Sunday, July 11, 2010

SALAM TAKZIAH BUAT KHAIRY JAMALUDDIN

Bapa saudara kepada Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin, Datuk Ahmad Ghazi Abdul Hamid meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat serangan jantung.

Ahmad Ghazi, 67, bekas Presiden Persatuan Koperasi Malaysia Bhd dan bekas Pengarah Maktab Kerjasama Malaysia meninggal dunia pada pukul 3.30 petang setelah dimasukkan ke hospital itu sejak 16 hari lalu selepas koma, menurut keluarga terdekatnya.

Beliau berkata jenazah Allahyarham kini dibawa ke rumah ibu Khairy, yang merupakan kakak Ahmad Ghazi, Datuk Rahmah Abdul Hamid di 36, Jalan Setia Bistari, Bukit Damansara sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Isyak malam ini.

Allahyarham yang berkahwin dengan Datin Hasmah Abdul Hamid dikurniakan empat orang anak iaitu Adli, Aidi, Anisah dan Adilla.
Ahmad Ghazi yang berkelulusan sarjana sastera dari University of Ohio, Amerika Syarikat pernah bertugas sebagai guru, pensyarah Institut Teknologi Mara(ITM) dan perunding di MIDF Industrial Consultant sebelum dilantik sebagai Pengetua Maktab Kerjasama Malaysia dari tahun 1979 sehingga beliau bersara pada tahun 1998

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP