Thursday, July 2, 2009

Jemputan wacana ilmiah disambut baik



Pergerakan Pemuda UMNO menyambut baik pelawaan Dewan Pemuda Pas untuk mengadakan perbincangan atau bermuzakarah dengan mereka.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, inisiatif tersebut dilihat sebagai suatu perkembangan besar ketika usaha untuk mengadakan perbincangan antara Pas dan UMNO di peringkat pusat diganggu rakan-rakan Pas dalam pakatan pembangkang.

“Saya melihat Pemuda Pas berani mengorak langkah mereka sendiri malah pelawaan ini menepati pandangan dan pemikiran Pemuda UMNO yang mahu melihat terjalinnya kerjasama antara Pas dan UMNO,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hasan hari ini menyerahkan surat jemputan wacana ilmiah terbuka bertajuk ‘Benarkah Perjuangan UMNO Tidak Bertentangan Dengan Islam’ kepada Pemuda UMNO yang diterima oleh Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim di lobi Parlimen di sini.

Mengenai penubuhan sekretariat bagi membincangkan mekanisme muzakarah, Khairy berkata, mesyuarat pertama dicadangkan selepas berakhirnya Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan pada 14 Julai ini.

“Kami mahu tengok kejujuran dan keikhlasan kedua-dua pihak dalam hal ini. Sekiranya tiada serangan peribadi dilakukan dalam ceramah pilihan raya kecil nanti, maka saya nampak muzakarah ini boleh diteruskan,” kata beliau.

Menurutnya, muzakarah berkenaan tidak seharusnya terhad pada isu-isu Melayu dan agama Islam sahaja sebaliknya harus melibatkan isu nasional seperti kebebasan demokrasi, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan aktivis mahasiswa.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Pas mengalu-alukan sebarang perbincangan dengan UMNO pada bila-bila masa sekiranya ia melibatkan kepentingan negara dan rakyat serta tidak menyentuh kerajaan perpaduan.

1 comments:

zedmagel July 2, 2009 at 2:07 PM  

Bro Jinggo,

Saya menyokong penuh atas sambutan baik dan sihat dari YB Saudara Ketua Pemuda UMNO Malaysia, tahniah kerana Saudara KJ menyahut cabaran Pemuda PAS Malaysia itu untuk berwacana.

Saya percaya kebolehan KJ untuk bertemu dengan pemimpin mana-mana parti di dalam dunia ini pun. Saya pernah melihat beliau berhujjah dengan Husam Musa dalam siaran di TV9 - Hujjah. Tergagap Husam untuk menjawab soalan panas beliau.

Beliau tokoh pidato UMNO masa kini dan sememangnya layak memegang tampuk pemuda UMNO Malaysia. Hanya perlu diperbaiki sedikit tentang sesuatu yang kurang.

Saya pernah berhujah dengan penyokong calon KPUM yang lain mengenai beliau dalam keadaan agak tegang. Cuma saya agak terpinggir dalam membentuk jentera ketika sibuk berkempen dulu. Walaupun sumbangan saya hanya melalui blog, saya rasa ada kesannya juga dan menyebabkan beliau menang besar.

Tapi agenda kita tentunya bukan berakhir disini sahaja, seperti yang pernah saya katakan di tulisan saya, ianya baru bermula.

TIAP PERJUANGAN BESAR, MEMANG ADA HALANGAN YANG KASAR.

Bro Jinggo dan Saudaraku KJ teruslah berjuang demi Islam dan Melayu.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP