


Ulasan

1. Apa yang dapat dilihat Dr.M cuba menggunakan ‘gear reverse’ untuk bergerak ke hadapan.

2. Agak terkejut bila mendengar Dr.M cuba bercakap atau menuduh seolah-olah ‘KJ’ adalah seorang perompak. Pada mulanya saya ingatkan suara itu terbit dari mulut Mufti Besar Arab Saudi…rupa-rupanya ia terbit dari mulut ‘Mufti Besar UMNO…’?.

3. Kini kita boleh melihat Dr.M akan menggunakan ‘gear reverse’ untuk menarik sokongan pemuda UMNO agar menyokong anaknya Mukhriz.


KJ tanpa Pak Lah …..Kini Khairy lebih bebas bergerak


Kini Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan untuk melepaskan jawatan Presiden UMNO dan seterusnya jawatan PM. Walaupun pengunduran beliau itu hanya berkuatkuasa Mac 2009, namun dalam UMNO efektif tarikh itu telah bermula .

Ada yang berpendapat bahawa KJ juga akan menamatkan kerjaya politik beliau setelah Pak Lah tidak lagi menjadi Perdana Menteri. Sebenarnya perjalanan politik KJ lebih mudah sekiranya tidak melibatkan Pak Lah. Mungkin pandangan ini bercanggah dengan kebanyakan pandangan orang lain.

Tapi Khairy telah membuktikan bahawa beliau bertanding untuk merebut kerusi Ketua Pemuda UMNO atas kekuatan beliau sendiri. Beliau tidak lagi bergantung kepada Pak Lah seperti mana kita lihat Mukhriz (anak
bapak) yang sebenarnya tidak mempunyai kekuatan sendiri melainkan bergantung kepada pengaruh bapanya. Siapa Mukhriz tanpa Tun

Jadi sekarang Pak Lah sudah tiada dalam perjalanan KJ. Cuba kita letakkan Mukhriz dan KJ di atas pentas yang sama. Seterusnya kita cuba membuat penilaian secara neutral tanpa melibatkan kedua-duanya dengan faktor bapa dan mentua. Siapakah yang benar-benar lebih layak untuk memimpin sayap Pemuda UMNO Malaysia?

Saudara KJ mempunyai karisma tersendiri. Karisma yang tidak ada pada pemimpin muda yang lain dan jika anak muda ini terus digilap dan diberikan peluang, beliau bakal menggegarkan politik tanah air dan pasti Malaysia akan memiliki pemimpin yang berkeliber dan mempunyai idea-idea yang boleh membangunkan negara di masa hadapan.

Kita tidak boleh menafikan bahwa kita dapat rasakan aura KJ. Jarang kita tengok pemimpin muda yang sesegar begitu. Kadang-kadang ada kalangan kita yang cuba menidakkan saudara KJ dalam konteks antara bakal pemimpin terhebat, tapi tak berjaya.. Beliau tetap dibarisi antara pemimpin muda yang boleh dikehadapan adalah beliau. Bukan membodek,tapi realiti.

Walaupun beliau adalah menantu kepada Perdaan Menteri, namun tanggungjawab beliau dalam memimpin Pemuda UMNO sebagai Naib Ketua Pemuda yang di jawatnya telah dilaksanakan sebaik yang mungkin sehingga berjaya menunuaikan amanah yang dilaksanakan. Jika kita ukur jasa Mukhriz dibandingkan dengan jasa KJ kepada pemuda, kita akan melihat betapa bogelnya Mukhriz didalam barisan kepimpinan Pemuda UMNO.

Malahan ada yang berkata “khairy is coming! really, if you put aside the fact that he is related to paklah, and sincerely try not to be clouded by your biased judgement, you will see that you have no other more credible candidate”.

Sumber : www.kpmu.net

Read more...

Khairy harap pengunduran Abdullah tidak jejas peluangnya rebut jawatan Ketua Pemuda

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

PETALING JAYA: Timbalan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berharap pengunduran Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga bapa mertuanya daripada jawatan Presiden parti Mac ini tidak akan memberi kesan kepada peluangnya untuk merebut jawatan Ketua Pemuda.

"Kita tengok dulu (kesan). Saya harap tidak ada sebab saya bertanding atas kekuatan diri, bukan atas kekuatan Perdana Menteri," katanya ketika di majlis perasmian Institut Pengajian Kemajuan Islam yang dirasmikan Perdana Menteri, di sini, hari ini.

Khairy berkata, pengunduran Abdullah menunjukkan beliau meletakkan kepentingan parti melebihi dirinya dan ia perlu dilihat sebagai pengorbanan untuk penyatuan parti serta sesuatu yang perlu disyukuri.

Katanya, pertukaran kepimpinan sahaja tidak boleh menyelesaikan masalah sebaliknya pembaharuan yang dibawa Abdullah perlu diteruskan.

"Jika kita tidak lakukan pembaharuan yang beliau (Abdullah) mulakan, kita tidak akan mendapat semula sokongan yang hilang.

"Sebab kita kalah dalam pilihan raya (umum) lepas bukan kerana kepimpinan tetapi kerana kita tidak memenuhi janji pada (pilihan raya umum) 2004.

"Ia bukan hanya kepimpinan. Ia sebenarnya komitmen kita untuk berubah.

"Jika kita tidak lakukan apa yang Pak Lah bawa pada 2004 dan tidak melihatnya pada beberapa tahun yang akan datang, ia akan menjadi kelam kabut dan itulah isu yang sebenar," katanya.

Beliau mengakui perubahan dalam kepimpinan akan membawa momentum baru kepada Umno tetapi akhirnya, ia perlu seiring dengan perubahan yang dimulakan Abdullah.

Ditanya sama ada beliau sedih dengan pengunduran Abdullah, Khairy berkata, setiap perubahan kepimpinan akan membawa kesedihan lebih-lebih lagi kepada ahli parti yang terlibat.

"Bagaimanapun, Perdana Menteri telah mengambil keputuan untuk berundur atas sebab-sebab tertentu dan mengutamakan kepentingan parti.

"Kita menerimanya dengan sepenuh hati tapi seperti yang saya katakan sebelum ini, saya akan lebih sedih jika pembaharuan itu tidak diteruskan.

"Jika kita teruskan dengan pembaharuan tersebut termasuk cara mentadbir kerajaan dan perlakuan kita, saya rasa, kita dapat mengurangkan rasa kehilangan Pak Lah sebagai Perdana Menteri," katanya.

Ketika ditanya mengenai dakwaan terhadap dirinya yang membawa antara sebab pengunduran Abdullah, Khairy berkata, kepimpinan parti telah menjadi mangsa kejahatan dan tentunya akan mengheret beberapa individu untuk terlibat.

"Ia adalah satu persepsi negatif yang sengaja dilakukan oleh orang-orang tertentu," katanya.

Read more...

Wednesday, October 8, 2008

Khairy bakal Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Inilah yang pernah kami katakan bahawa Tun juga bertanding jawatan Ketua pemuda UMNO Malaysia dan seruan Tun kepada mereka yang mahu bertanding supaya bertanding secara bersih juga adalah cakap-cakap yang tidak serupa bikin. Dalam Blog beliau Tun telah menyindir Khairy Jamaluddin sebagai Pencuri yang berpendidikan tinggi berjaya melepaskan diri bersama hasil rompakan .

Mukhriz akan kalah sekiranya permainan kotornya terus di mainkan dan sekiranya Tun terus menyerang calon yang menajdi lawan kepada beliau. Tun yang cuba bermain kotor sebenarnya takut akan kekalahan anak beliau dalam pertandingan ini. Sekiranya Tun tidak mempunyai harapan Mukhriz akan menang dan KJ akan menang , betul lah apa yang dijangkakan oleh Tun itu.

Tidak kita nafikan Tun sememangnya bijak dan jangkaan beliau sememangnya tepat. Sebaiknya Tun yang seketika mahu menajdi orang yang baik dan menasihat agar calon tidak bermain kotor tetapi beliau sendiri yang mengamalkan politik kotor. Sila baca petikan tulisan Tun di blog beliau –
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad percaya Khairy Jamaluddin, yang dijangka berhadapan dengan saingan anaknya, Datuk Mukhriz dan beberapa calon lain, akan menang pemilihan Ketua Pemuda Umno Mac depan.
“Meskipun anak saya akan bertanding (jawatan Ketua Pemuda), saya tidak ragu-ragu bahawa Khairy akan memperoleh kemenangan,” kata bekas Presiden Umno itu dalam tulisan terbaru blognya hari ini.

Dr. Mahathir yang telah banyak mengkritik kepimpinan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya, Khairy menambah: “Saya tidak tahu sama ada orang ramai ada mendengar pencuri yang mengatakan “pencuri!”,” kata beliau yang bersara Oktober 2003 dan kepimpinan Umno dan kerajaan Barisan Nasional oleh Abdullah.

Bagaimanapun pencuri berkenaan berjaya melepaskan diri sebab orang ramai mengejarnya dari arah bertentangan. “Pencuri yang berpendidikan tinggi berjaya melepaskan diri bersama hasil rompakan,” katanya lagi.

Bagaimanapun Dr.Mahathir tidak ketinggalan mengucapkan“semoga berjaya” kepada Khairy yang kini merupakan Naib Ketua Pemuda Umno, kedudukannya yang dimenangi tanpa dicabar empat tahun lalu.

Selain Khairy dan Mukhriz yang masing-masing merupakan anggota Dewan Rakyat akan berhadapan dengan cabaran dua pemimpin yang lain termasuk bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Khir Toyo.

“Anda (Khairy) seorang yang pintar dan layak untuk dianggap sebagai graduan pintar daripada institusi agung, Oxford University dari Great Britain,” katanya. Malah dalam tulisannya Dr. Mahathir berkata, beliau turut kongsi sedih dengan nasib Khairy yang mengatakan beliau dihalang daripada menemui ahli-ahli Pemuda. Perkembangan itu kemungkinan akan menyebabkan beliau kehilangan peluang bersaing jawatan yang diingini, katanya.




Read more...

Sunday, October 5, 2008

Khairy bertanding atas kekuatan sendiri

Keyakinan dan keinginan berbakti kepada pemuda UMNO Malaysia jelas apabila beliau telah menyatakan keinginan beliau terus keputusan beliau yang telah menawarkan diri untuk bertanding dalam perebutan kerusi Ketua Pemuda UMNO yang akan dikosongkan oleh Datuk Seri Hishamuddin pada bulan March ini

Berikutan desas - desus yang kuat dimainkan sekarang , bahawa Presiden UMNO tidak akan mempertahankan kerusi presiden UMNO , Khairy dengan tegasnya menyatakan bahawa beliau akan meneruskan niat beliau walauapa sekali keputusan yang diambil oleh presiden UMNO Oktober ini.

Beliau telah menjelaskan pendirian beliau ketika sidang akhbar di rumah terbuka Parlimen Rembau hari ini. Ini membuktikan bahawa Khairy bulan bertanding merebut kerusi Ketua Pemuda hanya bergantung atas kekuatan Presiden Parti. Beliau bertanding atas kekuatan sendiri hasil kerja sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO yang disandang oleh beliau.

Selaku wakil parlimen Rembau, Ketua Pemuda UMNO dan juga Naib Ketua Pemuda UMNO , Khairy kini berada di landasan yang baik untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO bagi meneruskan kesenimbungan yang akan ditinggalkan oleh Hishamuddin dan bagi beliau meneruskan usaha yang telah diusahakan sebagai naib ketua pemuda UMNO Malaysia.

Kerusi ketua pemuda UMNO dijangka alan ditandingi oleh Datuk Mukhriz , Datuk Seri Khir Toyo , Zahidi dan Datuk Shaziman

Read more...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP