Sunday, September 27, 2009

PEMUDA UMNO RAI MEDIA




19/09 - MESKIPUN Ramadan hampir sampai ke penghujungnya, namun pelbagai organisasi termasuk pertubuhan politik menjalankan aktiviti berbuka puasa dalam usaha mengeratkan silaturahim dengan semua pihak terbabit.

Kelmarin, Pemuda UMNO Bahagian Rembau, Negeri Sembilan mengadakan majlis berbuka puasa bersama media di negeri ini bagi merapatkan hubungan dengan media.

Majlis yang yang di hadiri oleh Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin turut beramah mesra bersama pengamal media selain bertukar-tukar pandangan mengenai isu semasa.

Di akhir majlis berkenaan, beliau turut menyampaikan sumbangan kuih raya kepada 30 pengamal media di negeri ini sebagai tanda terima kasih pihak Pemuda UMNO Rembau terhadap kerjasama media yang berterusan.

Hadir sama pada majlis itu ialah Presiden Kelab Akhbar Negeri Sembilan (Kelana), Razali Pilus.

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP