Monday, August 24, 2009

Adakah pemimpin PKR masuk syurga?

BUKIT MERTAJAM 21 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menuduh perjuangan UMNO tidak akan membawa ke syurga dicabar mengeluarkan fatwa mengenai perjuangan yang dibawa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, Nik Aziz perlu tampil menjelaskan pandangannya mengenai PKR yang ternyata tidak membawa perjuangan yang berlandaskan Islam sebenar.

''Kalau benar Islam yang dibawa UMNO tidak membawa ke syurga, kita nak minta Nik Aziz keluar fatwa bagaimana pula perjuangan PKR yang tidak sama sekali dilandaskan atas perjuangan Islam.

''Adakah pemimpin PKR seperti (Datuk Seri) Anwar Ibrahim akan masuk syurga? Bagaimana pula Wan Azizah? Begitu juga dengan Khalid Ibrahim dan Azmin Ali. Adakah mereka semua ini akan masuk syurga," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pentas Pemuda di Kubang Semang semalam.

Turut berucap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Exco pergerakan itu, Lokman Nor Adam.

Nik Aziz Isnin lalu mengeluarkan kenyataan bahawa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

Reezal Merican berkata, sebagai pemimpin bergelar tok guru, Nik Aziz tidak wajar menjadikan pentas politik untuk mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Katanya, isu berkenaan sememangnya isu lama dan sering ditimbulkan oleh Nik Aziz terutamanya ketika berlangsungnya pilihan raya kecil.

''Inilah bahayanya jika kita mengeluarkan kenyataan yang menyentuh soal agama semata-mata untuk meraih keuntungan politik,'' tegasnya.

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP