Saturday, March 8, 2008
Apa Kata Nik Aziz apabila penyokongnya menyiarkan vedio lucah fitnah KJ
PAS - PKR siarkan vedio yang berniat jahat kepada KJ
Mereka kian terdesak dan terpaksa melakukan kerja-kerja hina dengan mengaibkan lawan dengan menabur fitnah yang paling hina yang mungkin ibu bapa mereka sendiri tidak akan mengakui mereka sebagai anak jika ibu bapa mereka tahu ini adalah perbuatan anak mereka.
Apa yang dapat kita simpulkan , sungguh hina........
Inilah PKR yang bersekongkol dengan parti yang perjuangkan Islam.
Inilah dia rakan kongsi PAS yang memperjuangkan Islam. Mereka telah menyiarkan Klip Vedio hina dan lucah dengan niat jahat dan menuduh Khairy Jamaluddin sebagai pelakon vedio berkenaan.
Apakah PAS akan menghalalkan perbuatan ini. Samalah PAS dengan mereka. PAS juga bertanggungjawab bersubahat dengan parti PKR yang telah menayangkan video klip sex yang menuduh ianya dilakukan oleh Khairy tetapi tidak berani mengesahkan bahawa itu Khairy kerana mereka tahu itu bukan Khairy tetapi sengaja berniat jahat kepada Khairy.
Saya sebagai rakyat biasa menyeru dan menyarankan Nik Aziz untuk membuat kenyataan mengenai isu pendedahan palsu ini. Saya mencabar Nik Aziz memberikan kenyataan secara terbuka , apakah ini cara perjuangan rakan juang mereka? Apakah PAS menghalalkan lagi cara berkempen yang sebegini.
Asthgafirullahalazim........ Vedio Klip ini telah menjatuhkan maruah dan telah mencemarkan nama Islam dan telah memalukan Islam. Apa hina sangatkah Islam ini sehingga umatnya sanggup melakukan perkara sebegini untuk memenangkan Islam , kata mereka.
Saya sekali lagi mencabar PAS menjelaskan pendirian mereka mengenai isu ini. Alahai penduduk-penduduk di rembau marilah kita sama-sama nyahkan Badrul Hisham yang menghina Islam. Kita nyahkan PAS dan PKR yang berperangai lebih buruk dari aksi dalm video berkenaan.
Benar atau salah bukanlah persoalannya. Perbuatan memfitnah itu adalah perbuatan yang paling dasyat dan hina. Jika kita lihat pemuda yang beraksi dalam video yang dikatakan aksi lucah itu mirip khairy tetapi ketika dizaman mudanya, tetapi fesyen rambut Khairy adalah fesyen rambut sekarang, kedua kedudukan jam tangan itu , jam tangan yang di pakai oleh pelakon aksi lucah itu disebelah kiri sedangkan jam tangan yang dipakai oleh Khairy disebelah kanan.
Mungkin hujah ini boleh dipertikaikan , tetapi itu adalah hujah yang paling mudah untuk diperbandingkan. Semoga Allah SWT akan memberikan petunjuk dan memberikan hukuman kepada mereka yang bertanggungjawab melakukan perbuatan terkutuk ini.
Yang pentingnya marilah kita tolak PKR dan PAS yang telah menghina Islam.
Janganlah kita cepat mengaibkan orang lain kerana Allah telah banyak menyembunyikan keaiban kita, banyak jalan lain dalam menyeru kearah kebaikan . Bukankah kita sudah melampaui batas dengan berkelakuan demikian?
Saturday, March 1, 2008
Khairy selar pembangkang guna isu peribadi
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyelar tindakan pembangkang yang terus menyerang peribadinya sebagai senjata bagi meraih sokongan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 ini.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata, beliau akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terus menyerang peribadinya secara melampau semata-mata untuk meraih sokongan.
Beliau berkata, dalam tempoh berkempen, setiap pihak bebas mengutarakan sebarang isu tetapi jangan sampai melanggar undang-undang yang ditetapkan.
''Tetapi apabila isu peribadi saya menjadi sasaran, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya," katanya selepas melawat Bilik Gerakan BN Sendayan di sini hari ini.
Khairy menambah, sepanjang tempoh berkempen beliau hanya menyentuh beberapa dasar tanpa melibatkan serangan individu mana-mana pihak.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau menyifatkan politik pembangkang tidak lebih sebagai satu agenda kosong demi cita-cita politik sempit mereka.