Saturday, August 29, 2009

Khairy Jamaluddin mengecam Perarakan di Shah Alam hari ini

Demo di Shah Alam

Saya selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional mengutuk sekeras-kerasnya demonstrasi membantah cadangan membina kuil Hindu dekat Seksyen 23, Shah Alam, petang tadi di mana kepala lembu diperarakkan ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Tindakan ini tidak langsung menyerlahkan sensitiviti dan penghormatan wajar terhadap agama dan kepercayaan orang lain yang perlu demi keharmonian antara kaum. Sebaliknya, tindakan emosional dan menghina sebeginilah yang boleh membawa kemudaratan kepada keamanan negara. Read More

Read more...

Monday, August 24, 2009

Jangan salah guna kuasa Menteri Besar - Khairy

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diminta tidak melakukan penyelewengan atau salah guna kuasa bagi membolehkannya membayar hutang bernilai RM66.67 juta dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, langkah tersebut tidak seharusnya dibuat memandangkan kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang telah mendakwa ia mengamalkan sistem pentadbiran yang telus.

''Ini bukan satu jumlah hutang yang kecil. Saya berharap jangan sampai ada penyelewengan atau salah guna kuasa selaku Menteri Besar kerana hendak menyelamatkan diri," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas langkah Mahkamah Tinggi Dagang Kuala Lumpur semalam yang memerintahkan Abdul Khalid supaya melunaskan pinjaman berjumlah AS$18.52 juta (RM66.67 juta) kepada BIMB yang digunakan untuk membeli saham Guthrie Berhad lapan tahun lalu.

Khairy ketika kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok pada 26 April 2007, pernah mendedahkan Abdul Khalid yang menjadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika itu telah membeli 20 peratus kepentingan dalam syarikat perladangan tersebut.

Sekiranya rayuan Menteri Besar Selangor itu gagal, kata Khairy, pihaknya mahu beliau mendedahkan langkah-langkah yang akan dibuat bagi membayar hutang tersebut.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo pula berkata, isu hutang Abdul Khalid itu pernah dibangkitkannya pada sesi sidang DUN Selangor.

''Selama ini beliau cuba menyorokkan masalah hutang beliau. Saya pernah bertanya dalam DUN tetapi beliau mengelak untuk memberikan penjelasan.

''Beliau juga telah berbohong kepada rakyat Selangor apabila tidak mendedahkan jumlah hutang dengan BIMB dalam pengisytiharan harta yang telah beliau muatkan dalam Internet. Saya percaya mungkin ada banyak lagi hutang tersorok yang tidak diketahui umum.

''Saya berharap beliau dapat berlaku jujur dengan memberitahu umum semua masalah kewangannya, supaya rakyat tahu bagaimana beliau akan menyelesaikan semua hutang dan daripada mana punca datangnya wang itu," katanya.

Mohamad Khir yang juga bekas Menteri Besar Selangor berharap, rakyat negeri itu dapat berfikir dengan lebih jelas apa yang akan berlaku pada negeri terkaya di Malaysia kerana ia kini ditadbir seorang Menteri Besar yang kononnya hebat tetapi menghadapi kemungkinan muflis.

''Beliau selalu bersikap bangga diri dengan menyatakan dia adalah tokoh korporat hebat yang telah merancang ekonomi Selangor dengan teori ekonomi andaian.

''Andaian pendapatan pasir RM170 juta, tetapi realitinya hanya dapat RM4 juta. Pembuangan kakitangan anak syarikat kerajaan negeri juga telah berlaku dan ada cadangan penutupan Perbadanan Pertanian Selangor.

''Semua ini adalah antara petanda kewangan Selangor dalam keadaan tenat dan saya tidak terkejut jika negeri ini juga akan menagih simpati Kerajaan Pusat untuk menampung perbelanjaan mengurus seperti Kelantan," ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, tindakan paling bermaruah yang boleh dilakukan Abdul Khalid ialah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

''Ini bagi membolehkan beliau memberi tumpuan untuk menyelesaikan masalah peribadinya.

''Beliau telah membuat kenyataan boleh membayar hutang berkenaan. Kita hendak beliau bersikap telus untuk menerangkan kepada rakyat daripada mana dia dapat mengumpulkan wang sebanyak itu,'' katanya.

Mengulas isu sama, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, isu terbaru itu membuktikan kewibawaan Menteri Besar berkenaan kini menjadi tanda tanya semua pihak.

''Beliau sebenarnya telah gagal dalam mentadbir negeri Selangor berikutan timbulnya banyak isu ketika pemerintahannya dan ini termasuk cadangan menggunakan wang zakat untuk membiayai pentadbiran,'' katanya.

Read more...

Adakah pemimpin PKR masuk syurga?

BUKIT MERTAJAM 21 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menuduh perjuangan UMNO tidak akan membawa ke syurga dicabar mengeluarkan fatwa mengenai perjuangan yang dibawa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, Nik Aziz perlu tampil menjelaskan pandangannya mengenai PKR yang ternyata tidak membawa perjuangan yang berlandaskan Islam sebenar.

''Kalau benar Islam yang dibawa UMNO tidak membawa ke syurga, kita nak minta Nik Aziz keluar fatwa bagaimana pula perjuangan PKR yang tidak sama sekali dilandaskan atas perjuangan Islam.

''Adakah pemimpin PKR seperti (Datuk Seri) Anwar Ibrahim akan masuk syurga? Bagaimana pula Wan Azizah? Begitu juga dengan Khalid Ibrahim dan Azmin Ali. Adakah mereka semua ini akan masuk syurga," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pentas Pemuda di Kubang Semang semalam.

Turut berucap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Exco pergerakan itu, Lokman Nor Adam.

Nik Aziz Isnin lalu mengeluarkan kenyataan bahawa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

Reezal Merican berkata, sebagai pemimpin bergelar tok guru, Nik Aziz tidak wajar menjadikan pentas politik untuk mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Katanya, isu berkenaan sememangnya isu lama dan sering ditimbulkan oleh Nik Aziz terutamanya ketika berlangsungnya pilihan raya kecil.

''Inilah bahayanya jika kita mengeluarkan kenyataan yang menyentuh soal agama semata-mata untuk meraih keuntungan politik,'' tegasnya.

Read more...

Pengundi meluat taktik keterlaluan Pas - Khairy

BUKIT MERTAJAM 21 Ogos - Taktik Pas yang memfokuskan kepada serangan peribadi calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman boleh menjadi strategi makan tuan apabila ia dilakukan ke tahap yang terlalu dahsyat sehingga menimbulkan rasa meluat pengundi kepada kempen sebegitu.

Sehubungan itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mencabar Pengarah Jentera Pas bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Datuk Mahfuz Omar supaya meneruskan taktik itu jika merasakan ia boleh membawa kemenangan kepada calon Pas.

''Lepas satu, satu. Sekarang timbul pula isu keluarga Rohaizat. Orang pun dah kata ini sudah melampau, kalau ya pun dia ada berapa pun, itu urusan dia kalau dia kahwin secara sah.

''Apa sebab nak telanjang sampai ganggu gugat rumah tangga dia. Inilah Pas, sampai nak bunuh karakter sebegitu sehingga keluarga sedih, kucar kacir. Tapi ini Pas," katanya ketika ditemui pemberita semasa lawatan rumah ke rumah di Taman Penanti dekat sini hari ini.

Sementara itu, Khairy berkata, isu calon BN yang dimainkan oleh Pas sebenarnya tidak terlalu mendapat perhatian sebahagian besar pengundi sebaliknya hanyalah timbul di peringkat atasan.

Katanya, sebab itu penjelasan secara bersemuka dengan pengundi adalah perlu kerana peluang masih ada bagi mengelakkan ia daripada terus diputarbelitkan pihak lawan.

''Sebab itu apabila lawan mula buat tuduhan peribadi yang menyentuh soal isterinya, ramai yang semakin meluat sebab dari kerjaya kemudian masuk pula bab personal.

''Benda ini nampaknya tak akan berhenti. Tapi sampai setakat mana mereka nak bogelkan Rohaizat, adakah nak ungkit sampai dia punya zaman sekolah, zaman universiti, zaman bujangnya. Ini dah semakin mengarut," jelasnya.

Katanya, bagi Pemuda BN apa yang penting adalah memfokus kepada isu berkaitan pilihan raya dan paling utama tentang apa yang parti boleh lakukan untuk pengundi.

''Kita kena ingat ini bukan hanya Roihaizat lawan calon lawan, tapi ia adalah soal parti antara BN dan Pas. Apa yang BN boleh buat, BN dah janji menjadikan DUN ini anak emas.

''Tapi Pas boleh buat apa, tak dilantik pun jadi Exco Kerajaan Negeri. Jadi perbezaan antara BN dan Pas terlalu besar. Lim Guan Eng (Ketua Menteri) tak nak pun lantik Pas sebagai exco.

''Isu kedua pengundi hantu, kita bagi bukti jelas. Tuan rumah tak kenal pun pengundi. Tapi Pas bila dia cakap pengundi hantu dia bagi bukti umur 120 tahun, orang yang dia kata matilah tapi sebenarnya masih hidup.

''Bukti Pemuda UMNO sistematik di mana jelas berlaku pemindahan pengundi secara terancang dari kawasan majoriti Cina ke kawasan pengundi Melayu untuk memenangkan Pas," ujarnya.

Ditanya mengenai dakwaan terhadap calon Pas yang berlegar di Internet kini, Khairy berkata, bukan cara UMNO untuk memainkan sesuatu isu hanya untuk bertindak balas kepada tuduhan lawan.

Katanya, sebaliknya setiap isu akan dipastikan kebenarannya sebelum ia disentuh kerana jika tidak, UMNO tiada bezanya dengan Pas.

Read more...

Pembangkang Gagal Menjawab Tiga Isu PRK Permatang Pasir - KJ

Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin membidas pembangkang melalui laman blognya

SUMBER REMBAU.NET.MY


Dalam tulisan blog saya yang lepas dan juga beberapa kenyataan dan ucapan saya sewaktu berkempen di Permatang Pasir, saya telah mengemukakan tiga soalan penting kepada Pakatan Pembangkang untuk mendapat jawapan dari pihak mereka. Soalan-soalan ini berkisar beberapa isu pokok pada Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Permatang Pasir yang tidak disentuh langsung oleh pihak pembangkang yang cuba mengalih pandangan umum kepada serangan peribadi mereka terhadap calon Barisan Nasional (BN), saudara Rohaizat Othman.

Jelas selepas hampir dua hari soalan-soalan saya dikemukakan, Pakatan Pembangkang masih gagal memberi jawapan yang memuaskan. Ini membuktikan bahawa mereka sememangnya tiada penjelasan yang baik bagi isu-isu yang telah saya bangkitkan, sekaligus menghantar satu isyarat bahawa pengundi Permatang Pasir wajar menolak calon PAS oleh sebab kegagalan pembangkang untuk menjalankan kempen berteraskan isu-isu penting dalam pilihanraya ini.

Soalan-soalan yang saya telah bangkitkan adalah seperti berikut:

1) Apa penjelasan pembangkang terhadap kewujudan pengundi-pengundi "hantu" atau "setinggan" di kawasan Permatang Pasir?

Pemuda UMNO telah mengemukakan bukti kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenai kewujudan beberapa pengundi yang didaftarkan di bawah alamat dimana tuan punya rumah tidak pun mengenali mereka. Saya juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa fenomena pengundi "hantu" atau "setinggan" ini adalah hasil persekongkolan beberapa ejen pembangkang dalam SPR membantu parti-parti pembangkang bagi menjalankan operasi pemindahan pengundi untuk mengukuhkan beberapa kawasan yang sebelum ini dilihat sebagai kawasan tidak selamat untuk pihak pembangkang.

Di sini, saya menolak desakan pembangkang bahawa Pemuda UMNO harus menuntut agar pengurusan tertinggi SPR meletak jawatan. Malah Pemuda UMNO yakin dengan profesionalisme pengurusan tertinggi SPR. Sebaliknya, yang kami syaki adalah beberapa pegawai di peringkat operasi yang telah membantu pembangkang dalam operasi pemindahan pengundi.

Sehingga hari ini, pembangkang tidak memberi jawapan yang jelas mengenai dakwaan saya tentang operasi pemindahan pengundi yang dikendalikan oleh pembangkang.

2) Adakah YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, akan melantik calon PAS sebagai Exco Kerajaan Negeri sekiranya beliau menang di PRK DUN Permatang Pasir?

Kerajaan Negeri Pulau Pinang gelarkan dirinya sebagai Kerajaan "Pakatan Rakyat". Malangnya, wakil rakyat tunggal dari PAS dulu, Allahyarham Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman, tidak dilantik selaku Exco. Ini membuktikan bahawa DAP langsung tidak menghormati PAS di Pulau Pinang. Mana mungkin rakyat mempercayai Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah Kerajaan "Pakatan Rakyat" apabila PAS langsung tidak diberi tempat dalam pentadbiran negeri?

Sampai hari ini YAB Lim tidak memberi jaminan bahawa calon PAS akan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri, sungguhpun isu ini telah saya bangktikan berkali-kali. Maka tidak keterlaluan rasanya andaian saya bahawa YAB Lim sememangnya tidak akan melantik calon PAS sebagai Exco. Adakah ini cara DAP menghargai pengundi di Permatang Pasir?

Jawapan yang diberi oleh YAB Lim apabila diaju soalan ini dari pihak media amat memalukan dan mendedahkan pemikiran cetek beliau. Daripada memberi jawapan yang jelas, beliau menggunakan hujah basi bahawa saya tidak layak bertanya soalan ini sebab saya juga tidak dilantik dalam Kabinet Persekutuan walaupun dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO. Hujah yang sama ini juga digunakan oleh YB "Jeff" Ooi dan YB Mahfuz Omar. Tetapi bagi mereka yang berfikir secara rasional, hujah ini amat lemah, tidak relevan dan tidak logik. Pelantikan calon/wakil rakyat PAS sebagai Exco Kerajaan Negeri adalah bagi menghormati institusi atau parti PAS dalam "Pakatan Rakyat". Ini jauh berbeza dengan saya sebagai individu. Pemuda UMNO sebagai institusi dihargai oleh YAB Perdana Menteri melalui lantikan naib saya, YB Dato' Razali Ibrahim, sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Tambahan lagi, isu untuk pilihanraya kecil ini bukan isu pelantikan Kabinet Persekutuan. Isunya, adakah calon PAS akan dilantik sebagai Exco sekiranya menang? Jawapan YAB Lim adalah tidak. Maka mengapa perlu pengundi Permatang Pasir menyokong calon PAS, sekiranya permintaan yang munasabah ini pun tidak dapat dilaksanakan oleh Kerajaan "Pakatan Rakyat" Pulau Pinang?

3) Apakah perancangan pembangkang untuk kawasan Permatang Pasir?

BN sudahpun mengetengahkan satu janji dan visi bahawa Permatang Pasir akan menjadi "anak emas" kepada Kerajaan Persekutuan sekiranya Rohaizat Othman dipilih sebagai ADUN pada 25hb Ogos. Ini bermakna visi BN untuk kawasan Permatang Pasir ini mendapat sokongan penuh dari Kerajaan Persekutuan yang akan menambah kemudahan-kemudahan asas, menjana pertumbuhan ekonomi, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan disamping memperjuangkan pembangunan sosial dan spiritual. Ini janji kami dari BN yang telah dibuat oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri, sendiri.

Sekiranya PAS menang, apa visi pembangkang? Jawapannya: Langsung tiada. Sebaliknya, apa yang ditekankan adalah serangan peribadi terhadap calon BN. Tapi soal pokok - yakni perubahan, pembangunan dan kebajikan penduduk Permatang Pasir tidak disentuh, menunjukkan bahawa pembangkang sebenarnya amat ketandusan idea dan visi untuk membantu rakyat di sini.

Kalau undi BN, jadi anak emas. Kalau undi PAS, jadi anak tiri DAP - jawatan Exco pun tak dapat. Tepuk dada, tanya selera.

Read more...

Friday, August 21, 2009

Khairy: Jawab tiga soalan saya



Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau masih menunggu jawapan daripada Pakatan Rakyat berhubung tiga isu besar yang dibangkitkannya dalam kempen pilihanraya kecil DUN Permatang Pauh.

Pertama, katanya ialah isu pengundi hantu dalam pilihanraya kecil ini; kedua, mengapa PAS tidak mendapat kerusi exco dalam kerajaan negeri Pulau Pinang; dan ketiga, mengapa tiada sebarang rancangan atau pelan pembangunan buat rakyat sekiranya calon PAS menang di Permatang Pasir.

Menulis dalam blognya, Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau menegaskan, ketiga-tiga persoalan pokok tersebut telah ditujukan kepada pakatan pembangkang sewaktu berceramah di Jalan Kubang Semang, Permatang Pasir.semalam.

Mengenai pengundi hantu, Khairy berkata, pergerakan itu mengesyaki ada usaha besar-besaran dari PAS untuk memindahkan pengundi mereka dari kawasan DAP yang berhampiran, ke kawasan PAS (Permatang Pasir).

“Ini kerana PAS sedar undi Melayu berpecah dua, maka untuk menjamin kemenangan, mereka terpaksa bermain kotor supaya lebih ramai pengundi "setinggan" mereka ini dipindah ke kawasan-kawasan majoriti Melayu.

“Tidak seperti dakwaan pihak lawan, Pemuda Umno tidak menabur fitnah semata-mata – kami sudah pun menyerahkan bukti fenomena ini,” tulisnya.

Menurut Khairy lagi, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelmarin, berserta bukti pengundi hantu atau "setinggan" itu.

Menurutnya, Pemuda Umno mendapati terdapat pengundi yang didaftarkan di rumah tertentu yang tidak dikenali pun oleh tuan rumah.

Tiada kerusi exco

“Adakah PAS begitu takut berlawan dengan Umno di gelanggang yang rata sehingga perlu menipu untuk menang?

“Jika tidak, saya menggesa pihak PAS memberi penjelasan mengenai isu ini kerana Pemuda Umno sudah pun memberi contoh nyata hal pengundi hantu dari PAS,” katanya.

Khairy juga mendakwa, PAS dan DAP tidak dapat menjawab persoalannya mengapa PAS tidak mendapat kerusi exco kerajaan negeri Pulau Pinang meskipun kerajaan negeri itu dilabel sebagai "Kerajaan Pakatan Rakyat".

Beliau mendakwa, Ketua Menteri, Lim Guan Eng 'seperti biasa' mengelak isu sebenar dan tidak mampu memberi apa-apa jaminan bahawa calon PAS, Salleh Man akan dilantik selaku wakil PAS dalam exco kerajaan negeri sekiranya menang 25 Ogos ini.

“Usahlah YB "Jeff" Ooi dan konco-konconya dalam DAP mengaburi mata rakyat; tak jemu-jemu mengungkit isu saya, selaku ketua Pemuda Umno Malaysia, tidak dilantik sebagai menteri sebagai alasan untuk PAS tidak diwakili dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Kanak-kanak di bangku sekolah pun boleh membezakan antara seorang individu seperti saya ini, dan sebuah parti besar seperti PAS, yang diketepikan dan diaibkan oleh DAP yang berperanan seakan buli dalam Pakatan Rakyat,” katanya.

Khairy juga mendakwa, calon PAS di DUN Permatang Pasir tidak diberi penghargaan sewajarnya oleh DAP, kerana sepanjang kempen, beliau tidak langsung mendengar sebarang pelan pembangunan buat rakyat di situ sekiranya calon PAS menang.

'Saya tunggu jawapan'

“Apapun kelemahan dan kecacatan kempen pilihan raya BN, sekurang-kurangnya kami menerangkan kepada rakyat intipati perjuangan kami untuk mereka sekiranya menang.

“Timbalan perdana menteri sendiri sudah menjanjikan status anak emas kepada kawasan Permatang Pasir ini jika BN menang, dengan pembangunan infrastruktur, peluang pekerjaan mahupun kemudahan awam yang sememangnya diketagihi kawasan Permatang Pasir.

“Barangkali dengan kesedaran bahawa beliau tidak mungkin dapat kerusi exco jika menang, Tuan Haji Salleh Man (kiri) pun tidak berani menjanjikan apa-apa pembaharuan positif buat penduduk Permatang Pasir,” tambah Khairy.

Kerana itulah, katanya, PAS lebih suka menyerang keperibadian calon BN kerana ketandusan modal politik yang sebenar.

“Terbaru, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan, mendakwa (calon BN) Rohaizat (Othman) mempunyai isteri kedua di Pahang dalam usaha mempersoal lagi keperibadian calon BN.

“Dakwaan ini sudahpun disangkal oleh Rohaizat sendiri. Tetapi yang peliknya, kalau benar pun saudara Rohaizat (kanan) mempunyai isteri kedua, mengapa pula PAS mahu membongkarkannya seolah-olah ini suatu perbuatan yang keji di mata PAS?

“Sejak bila pula PAS menjadi anti-poligami?” soal Khairy sambil menegaskan bahawa selama ini pembangkang menurutnya, tidak pernah segan silu cuba menyerang peribadi calon BN dalam mana-mana pilihan raya pun.

“Namun, kali ini strategi hina ini digunapakai sehinggakan segala persoalan sebenar yang memberi impak kepada rakyat dan pengundi Permatang Pasir ini langsung tidak diendahkan.

“Saya menanti sebarang jawapan dan respon dari pihak pembangkang,” tegas Khairy.

Sumber Malaysiakini

Read more...

Khairy Jamaluddin gesa perintah berkurung akibat Virus A H1N1

H1N1 - Langkah Drastik

Perkembangan mutakhir mengenai penularan wabak virus influenza A H1N1 semakin kronik dan membimbangkan dengan laporan terkini yang merekodkan kadar jangkitan tertinggi harian seramai 569 pada hari ini, yang menjadikan kes terkumpul melebihi lima ribu dan kematian seramai 68 orang.

Sehubungan dengan ini, saya menyeru pihak Kerajaan mengambil langkah drastik dengan mengisytihar dan mengeluarkan arahan berkurung dan penutupan premis pejabat, pusat perniagaan dan tempat awam bagi menangani penularan mendadak wabak ini, disamping arahan darurat kesihatan yang telah dibuat pada 17 Ogos lepas. Tindakan ini perlu dilakukan dengan segera. Read More

Read more...

Wednesday, August 19, 2009

Anugerah Skrin for Khairy?


KUALA LUMPUR, Aug 17 — It is not every day you hear the name Khairy Jamaluddin being mentioned followed by rounds of applause.

Then again, today’s event was no ordinary event. It may even have been historic to a certain degree, but one thing's for sure... it was certainly unique.

15Malaysia, a joint effort between 15 independent film-makers and Packet One Networks (P1), a wireless broadband company, had its official launch here today. Read More

Read more...

Khairy minta SPR siasat dakwaan

REMBAU 18 Ogos - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin akan mendapatkan penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok berhubung dakwaan wujudnya pengundi hantu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Beliau berkata, langkah itu susulan laporan yang dikemukakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Norman Zahlan, kepadanya tentang taktik kotor berkenaan dipercayai perbuatan parti pembangkang.

Jelasnya, Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang telah mengesan terdapat pengundi-pengundi hantu di sebuah rumah di mana pemiliknya tidak mengenali nama individu-individu yang didaftarkan di alamat terbabit dalam pemeriksaan pagi tadi.

''Ekoran penemuan itu, saya meminta Norman mengemukakan laporan kepada Pejabat SPR Pulau Pinang dengan segera," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program IQRA Membaca Sepanjang Hayat anjuran Akademi Pemuda UMNO, Pergerakan Pemuda UMNO Rembau dan Yayasan Pembangunan Buku Negara di Dewan Seri Rembau dekat sini hari ini.

Tambah Khairy, pertambahan mendadak kira-kira 1,000 pengundi di Permatang Pasir sejak setahun lalu agak mencurigakan dan mungkin berpunca daripada 'gerakan pemindahan pengundi' oleh pembangkang.

Katanya, keraguan mula timbul setelah semakan daftar pemilih oleh Pemuda BN mendapati pengundi-pengundi berbangsa Melayu, Cina dan India mendiami alamat yang sama.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, SPR disaran supaya mengkaji dan memperketat prosedur sedia ada berhubung penukaran alamat pengundi pada daftar pemilih bagi mengelakkan perkara sama berulang.

Read more...

Bersatulah bangsa Melayu !

Di saat ini, perbalahan sesama bangsa Melayu berada di tahap kritikal. Punca utama adalah perbezaan fahaman politik. Budaya berpuak-puak semakin berleluasa sama ada di bandar mahupun di kampung. Pergolakan ini dilihat oleh orang lain dan mereka gembira melihat kita bersengketa sesama sendiri. Read More

Read more...

Program Iqra’ di Rembau






Pemuda Sendayan, N.Sembilan menyerahkan bendera kebangsaan kepada YB Khairy Jamaluddin


Rembau- Akademi Pemuda, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Yayasan Pembangunan Buku Negara, dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Rembau dan dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau, mengadakan satu program galakan membaca dan pemberian buku kepada sekolah, perpustakaan desa dan juga pelajar cemerlang dalam pembacaan buku bagi kawasan Parlimen Rembau, Negeri Sembilan.

Aturcara yang diberi nama Program Iqra’ ini yang berlangsung pada hari Selasa, 18 Ogos 2009 pada jam 3.30 petang bertempat di Dewan Seri Rembau, Rembau dan bakal dirasmikan oleh Saudara Khairy Jamaluddin Abu Bakar selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Rembau.

Sebanyak 80 kotak buku yang mengandungi 30 judul buku-buku yang disumbangkan oleh penerbit-penerbit buku tempatan akan diagihkan pada majlis tersebut.

“Saya mengucapkan syabas kepada Akademi Pemuda dan Yayasan Pembangunan Buku Negara di atas inistiaf yang mulia ini, terutama sekali Yayasan Pembangunan Buku yang telah bermurah hati memilih kawasan Parlimen Rembau sebagai lokasi penerima sumbangan buku di bawah program Iqra’. Saya pasti dengan sumbangan ini, para pelajar dan penduduk di kawasan Parlimen Rembau akan mendapat manfaat dengan adanya buku-buku bacaan tambahan yang dapat meningkatkan budaya membaca dan penerokaan ilmu”, ujar Saudara Khairy.

Mengulas mengenai program Iqra’, Saudara Khairul Azwan Harun menjelaskan bahawa program Iqra’ ini bertepatan dan sinergistik dengan pemfokusan Akademi Pemuda yang menjurus kepada aktiviti - aktiviti bina insan, terutama sekali bagi generasi muda. Beliau juga mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kesudian Yayasan Pembanggunan Buku Negara mengembeleng tenaga bersama Akademi Pemuda bagi aktiviti Program Iqra’ di Rembau.

Haji Hasan Hamzah, selaku Pengerusi Yayasan Pembangunan Buku Nasional, berkata: “Pihak Yayasan berasa berbesar hati dapat membuat satu aktiviti secara usahasama dengan Akademi Pemuda bagi satu program yang diharap dapat meningkatkan lagi budaya membaca di kalangan masyarakat.” Beliau turut menjelaskan bahawa Program Iqra’ ini bakal menjadi stimuli kepada program Jom Baca di peringkat nasional yang sedang di dalam proses perancangan.


Maklumat Program Iqra’:

Program ini dianjurkan oleh Akademi Pemuda, Pemuda UMNO Bahagian Rembau dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Buku Negara dan diadakan sebagai salah satu kempen untuk menggalakkan rakyat membaca terutamanya dalam kawasan Parlimen Rembau dengan kumpulan sasarannya yang meliputi para pelajar serta penduduk luar bandar.

Sebanyak 80 kotak buku yang mengandungi 30 judul buku-buku yang disumbangkan oleh penerbit-penerbit buku tempatan akan diagihkan kepada 51 buah sekolah rendah, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, 17 buah sekolah menengah serta 13 buah Perpustakaan buku.

Disamping itu, seramai 12 orang pelajar terbaik bagi program Nilam akan turut sama menerima hadiah sumbangan buku, berdasarkan tiga terbaik dari setiap Dewan Undangan Negeri di kawasan Parlimen Rembau. Sebagai maklumat, Program Nilam - Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca untuk menanam minat membaca di kalangan rakyat Malaysia khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat.

Maklumat mengenai Akademi Pemuda: -

Akademi Pemuda atau singkatannya AP telah diperbadankan pada 17 Mei 2002 merupakan satu entiti bukan berlandaskan keuntungan yang menawarkan input intelektual dan penyelidikan bagi pemuda demi memperjuangkan agenda parti untuk agama, bangsa dan tanah air, selaras dengan lima rukun pemuda. Disamping itu, wawasan AP adalah untuk menjadi entiti yang menjana modal intelektual serta perancang strategik di dalam pemuda disamping menjadi agen pelaksana kepada program-program yang selari dan berimpak positif dengan visi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Maklumat mengenai Yayasan Pembangunan Buku Negara:

Yayasan Pembangunan Buku Negara adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 23 Mac 2003 bagi menyahut seruan kerajaan untuk memajukan industri buku dan mengembangkan budaya membaca di kalangan masyarakat Malaysia.

Kajian menunjukkan rakyat Malaysia adalah dalam kategori masyarakat yang malas membaca. Mengikut United Nations Educational, Scientific And Cultural Organization (UNESCO), kira-kira 46 peratus sahaja masyarakat Malaysia yang serius membaca dan antara salah satu sebab yang dikenal pasti adalah akibat kurangnya penerbitan buku tempatan yang berkualiti tinggi. Menyedari hakikat ini, Yayasan pembangunan Buku Negara ditubuhkan untuk membantu meningkatkan kempen menyemai budaya membaca masyarakat Malaysia dalam usaha menyemai budaya ilmu di kalangan masyarakat umum.

Read more...

Monday, August 17, 2009

Pentas Pemuda - Ceramah Pakatan : Retak Menanti Belah








Read more...

CERITA YANG RAMAI ORANG TAK TAHU

Nama mamat ni badrul hisham. Nama glamour dia chegubard. Mamat ini memang jenis seorang manusia yang gila glamour.(Rujukan)

Beliau dulu seorang guru lulusan maktab dan pernah mengajar di sekolah rendah. Mula bergiat dalam PKN selepas kongres pertama PKN di Kemaman pada tahun 2000. Dilantik oleh saifuddin nasution al-kataki sebagai exco pemuda. Ketua pemuda Ezam Md.Nor berada di dalam tahanan ISA pada masa itu. Read More>>

Read more...

Melayu Di Shah Alam Dah BANGKIT..!

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Dato Hj Ahmad Nawawi memberikan kata kata aluannya sebagai tuan rumah.

Ceramah UMUM anjuran Pentas PEMUDA yang berlangsung di Shah Alam malam tadi menyaksikan keBANGKITan pengundi pengundi MELAYU yang mahukan perubahan di Selangor khususnya Shah Alam. Read More>>

Read more...

Pemuda Umno Kesan Pengundi Hantu Di Permatang Pasir

BUTTERWORTH, 16 Ogos (Bernama) -- Pergerakan Pemuda Umno mendakwa terdapat pengundi hantu bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pada 25 Ogos ini, kata Ketuanya Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata ini berdasarkan laporan terdapat pengundi luar yang didaftarkan sebagai pemilih di kawasan itu.

"Kita dapati beberapa orang Melayu didaftarkan di rumah yang dihuni oleh orang Cina dan ada juga pengundi Cina didaftarkan alamatnya di rumah orang Melayu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di sini, hari ini.

Khairy berkata sejak pilihan raya umum lepas terdapat kira-kira 1,000 pengundi didaftarkan di Permatang Pasir dan trend itu adalah tidak normal kerana jumlahnya terlalu besar.

Beliau berkata perkara itu akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil bagi menangani isu itu.

"Kita akan kumpulkan bukti secukupnya dan kemukakan kepada SPR," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Rohaizat Othman, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd Salleh Man dan seorang calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

Penamaan calon pilihan raya kecil itu ditetapkan esok.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS yang meninggal dunia pada 31 Julai akibat sakit jantung.

Read more...

Pemuda Barisan Nasional Era baru



Oleh : Bro Jinggo

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin semalam berkata, Pemuda BN perlu ada semangat "era baru" dalam Pemuda BN, beliau menyeru kepada semua Pemuda MIC, Pemuda MCA, dan Pemuda Umno bergabung; bergerak bersama bagi menyelesaikan masalah rakyat. Jika sebelum ini banyak pergerakan dilancarkan Pemuda Barisan secara berasingan, apabila ada mesyuarat atau pilihanraya kecil sahaja baru Pemuda Barisan Nasional(BN) bergabung, oleh itu Pemuda BN perlu bergerak bersama disetiap masa.

Ini bagi membuktikan bahawa semangat baru dalam Pemuda Barisan tiada masalah dengan kaum Melayu, cina dan India, masalah rakyat adalah masalah nasional.

Khairy yang mempengerusikan Pemuda BN di Perhimpunan Agung MIC Pergerakan Wanita, Pemuda, Puteri dan Putera di PWTC, mengimbas kembali sejarah pengasas, dimana sejarah BN yang bergabung pada tahun 1955 dibawah perikatan.

Dahulu MIC, MCA dan Umno bergabung dibawah perikatan telah memulakan satu wawasan dan satu impian yang mahu melihat semua kaum berhimpun dibawah satu perikatan parti politik, pada waktu itu dibawah nama perikatan dan hari ini dinamakan Barisan Nasional.

Diera ini, beliau mahu generasi muda mengingati akan janji-janji tersebut dan teruskan semangat Barisan Nasional ini untuk masa akan datang kerana ia adalah kekuatan yang ada didalam Barisan Nasional.

Tegas Khairy, “1Malaysia yang membawa maksud kita (Pemuda BN) menjaga semua kaum dan 1Malaysia juga membawa maksud kita adalah wira kepada semua kaum, ianya jelas kerana Barisan Nasional mempunyai satu formula yang asal dibawah 13 parti yang bergabung dari dulu yang mempunyai satu pandangan dan satu ideologi. Berbeza pula dengan Pakatan Pembangkang yang mempunyai mimpi yang berbeza-beza.”

“Sebagai Pengerusi Barisan Nasional tiada lagi masalah Melayu, masalah India, masaalah Cina, bagi kita masalah rakyat adalah masalah nasional. Kalau ada masalah Sekolah Kebangsaan Tamil, masalah estet adalah masalah saya, masalah nasional. Masalah nasional perlu ditangani oleh kita (Pemuda BN).”

Kata Khairy lagi,“Kemiskinan tidak tahu siapa, bangsa dan agama, kemiskinan melibatkan semua kaum dan melibatkan semua masalah kepada Pemuda Barisan Nasional. Kita bergabung untuk memastikan segala masalah rakyat dapat diselesaikan dibawah formula 1Malaysia.”


Sementara itu T Mohan - penyelaras Pemuda MIC - menang besar untuk merebut jawatan ketua pergerakan tersebut dalam pemilihan hari ini.

Beliau mendapatkan 321 undi untuk menewaskan pencabarnya, S P Muthu Vello yang mendapat 148.

Dalam ucapan dasarnya, beliau memohon satu lagi jawatan Menteri MIC adalah penting kepada MIC, kerana ianya bukan sahaja akan mengembalikan keyakinan dan sokongan masyarakat India kepada Barisan Nasional, malahan ia akan menjadi satu pengiktirafan kepada pengorbanan dan sumbangan masyarakat India kepada pembangunan ini untuk tempoh 200 tahun yang lalu.

Beliau juga berkata, Pemuda MIC merayu kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya melantik Ketua Pemuda Barisan Nasional, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin sebagai Menteri dalam Kabinet. Perlantikan ini akan memberi manfaat kepada para pemuda didalam komponen Barisan Nasional.

Ketika melangkah keluar Dewan Merdeka, PWTC; Khairy mendapat tepukan gemuruh dan laungan hidup KJ dari ahli Pemuda MIC. Khairy meninggalkan Dewan pada pukul 11 tgh dan bertolak ke Permatang Pasir bagi meneruskan perjuangannya.

Read more...

Sunday, August 16, 2009

KJ sokong pemilihan Rohaizat

BUKIT MERTAJAM 14 Ogos - Pemilihan Rohaizat Othman sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir mendapat sokongan padu para pemimpin BN di peringkat nasional dan negeri.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, beliau telah lama mengenali calon tersebut iaitu sejak di awal pembabitan mereka dalam bidang politik.

"Walaupun Rohaizat tidak memegang apa-apa jawatan dalam Pemuda UMNO Permatang Pauh, namun umurnya masih lagi di bawah kategori Pemuda.

''Beliau seorang profesional dan pemimpin muda yang berjuang demi rakyat, merendah diri, ikhlas dan mudah didekati masyarakat.

'''Sememangnya beliau merupakan calon terbaik untuk pilihan raya kecil kali ini kerana beliau aktif di Permatang Pauh serta dikenali masyarakat di kawasan itu," ujarnya.

Beliau berkata sedemikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN dan Pengumuman Calon Pilihan Raya Kecil N.11 di Bukit Merah, Jalan Permatang Pauh di kawasan Permatang Pasir di sini hari ini.

Khairy berkata, Pemuda UMNO akan melipatgandakan usaha dalam pilihan raya kecil kali ini memandangkan calon yang bakal bertanding itu adalah dari golongan muda.

''Kami berterima kasih kepada pucuk pimpinan parti kerana memilih calon yang muda lebih-lebih lagi terdapat kira-kira 40 peratus pengundi muda di bawah umur 40 tahun di Permatang Pasir," jelasnya.

Read more...

Saturday, August 15, 2009

Pentas Pemuda : Pemuda Dedah Segala Kepincangan Pembangkang Dalam Siri Ceramah



Oleh Kazman Kamal
http://www.pemuda.com.my/

Shah Alam -- Pemuda UMNO akan terus mendedahkan kepincangan dan kerapuhan pakatan pembangkang dalam siri-siri ceramah yang diadakan untuk dinilai oleh rakyat bagi memastikan mereka membuat pilihan yang tepat pada pilihanraya umum akan datang.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata parti pembangkang yang membentuk pakatan sekarang ternyata rapuh kerana masing-masing mempunyai ideologi yang bercanggah antara satu sama lain.

Tegasnya jika rakyat mahukan kestabilan dan keamanan, mereka harus menolak pakatan pembangkang yang ternyata tidak konsisten dan mempunyai pendirian yang berubah-ubah.

"Pemuda akan dedahkan pakatan pembangkang yang tidak konsisten agar rakyat boleh menilai supaya pada pilihanraya umum akan datang rakyat boleh membuat pilihan yang rasional.

"Kita akan bentangkan fakta. Satu ketika dulu BN ditolak rakyat dan kita sudah berubah dan telah perkuatkan diri kita tetapi pembangkang baru sahaja memerintah setahun lebih sudah menunjukkan belang mereka yang sebenar", katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program Pentas Pemuda, Ceramah “Pakatan : Retak Menanti Belah” di sini, Jumaat malam.

Jelas beliau lagi siri pendedahan melalui ceramah ini akan terus diadakan dengan tumpuan diberikan di kawasan-kawasan bandar serta negeri yang kini dikuasai parti pembangkang.

Sebelum itu ketika berucap pada program ceramah tersebut beliau telah mendedahkan pelbagai kepincangan dan kecelaruan yang berlaku dalam pakatan pembangkang ketika ini khususnya di Selangor.

Bermula dengan isu penjualan arak, penyalahgunaan peruntukan kawasan, penghinaan kepada agama Islam, sikap saling curiga di kalangan parti pembangkang, kegiatan maksiat dan kongsi gelap sehinggalah pengkhianatan yang dilakukan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada rakyat dan negara ini.

"Kita yakin selepas ini akan ada banyak lagi kepincangan dan pembohongan yang dilakukan pakatan pembangkang yang akan diketahui rakyat", ujarnya.

Dalam pada itu mengenai calon BN di Permatang Pasir, beliau berpendapat calon BN Rohaizat Othman mempunyai ramuan kejayaan yang mampu menarik sokongan pengundi khususnya golongan muda.

"Dia (Rohaizat) ada ramuan kejayaan, orang muda, dikenali pengundi, seorang peguam.

"Saya berharap penduduk Permatang Pasir akan memberikan peluang dan sokongan kepada Rohaizat untuk memberikan khidmat terbaik serta ikhlas kepada rakyat," katanya.

Diantara Pemuda yang hadir tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dan bergambar bersama KJ





Read more...

Friday, August 14, 2009

PENTAS PEMUDA



DI JEMPUT HADIR SEMUA
PENTAS PEMUDA

'Pakatan Rakyat Retak Menanti Belah'
14 ogos 2009
jam 9 malam
di perkarangan tadika KEMAS
jalan rajawali 6/6 seksyen 6 Shah Alam

Pemidato : YB Khairy jamaluddin
Ybhg Dato Ahmad Nawawi
Ybhg sdr Lokman Adam
Pemidato PPUM.. Anjuran Unit pidato pemuda UMNO

Read more...

Thursday, August 13, 2009

Umno Youth To Clarify Bilateral Issues With Indonesia

By Mohd Nasir Yusoff

JAKARTA, Aug 12 (Bernama) -- To promote bilateral relations between Malaysia and Indonesia, Umno Youth chief Khairy Jamaluddin on Wednesday led a 20-man delegation from the movement in a two-day official visit here.

He said the delegation would meet Indonesia's youth leaders to clarify, among others, issues pertaining to foreign workers in Malaysia and Asia's most wanted terrorist, Malaysian Noordin Mohd Top.

"We will clarify nagging issues involving the two countries...and in doing so, we hope there will be better cooperation between Malaysian and Indonesian youths," he told Bernama here.

During the day, the delegation attended the World Youth Entrepreneurs and Leaders Forum organised by the Indonesian Young Entrepreneurs Association (HIPMI) in which Khairy was a panelist.

Tonight, the group will attend a dinner with Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek and Malaysian students in Indonesia.

Umno Youth will sign a memorandum of understanding with HIPMI on developing closer bilateral relationship and cooperation between youths of the two nations, followed by meetings with youth leaders from Parti Golkar, Parti Demokrat, Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan and Nahdatul Ulama.

Khairy said the Umno Youth international bureau had chosen Indonesia as the first destination to promote a bilateral relations programme.

"Through positive relationship between Malaysian and Indonesian youths, we can communicate better," he added.

--BERNAMA

Read more...

Tuesday, August 11, 2009

Why Piggy?

Piggy is a blogger who dislikes my idol, KJ. We interacted and engaged on a number of subjects, especially during the KP UMNO campaign period.

Piggy’s resuscitated rampant attacks against Khairy emerged as a suspect to me, especially when KJ is gaining support for his progressive and middle ground politics of empathy, that entails the vision of moving forward.

He magnanimously allocated 83 percent of his August blog piece (at time of writing) to denounce and revile KJ. READ MORE

Read more...

Jangan mudah label orang rasis

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mempersoalkan sikap segelintir pihak yang terlalu mudah melabelkan sesuatu kenyataan sebagai rasis sedangkan ia luahan perasaan kaum tertentu.

Baginya, adalah tidak adil sama sekali untuk melemparkan tuduhan sedemikian hanya kerana membangkitkan perkara-perkara yang menyentuh tentang soal nasib, masa depan dan kepentingan Melayu.

"Saya tak akan dakwa ia rasis kalau MCA atau Gerakan bangkitkan isu libatkan kepentingan kaum mereka seperti sekolah Cina dan bahasa Cina.

"Jadi sama juga jika kalau kita bangkitkan soal nasib orang Melayu, masa depan orang Melayu, kepentingan orang Melayu maka tidak adil nak kata itu rasis," katanya.

Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Apabila tanya sama ada Utusan Malaysia dilihat menjurus ke arah rasis dalam komentarnya, Khairy berkata, semua pihak tidak sepatutnya menjadikan akhbar itu sebagai sasaran dengan menuduh ia rasis, tidak betul dan sebagainya.

"Kita tak boleh senang-senang sasarkan Utusan saja. Jangan kita hanya salahkan satu pihak. Ini (ingatan) untuk semua kita," tegasnya.

Pada masa sama, Khairy mengakui wujud trend untuk melabelkan seseorang dengan pelbagai tuduhan termasuk rasis apabila pihak yang mendengar kritikan itu tidak dapat menerima kenyataan dengan terbuka.

"Macam saya bangkitkan tindakan sesetengah pemimpin DAP yang keluarkan kenyataan mengguris perasan orang Islam, saya pula dituduh pemimpin yang cuba memecah belah rakyat Malaysia.

"Atau apabila saya pertahankan (sesuatu isu), dia kata saya pula rasis dan sebagainya. Saya rasa itu tak adil, kita cuma pertahankan, tapi DAP serang orang lain, kita tak serang.

"Jangan kita terlalu cepat melabelkan orang macam Jeff Ooi (Ahli Parlimen DAP), dia kata Islam ekstremis. Kita tak nak macam itu. Dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN kita ulangi formula memperkuat BN ialah di bawah 1Malaysia, itu yang terbaik," ujarnya.

Ditanya mengenai persiapan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Khairy berkata, Pemuda BN pastinya akan memberi kerjasama terbaik kepada parti.

Katanya, dengan pemilihan calon yang mampu disenangi semua golongan termasuk orang muda di DUN itu, BN pasti menunjukkan prestasi terbaik.

"Mesyuarat Dewan Tertinggi BN juga meminta kita turun dengan cepat ke Permatang Pasir dan kenal pasti seberapa segera pengundi muda seperti yang kita dilakukan di DUN Manek Urai lalu," katanya.

Read more...

Jeff Ooi tidak ikhlas selesai kemelut

Keengganan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi memohon maaf atas kenyataan biadab beliau yang menghina Islam, jelas menunjukkan wakil rakyat DAP itu tidak ikhlas menyelesaikan isu tersebut.

Namun, kedegilan Ooi itu sebenarnya boleh dianggap sebagai hikmah bagi para pemimpin Pas untuk memikirkan masa depan parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam daripada terus bersekongkol dengan DAP.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, jika benar Pas konsisten dalam perjuangan, parti itu tentu tidak akan berdiam diri dengan penghinaan oleh Ooi.

"Saya sekali lagi mengulangi cabaran agar Pas bertindak mengikut keadaan semasa yang memperlihatkan tiadanya semangat setiakawan di kalangan pemimpin DAP untuk menghormati parti itu.

"Sudahlah satu-satunya wakil rakyat Pas tidak mendapat tempat dalam barisan Exco kerajaan Pulau Pinang, kini kenyataan pemimpin DAP pula makin melampau. Maka, Pas perlu sedar mengenai tahap keikhlasan DAP," katanya.

Beliau mengulas kedegilan Ooi yang enggan meminta maaf sebaliknya hanya menarik balik kenyataannya itu atas nasihat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Ooi dalam kenyataannya kepada sebuah akhbar berbahasa Inggeris sebelum ini mendakwa ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang, Mohd. Razali Abdullah sebagai ekstremis agama Islam hanya kerana merupakan ahli kepada pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM).

Beliau yang juga Ketua Staf di Pejabat Ketua Menteri, turut mengkritik hebat pihak majlis kerana membenarkan ekstremis agama Islam berada di dalam pentadbiran.

Read more...

Monday, August 10, 2009

Anwar Saman KJ dulu dan sekarang saman Muhyiddin

KETUA Umno Bahagian Maran, Datuk Tan Mohamad Aminuddin Ishak merupakan ketua bahagian pertama yang saya terpandang kenyataan terbukanya disiarkan menyokong kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

Walaupun sebelum ini, ada Pemuda bahagian, termasuk Pagoh yang mengadakan demonstrasi mempertahankan Muhyiddin dan beberapa Pemuda bahagian lain seperti Jerlun, Alor Star dan beberapa bahagian lagi menghantar memorandum secara senyap-senyap kepada Setiausaha Politik Muhyiddin, nampaknya kali Anwar perlu menyediakan lebih ramai peguam untuk menyaman lebih ramai pemimpin Umno.

Sebelum ini, lebih setahun yang lalu, sebenarnya Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga sudah disaman Anwar Ibrahim tetapi kesnya belum berjalan lagi dan jika kesemua yang Anwar saman ini kalah, kayalah PKR hasil wang saman yang Anwar kutip.

Barangkali banyak firma guaman yang pro PKR akan kaya raya kerana mereka kerap menang bicara dan apa yang lebih menarik, mereka menang kerana pemimpin Umno mahu ditutup mulutnya dengan gertakan saman yang beratus juta ringgit ini.

Memetik kata-kata sinis Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, beliau sendiri tidak berani mahu memberi komen terhadap Anwar sekarang ini kerana musim sekarang adalah musim saman menyaman.

Inilah sebenarnya perjuangan PKR. Mereka memfirnah orang dan mereka tidak sanggup menerima kritikan. Mereka menuduh orang lain tetapi apabila orang membidas mereka, mereka lari masuk ke lubang cacing untuk menyembunyikan diri.

Menyaman seseorang adalah kerja mudah sebenarnya. Lebih-lebih lagi peguam-peguam yang pro PKR, memang cukup berminat untuk mengambil kes-kes seperti ini. Mereka tahu, dengan cara ini sahaja mereka akan dapat publisiti sama ada melalui media pro kerajaan mahukan laman-aman web pembangkang yang cukup berminat dengan melaporkan cerita separuh benar.

Ramai peguam yang menjadi penguambela Anwar ketika kes dia dihadapkan ke mahkamah dahulu, kini sudah bergelar YB. Mereka mungkin kebetulan sahaja bergelar YB kerana PKR tidak mempunyai cukup calon dalam PRU 12 yang lalu dan mungkin juga inilah bayaran yang mereka terima hasil khidmat guaman percuma.

Bagi yang masih belum bergelar YB, mereka memasang angan-angan, jika menawarkan khidmat percuma menjadi peguam kepada Anwar, mungkin dalam PRU 13 akan datang, peguam-peguam ini terpilih bertanding di mana-mana sahaja kawasan yang Anwar persetujui.

Anak Anwar, kawan-kawan Anwar dan anak-anak Karpal Singh pun kini sudah bergelar YB. Mereka tidak perlu berada di dalam mana-mana demonstrasi, cukup sekadar melambai-lambai tangan selepas demonstasi berakhir, akan mudah dikenali kerana ‘inilah politik Anwar’ selama ini.

Jangan terkejut, selepas ini ada lagi kisah seorang pemimpin PKR yang melarikan diri ke Kedutaan Turki, kononnya menerima ancaman bunuh kerana dengan cara ini, mereka akan popular.

Jangan terkejut, jika ada pemimpin PKR, selepas ini akan mendakwa kononnya ‘diracun’ dengan racun ‘arsenik’ yang menyebabkan kulitnya tanggal, kering dan mengelupas, selain cerita rambut yang keguguran angkara orang-orang kerajaan dan penyokong Umno tetapi selepas itu, mereka kembali sihat dan menjadi wakil rakyat.

Muhyiddin perlu menghentikan itu semua. Muhyiddin sudah memulakan satu langkah terbaik. Muhyiddin tidak perlu gentar dengan saman yang beratus juta. Muhyiddin sebenarnya mempunyai ramai kawan-kawan yang mahu menawarkan diri menjadi saksi. Yang paling menarik apabila bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Ezam Mohd Nor tampil mahu memberi sokongan kepada Muhyiddin dan menjadi saksi kes saman Anwar kepada Muhyiddin tersebut.

Sudah terlalu lama ‘permainan wayang’ ini berlangsung. Nasib baiklah ada Khairy Jamaluddin dan Muhyiddin Yassin dalam Umno. Ketika Khairy Jamaluddin kena saman dengan Anwar dahulu, tidak kedengaran mana-mana pihak mahu membantunya tetapi ketika Muhyiddin kena ni, ramai pula yang mahu menawarkan diri. Ehm…ehm!

Oleh Malek Saiful Muda
citra_bangsa@yahoo.com

Read more...

Pas dicabar keluar pakatan pembangkang


BUKIT MERTAJAM 9 Ogos - Pas dicabar keluar daripada pakatan pembangkang berikutan tindak-tanduk DAP dalam gabungan itu yang tidak menghormati prinsip perjuangan yang dibawa Pas selama ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, perkembangan politik di Selangor dan Pulau Pinang membuktikan Pas tidak dihormati ekoran kenyataan pemimpin-pemimpin DAP yang mengguris hati pemimpin serta penyokong Pas.

''Saya nak lihat sejauh mana komitmen Pas kepada pakatan itu. Kita nak tengok sama ada Pas sanggup korbankan maruahnya kerana nak jaga DAP sebab hendakkan kuasa atau sanggup berdiri atas prinsip yang benar,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Mertajam di sini hari ini.

Khairy berkata, di Pulau Pinang misalnya, kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelutong, Jeff Ooi jelas mencabar kesabaran penyokong Pas yang selama ini memberi kekuatan kepada keutuhan pakatan pembangkang di negeri itu.

Malah katanya, satu-satunya wakil rakyat Pas yang memenangi pilihan raya umum lalu tidak mendapat sebarang tempat dalam barisan Exco kerajaan negeri.

''Oleh kerana kita akan ada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dan Pas akan bertanding, saya cabar Pas menuntut jawatan Exco daripada kerajaan negeri pimpinan DAP agar suara Pas didengari.

''Jika kerajaan negeri DAP dan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng tidak menghormati parti itu dengan tidak memberi jawatan Exco, saya sarankan Pas keluar daripada pakatan pembangkang di Pulau Pinang,'' katanya.

Menurut Khairy, pakatan pembangkang bukan sahaja tidak mempunyai semangat setiakawan yang tinggi seperti yang diamalkan Barisan Nasional (BN), malah tidak menghormati sumbangan Pas.

Berbeza dengan BN katanya, parti-parti komponen masih diberi ruang menganggotai Kabinet walaupun mereka tidak memenangi banyak kerusi di Parlimen pada pilihan raya umum lalu.

''Sebagai contoh, MIC dan Gerakan hanya memenangi dua kerusi tetapi masih diberikan peluang menjadi menteri dan timbalan menteri kerana BN sentiasa menghargai sumbangan rakan-rakan lain,'' tambahnya.

Mengulas persediaan pergerakan itu menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Permatang Pasir, Khairy berkata, Pemuda lebih selesa menggunakan pendekatan bersederhana dan berjumpa pengundi secara peribadi.

Bagaimanapun katanya, paling penting pada masa ini ialah mewujudkan perpaduan di kalangan ahli UMNO di Permatang Pauh supaya jentera dapat digerakkan dengan lebih lancar.

''Saya sudah mendapat jaminan daripada Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said bahawa Pemuda akan menyokong siapa sahaja yang akan dipilih pucuk pimpinan sebagai calon di kawasan itu,'' jelasnya.

Read more...

Khairy ajak Pemuda Pas kutuk DAP

MARANG 7 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO mencabar Dewan Pemuda Pas untuk bersama-sama menyertai ceramah umum bagi mengutuk tindakan DAP yang menghina dan mempersendakan agama Islam minggu hadapan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, ceramah yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO itu adalah demi mempertahankan agama Islam yang cuba diperlekehkan oleh wakil rakyat DAP.

Beliau juga menegaskan, cabaran tersebut bukanlah propaganda untuk memerangkap parti berkenaan menyertai Barisan Nasional (BN).

"Saya dengan ikhlas hati mempelawa Dewan Pemuda Pas untuk bersama-sama Pemuda UMNO menyertai ceramah umum itu yang bakal diadakan pada 14 Ogos ini di Shah Alam," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Marang kali ke-21 di Alur Limbat di sini hari ini.

Read more...

Saturday, August 8, 2009

Pemuda Pas dicabar bersama Pemuda UMNO tentang pihak hina Islam



Pemuda UMNO hari ini mencabar Pemuda Pas yang selama ini ini mendakwa mereka memperjuangkan Islam supaya sama-sama menyertai pergerakan itu mengutuk penghinaan terhadap agama Islam oleh pihak-pihak tertentu dalam ceramah perdana yang akan diadakan di Shah Alam pada 14 Ogos.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya ingin melihat sejauh mana pendirian dan keberanian Pemuda Pas dalam mengutuk sikap lantang pihak tertentu termasuk rakan sekutu mereka DAP yang semakin berani menghina agama Islam akhir-akhir ini.

“Pemuda UMNO akan menganjurkan satu ceramah perdana secara besar-besaran di Shah Alam Selangor pada hari Jumaat untuk kita menentang penghinaan agama Islam itu dan saya jemput Pemuda Pas untuk bersama dengan kita atas pentas Pemuda UMNO pada malam tersebut.

“Ini bukan soal muzakarah, ini bukan soal wacana, ini bukan soal kerajaan perpaduan...kita masih lagi ada pendekatan berbeza, tetapi atas isu tersebut yang mana saya percaya ramai orang Melayu, orang Islam merasa tersinggung perasaan dengan perangai mereka (hina agama Islam) dan ini perlu kepada satu usaha bersama,” katanya.

Read more...

Friday, August 7, 2009

Democracy v Capitalism

If you plot a scatter diagram with democracy representing the X-axis and capitalism as for the other – you will have countries like US and UK positioned somewhere on the top right corner and some developing countries that have low economic creation with political conflict, civil wars and less developed democratic institutions such as those in the South African parts at the lower left end corner. In between you will have scattered dots of countries and few extremes that reside beyond the majority population. READ MORE

Read more...

Goodhart's Law

Kerajaan telah memperkenalkan sistem KRA dan KPI bagi meningkatkan kecemerlangan service delivery system dan penerapan performance achievement culture di kalangan penjawat awam. Parti UMNO juga bercadang untuk menggunapakai sistem yang sama bagi parti tersebut, ujar Tan Sri Muhyiddin Yassin.

I have no objections against the adoption and implementation of KRA and KPI systems by the government or UMNO and I sincerely support the moves. My only concern is on its implementation, especially on the trapping of performance targeting and problem solving – commonly known as Goodhart’s Law, yang di perkenalkan oleh Prof. Charles Goodhart.

In essence, Goodhart’s Law says that if you control an indicator to a particular problem, or target, then that indicator ceases to become a good indicator. The law has many applications in economics, politics, financial management as well as our social lives. Imagine a scenario of a group of students whom is asked to rate the performance of their teachers in class. Given its importance, some of the teachers might feel the pressure to bilk the system by offering incentives for certain students to rate them highly. As a result, the rating is now tempered or regulated by an incentive scheme that effectively ruins its accuracy and representation – and that’s when Goodhart’s Law start to operate, i.e. to control is to distort.

By Hang Tegar

Read more...

PKR memang tidak berani dengan DAP - KJ

Kelmarin Pas Selangor mendesak kerajaan negeri agar segera menyerahkan portfolio kerajaan tempatan yang dipegang Ronnie Liu kepada anggota Exco lain atau Menteri Besar berikutan beberapa masalah yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali berkata, antara masalah yang ditimbulkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri itu ialah sering campur tangan tugas pihak berkuasa tempatan (PBT) hingga menyukarkan penguatkuasaan dijalankan.

Bagaimanapun semalam, Abdul Khalid menolak mentah-mentah desakan Pas itu dengan menganggapnya sebagai bukan isu.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan terbaru Abdul Khalid tersebut tidak mengejutkan kerana sudah terbukti sebelum ini Parti Keadilan Rakyat (PKR) memang tidak berani mempertahankan diri apabila ditekan oleh DAP.

Tegas beliau, walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan Ketua pembangkang tetapi hakikatnya parti yang diterajuinya itu sudah menjadi 'pak turut' kepada DAP.

"Menteri Besar Selangor itu tidak berani sentuh Ronnie Liu sebab pemimpin DAP ada 'kekebalan' dan tidak boleh disentuh atau dikritik langsung.

"Tanpa minta pandangan dan penjelasan daripada Pas Selangor, Abdul Khalid terus 'selamatkan' Ronnie Liu.

"Di Pulau Pinang, Jeff Ooi boleh memanggil pemimpin PKR pelampau atau ekstremis tanpa sebarang tindakan. Mana maruah PKR," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan menyifatkan pakatan pembangkang sebagai pakatan rapuh kerana jelas mereka tidak sehaluan dan sependapat dalam banyak perkara.

Beliau sekali lagi mengulangi kenyataannya bahawa rakyat Selangor silap dalam memilih pakatan pembangkang sebagai kerajaan memerintah di negeri tersebut.

Bagaimanapun, katanya, rakyat Selangor masih belum terlambat untuk berubah dan bertukar semula kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

"Apabila Pas minta ditukar Exco, itu menandakan parti tersebut sudah tidak yakin dengan pimpinan yang ada. Menteri Besar yang tidak bersetuju pula tidak menghormati permintaan Pas.

"Oleh itu lebih baik Pas berbincang dengan UMNO dan BN daripada terus bersama dengan DAP dan PKR," katanya.

Read more...

Thursday, August 6, 2009

ISA - Kekal, Mansuh atau Pinda?


Khairy Jamaluddin memberi cadangan spesifik mengenai pengkajian semula ISA

Demonstrasi jalanan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada hari Sabtu lepas telah menyemarakkan lagi perdebatan mengenai akta ini. Pada asasnya, saya menyokong keputusan Kerajaan untuk mengkaji semula ISA agar sesuai dengan keperluan semasa, sepertimana yang saya sebut sewaktu membincangkan ISA dalam rancangan 101 East di saluran Al-Jazeera (tayangan dijadualkan Khamis, 8.30 malam).

Pertama sekali, perlu ditegaskan bahawa Malaysia memerlukan mekanisme penahanan pencegahan (preventive detention), dalam erti kata seseorang individu boleh ditangkap dan ditahan bagi mengelakkan kesalahan atau jenayah yang belum diperlakukan, sebagai salah satu usaha pengurusan ketenteraman secara proaktif. Selanjutnya

Read more...

Wednesday, August 5, 2009

Politik Pembangunan vs. Politik Parpukari

by Wenger J Khairy

Tuan-tuan dan Puan Puan Yang DiHormati,

Sudah lebih satu setengah tahun saya berkecimpung dalam industri per-blog-an. Dan ramai sudah tahu bahawa Wenger Khairy ni penyokong kuat sdr YB Khairy Jamaluddin. Banyak posting posting yang dikeluarkan oleh tuan hamba ni bertujuaan memberi kesedaraan kepada pihak umum mengapa sdr YB KJ ni layak dijadikan pemimpin alaf baru.

Ada yang kata saya kuat mengampu, saya cabar mereka mereka yang bercakap sedemikian, tolong tunjukkan dimana saya mengampu sdr Khairy. Kalau saya kata dianya berbakat, memang betul dianya berbakat. Kalau saya kata dia berpandangan jauh memang betul dia berpandangan jauh. Kalau saya kata dia hensem, memang betul dia hensem.

Tetapi setelah sdr KJ diberi tanggungjawab berat menerajui Pergerakkan Pemuda UMNO, suatu pergerakkan yang besar dimana ahlinya lebih kurang 700 000 orang, kita tidak boleh terlalu menitik beratkan ciri ciri keperibadiaan YB tetapi harus memikir secara pratikal apakah yang kita hendak lihat dengan jelas dari YB.

Bagi saya, penekanan yang baru harus diberi kepada sektor ekonomi dan khususnya kaum Bumiputera. Kalau kita membuka topik tersebut, maka ramailah akan menyanggap bahawa ianya berkait rapat dengan Dasar Ekonomi Baru. Biar saya huraikan pendapat saya ni.

Kalau tuan sakit, tuan akan berjumpa doktor. Pada mulanya doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal dan kemudian mengarahkan ujian darah, ujian radiografi dan sebagainya. Setelah doktor mendapat tahu keputusan ujian tersebut, doktor bolehlah merumuskan apa penyakit yang dihadapi oleh tuan. Berdasarkan penyakit tersebut, doktor akan mengikut protokol yang ditetapkan untuk mengubati penyakit tersebut.

Dan jikalau kita tidak beransur pulih, jikalau kita tetap lemah, jikalau ekuiti Bumiputera tetap kecil, tidak berguna jika Doktor tersebut sekadar mengulang kembali apa yang terang benderang.

Kita harus berjumpa dengan doktor pakar. Dan disini kita boleh lihat kepakaraan sdr YB Khairy.

Selanjutnya >>

Read more...

UMNO MASIH RELEVAN MEMPERJUANGKAN ASPIRASI RAKYAT; SEKITAAR MESYUARAT PERWAKILAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN REMBAU 2009

Oleh: Rizuan Ahamad
Gambar: Ijan/Amir

Pada 2 Ogos 2008 yang lalu, bertempat di Dewan Sri Rembau berlangsung Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau 2009 yang telah dirasmikan serentak berasama Wanita dan Puteri oleh YAB Dato' Seri Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan.

Gabungan 3 sayap UMNO Bahagian Rembau dan tetamu jemputan seramai lebih kurang seribu orang telah memenuhi Dewan Sri Rembau bagi mendengar amanat dan pesanan daripada YAB Menteri Besar. Antara isu yang dikupas oleh Beliau adalah dakwaan pihak pembangkang bahawa UMNO merupakan satu parti politik yang mengamalkan pendekatan perkauman.
Selanjutnya>>

Read more...

Low Cost - High Impact




One of the key features of Khairy Jamaluddin’s new leadership in Pergerakan Pemuda UMNO, I am told, is a novel discipline of how proposed programs are manufactured, evaluated and selected – and that is referred to as “low cost – high impact”. It’s a familiar term or glossary deployed by business leaders to gain the equipoise of maximum asset’s utilisation rate that delivers high impact result with the least possible spending.

The workings of the new approach can be summarised by the diagram above, of which;

[1] Yellow block represents low cost-low impact programs
[2] Red block is for high cost-low impact programs
[3] Blue block embodies low cost-high impact initiatives
[4] Green block stands for high cost-high impact activities

Strategies that correspond to the aforesaid shall be as follows:

[a] To improve the impact of low cost-low impact activities, to the Blue segment area: eg, D to A
[b] To avoid Red block activities that only yield low impact and yet financially burdening: eg, E
[c] To creatively think on how to enhance spending-productivity of the Green segment to the Blue segment, whilst maintaining its high impact: eg, C to A
[d] To improve current positioning and result of Blue segment activities: eg. B to A.

The ideas behind it are numerous and include:-

[i] A reform agenda. To explain this point – a BAU or Business As Usual situation would mean that activities that fall under Green Block would gain the advantage of leadership approval. However, the present approach involves leadership challenge in the form of thinking on how could the same initiative be implemented with lesser cost.
[ii] Productivity driven thinking, be it in resource management as well as on programmes’ impact.
[iii] A more selective and focussed orientation for high impact as well as low cost spending. That shall be the rule of thumb - nevertheless, due considerations would also be given to certain programs that fall under Green and Yellow blocks, on case-to-case basis.


by Hang Tegar

Read more...

Pembangkang cuba kelirukan rakyat – Khairy




REMBAU – Tindakan pembangkang mendalangi perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara semalam sekadar ingin mengelirukan rakyat kononnya ia menandakan kebangkitan rakyat.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, perhimpunan yang mencetuskan kekacauan di Kuala Lumpur itu sebenarnya agenda parti terbabit mempolitikkan isu berkenaan bagi kepentingan pemimpinnya.

“Isu ISA ini sudah lama dipolitikkan dan yang keluar semalam bukannya masyarakat umum tetapi ahli politik pembangkang di mana mereka diwajibkan oleh ketua mereka supaya menghadiri perhimpunan tersebut.

“Ahli politik pembangkang dan penyokong mereka yang berarak dan berkumpul di ibu pejabat pergerakan parti itu di Kuala Lumpur. Lainlah kalau rakyat jelata yang bangkit tetapi ini bukan, cuma ahli parti pembangkang yang membuat kacau,” kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Rembau di sini hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan merangkap Menteri Besar.

Khairy pada masa yang sama berkata, tindakan parti pembangkang mewajibkan ahlinya menghadiri perhimpunan tersebut sudah menandakan sikap terdesak mereka.

Read more...

Tuesday, August 4, 2009

Perhimpunan Haram Anti ISA : Pemuda Bidas Tindakan Pembangkang




Oleh S.A Najmuddin

Kuala Lumpur – Pemuda UMNO membidas tindakan pemimpin pembangkang menyertai perhimpunan haram anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di sekitar ibu negara Sabtu lalu yang jelas bukan sahaja menganggu dan menakutkan orang ramai malah menambah kesulitan tugas polis untuk memelihara keamanan negara.

Pada perhimpunan haram Sabtu lalu, lebih kurang 5000 penyokong Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) termasuk pemimpin pembangkang menyertai satu demonstrasi menentang ISA.

Demonstrasi yang diadakan kawasan tumpuan awam itu bukan sahaja menganggu orang ramai malah telah menyebabkan banyak kedai ditutup ekoran kekecohan yang berlaku.

Keadaan yang tidak terkawal itu selepas tidak mengendahkan amaran pihak berkuasa telah memaksa polis melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan perhimpunan.

Mengulas perkara tersebut, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Razali Ibrahim berkata kejadian itu menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang jelas membelakangi usaha memupuk kesejahteraan rakyat dan keamanan negara.

Malah tegas beliau ia secara terang-terangan menganggu tugas polis yang sepatutnya menumpukan segenap tenaga untuk membanteras jenayah.

"Sepatutnya hak majoriti rakyat dihormati. Dan polis juga perlu disokong untuk memelihara keselamatan negara dan tidak dibebankan dengan menjaga perilaku yang sengaja ditimbulkan pemimpin pembangkang dengan membuat huru hara.

"Lainlah jika mereka itu sememangnya adalah penjenayah, tambahan pula banyak pembaziran berlaku sama ada tenaga, masa, wang ringgit dan kerosakan harta benda", katanya.

Justeru beliau menyeru rakyat untuk menolak tindakan serta sikap buruk ini demi kesejahteraan bersama dan masa depan negara khususnya genarasi akan datang.

Sumber: Laman Web Pemuda UMNO Malaysia

Read more...

KJFC Rocks


by Wenger J Khairy

Its only been 12 days since Bro Jinggo launched KJFC but already it is taking the Facebook crowd by storm, as membership is now in excess of 1,000 friends.

This is nothing short of phenomenal, and flies smack in the face of the insuniations by a certain group that KJFC was doomed to failure. This also proves the cynics wrong, as Malaysians from all races have decided to chip in to support the new brand of politics of empathy and unity practised by YB KJ in line with the 1 Malaysia concept.

The cynics counter argument about the Anti Khairy club's membership now rings hollow when one realizes that the group is in fact an Anti UMNO club. The last I checked, execept for the traditional UMNO bashing wallposts there seems to be nothing else there, and our good natured, but disturbed friend, Chairman Kaga, was enjoying the club all to himself.

What this shows is that people can unite for a good cause. Youth from all walks of life now want a clear break and a new voice. Of course, we know some do not like it, some still want to drag others down, but let us remember the famous words of yet another transformational leader as we look to break more ground in our quest for a better Malaysia.

Hitting the 1,000 Mark Speech

You know, they said this day would never come.

They said our sights were set too high. They said this country was too divided, too disillusioned to ever come together around a common purpose.

But on this August night, at this defining moment in history, you have done what the cynics said we couldn't do.

You have done what the impossible in twelve days. You have done what Malaysia can do in this year, 2009.

Our Time for Change Has Come

In lines that stretched for pages after pages, you came together as Malaysians to stand up and say that we are one nation. We are one people. And our time for change has come.

To end the political strategy that's been all about division, and instead make it about addition. To build a coalition for change that stretches through the BN states and the Pakatan states.

Because that's how we'll win in November, and that's how we'll finally meet the challenges that we face as a nation.

We are choosing hope over fear.

We're choosing unity over division, and sending a powerful message that change is coming to Malaysia.

You said the time has come to tell the YOU-KNOW-WHO, who think their loud words and their influence speak louder than our voices that they don't own this movement -- we do. And we are here to take it back.

The time has come for a Ketua Pemuda who will be honest about the choices and the challenges we face, who will listen to you and learn from you, even when we disagree, who won't just tell you what you want to hear, but what you need to know.
That is what we started here in Facebook and that is the message we can now carry to Permatang Pasir and beyond.

The same message we had when we were up and when we were down; the one that can save this country, brick by brick, block by block, that together, ordinary people can do extraordinary things.
Because we are not a collection of Barisan and Pakatan. We are one nation. And in this moment, and with this leader, we are ready to believe again.

Thank you, all.

Sign up for KJFC and make a change!



Wenger J Khairy

Read more...

Monday, August 3, 2009

Siapa yang selamatkan maruah Pemuda dan Melayu ? Sendiri mahu ingat lah..




Siapa Kita, mengapa kita yang mahu diperbodohkan. Siapa yang turun menjadi pelesit di jalanan? Siapa yang tertangkap dan siapakah yang di tertawakan oleh bangsa asing. Perlukah kita di perkuda kan dan di perbodohkan, Siapa yang menderita siapa yang kecewa. Jawapannya mudah. Melayu, Bangsa Melayu angkara siapa ? angkara Melayu.


Pak Lebai berserban, Mak Cik lebai juga berpurdah dan bertudung, Mahasiswa Melayu yang selesa belajar di Universiti dengan bantuan kerajaan di Universiti kerajaan bangun menjadi kuda turun menjadi anak anak jalanan kerana termakan hasutan seorang yang amat bercita-cita tinggi ingin menjadi Perdana Menteri. Dahulu semasa dalam kerajaan, ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, kenapa tidak mansuh kan ISA ?

Anwar gagal mendapat mandat rakyat untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar gagal untuk mendapatkan sokongan rakyat untuk menabal kan dia sebagai Perdana Menteri, Tiada jalan lain melainkan mengasuh anak anak muda dan orang orang Melayu untuk menjadi pejuang jalanan untuk merampas kerajaan. Budaya ini bukan budaya kita.

Bukan budaya rakyat Malaysia, Rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan damai, Kerajaan ditentukan melalui pilihan raya, suara rakyat dan bukan paksaan dan keganasan di jalan raya.

Bangsa asing langsung tidak peduli, bangsa lain sibuk mencari kekayaan. Pak Lebai dan Mak Lebai yang kononnya mahu berjihad mahu masuk syurga terperangkap dengan jihad Anwar Ibrahim. Pak Lebai dan Mak Lebai. Jika terkorban dalam demonstrasi semalam anda tidak akan mati syahid. Ini bukan cara untuk mati syahid. Yang lebih malang Pak Lebai dan Mak Lebai, anda tidak akan mati kerana baru kena gas pemedih, anda sudah berkeliaran mencari tempat berlindung.

Siapa yang marah ? Siapa yang kecewa?

Lojik akal ini adalah satu perbuatan yang menyalahi undang undang dan perlembagaan negara, Lojik akal ini adalah perbuatan tidak berfaedah, Lojik akal ini adalah perkara yang tidak patut diterapkan dalam budaya Bangsa Malaysia. Namun masih ada juga NGO Pro kerajaan yang begitu lantang, bloggers UMNO yang begitu lantang mengkritik memaksa pemimpin UMNO menyalahi undang-undang dan mengenkari arahan pemimpin tertinggi UMNO dan kerajaan !!!!! Mengapa dan kenapa dengan kamu? Terbawa bawa budaya Anwar Ibrahim?

Ini bukan jalan penyelesaian yang baik, jalanan bukan tempat menentukan nasib rakyat lain. Budaya Malaysia tidak berlandasakan keganasan, Lihat saja, berapa orang yang turun menyahut saranan bloggers UMNO yang hilang akal, NGO Penyokong UMNO yang angkuh. Apa sudah jadi, siapa yang sokong budaya jalanan ini, Siapa yang mahu mencari kesusahan?

Bukan saya menuduh semua bloggers yang menghasut ahli UMNO turun melakukan kerja tidak berfaedah ini, hanya seorang dua yang tidak berakal dan emosi. Blogger ini tidak lagi relevan sebenar nya, Hari ini mereka sunyi sepi tidak mahu mengulas, mungkin telah tahu bahawa ini adalah satu pekerjaan yang tidak berakal. Mujur pemimpin yang melakukan perkara yang benar itu tidak melatah, Mungkin pemimpin itu tidak mahu meletakkan taraf beliau sama dengan picisan upahan yang menulis menghasut ahli UMNO untuk melanggar undang-undang kerajaan.

Saya menghormati keputusan berani pemimpin muda ini yang menyeru agar semua ahli Pemuda UMNO jangan turut serta dalam perhimpunan jalanan ini. Maruah Bangsa dan Pemuda UMNO telah di selamatkan oleh pemimpin muda ini. Walaupun dikecam sebagai tidak bertelor, tetapi hari ini jelas, siapa sebanar nya tidak bertelor, Yang berkokok siang malam dalam blog dan mesyuarat NGO berkenaan yang langsung tidak nampak telor yang menyerlah dalam perhimpunan berkenaan. Inilah ketua pemuda yang kita mahukan, yang waras dan boleh menyelamatkan maruah Pemuda dan bangsa walaupun dikecam.

Jawapan nya siapa: jika bukan ketua pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin, yang telah memberikan garisan jelas pendirian pemuda UMNO sebelum tarikh perhimpunan. Ini adalah sifat berani sebenar.

Kiriman : Sdr Rosli Din , Ketua Pemuda UMNO Cawangan

Read more...

Antara Husin Lempoyang dengan Unta


Saya menulis artikel ini bukan kerana saya marah dengan blogger Husin Lempoyang, saya menulis artikel ini kerana saya kesian kat dia dan orang-orang yang bersekutu denganya.

Sebenarnya beliau mempunyai simptom penyakit psikologi dalam bahasa Inggerisnys disebut sebagai masalah diri yang cuba di ‘project’ kepada orang lain.

“Projection is the most profound and subtle of our psychological processes, and extremely difficult to work with, because by its nature, it is hidden. It is the fundamental mechanism by which we keep our selves uninformed about ourselves. Humor has great value in any attempt to work with projection, because humor presents a forgiving posture and thereby removes the threatening nature of any enquiry into the truth”. (Wikipedia)

Nak pendekkan cerita, beliau mengunakan teknik jenaka dalam tulisannya untuk menyembunyikan masalah dirinya sendiri, dan masalah ini dilantun kepada orang lain. Maknanya ‘projection’ ini akan lebih berjaya jika dicampur dengan elemen jenaka.

Jadi jika beliau banyak merujuk kepada bahagian sulit seseorang, sebenarnya beliau kemungkinan besar sedang mengalami masalah dengan bahagian sulitnya sendiri. Dalam tulisan beliau “Khasiat telor setengah masak sama kicap dan lada sula” beliau cuba melantun masalah bahagian sulit yang kecil beliau dan sikap pondannya yang berselindung dibelakang nama samaran kepada orang lain seperti Khairy Jamaluddin.

Penulis blogger seperti Husin Lempoyang dan kawan-kawannya tidak boleh kita ubah dengan mengutuk atau dibalas dengan dengan apa cara sekalipun. Mereka tidak akan berubah dan tidak akan faham, sebab mereka besar kemungkinan sedang mengalami masalah mental dan mereka hanya boleh dirawat melalui kaedah psikologi.

Saya menyarankan ahli-ahli KJFC supaya tidak menghabiskan masa dan tenaga untuk menjawab atau bermusuhan dengan beliau. Anggap sahaja ini bukan cara orang Islam menulis untuk mengaibkan seorang lagi yang beragama Islam. Balasannya kelak hanya Tuhan yang boleh tentukan. Jika benar beliau sakit, selamatlah beliau, kalau tidak….

Anggap sahaja Husin ini membuang masa sahaja menulis bendan yang tak berfaedah, bagi saya beza antara sebuah Unta dan Husin Lempoyang ialah, Unta lebih berguna……

- From KJFC's Guest Columnist, Sdr. Stephen Doss

Read more...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP