Saturday, February 20, 2010

Rakyat bijak nilai politik Anwar - Khairy

Rakyat boleh menilai dengan bijak tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba mempolitikkan isu pertuduhan liwat terhadapnya termasuk mendakwa wujud konspirasi terhadap beliau.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata, beliau yakin tindakan Anwar yang mengadakan ceramah di seluruh negara dengan mendakwa wujud campur tangan politik dalam kesnya itu tidak akan mempengaruhi rakyat.

''Saya rasa rakyat Malaysia boleh menilai. Kalau dibandingkan pada 1999, apabila Anwar pergi ke mahkamah, ribuan penyokongnya akan ikut beliau, tetapi hari ini tidak ramai.

''Jadi saya percaya ramai rakyat Malaysia pada hari ini boleh menilai dengan objektif apa yang sedang berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili lebih 500 Pemuda BN, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penulis blog, menghantar memorandum bantahan terhadap campur tangan pihak asing dalam kes liwat Anwar di Suruhanjaya Tinggi Australia di sini hari ini.

Anwar, 63, sedang dibicarakan bagi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun 2008.

Ditanya sama ada tindakan Anwar mengadakan ceramah berkaitan kes liwatnya boleh dianggap sebagai menghina mahkamah, Khairy berkata, beliau tidak berhasrat memberikan komen berhubung isu itu kerana tidak mahu dianggap cuba campur tangan.

''Hakim sendiri kena buat keputusan kalau ada bukti mengenai perbuatan menghina mahkamah yang diketengahkan kepadanya atau jika beliau sendiri membaca ucapan Anwar atau pemimpin pembangkang lain yang dianggap subjudis.

''Saya tak nak minta hakim buat keputusan, sebab saya tak nak campur tangan. Nanti orang kata, ada gangguan politik," katanya.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP