Monday, August 24, 2009

Pengundi meluat taktik keterlaluan Pas - Khairy

BUKIT MERTAJAM 21 Ogos - Taktik Pas yang memfokuskan kepada serangan peribadi calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman boleh menjadi strategi makan tuan apabila ia dilakukan ke tahap yang terlalu dahsyat sehingga menimbulkan rasa meluat pengundi kepada kempen sebegitu.

Sehubungan itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mencabar Pengarah Jentera Pas bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Datuk Mahfuz Omar supaya meneruskan taktik itu jika merasakan ia boleh membawa kemenangan kepada calon Pas.

''Lepas satu, satu. Sekarang timbul pula isu keluarga Rohaizat. Orang pun dah kata ini sudah melampau, kalau ya pun dia ada berapa pun, itu urusan dia kalau dia kahwin secara sah.

''Apa sebab nak telanjang sampai ganggu gugat rumah tangga dia. Inilah Pas, sampai nak bunuh karakter sebegitu sehingga keluarga sedih, kucar kacir. Tapi ini Pas," katanya ketika ditemui pemberita semasa lawatan rumah ke rumah di Taman Penanti dekat sini hari ini.

Sementara itu, Khairy berkata, isu calon BN yang dimainkan oleh Pas sebenarnya tidak terlalu mendapat perhatian sebahagian besar pengundi sebaliknya hanyalah timbul di peringkat atasan.

Katanya, sebab itu penjelasan secara bersemuka dengan pengundi adalah perlu kerana peluang masih ada bagi mengelakkan ia daripada terus diputarbelitkan pihak lawan.

''Sebab itu apabila lawan mula buat tuduhan peribadi yang menyentuh soal isterinya, ramai yang semakin meluat sebab dari kerjaya kemudian masuk pula bab personal.

''Benda ini nampaknya tak akan berhenti. Tapi sampai setakat mana mereka nak bogelkan Rohaizat, adakah nak ungkit sampai dia punya zaman sekolah, zaman universiti, zaman bujangnya. Ini dah semakin mengarut," jelasnya.

Katanya, bagi Pemuda BN apa yang penting adalah memfokus kepada isu berkaitan pilihan raya dan paling utama tentang apa yang parti boleh lakukan untuk pengundi.

''Kita kena ingat ini bukan hanya Roihaizat lawan calon lawan, tapi ia adalah soal parti antara BN dan Pas. Apa yang BN boleh buat, BN dah janji menjadikan DUN ini anak emas.

''Tapi Pas boleh buat apa, tak dilantik pun jadi Exco Kerajaan Negeri. Jadi perbezaan antara BN dan Pas terlalu besar. Lim Guan Eng (Ketua Menteri) tak nak pun lantik Pas sebagai exco.

''Isu kedua pengundi hantu, kita bagi bukti jelas. Tuan rumah tak kenal pun pengundi. Tapi Pas bila dia cakap pengundi hantu dia bagi bukti umur 120 tahun, orang yang dia kata matilah tapi sebenarnya masih hidup.

''Bukti Pemuda UMNO sistematik di mana jelas berlaku pemindahan pengundi secara terancang dari kawasan majoriti Cina ke kawasan pengundi Melayu untuk memenangkan Pas," ujarnya.

Ditanya mengenai dakwaan terhadap calon Pas yang berlegar di Internet kini, Khairy berkata, bukan cara UMNO untuk memainkan sesuatu isu hanya untuk bertindak balas kepada tuduhan lawan.

Katanya, sebaliknya setiap isu akan dipastikan kebenarannya sebelum ia disentuh kerana jika tidak, UMNO tiada bezanya dengan Pas.

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP