Monday, December 14, 2009

Apa salahnya KJ dilantik Timbalan Menteri




Banyak blog2 yang pro kerajaan BN menyebarkan berita tentang cadangan perlantikan KJ ke dalam jawatan Timbalan Menteri. Tidak kurang pula ramainya bloggers yang memberi pandangan negatif tentang cadangan perlantikan itu.

Pada pendapat Lebai, tiada apa yang salah jika KJ di lantik kejawatan Timbalan Menteri. Jika Dato Samad boleh di terima rakyat mengapa pula KJ mesti ditolak. Kita tidak perlu pandang kebelakang.

KJ memang layak diberi jawatan Timbalan Menteri sejajar dengan jawatan Ketua Pemuda yang sedang di sandangnya. Dalam sejarah politik tanah air, mana ada seseorang yang memegang jawatan penting dalam parti tidak dilantik sebagai Menteri atau Timbalan Menteri.

Cadangan melantik KJ ke jawatan Timbalan Menteri sangat tepat dan kena masanya. Tanpa sebarang jawatan Menteri, sangat sukar bagi beliau menjalankan tugas nya sebagai Ketua Pemuda.

PRU13 sudah semakin hampir. Kita perlu berkerja lebih keras untuk memantabkan parti terutamanya dalam portpolio Pemuda. Jika Pemuda tidak digerak kan dengan betul, kita akan menghadapi jalan sukar pada PRU13 akan datang.

http://lebai-mangkuk.blogspot.com

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP