Monday, July 13, 2009

Pas semakin terdesak - Khairy




KUALA KRAI 10 Julai - Rayuan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Timbalan Presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa turun berkempen di Manek Urai membuktikan Pas semakin terdesak.


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, Menteri Besar itu terpaksa merayu Nasharuddin membantu perjalanan kempen parti itu kerana menyedari sokongan pengundi Pas mula berkurangan akibat kemelut kepimpinan baru-baru ini.

Menurutnya, kegagalan Nasharuddin untuk berkempen sebenarnya berpunca daripada larangan oleh beberapa pemimpin Pas sendiri, namun mereka cuba menutupnya.

''Jika Barisan Nasional (BN) ada poster Presiden, Timbalan Presiden dan calon, tapi Pas hanya gambar Nik Abdul Aziz. Kita tahu bahawa ada arahan supaya poster tak boleh ada gambar Nasharuddin.

"Dulu di Kuala Terengganu semua gambar pemimpin mereka ada termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tapi kali ini mana ada, sebab ada arahan dari pemimpin mereka sendiri," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Peti Undi BN Kampung Peria di sini semalam.

Nasharuddin sehingga kini tidak kelihat di Manek Urai untuk membantu jentera pilihan raya Pas Kelantan pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai termasuk pada hari penamaan calon Isnin lepas.

Nik Abdul Aziz yang ditanya mengenai perkara itu Isnin lalu berkata, terpulang kepada Nasharuddin untuk berada di mana sahaja kerana itu urusan peribadinya.

Menurut Khairy, walaupun Nasharuddin hadir untuk berkempen, ia tidak akan mengubah apa-apa kerana pengundi muda Pas kini mulai sedar tentang kelemahan parti itu.

Jelasnya, sejak kemelut tersebut berlaku, banyak pemimpin Dewan Pemuda Pas membuat pelawaan untuk berbincang dengan Pemuda UMNO kerana hilang keyakinan terhadap pemimpin atasan mereka.

"Sebenarnya saya banyak terima pelawaan daripada Dewan Pemuda Pas untuk berjumpa sebelum ini, tapi saya tak nak jumpa lagi kerana tidak mahu benda ini dipolitikkan.

"Saya tahu mereka akan menyokong BN dalam pilihan raya kecil ini, oleh itu kami dalam UMNO sentiasa menggalakkan mereka bersama-sama menjalin kerjasama erat," tambahnya.

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP