Thursday, January 14, 2010

BN buktikan siapa Juara Rakyat yang sebenarnya

DSC_2129_resize

Oleh : Samad Ali Crew KJFC

Hulu Selangor, 9 Jan - Puluhan ribu rakyat berpusu-pusu menghadiri majlis pelancaran Juara Rakyat oleh YAB Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO tegah hari tersebut. Majlis ini merupakan salah satu bukti bahawa UMNO/BN sebenarnya masih berada dihati rakyat, tanpa menghiraukan cuaca panas dan keadaan lecak akibat kesan hujan lebat pada sebelah malam sebelum majlis tersebut berlangsung.

Ribuan pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira Bangsa setia mendengar ucapan YAB Perdana Menteri. Ini merupakan perkembangan positif sekaligus menolak pandangan yang mengatakan bahawa UMNO/BN sudah kehilangan sokongan.

Selain mendengar Ucapan YAB Datuk Seri Najib, pihak penganjur juga menyediakan pelbagai aktiviti dan program yang telah diaturkan. Selain itu tidak ketinggalan sanggar-sanggar yang disediakan oleh UMNO Perhubungan Negeri-Negeri dan juga Sayap-Sayap UMNO,dimana setiap daripada sanggar itu mangandungi bahan-bahan rujukan dan juga info terkini berkaiatan sejarah serta gerak kerja mereka.

IMG_3982_resize

IMG_2775_resize

Antara yang mendapat sambutan hangat adalah Sanggar Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Sesuatu yang menarik disitu kelihatan YB Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sdr.Khairy diserbu oleh pengunjung-pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar dan beramah mesra dengan Ketua Pemuda yang baru berusia 34 tahun ini, keadaan sanggar yang agak kecil menambah sibuk dan riuh rendah di kawasan tersebut.

YB Hj.KJ nampaknya melalui proses pembetulan imej yang sangat positif. Beliau yang sibuk melayan pengunjung yang tidak putus-putus mahu beramah mesra bersama beliau dan barisan EXCO PPUM yang lain nampaknya tampil dengan gaya yang lebih bersemangat pada pembukaan tirai 2010 ini. Penerimaan rakyat kepada beliau nampaknya semakin positif sekaligus menafikan pandangan-pandangan sesetengah pihak bahawa masyarakat menolak kepimpinan KJ.Mungkin persepsi-persepsi negatif keatas beliau selama hari ini telah dapat diatasi dengan pendekatan beliau yang lebih relax dan bersahaja sepanjang tempoh 9 bulan selepas beliau diangkat sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan diharapkan dengan perubahan positif ini ia akan membantu PPUM dalam memantapkan gerakan dalam menjayakan misi YAB Presiden menjelang PRU yang-13 kelak.

IMG_2875_resize

IMG_3986_resize

IMG_3995_resize

IMG_2814_resize

IMG_2807_resize

IMG_2810_resize

Sumber : http://www.kjfanclub.com/

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP