Wednesday, February 3, 2010

Menyokong Penuh Tindakan Datuk Razali Ibrahim



Tahniah diucapkan kepada Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Datuk Razali Ibrahim yang telah mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku pada mesyuarat Exco Pemuda UMNO tempoh hari. Datuk Razali telah menafikan sejelas-jelasnya ada sebarang tuntutan untuk YB KP UMNO Malaysia letak jawatan. Inilah contoh Naib Ketua Pemuda... yang ikhlas dan jujur kerana mementingkan institusi parti daripada keuntungan diri. Kita semua tahu kalau Naib Ketua Pemuda 'nakal', nescaya beliau dah boleh ambil kesempatan dengan berdiam diri dan mengambil pendekatan "tunggu dan lihat". Khairy Jatuh jatuh saje, boleh untung.

Tapi alhamdulillah, NKP ini pun Pemuda Beradat juga walaupun asal Muar dan bukan Rembau. Dengan mengeluarkan kenyataan membidas blogger-blogger yang menjaja cerita dongeng, beliau telah menampilkan kepimpinan dan keikhlasan dalam perjuangan. Tahniah Datuk Razali!

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP