Tuesday, July 7, 2009

Pemuda Dedah Maklumat Peralihan Sokongan Pengundi Muda Pas Di Manik Urai

Oleh Yus Iskandar

Manik Urai -- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin hari ini mendedahkan terdapat segolongan pengundi muda yang dahulunya menyokong Pas akan mengalihkan sokongan mereka kali ini kepada Barisan Nasional (BN) di Manik Urai.

Jelasnya ini merupakan satu perkembangan yang serius di kalangan penyokong muda Pas yang mempunyai hubungkait terhadap kekecewaan mereka kepada calon yang ditampilkan serta krisis kempimpinan yang berlaku dalam Pas.

"Dari maklumat yang saya terima, saya telah dapat banyak permintaan daripada penyokong Pas untuk sama ada masuk menyertai UMNO atau secara senyap menyokong calon UMNO.

".....dan ini adalah perkembangan yang penting yang saya dapat tahu dari dua, tiga hari yang lepas ini kerana penerimaan mereka pengundi-pengundi muda yang dulu sokong Pas kepada calon dan isu kebelakangan ini yang melibatkan Pas, menggugat sedikit sebanyak sokongan golongan muda ini kepada Pas", katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan jentera Pemuda BN di Pusat Operasi Barisan Nasional DUN Manik Urai di sini, Isnin petang.

Jelas beliau lagi pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan golongan berkenaan untuk mendapatkan kepastian sama ada mereka mahu menyertai terus UMNO atau sekadar memberi sokongan dalam bentuk undi.

Mengenai kemungkinan perkara ini hanyalah taktik lakonan pengundi Pas, beliau berkata Pemuda akan membuat kaji selidik berhubung perkara itu.

"Kita tengah kaji betul-betul sama ada perkara ini betul atau tidak. Golongan ini ada kaitan dengan krisis kepimpinan dalam Pas", ujarnya.

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP