Thursday, July 2, 2009

UMNO tidak abai agama politik, agama


Oleh AZRAN FITRI RAHIM

KOTA BHARU - UMNO tidak pernah memisahkan politik dengan agama dalam perjuangannya untuk membangunkan negara ini sejak lebih 50 tahun dulu.

Tanggapan bahawa parti itu mengamalkan sistem 'politik suku, agama suku' adalah sengaja diada-adakan Pas dan berterusan dilemparkan untuk mengelirukan rakyat terutama orang Melayu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, UMNO sentiasa konsisten dalam perjuangan untuk agama, bangsa dan negara, tidak seperti Pas yang berubah-ubah demi kepentingan politik.

Beliau berkata, ia jelas terbukti apabila suatu masa dahulu, parti itu sentiasa melaungkan untuk melaksanakan hukum hudud dan negara Islam tetapi sejak 'berkawan' dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), asas perjuangan itu hilang begitu sahaja.

"Ini cerita lama (politik suku, agama suku) yang dibawa dari dulu lagi oleh Pas tetapi realitinya Islam agama rasmi dan kita berpandukan kepada Islam dalam perjuangan.

"Jika benar mereka (Pas) parti Islam, kenapa suatu masa dulu perjuangkan hudud tetapi sekarang tidak lagi, dulu negara Islam tetapi sekarang hendak sebut pun tidak berani.

"Bukankah semua disebabkan oleh mereka berkawan dengan DAP dan PKR, inilah realiti politik Malaysia," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai tuduhan yang kembali dilemparkan oleh Pas dalam ceramah-ceramahnya ketika berkempen di pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang 99 peratus adalah pengundi Melayu.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam ceramahnya menyebut bahawa UMNO sebagai sebuah parti kebangsaan dan mengamalkan budaya 'politik suku, agama suku' malah mula mengaitkan parti itu dengan ajaran sesat dan komunis.

Mustapa turut mempersoal Pas kerana menjalinkan kerjasama dengan DAP yang secara tegas menolak pemerintahan Islam sedangkan sebelum ini mereka mengkafirkan UMNO disebabkan bersahabat dengan MCA.

"Ini kenyataan retorik kerana kita tidak pernah memisahkan politik dan agama, sudah banyak yang kita lakukan untuk agama di negara ini, adakah mereka tidak melihat semua ini walaupun saya akui masih ada sedikit lagi yang belum dibaiki.

"Kita mahu melihat apakah mereka akan laksanakan hudud di Kelantan dan Kedah. Di Selangor pula mereka rakan kongsi dalam kerajaan campuran tetapi tiada perubahan dilakukan malah gaya pentadbiran Selangor hampir sama dengan Barisan Nasional (BN).

"Soalnya siapa yang berubah-ubah, perjuangan kita untuk agama jelas dan dicatatkan dalam Perlembagaan," katanya.

3 comments:

zedmagel July 2, 2009 at 2:12 PM  

Salam Bro Azran,

Saya juga berpendapat begitu. Saya tidak pernah melihat UMNO mengelek Islam, malah UMNO dan Pemudanya sentiasa menjunjung Islam dan partinya dikelek.

Kita memparktikan Islam dan bukan hanya bercakap mengenai Islam. Kita membangunkan Islam bukan memperalatkannya. Jika tak sungguh UMNO tidak akan berkata.

Jangan ada sesiapa pun yang mencabar Islam di bumi Melayu kita ini. Mereka akan menerima parah dan padahnya nanti.

belantiboys July 3, 2009 at 12:19 AM  

Salam bro, Mungkin boleh terima jugak la walaupun sedikit bab umno kita ni tak abai agama ngan politik,tapi bagi saya comfirm umno kita ni suka ambil agama ni separuh tinggalkan separuh so kita org melayu islam ni jadi pening bab agama ni, itu yang membuatkan ramai jugak org melayu islam kita ni yg cari agama lain islam, tak best dia kata.Sebab dia kata "Setengah2 wanita tutup aurat kepala segelintir pulak tak tutup tapi yang ni pun dia cakap pejuang islam,yang tak tutup kepala ni pun cakap dia pejuang islam,jadi pembesar lagi ini salah satu dari contoh yg kecil dari yang terbanyak di antara yang lain.Habis tu tak pening.Tapi rasanya umno kita kot yang bermati-matian membela agama yang suci ni. Tak gitu saudar2 ku. HIDUP UMNO.Pas tak nampak kot ciri2 nak bela islam kot noh.Hangpa fikirlah sendiri.Tok guru tetap di hati.

zedmagel July 3, 2009 at 5:17 PM  

Salam Bro Azran,

Saya nak respon sikit tulisan saudara kita belantiboys. Pandangan saudara memang ada benarnya, kita telah berusaha dan memertabatkan Islam dengan sebaik-baiknya. UMNO tidak langsung meninggalkan separuh Islam, Kita lakukan semua buat masjid, surau dan madrasah, UMNO juga menangkap kepada penjudi peminum arak Islam, mengIslamkan saudara kita yang belum Islam.

Tapi parti lain, hanya bercakap macam burung kakak tua saja, saya tidak melihat apa yang mereka bangunkan untuk Islam. Saya langsung tak nampak.

Betul kata belantiboys, ada yang tidak menutup aurat juga mengaku memperjuangkan Islam, bagi saya akidah Islam masih terpahat di hati mereka. Dosa mereka Allah akan tentukan. Terima kasih atas pandangan saudarku itu.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP