Tuesday, January 12, 2010

Crew KJFC meraikan ulang tahun YB Khairy Jamaluddin

6

Keceriaan jelas terpancar di wajah YB Khairy Jamaluddin, tatkala ditemui pada majlis ulang tahun ke-34 disambut bersama oleh Crew KJFC.

Majlis tersebut dihadiri oleh beberapa Crew KJFC seperti yang telah dirancangkan lama dulu . Semoga ianya akan memberikan satu pengalaman yang manis disamping bertemu dan beramah mesra dengan YB Khairy Jamaluddin.

Walaupun majlis tersebut diadakan secara sederhana, namun ianya disambut dalam suasana yang penuh kegembiraan.

Ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada YB KJ diatas kesudian beliau meluangkan masa bersama Crew KJFC, walaupun pada waktu itu beliau mempunyai jadual tugasannya yang begitu padat. Namun dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibir, YB KJ tidak menghampakan permintaan dari Crew KJFC yang mahu bersama berkongsi kegembiraan sempena hari kelahiran beliau.

Selain dari itu kami di KJFC merakamkan ucapan selamat hari lahir YB KJ, Semoga Allah panjangkan usia, sihat selalu dan dirahmati Allah. Moga bertambah kekuatan untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara yang kita cintai ini.

IMG_1313

fify22

fify27

IMG_1323

fify1

IMG_1300

More Pic :

http://www.flickr.com/photos/46476435@N06/show/

Photos from KJFC

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP