Wednesday, January 13, 2010

Mitsubishi Evo Milik Bro Jinggo...

Wah hebat bergaya, Mitsubishi Evo sumbangan Khairy Jamaluddin... Nak tergelak pun ada, nak marah tak sesekali la.. sabab aku tahu ini semua adat permainan politik dalam cyber war ni... Biasalah kalau tak tahan kena fitnah atau dikritik tak payah la jadi blogger. Kalau masin mulut orang yang cakap aku pandu Mitsubishi Evo ni... Syukur alhamdullilah la.. memang aku idamkan kereta ni tapi tak tercapai lagi hajat aku. Kepada sahabat sekalian tolong doakan agar aku dapat memiliki kereta idaman aku ini... Tak kesahlah sumbangan itu datangnya dari sesiapa pun. Nak beli pakai duit poket sendiri, aku belum ada kemampuan lagi. Mudah mudah ada rezeki, kerana aku percaya rezeki untuk aku ada, cuma aku perlu berusaha lebih lagi untuk mencapai impian ku...




Apa tujuan sebenarnya pengendali laman blog diatas menyusup masuk kedalam laman blog aku? Nak dapatkan perhatian dari aku ker? Ke kurang promosi atau kurang hit brader? Begitu jelas sekali pengendali laman blog tersebut sedang berusaha untuk memecah belahkan perpaduan diantara bloggers pro Umno di alam cyber ini!

Tak sangka pula pengendali laman blog tersebut mempunyai krebiliti yang begitu rendah sekali… Begitu terdesak nampaknya sehingga memaksa aku menjawab persoalan darinya… Kesian juga melihat beliau terpaksa masuk kelaman blog aku untuk mempromosikan laman blog beliau... Kesian... lemah syawat ke bro...
Kalau ko betul betul mahu memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara.. Buktikanlah kejantanan kau dulu bro! Kenapa harus bersembunyi disebalik wajah orang lain? Kenapa harus takut jika mahu menegakkan kebenaran? takkan berani baling batu sembunyikan tangan kot, tak gentleman la bro! Telor setengah masak ker bro guna gambar profile orang lain.

Cukuplah cukuplah, kami dah masak dengan helah pakatan pembangkang…

Apa yang terdedahnya hubungan Khairy dengan Anu War? Mana? Aku tak Nampak apa-apa pun yang terdedah, jangan syok sendiri atau bermain dengan emosi sendiri brader. Mana buktinya yang kau katakan terdedah tu? Dah puas aku belek-belek didalam laman blog saudara, tak ada satu pun bukti yang mendedahkan hubungan Anu War dengan KJ?

Posting GAP pula telah diputar-belitkan oleh saudara dan beberapa individu untuk kepentingan pihak yang lain. Jika diamati betul-betul tidak ada satu patah perkataan pun dalam posting itu yang menyatakan hubungan KJ dengan Anu War dan RPK.

Bagi aku GAP telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang blogger yang memperjuangkan negara, GAP telah berjaya membuktikan ada hubungan diantara hubungan Anu War/ RPK/ Kalimullah.

Kenapa pula cuba mengalih Isu tersebut kepada KJ… Bro, dah tak ada modal lagi ke? Atau dah kehabisan peluru?

Adalah sesuatu yang tidak boleh diterima apabila RPK dikatakan mempunyai hubungan dengan Khairy Jamaluddin. Didalam penulisan RPK, beliau banyak menulis untuk menjatuhkan kerjaya Khairy sebagai seorang ahli politik, terutamanya dalam penulisan bersiri beliau Khairy Jamaluddin Chronicles.

Laman blog saudara dan anti khairy yang lain pun banyak mencedok dari artikel artikel bersiri Khairy Jamaluddin Chronicles, hasil penulisan dari RPK. Siapa sekarang yang bersekongkol dengan RPK bro?

Tuduhan Khairy bersekongkol dengan Anwar Ibrahim adalah satu tuduhan yang tidak bertanggung jawab dan merupakan satu fitnah. Jika Khairy mahu bersekongkol dengan Anwar Ibrahim , Khairy tentunya telah menyertai PKR apabila dia mula pulang dari luar negara. Tetapi sebaliknya beliau memilih untuk bersama Perdana Menteri pada waktu itu Tun Dr Mahathir.

Usahlah saudara dan sahabat-sahabat saudara cuba untuk melaga-lagakan Khairy dengan PM DS Najib, kerana DS Najib bukanlah seorang pemimpin yang tidak boleh menilai siapa musuh dalam selimut. DS Najib tahu apa yang dilihat dan dilakukan nya. Jika tidak tentu sekali DS Najib tidak menyokong KJ sebagai Ketua Pemuda.

Yang jelas dilihat, laman blog saudara ada intipati cubaan untuk melaga-lagakan blogger BPN dan blogger pro umno. Hasutan demi hasutan dilakukan agar berlakunya perpecahan diantara blogger BPN dan blogger pro umno!

Bagi aku memang Saudara adalah blogger yang tidak harus disokong! Dan ada ada kemusykilan bahawa rangkaian saudara ini adalah agen dari pak Anu War yang sedang berusaha untuk memecah belahkan bloggers pro Umno… selagi ada duri dalam daging, selagi itulah usaha-usaha untuk memecah belahkan blogger BPN dan blogger pro umno berterusan.

Harus diingat permainan politik pembangkang di waktu PRU ke 12/2008 yang lepas adalah bertujuan untuk memusnahkan kekuatan Pemuda UMNO dengan menimbulkan rekaan cerita,tuduhan dan bermacam lagi ke arah Pemuda UMNO itu serndiri.Mungkin masih ingat Isu Keris yang tak sepatutnya dilayan dewasa itu, sedangkan ia ditimbulkan oleh pihak pembangkang sendiri

Kekuatan UMNO terletak juga ditangan Pemudanya, Sdra Khairy yang dalam pemerhatian dan saya telah berjuang menaikkan martabat Pemuda UMNO sehingga disegani oleh rakan-rakan dalam BN serta di pihak pembangkang.

Kepada bloggers diluar sana teruskan perjuangan demi bangsa, agama dan negara!!! Kalau nak menang kita buat cara nak menang! Perjuangan membela agama bangsa dan negara harus diteruskan!!! Tidak ada masa untuk melayan provokasi yang boleh membawa perpecahan dikalangan blogger pro umno.


Salam Perjuangan! Salam 1Malaysia!

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP