Tuesday, February 2, 2010

SOKONG BERI JAWATAN MENTERI KEPADA KJ

Sokong berikan jawatan Menteri kepada KJ dan gugurkan salah satu diantara Nazri Aziz dan Zahid Hamidi yang tidak lagi perform


Banyak laman blog menulis meminta KJ letak jawatan Ketua Pemuda UMNO. Saya juga turut menulis begitu beberapa hari lalu. Namun setelah membaca banyak laman-laman blog yang mengeluarkan kenyataan serupa membuat saya merasa ada konspirasi yang ingin melenyapkan KJ dari persada politik tanah air.

Saya juga menemui beberapa laman blog yang cenderung dan menyokong KJ. Saya terbaca juga beberapa kenyataan dari Nazri Aziz dan Zahid Hamidi yang kalau tak silap saya mencadangkan supaya KJ diberikan jawatan dalam kabinet. Kenapa tidak? Kenapa tidak dikosongkan kerusi kabinet oleh salah satu dari mereka ini untuk diberikan kepada KJ bagi menguji keberkesanan KJ. Kita pun sudah maklum setakat mana keberkesanan kedua-dua menteri berkenaan tetapi kita belum menguji KJ.

Justru, mungkin boleh dicadangkan salah satu diantara kedua menteri berkenaan dilucutkan jawatannya bagi memberikan laluan kepada KJ. Mungkin pilihan pertama adalah menteri yang mulutnya celupar itu yang patut disingkirkan dulu. KJ lebuh muda, lebih ghairah dan bersemangat untuk beretugas dan membuktikan keupayaannya, septutnyalah dia diberikan peluang. Sepatutnya jugalah Nazri atau Zahid berundur secara sukarela bagi memberi KJ peluang.



oleh : http://braveheart-blogger.blogspot.com/
Rujuk blog Kluangman



ANGGUK2 GELENG2
- sokong dan tidak sokong


Sokong YBKJ KPPUM diberi peluang menjawat sebarang jawatan menjadi menteri kabinet di mana-mana kementerian. Tetapi bukan untuk mengantikan Nazri mahupun Zahid... kerana apa? Kalau kita nak menilai prestasi kedua-dua pak Menteri atas ni rasanya tak adil melangkau jawatan Koh Tsu Koon. Biarlah dia buat kerja dengan tenang tanpa tekanan. Kerana beliau layak dan kerana itu PM bagi dia jawatan tu. selagi beliau berpuashati dengan prestasi Nazri dan Zahid, kenapa ada yang pandai-pandai kata dua pak Menteri ni tak lagi perform??? cakap ikut perasaan kot....

Braveheart ni teman tengok banyak kosong faktanya dan lebih kepada konsfirasi dan komplot.... teman kadang-kadang ternampak dan faham niat sesetengah bloggers (-merujuk beberapa bloggers yang menggunakan kebebasan menulis secara melampau) yang menulis ayat-ayat mengkritik pemimpin UMNO secara terbuka. Ghairah menemplak pada hal berikrar memperjuangkan Parti UMNO. Tiadalah parti tanpa pemimpin. pemimpin yang ada menang bertanding.... jgn nafikan undi perwakilan hari tu dgn menuduh dan kritik macam2 pemimpin dalaman.

Andai nak kita kritik dan hentam, seberang sana ramai sangat pemimpin Pakatan Republik (PR) yang bebas dan tak dihentam oleh bloggers UMNO. (takkan bloggers UMNO dah buta mata dan buta hati?).... Teman sebenarnya kadang2 tak faham dengan niat Bloggers@GoBloggers jenis ni yang ghairah menulis mengkritik tak kira pemimpin dalaman mahupun pemimpin PR. Nak kata bloggers jenis ni bebas dan berkecuali, apa makna logo-logo parti dan yang berunsur menyokong kerajaan. open your eyes and think about that. SAYA MENGAKU SAYA AHLI UMNO DAN MENYOKONG PEMIMPIN UMNO.


ANGGUK2 GELENG2
cakap2 bising.... tapi tak tahu diam.

Posted by TgTualangBoyz

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP