Friday, July 31, 2009

"Pemuda UMNO Samurai"





Oleh Kazman Kamal

Kuala Lumpur -- Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini mengumumkan penubuhan pasukan ragbinya yang dinamakan “Pemuda UMNO Samurai”.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata sebagai permulaan pasukan terbabit akan menyertai kejohanan ragbi Pahang 10’s pada 1 dan 2 Ogos ini di Kuantan.

Jelas beliau lagi untuk kejohanan di Kuantan, pasukan Pemuda UMNO Samurai akan diwakili para pemain dari pelbagai kelab ragbi tempatan seperti Cobra, Bandaraya Dragons, Sahoca, ASAS, UiTM Lions dan SSBJ Old Boys.

"Pasukan ini akan diketuai oleh Mohd Azuan Azimi, kapten pasukan kebangsaan ketika ini. Kejohanan Pahang 10’s akan menjadi satu permulaan bagi kita, sebelum menjelajah serata negara untuk menyertai kejohanan lain pula", katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media penyerahan jersi pasukan kepada pemain yang diketuai Mohd Azuan Azimi di Pejabat Pemuda UMNO di sini, Khamis malam.

Jelas beliau lagi tujuan Pemuda menubuhkan pasukan ragbi kerana sukan ini mempunyai peminat yang tersendiri selain ia merupakan sukan yang bukan sahaja lasak tetapi perlu mempunyai tahap displin yang tinggi.

"Sukan bola sepak dan sepak takraw misalnya sudah sinonim dengan kita khususnya di luar bandar, itu akan tetap kita teruskan.

"Namun kita perlu ingat ramai pemain dan peminat ragbi yang ada di kawasan bandar di kalangan profesional, pelajar universiti, itulah yang menjadi sasaran kita", ujarnya.

Beliau seterusnya berharap pada masa hadapan, Pemuda dapat terus menyumbang kepada perkembangan sukan ragbi di peirngkat akar umbi.

"Kita ambil pendekatan ini supaya gerakan Pemuda untuk bangunkan sukan ragbi di peringkat akar umbi.

"Dan Pemuda dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan selepas ini akan mengadakan program ujibakat dan siri perlawanan yang akan kita kendalikan dengan pelajar universiti serta dengan persatuan yang berkenaan sukan ragbi", katanya.




Pemuda Tubuh Pasukan Ragbi "Pemuda UMNO Samurai"

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP