Friday, March 5, 2010

Pembangkang hadapi masalah jika terus diterajui Anwar

Pakatan pembangkang akan terus mengalami masalah dalaman jika Datuk Seri Anwar Ibrahim masih kekal sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini bukan lagi majoriti di Parlimen yang mewakili pakatan itu ekoran ramai ahlinya telah keluar parti.

"Walaupun PKR kini bukan lagi majoriti yang mewakili pakatan itu, Pas dan DAP masih memberi penghormatan kepada Anwar untuk menjadi ketua. Ini luar biasa kerana parti yang lebih majoriti iaitu DAP seharusnya diberi penghormatan untuk menjadi ketua.

"Mungkin pakatan pembangkang tidak yakin kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pas juga tidak yakin dengan Kit Siang dan terpaksa memberi sokongan kepada Anwar.

"Saya lihat apabila bukan majoriti diberi mandat menjadi ketua ia pasti akan mengundang masalah kerana rakyat akan bertanya siapa kuasa sebenar yang mewakili mereka untuk membuat keputusan jika timbul satu isu besar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) di Menara Datuk Onn di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Ketua Pemuda PPP, Jamaludin Gulamhan.

Selasa lalu, DAP dan Pas menyatakan akan terus memberi sokongan kepada Anwar walaupun PKR bukan lagi majoriti ekoran ramai ahli Parlimennya yang meletak jawatan.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP