Friday, October 10, 2008

Khairy harap pengunduran Abdullah tidak jejas peluangnya rebut jawatan Ketua Pemuda

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

PETALING JAYA: Timbalan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berharap pengunduran Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga bapa mertuanya daripada jawatan Presiden parti Mac ini tidak akan memberi kesan kepada peluangnya untuk merebut jawatan Ketua Pemuda.

"Kita tengok dulu (kesan). Saya harap tidak ada sebab saya bertanding atas kekuatan diri, bukan atas kekuatan Perdana Menteri," katanya ketika di majlis perasmian Institut Pengajian Kemajuan Islam yang dirasmikan Perdana Menteri, di sini, hari ini.

Khairy berkata, pengunduran Abdullah menunjukkan beliau meletakkan kepentingan parti melebihi dirinya dan ia perlu dilihat sebagai pengorbanan untuk penyatuan parti serta sesuatu yang perlu disyukuri.

Katanya, pertukaran kepimpinan sahaja tidak boleh menyelesaikan masalah sebaliknya pembaharuan yang dibawa Abdullah perlu diteruskan.

"Jika kita tidak lakukan pembaharuan yang beliau (Abdullah) mulakan, kita tidak akan mendapat semula sokongan yang hilang.

"Sebab kita kalah dalam pilihan raya (umum) lepas bukan kerana kepimpinan tetapi kerana kita tidak memenuhi janji pada (pilihan raya umum) 2004.

"Ia bukan hanya kepimpinan. Ia sebenarnya komitmen kita untuk berubah.

"Jika kita tidak lakukan apa yang Pak Lah bawa pada 2004 dan tidak melihatnya pada beberapa tahun yang akan datang, ia akan menjadi kelam kabut dan itulah isu yang sebenar," katanya.

Beliau mengakui perubahan dalam kepimpinan akan membawa momentum baru kepada Umno tetapi akhirnya, ia perlu seiring dengan perubahan yang dimulakan Abdullah.

Ditanya sama ada beliau sedih dengan pengunduran Abdullah, Khairy berkata, setiap perubahan kepimpinan akan membawa kesedihan lebih-lebih lagi kepada ahli parti yang terlibat.

"Bagaimanapun, Perdana Menteri telah mengambil keputuan untuk berundur atas sebab-sebab tertentu dan mengutamakan kepentingan parti.

"Kita menerimanya dengan sepenuh hati tapi seperti yang saya katakan sebelum ini, saya akan lebih sedih jika pembaharuan itu tidak diteruskan.

"Jika kita teruskan dengan pembaharuan tersebut termasuk cara mentadbir kerajaan dan perlakuan kita, saya rasa, kita dapat mengurangkan rasa kehilangan Pak Lah sebagai Perdana Menteri," katanya.

Ketika ditanya mengenai dakwaan terhadap dirinya yang membawa antara sebab pengunduran Abdullah, Khairy berkata, kepimpinan parti telah menjadi mangsa kejahatan dan tentunya akan mengheret beberapa individu untuk terlibat.

"Ia adalah satu persepsi negatif yang sengaja dilakukan oleh orang-orang tertentu," katanya.

Read more...

Wednesday, October 8, 2008

Khairy bakal Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Inilah yang pernah kami katakan bahawa Tun juga bertanding jawatan Ketua pemuda UMNO Malaysia dan seruan Tun kepada mereka yang mahu bertanding supaya bertanding secara bersih juga adalah cakap-cakap yang tidak serupa bikin. Dalam Blog beliau Tun telah menyindir Khairy Jamaluddin sebagai Pencuri yang berpendidikan tinggi berjaya melepaskan diri bersama hasil rompakan .

Mukhriz akan kalah sekiranya permainan kotornya terus di mainkan dan sekiranya Tun terus menyerang calon yang menajdi lawan kepada beliau. Tun yang cuba bermain kotor sebenarnya takut akan kekalahan anak beliau dalam pertandingan ini. Sekiranya Tun tidak mempunyai harapan Mukhriz akan menang dan KJ akan menang , betul lah apa yang dijangkakan oleh Tun itu.

Tidak kita nafikan Tun sememangnya bijak dan jangkaan beliau sememangnya tepat. Sebaiknya Tun yang seketika mahu menajdi orang yang baik dan menasihat agar calon tidak bermain kotor tetapi beliau sendiri yang mengamalkan politik kotor. Sila baca petikan tulisan Tun di blog beliau –
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad percaya Khairy Jamaluddin, yang dijangka berhadapan dengan saingan anaknya, Datuk Mukhriz dan beberapa calon lain, akan menang pemilihan Ketua Pemuda Umno Mac depan.
“Meskipun anak saya akan bertanding (jawatan Ketua Pemuda), saya tidak ragu-ragu bahawa Khairy akan memperoleh kemenangan,” kata bekas Presiden Umno itu dalam tulisan terbaru blognya hari ini.

Dr. Mahathir yang telah banyak mengkritik kepimpinan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya, Khairy menambah: “Saya tidak tahu sama ada orang ramai ada mendengar pencuri yang mengatakan “pencuri!”,” kata beliau yang bersara Oktober 2003 dan kepimpinan Umno dan kerajaan Barisan Nasional oleh Abdullah.

Bagaimanapun pencuri berkenaan berjaya melepaskan diri sebab orang ramai mengejarnya dari arah bertentangan. “Pencuri yang berpendidikan tinggi berjaya melepaskan diri bersama hasil rompakan,” katanya lagi.

Bagaimanapun Dr.Mahathir tidak ketinggalan mengucapkan“semoga berjaya” kepada Khairy yang kini merupakan Naib Ketua Pemuda Umno, kedudukannya yang dimenangi tanpa dicabar empat tahun lalu.

Selain Khairy dan Mukhriz yang masing-masing merupakan anggota Dewan Rakyat akan berhadapan dengan cabaran dua pemimpin yang lain termasuk bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Khir Toyo.

“Anda (Khairy) seorang yang pintar dan layak untuk dianggap sebagai graduan pintar daripada institusi agung, Oxford University dari Great Britain,” katanya. Malah dalam tulisannya Dr. Mahathir berkata, beliau turut kongsi sedih dengan nasib Khairy yang mengatakan beliau dihalang daripada menemui ahli-ahli Pemuda. Perkembangan itu kemungkinan akan menyebabkan beliau kehilangan peluang bersaing jawatan yang diingini, katanya.




Read more...

Sunday, October 5, 2008

Khairy bertanding atas kekuatan sendiri

Keyakinan dan keinginan berbakti kepada pemuda UMNO Malaysia jelas apabila beliau telah menyatakan keinginan beliau terus keputusan beliau yang telah menawarkan diri untuk bertanding dalam perebutan kerusi Ketua Pemuda UMNO yang akan dikosongkan oleh Datuk Seri Hishamuddin pada bulan March ini

Berikutan desas - desus yang kuat dimainkan sekarang , bahawa Presiden UMNO tidak akan mempertahankan kerusi presiden UMNO , Khairy dengan tegasnya menyatakan bahawa beliau akan meneruskan niat beliau walauapa sekali keputusan yang diambil oleh presiden UMNO Oktober ini.

Beliau telah menjelaskan pendirian beliau ketika sidang akhbar di rumah terbuka Parlimen Rembau hari ini. Ini membuktikan bahawa Khairy bulan bertanding merebut kerusi Ketua Pemuda hanya bergantung atas kekuatan Presiden Parti. Beliau bertanding atas kekuatan sendiri hasil kerja sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO yang disandang oleh beliau.

Selaku wakil parlimen Rembau, Ketua Pemuda UMNO dan juga Naib Ketua Pemuda UMNO , Khairy kini berada di landasan yang baik untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO bagi meneruskan kesenimbungan yang akan ditinggalkan oleh Hishamuddin dan bagi beliau meneruskan usaha yang telah diusahakan sebagai naib ketua pemuda UMNO Malaysia.

Kerusi ketua pemuda UMNO dijangka alan ditandingi oleh Datuk Mukhriz , Datuk Seri Khir Toyo , Zahidi dan Datuk Shaziman

Read more...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP