Wednesday, December 9, 2009

Respon Kepada Artikel THE DARKER SIDE










YAB Dato’ Seri,

1) Kami mewakili kumpulan penyokong Khairy Jamaluddin merasa terpanggil untuk meluahkan perasaan kami bagi memastikan Dato’ Seri mendapat perspektif yang menyeluruh mengenai apa yang sebenarnya berlaku di alam siber perihal persepsi dan penerimaan warga siber terhadap KJ.

Tetapi pertama sekali izinkan kami berkongsi dengan YAB Dato’ Seri bahawa setahu kami, KJ tidak pernah melatah atau merungut lantaran tidak dilantik di dalam kabinet. Malah walaupun lawannya untuk jawatan Ketua Pemuda Datuk Mukhriz Mahathir serta Naibnya diangkat menjadi Timbalan Menteri, KJ tidak pernah pun mempersoalkan keputusan Dato Seri. Malah KJ berkali-kali telah menyatakan kesediaannya untuk menjalankan tugasan yang diamanahkan oleh Dato’ Seri sewaktu Dato’ Seri berjumpa dengannya pada malam sebelum pengumuman jemaah menteri – Iaitu fokus tugasan memenangkan kembali pengundi muda.

Malah, apabila Dato Seri Idris Jala dilantik menjadi Menteri penuh, KJ adalah pemimpin UMNO pertama untuk mengeluarkan kenyataan di alam siber, melalui Twitter dan Facebook bahawa ia satu pelantikan yang baik kerana mengambil seorang dengan track record yang cemerlang – Sekaligus menunjukkan betapa serius usaha Dato’ Seri untuk menjana pembaharuan dalam BN.

Kami yakin Dato’ Seri dapat menilai sendiri keikhlasan KJ dalam perkara ini.

2) Malangnya, ada sekumpulan bloggers dan ‘aktivis’ di Facebook anti-KJ yang bermatlamat menjatuhkan pemimpin muda ini. Bukan sekadar mengkritik dan membelasah KJ sekali-sekala, tetapi blog mereka ini diwujudkan semata-mata untuk memburuk-burukkan KJ, baik dari segi nama blog itu sendiri mahupun isi kandungannya. Terbaru sudah ada akaun Facebook dan blog yang diwujudkan atas nama Maya Khairy – ini sudah cukup menggambarkan betapa taksubnya mereka ini yang bergelar bloggers dan pejuang UMNO.

Suatu perkara yang unik mengenai golongan ini adalah betapa tersusunnya kaedah mereka menyerang KJ, sekaligus menampakkan bahawa ini satu gerakan yang khas dan dibiayai sesetengah pihak. Kami member contoh:

a) Setelah satu jangka masa beberapa minggu ‘senyap’, semua mereka akan tiba-tiba online pada waktu yang sama, dan mengutuk habis-habisan KJ.

b) Mereka mengambil masa dan mengerah kepala menggunakan grafik dan kaedah copy+paste untuk menunjukkan bahawa tiada langsung penyokong KJ di alam siber, kerana mereka hanya fokus kepada komen atau tulisan dari kalangan mereka sahaja.

Ini menunjukkan ia bukan satu ‘groundswell’ yang organik dan spontan, tetapi satu gerakan tersusun oleh segelintir orang yang bekerja 24 jam menjatuhkan KJ.

3) Maka paradoksnya, dikala golongan ini mereka tidak habis-habis mengungkit isu persepsi buruk terhadap KJ, hakikatnya smereka-lah yang menjana persepsi (fabricating perception) tersebut di kalangan mereka-mereka sendiri. Kami tidak terkejut andainya dalam kehidupan kepompong mereka itu, persepsi telah bertukar menjadi realiti – daripada ‘terpaksa’ benci KJ sebab duit, sekarang tampaknya mereka telah menyemai perasaan benci yang teramat mendalam terhadap KJ.

Contoh fabricating perception ini jelas berlaku semalam apabila Piggy Singh, antara golongan anti KJ ini, menulis satu kisah dongeng kononnya ramai di alam siber amat menentang KJ dan tidak mahu KJ dilantik ke dalam jemaah menteri. Mereka berkongsi ‘luahan hati’ kepada YAB Dato’ Seri sendiri, dengan hanya mengetengahkan komen-komen dari pihak taksub anti KJ, iaitu komen-komen mereka sendiri, tetapi cuba menyatakan bahawa ia satu gambaran perasaan rakyat sebenar.

Hakikat sebenar jauh berbeza sekali. Di sini kami berkongsi juga komen-komen pro KJ yang wujud di alam siber. Beza kami dan mereka adalah luahan kami adalah ikhlas dan tidak dibuat-buat. Kami yang menyokong KJ hanya sekadar menyokong sahaja dan tidak berniat menjatuhkan sesiapa lain pun.

4) Paling penting sekali, YAB Dato’ Seri, kami sebagai penyokong KJ juga tidak pernah cuba mengajar Dato’ Seri apa yang patut dilakukan dan apa yang tidak. Kami tidak pernah ‘berkempen’ untuk KJ dilantik menteri, tetapi golongan anti-KJ ini berperangai sebaliknya – mereka kini tidak henti-henti berkempen siang malam dengan taktik kotor merangka strategi cuba menghalang Dato Seri dari melantik KJ.

Kami menghormati dan menyanjungi kepimpinan Dato’ Seri dan kami tidak akan sekali-kali mengugut Dato’ Seri sepertimana Parpu kari mengugut untuk meninggalkan UMNO sekiranya KJ dilantik.

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP